IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA : NUR DANIA HAZRINA BINTI NORZAMBERI
: 2022292310016
ANGKA GILIRAN : 01169696952
NO. TELEFON : BAHASA MELAYU
OPSYEN : JUN 2022
AMBILAN : BMMB1074
KOD KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA KURSUS : EN MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
NAMA PENSYARAH : JABATAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU
JABATAN/UNIT : 24 SEPTEMBER 2022
TARIKH SERAHAN
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: ___2_4_/9_/_2_0_2_2_____
ISI KANDUNGAN Halaman
1
Bil. Kandungan 2
1.0 Pengenalan 3-12
1.1 Konsep Bahasa Melayu Moden
2.0 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Abad ke-19 13-14
2.1 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Abad ke-20
2.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka 15-17
3.0 Bahasa Melayu Pascamerdeka
3.1 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Pindaan 1995)
3.2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
3.3 Akta Pendidikan 1996
4.0 Cabaran- Cabaran Bahasa Melayu
4.1 Pendekatan Memartabatkan dan Memantapkan Bahasa Melayu
Pada Masa Hadapan
5.0 Rumusan 17
Rujukan 18
1.0 Pengenalan
Pada umumnya Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem pentadbiran
kerajaan Sri Wijaya sejak abad ke-7 lagi. Pada era kegemilangan Melaka sewaktu abad ke-
13 dalam perkembangan Bahasa Melayu yang sering dipergiatkan sebagai pusat
perdangangan di sekitar rantau ini pada ketika itu. Menurut Kamarudin Haji Husin dan Siti
Hajar Haji Abdul Aziz (1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga
tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-
Merdeka dan Bahasa Melayu selepas Merdeka. Bahasa Melayu ini mampu menjadi bahasa
ilmu yang setaraf dengan bahasa-bahasa antarabangsa seperti bahasa kedua (Bahasa
Inggeris) sekiranya kita sama-sama berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan
kedaulatan bahasa Melayu. Bahasa itu sendiri membuktikan bangsa yang menuturkannya.
Tajuk pentaksiran berterusan ini akan membawa kita menelusuri tentang perkembangan
bahasa Melayu dari era sebelum berlakunya merdeka iaitu dengan penubuhan ASAS 50
hingga kemerdekaan 1967 dan era selepas berlakunya kemerdekaan dari tahun 1957
sehingga tahun 1967 serta cabaran dan masa depan bahasa Melayu di negara kita.
1
1.1 Konsep Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden telah diperkenalkan sejak abad ke-19 sehingga kini dalam
pertuturan mahupun penulisan. Bahasa Melayu semakin berkembang luas selari dengan
penguasaan negara-negara Eropah di Asia Tenggara, iaitu kuasa Inggeris di Tanah Melayu,
Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Sebelum bahasa Melayu Moden bertapak di
tanah Melayu, kemasukan Islam ke Asia Tenggara menyebabkan bermulanya bahasa Melayu
Klasik pada abad ke-13. Kemasukan Islam ke Kepulauan Melayu sedikit demi sedikit
menyebabkan pengaruh Buddha dan Hindu hilang dalam kalangan masyarakat Melayu pada
ketika itu. Zaman Bahasa Melayu Klasik dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu kerajaan Aceh,
kerajaan Johor-Riau dan kerajaan Melaka. Pada zaman ini bahasa Melayu telah berkembang
menjadi bahasa kesusasteraan dan persuratan yang mempunyai nilai yang tinggi.
Terdapat beberapa tokoh tempatan yang telah memberi sumbangan terutamanya
dalam bidang sastera dan agama. Tokoh-tokoh ini datangnya dari negara Aceh seperti Abdul
Rauf Singkel (Mirat Al-Tulib), Hamzah Fansuri (Syair Perahu), Shamsuddin Al-Sumaterani (
Mirat Al-Mukmin) dan Sheikh Nuruddin Ar-Raniri (Bustanul Salatin). Kuasa-kuasa Eropah ke
Asia Tenggara menyebabkan pengaruh terhadap bahasa Melayu Klasik menghampiri ke
penghujungnya dan tulisan rumi menggantikan tulisan jawi telah diperkenalkan. Kedatangan
kuasa Eropah bukan sahaja menjajah politik dan ekonomi Tanah Melayu malahan dari aspek
bahasa dan budaya peribumi juga turut terjejas bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Perkataan-perkataan yang digunakan oleh penjajah telah mula masuk ke dalam bahasa
melayu sedikit demi sedikit dan tulisan jawi mula digantikan dengan tulisan rumi. Berdasarkan
hasil karangan Abdullah Munsyi, bahasa Melayu Moden di Tanah Melayu telah bermula pada
abad ke-19. Para pengkaji berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman
peralihan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Moden telah
berkembang pesat setelah Tanah Melayu berlakunya kemerdekaan pada tahun 1957.
