The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM4-0620 Nuril Hidayah binti Adnan - Tugasan 1a_Nama_Unit

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuril13-513, 2021-08-09 01:31:25

MODEL ASSURE

BM4-0620 Nuril Hidayah binti Adnan - Tugasan 1a_Nama_Unit

Tema : Masyarakat Malaysia Yang Harmoni

Nama Guru : Nuril Hidayah binti Adnan

Tahun : 5 Mawar

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Masa : 10 pagi - 11 pagi

Kemahiran : Membaca

Standard Kandungan : 2.1 Asas membaca dan memahami.

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk
memberikan respons.

Analisis Pelajar

Bilangan Murid : 20 orang

Umur : Murid berumur 11 tahun (20 orang)

Tahap : 17 orang murid mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana manakala

terdapat 3 orang yang mempunyai kecerdasan yang lemah.

Gaya Pembelajaran : Visual, Auditori, Kinestatik dan Multimedia interaktif.

Latar Sosioekonomi : Kebanyakkan murid merupakan anak kepada penduduk bandar yang rata-rata
bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Murid-murid ini sering didedahkan dengan teknologi dan
media elektronik seperti telefon pintar malah mahir menggunakan aplikasi-aplikasi terkini seiring
dengan peredaran zaman.

Kompentasi Khusus : Murid sudah sinonim dengan konsep isi tersurat dan isi tersirat, tetapi mereka
kurang mahir dalam mengeluarkan dan membezakan isi tersurat dan isi tersirat.

Nyatakan Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersurat untuk memberi respons
dengan tepat.
2. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersirat untuk memberi respons
dengan tepat.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

SET INDUKSI
Media : Visual
Kaedah : Penerangan dan Perbincangan
Bahan : Kad Gambar (Flash Card), Komputer, Telefon bimbit
Rasional pemilihan : Penggunaan kad gambar yang berwarna-warni serta adanya visual dan animasi
kartun dapat menarik minat murid-murid untuk kekal bersemangat sepanjang tempoh proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

LANGKAH 1
Media : Multimedia interaktif (buku cerita digital)
Kaedah : Pembacaan
Bahan : Komputer riba, telefon bimbit dan buku cerita digital
Rasional pemilihan : Penggunaan buku cerita digital ini digunakan selari dengan teknologi terkini
yang bukan hanya bergantung pada buku maujud malah dapat mempelbagaikan lagi aktiviti PdP
dengan menggunakan buku digital yang lebih efisien dan menyeronokkan.

LANGKAH 2
Media : Multimedia interaktif (Wordwall) (Word Search) (Pencarian Perkataan)
Kaedah : Kuiz
Bahan : Komputer riba, telefon bimbit dan teka silang kata
Rasional pemilihan : Penggunaan aplikasi Wordwall dapat merangsang pemikiran dan minat murid
untuk menjawab soalan yang berkenaan dengan isi pengajaran dan kefahaman mereka terhadap set
induksi dan langkah pertama PdPc yang telah dijalankan. Aktiviti ini juga merupakan salah satu didik
hibur yang dapat digunakan dan dapat melihat ketangkasan murid mencari jawapan dalam masa yang

ditetapkan. Aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan ini dapat memupuk sikap bekerjasama dalam diri
murid-murid.
LANGKAH 3
Media : - Video
Kaedah : Menyanyi dan Penilaian
Bahan : Komputer riba dan telefon bimbit.
Rasional pemilihan : Penggunaan seni muzik dalam proses PdPc dapat menghasilkan suasana bilik
darjah yang lebih seronok dan riang. Murid-murid juga suka akan bunyi atau muzik yang membuatkan
mereka lebih terhibur. Murid perlu kreatif dalam menghasilkan video iaitu menyatakan maklumat
tersurat dan menjelaskan maklumat tersirat sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersebut
untuk memberi respons dengan tepat.

PENUTUP
Media : - Multimedia interaktif (liveworksheets), Padlet
Kaedah : Latihan, Maklum balas
Bahan : Komputer riba, telefon bimbit, lembaran kerja (liveworksheets), Padlet.
Rasional pemilihan :.Kaedah ini merupakan satu cara untuk memberi latihan dan satu kaedah untuk
guru menilai tahap kefahaman murid berdasarkan isi pengajaran semasa proses PdPc yang telah
dijalankan. Di akhir kelas, guru akan menyediakan Padlet untuk murid memberi maklum balas
terhadap proses pengajaran yang dijalankan.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

SET INDUKSI

Bahan kad gambar (flash card) : Kad gambar mengenai ciri-ciri rakyat di Malaysia akan dipamerkan
di awal proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memberikan gambaran awal tentang isi
pengajaran yang akan dipelajari oleh murid-murid. Justeru itu, penggunaan kad gambar dapat
meringkaskan sesuatu perkara dan mudah difahami murid-murid malah animasi kartun yang
berwarna-warni menjadi satu bahan tarikan.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menggunakan kad gambar yang berwarna-warni dan
beranimasikan kartun supaya seluruh tumpuan diberikan kepada guru.

Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan murid belajar dalam keadaan selesa dan selamat
tanpa ada gangguan bunyi-bunyi lain-lain dari persekitaran

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran di awal set induksi ini lebih melibatkan
pemusatan guru dan pemusatan murid. Guru akan memberikan penerangan atau gambaran awal
mengenai flash card yang menunjukkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,
perayaan, makanan dan pakaian yang melambangkan identiti mereka sendiri. Murid perlu menjawab
pertanyaan yang ditanyakan oleh guru secara spontan untuk melihat tahap pengetahuan mereka.
Guru seterusnya mengaitkan penerangannya tadi dengan isi pelajaran yang akan dipelajari murid.

LANGKAH 1

Murid membaca buku cerita digital selari dengan penggunaan teknologi terkini.

Bahan buku cerita digital: Buku cerita digital ini menceritakan tentang semangat perpaduan dalam
diri kanak-kanak yang berbilang kaum dan agama di negara Malaysia. Di samping itu, buku cerita ini
mempunyai banyak nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan oleh murid-murid.

Bagaimana disemak/dipratonton: Berdasarkan buku cerita digital tersebut mempunyai audio yang
telah dimasukkan sebagai suara latar. Murid perlu membaca dan memahami penceritaan tersebut.
Kemudian, murid perlu merekod pembacaan mereka dan memuat naik ke dalam Padlet.

Persediaan persekitaran: Guru telah menyesuaikan laras bahasa yang digunakan di dalam buku
cerita digital ini supaya mudah difahami murid.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu
membaca buku cerita digital tersebut dan memahami penceritaan yang ingin disampaikan.

LANGKAH 2

Murid melaksanakan aktiviti pencarian perkataan (word search) dengan menggunakan aplikasi
Wordwall untuk menunjukkan kefahaman dan ketangkasan mereka mencari jawapan yang betul.

Bahan Pencarian Perkataan : Soalan yang terkandung di dalam pencarian perkataan ini boleh
didapati berdasarkan aktiviti kad gambar dan buku cerita digital. Aktiviti teka silang kata ini dapat
menilai tahap kefahaman dan pengetahuan umum murid.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menyesuaikan soalan dengan keupayaan intelektual murid.
Soalan pencarian perkataan ini mempunyai tulisan bertaip yang jelas.

Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk berfikir dan menjawab.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Dalam bentuk kumpulan,
murid perlu bekerjasama dan fokus dalam mencari jawapan yang betul.

LANGKAH 3

Murid perlu menyanyikan lagu patriotik bersama-sama dan menghasilkan video dengan menyatakan
sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersurat dan menjelaskan sekurang-kurang 3 daripada 5
maklumat tersirat untuk memberi respons dengan tepat berpandukan lirik lagu ‘Jalur Gemilang’.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti video yang disediakan dalam keadaan
yang baik dan jelas dari segi audio dan liriknya.

Persediaan persekitaran : Murid sudah biasa mendengar lagu patriotik ‘Jalur Gemilang’ dan guru
memastikan persekitaran di dalam bilik darjah terjaga.

Persediaan pengalaman pelajaran : Guru mempamerkan lirik lagu video lagu patriotik ‘Jalur
Gemilang’ bagi memudahkan murid-murid bernyanyi bersama-sama. Murid akan bernyanyi
bersama-sama sambil menepuk tangan (kinestatik). Murid akan menghasilkan satu video dengan
menyatakan 3 daripada 5 maklumat tersurat dan menjelaskan 3 daripada 5 maklumat tersirat bagi
memberi respons dengan tepat berpandukan lirik lagu ‘Jalur Gemilang’.

PENUTUP

Penilaian murid dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Liveworksheets berpandukan tema dan
isi pengajaran.

Bagaimana disemak/dipratonton: Guru memastikan setiap murid mempunyai kemudahan ICT untuk
menjawab tugasan menggunakan aplikasi Liveworksheets.

Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk memberi respons terhadap
penilaian yang diberikan.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan bahan iaitu kad gambar, buku
cerita digital dan lagu. Lembaran kerja ini menunjukkan tahap kefahaman murid-murid semasa proses
PdP yang berlangsung. Di akhir kelas, guru akan menyediakan Padlet untuk murid memberikan
maklum balas berdasarkan kelas pada hari tersebut.

Penglibatan Pelajar

SET INDUKSI (5 Minit)

1. Murid melihat kad gambar tentang:
a. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
b. Perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.
c. Pakaian tradisional rakyat Malaysia.
d. Makanan tradisional rakyat Malaysia.