Bahasa Melayu telah diaktakan dibawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang
menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, bahasa Melayu
berperanan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa penghantar, bahasa rasmi, bahasa
penghubungan umum dan bahasa ilmiah di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Perancangan bahasa telah dilaksanakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
mempertingkatkan taraf bahasa Melayu bagi mencapai status bahasa moden yang mampu
untuk mengungkapkan pelbagai konsep dan ilmu dalam kehidupan masa sekarang.
2
2.0 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Abad ke-19
Perkembangan bahasa Melayu Moden terbahagi kepada tiga tahap iaitu bahasa
Melayu abad ke-19 yang mula menerima pengaruh dari Barat, bahasa Melayu abad ke-20
yang dikuasai oleh Inggeris dan bahasa Melayu pramerdeka.
Bermula pada abad ke-19, pengaruh Barat sangat dominan di Asia Tenggara kerana
kedatangan Barat telah banyak membawa perubahan dalam kebudayaan dan tamadun di
Nusantara. Tulisan Rumi berkembang pesat terutama dalam bidang pendidikan dan
pentadbiran. Barat juga turut membawa masuk alatan percetakan untuk mencetak majalah,
buku-buku bacaan untuk sekolah dan surat khabar. Dakyah Kristian dalam kalangan orang
Melayu pada zaman tersebut menggunakan bahan cetak yang dipelopori oleh syarikat
percetakan yang dikenali sebagai Methodist Publishing House (MPH) yang telah diasaskan
oleh Kapten W. G. Shellabear.
Pembukaan sekolah-sekolah Melayu juga telah mempercepatkan proses
perkembangan bahasa Melayu Moden. Penang Free School merupakan sebuah sekolah yang
pertama pada tahun 1821 menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Penghantar.
Seterusnya, beberapa buah sekolah Melayu lain seperti di Kampung Gelam dan di Teluk
Belanga, Singapura pada tahun 1856 serta wujudnya beberapa buah sekolah Melayu di
Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Majalah pertama yang diterbitkan ialah Bustan Arifin menggunakan tulisan rumi dan
jawi serta salah seorang pengarangnya ialah Abdullah Munsyi. Akhbar Melayu telah muncul
pada tahun 1869, yang telah dikelolakan oleh orang Melayu sendiri.
Bahasa Melayu Moden ini telah digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Tidak
Bersekutu iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Kemudian diikuti dengan
Negeri Melayu Bersekutu iaitu Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Oleh sebab itu,
lahirnya beberapa orang pegawai British yang sangat berminat dan membuat kajian tentang
bahas Melayu seperti R. J. Wilkinson, R. O. Winstedt, C. C. Brown, W. E. Maxwell, W.
Marsden. O. T. Dussek, J. Crawford, A. M. Skinner dan G. Shellabear. Selain itu, R. J.
Wilkinson telah menghasilkan kamus A Malay-English Dictionary yang menjadi sumber
rujukan bahasa Melayu sehingga kini. W. Marsden telah menghasilkan kamus dan tatabahasa
pada tahun 1812.
3
2.1 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Moden Abad ke-20
Penguasaan Inggeris ke atas Tanah Melayu semakin kuat dan merangkumi
keseluruhan Tanah Melayu bermula daripada Perjanjian Bangkok 1909 bersama kerajaan
Siam. Perjanjian 1909 merupakan detik-detik kejatuhan kerajaan Melayu utara di bawah
jajahan Siam. Perkembangan bahasa Melayu Moden turut terjejas akibat situasi politik yang
tidak stabil. Sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar semakin
bertambah iaitu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebanyak 365 buah dan di Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu sebanyak 137 buah manakala di Negeri-negeri Selat sebanyak 191
buah sekolah.
Pada abad ke-20 ini penulisan dalam bidang perkamusan semakin meningkat. R. J
Wilkinson telah menyusun beberapa kamus besar seperti kamus A Malay English Dictionary
yang telah diterbitkan pada tahun 1903. Seterusnya, kamus Melayu-Belanda dan Belanda-
Melayu pula diterbitkan pada tahun 1918. Selain itu, 70 naskhah surat khabar Melayu pelbagai
tajuk telah diterbitkan oleh tokoh-tokoh. Pada ketika itu, penerbitan buku tatabahasa juga
semakin bertambah bagi menyemarakkan lagi perkembangan bahasa Melayu di Tanah
Melayu. Antara buku tatabahasa yang dihasilkan ialah Kitab Punca Bahasa (1928) oleh
Abdullah bin Talib, Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za’ba dan Kitab Permulaan Pertuturan
Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman.
4
2.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat sebelum merdeka dikatakan bahasa
Melayu pramerdeka. Bahasa Kebangsaan telah diperjuangkan taraf dan statusnya pada era
pramerdeka. Era bahasa Melayu pramerdeka telah bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6
Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan pada tahun 1957.Seterusnya, persatuan ini terdiri
daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50
telah ditubuhkan di Singapura. Beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian
besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu telah
mengasaskan persatuan ini. Mereka terpaksa berpindah ke Singapura akibat daripada
kegiatan politik dan kreativiti penjajah Inggeris yang menyebabkan mereka berlakunya
tekanan.
Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas
(Lihat Rajah 1.0) , Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 1.1), Masuri S.N.,
Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil.
Rajah 1.0: Kamaluddin Muhammad Rajah 1.1: Usman Awang
Penubuhan ASAS 50 ini bertujuan untuk memperluaskan dan mempertinggikan mutu
sastera Melayu. Selain itu, bertujuan untuk mengadakan pembaharuan dalam sastera dan
melindungi hak-hak serta kepentingan para penulis dan para pengarang.
Seterusnya, persatuan ini bergerak dengan mempunyai hasrat untuk memajukan
bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, kemahiran
fikiran, keadilan sosial dan selari dengan visi perjuangan iaitu ‘Seni Untuk Masyarakat’ atau ‘
Seni Untuk Rakyat’. Dengan adanya konsep ini, ASAS 50 telah pun berjaya membawa satu
bentuk dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Cerpen atau sajak ASAS 50 ini bertema dan
5
bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, kebanyakkan sajak dan cerpen yang dihasilkan mengarah
kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Menurut
Ahmad Kamal Abdullah et. al. (1990), mereka mewakili suara orang Melayu yang ingin
mencapai kemerdekaan daripada Inggeris. Oleh itu, penulis-penulis Melayu mula memikirkan
betapa wajarnya mereka bergerak dalam pertubuhan penulis agar dapat disepakatkan
tuntutan dari aspek politik, bahasa dan sastera Melayu. Pengurusan dalam ASAS 50 ini terdiri
daripada mereka yang pernah menyertai parti-parti politik yang progresif memperjuangkan
kemerdekaan. Mereka bukan sahaja berhasrat untuk mendapatkan kemerdekaan tetapi
mereka juga pandai dalam lapangan bahasa dan sastera.
ASAS 50 telah menghimpunkan persatuan sastera, bahasa, budaya sehingga
menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) yang menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua
(1954) telah menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi memudahkan bahasa
Melayu. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956), ASAS 50 telah
mencadangkan penubuhan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka), bahasa Melayu
dijadikan bahasa penghantar di sekolah dan penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Hal ini membuktikan sumbangan ASAS 50 dalam bidang persuratan dan bahasa amatlah
penting ketika negara ingin menuju kemerdekaan.
Dalam era pramerdeka ini, terdapat tokoh-tokoh yang hebat terlibat dalam
membangunkan bahasa Melayu Moden pramerdeka terbahagi kepada dua kategori iaitu tokoh
tempatan dan asing. Bagi tokoh-tokoh tempatan yang menyumbangkan karya mereka seperti
Abdullah Munsyi, Raja Ali Haji, Za’ba dan Mohd. Said Sulaiman manakala tokoh-tokoh asing
seperti William Marsden, O. T. Dussek dan R. O. Winstedt.
6
Gambar 1.2: Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi yang merupakan hikayat pertama
berpengarang
Pada abad ke-20, Abdullah Abdul Kadir Munsyi merupakan tokoh bahasa Melayu
Moden yang tersohor. Beliau dilahirkan pada bulan Ogos 1796 di Kampung Pali, Melaka.