2 . Murid melihat pelbagai jenis kad gambar yang berbentuk peta pokok dan sebagainya dengan
teliti.

3. Murid mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru.

4. Murid memberikan respons berdasarkan pertanyaan yang diberikan oleh guru dengan
mengambil kira faktor pengetahuan sedia ada murid-murid.

LANGKAH 1

1. Murid membaca buku cerita digital yang telah dipaparkan oleh guru bertemakan ‘Masyarakat
Malaysia Yang Harmoni’.

2. Murid perlu membaca buku cerita tersebut dengan lancar dan murid perlu menghayati malah
memahami jalan cerita tersebut.

3. Murid perlu merekod pembacaan mereka.
4. Murid perlu memuat naik rakaman suara mereka di Padlet.

LANGKAH 2

1. Murid dalam kumpulan perlu melaksanakan aktiviti pencarian perkataan (word search)
menggunakan aplikasi Wordwall yang diberikan oleh guru yang berkaitan dengan tema.

2. Murid akan melaksanakan aktiviti ini dengan menggunakan komputer riba dan memahami
arahan yang disediakan oleh guru.

3. Ahli kumpulan yang mendapat markah penuh menunjukkan mereka memahami penerangan
yang diberikan oleh guru semasa PdP dilaksanakan.

4. Kumpulan yang mempunyai markah yang tinggi memperoleh peneguhan positif daripada guru
seperti hadiah.

LANGKAH 3

1. Murid-murid perlu menyanyikan lagu patriotik yang bertajuk ‘Jalur Gemilang’ bersama-sama.
2. Murid perlu menyanyi secara berdiri dan menepuk tangan untuk menimbulkan suasana kelas

yang ceria.
3. Murid perlu menghayati lirik lagu patriotik tersebut sambil mengenal pasti isi tersurat dan isi

tersurat dalam video lagu tersebut.
4. Murid perlu menghasilkan satu video iaitu menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5

maklumat tersurat dan menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersirat untuk
memberi respons dengan tepat berpandukan lirik lagu ‘Jalur Gemilang’.
5. Murid perlu menghantar tugasan tersebut dalam Padlet yang telah disediakan oleh guru.

PENUTUP

1. Murid perlu menjawab lembaran kerja yang telah dihasilkan oleh guru dalam aplikasi
Liveworksheets.

2. Murid perlu menjawab lembaran kerja berkaitan dengan isi pengajaran yang telah dijalankan.
3. Murid yang menjawab dengan betul menunjukkan mereka memahami proses pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut.

4. Guru membuat rumusan dan memupuk nilai-nilai murni seperti semangat patriotik dalam diri
murid-murid.

5. Guru menyediakan Padlet untuk murid memberi maklum balas berdasarkan kelas pada hari
tersebut.

Menilai dan Menyemak Semula

PENCAPAIAN MURID:

● Kebanyakkan murid dapat menghasilkan video dengan menyatakan sekurang-kurangnya 3
daripada 5 maklumat tersurat dan menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat
tersirat untuk memberi respons dengan tepat

● Semua murid dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan rasa seronok dan penuh semangat.
● Murid menunjukkan minat mereka dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
● Murid yang masih belum memahami cara menyatakan isi tersurat dan menjelaskan maklumat

tersirat ini akan dibimbing oleh guru melalui aktiviti pemulihan dalam kelas secara individu atau
kumpulan kecil.

PENILAIAN GURU:

Guru dapat mencapai objektif yang dirancang melalui penilaian terhadap murid dengan melihat respon
video yang dimuatnaik murid dalam menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada maklumat tersurat
dan menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersirat untuk memberikan respons
berpandukan lirik lagu ‘Jalur Gemilang’.

IMPAK/KEBERKESANAN:

● Tayangan multimedia interaktif, visual dan video dapat membantu untuk menarik perhatian
murid dan mereka mampu menghasilkan video dalam memberi respons dengan menyatakan
maklumat tersurat dan menjelaskan maklumat tersirat dengan tepat.

● Paparan kad gambar membantu murid-murid mengetahui latar belakang rakyat Malaysia
dengan lebih mendalam.

● Buku cerita digital dapat membantu murid dalam meningkatkan tahap pembacaan murid-murid
dengan lancar.

● Permainan pencarian perkataan (word search) dapat melihat tahap kefahaman isi pengajaran
dan kecekapan murid-murid bekerja dalam kumpulan.

● Video lagu ‘Jalur Gemilang’ membantu guru untuk membuat penilaian bagi menguji
kefahaman murid dalam menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersurat dan
menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersirat untuk memberikan respons
berpandukan lirik lagu ‘Jalur Gemilang’.

● Video lagu ini membolehkan murid bernyanyi malah menanamkan semangat patriotik dalam
diri mereka.


Click to View FlipBook Version