Beliau mendapat gelaran Munsyi pada usia 11 tahun kerana beliau mengajar pendidikan
agama Islam kepada askar-askar Melayu di Melaka ketika itu. Abdullah Munsyi telah bertugas
sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles. Pergaulannya yang luas dengan
pegawai Inggeris menyebabkan pemikiran beliau turut dipengaruhi oleh bangsa Inggeris. Pada
abad ke-19, penulisan beliau telah menjadi rujukan kepada para pengkaji sejarah tanah
Melayu tentang pendudukan British di Tanah Melayu. Beliau menggunakan gaya bahasa
sendiri menyebabkan perbualan beliau mudah difahami tetapi beliau masih terpengaruh
dengan bahasa Melayu Klasik. Karya daripada beliau menjadikan pembaharuan dari sudut
pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu Moden. Beliau juga telah
mengemukakan idea-idea yang baharu tetapi tidak diterima pada ketika itu. Kritikan dari beliau
langsung tidak dilayan oleh pemikiran masyarakat Melayu zaman itu. Beliau telah pun
meninggal dunia pada tahun 1854 di Jeddah ketika beliau ingin menunaikan ibadah haji.
Menurut, Kartini Anwar (2017), Abdullah Munsyi mendapat gelaran “Bapa Sastera Melayu
Moden”. Antara Karya beliau ialah Hikayat Abdullah (1849), Dawai-Kulub (1838), Ceretera
Kapal Asap (1843) dan banyak lagi.
7
Rajah 1.3: Raja Ali Haji
Berdasarkan gambar rajah 1.3, Raja Ali Haji merupakan seorang tokoh tempatan yang
banyak menyumbangkan karyanya pada zaman pramerdeka. Nama penuhnya ialah Raja Ali
Haji Raja Ahmad daripada keturunan bangsawan Bugis. Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat
pada tahun 1808 iaitu terletak di sebuah pulau yang terletak dalam dalam Kepulauan Riau.
Beliau sangat berbakat dalam bidang persuratan Melayu. Pada masa itu, Riau merupakan
pusat ilmu pengetahuan Islam dan kebudayaan di Kepulauan Melayu. Syair Sultan Abdul
Muluk dan Gurindam Dua Belas merupakan teks terawal Raja Ali Haji yang dicetak di
Singapura dan diterbitkan di Betawi. Selain itu, karya bahasa Melayu beliau yang penting ialah
Bustanul Katibin, Lissubyanil-muta’alim yang mempunyai dua bahagian iaitu penulisan tentang
bahasa Melayu dan tatabahasa Arab. Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan usaha pertama
orang Melayu dalam penyusunan kamus. Karya-karya dari Raja Ali Haji dianggap penting
kerana mempunyai asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Beliau juga dianggap
sebagai pencatat sejarah Nusantara yang pertama. Beliau telah menghasilkan Kitab Salasilah
Melayu Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang penting ketika itu.
Seterusnya, beliau telah menyumbangkan dalam bidang kesusasteraan yang tertumpu
kepada gurindam, puisi dan syair. Antara syair yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Syair
Jatuhnya Negeri Johor, Syair Taman Permata, Syair Abdul Muluk, Syair Siti Sainah dan Syair
Hukum Nikah. Raja Ali Haji telah meninggal dunia pada tahun 1870 di Pulau Penyengat.
8
Rajah 1.4: Dato Haji Mohd. Said Bin Haji Sulaiman Jawa
Mejar Dato’ Haji Mohd. Said Haji Sulaiman dilahirkan pada tanggal 7 Oktober 1876 di
Teluk Belanga, Singapura. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 karya kesusasteraan
Melayu dan persuratan. Menurut Fawzi Basri dan Hasrom Haron (1978), sumbangan terbesar
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Haji Sulaiman dalam perkembangan persuratan Melayu ialah
menghidupkan semula PBmPB atau Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa. Antara
tokoh terkenal yang menjadi ahli PBMPB Diraja Johor ialah Abdul Rahim Kajai dan Za’ba.
Seterusnya, Mohd. Said Sulaiman merupakan tokoh persuratan Melayu Johor Moden kerana
sumbangannya sebagai orang penting dalam Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja
johor (Pakatan). Beliau turut menulis makalah-makalah untuk Malayan Branch of The Royal
Asiatic Society seperti Pelangi (1926). Mejar Dato’ Haji Mohd. Said Haji Sulaiman menulis
pelbagai bidang seperti agama, sastera, sejarah, bahasa dan bidang lain secara umum.
Jasanya yang besar dalam persuratan dan kesusasteraan Melayu serta memperjuangkan
bahasa melayu membolehkan beliau dianugerahkan sebagai bintang kebesaran Seri Mahkota
Johor dan Seri paduka Mahkota Johor. Beliau telah mendapat penghormatan tertinggi
daripada D.Y.M.M Sultan Ibrahim dengan kurniaan “Kerabat Diraja.” Karya dalam bidang
kesusasteraan yang diterbitkan oleh beliau ialah Syair Melayu, Syair Keadaan Tuhan dan
Manusia Dunia dan Akhirat Juga, Syair Panduan Perkahwinan, Berzanji Nathar dan Tahribnya
manakala dalam bidang sejarah pula beliau telah menghasilkan karya seperti Tawarikh
England, Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Ibrahim, Hikayat Johor dan Tawarikh
Almarhum Sultan Abu Bakar.
9
Rajah 1.5: Pendeta Za’ba
Di samping itu, seorang tokoh yang amat dikenali ramai iaitu Zainal Abidin Ahmad,
yang dipanggil Za’ba. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampong Bukit Kerdas,
Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang guru sandaran di Johor Bahru
pada tahun 1916. Pada ketika itu, beliau bergiat aktif dalam menulis rencana pertamanya yang
bertajuk, Temasya Mandi Safar di tanjung Kling yang diterbitkan oleh Utusan Melayu. Beliau
mempunyai tulisan yang unik kerana beliau telah menggabungkan beberapa elemen dalam
penulisannya seperti bahasa, ekonomi, sastera, politik dan pendidikan. Beliau juga turut diberi
nama samaran seperti Anak Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. Oleh sebab beliau
sangat aktif dalam masyarakat, beliau telah menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan
Sahabat Pena Malaya (1937), Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (1945),
Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO (1946), pensyarah Bahasa Melayu di
Universiti London (1947) dan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya
(1953).
Za’ba merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang sangat menonjol
dalam bidang bahasa terutamanya tatabahasa. Beliau telah mengarang buku tatabahasa
seperti Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940), Penggal Kedua (1946) dan Penggal Ketiga
(1949). Selain itu, beliau juga menyumbangkan menerusi jawatan yang dipegang iaitu Ketua
Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Penguruan Sultan
Idris, Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya dan Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka. Akhir sekali, beliau turut berjuang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara selain terlibat dalam penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
10
Selain tokoh tempatan, beberapa orang tokoh asing juga turut memberi sumbangan yang
besar terhadap perkembangan penulisan bahasa Melayu Moden. Antaranya,
Rajah 1.6: William Marsden
Pada tahun 1783, beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk History of Sumatera
yang menceritakan tentang adat istiadat dan cara hidup penduduk tempatan. Beliau
merupakan orang pertama yang menemukan dan menyenaraikan kosa kata bahasa-bahasa
dari Madagaskar di Lautan Hindi sehingga Marquesas di Lautan Pasifik. Selain itu, W.
Marsden telah menerbitkan dua buah buku tentang bahasa Melayu iaitu A Grammar of The
Malayan Language dan A Dictionary of The Malayan Language. Kesimpulannya, W.Marsden
merupakan sarjana Inggeris yang banyak melakukan penyelidikan dalam bahasa Melayu.
Rajah 1.7: Richard Olaf Winstedt
Pada tahun 1923, Richard Olaf Winstedt telah bertugas sebagai Setiausaha
Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,anggota FMS Federal Council (1927-
1931). Pada tahun 1946, beliau telah pun bersara daripada perkhidmatan pendidikan.
Menurut, Abdul Rashid Daing Melebek (2010), R. O. Winstedt memainkan peranan penting
dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, dia sangat berminat untuk mendidik orang
Melayu. Beliau telah menyumbangkan dua buah kamus iaitu A Practical Modern Malay-
English Dictionary (1952) dan An Unabridged English Dictionary (1958).
11
Selain itu, beliau telah menghasilkan kamus yang berjudul Dictionary of Colloquial
Malay serta menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan dua buah buku iaitu Sejarah Melayu
dan Hikayat Abdullah. Pada tahun 1914, beliau menghasilkan karya tatabahasa yang berjudul
Malay Grammar. Dalam bidang kesusasteraan, R. O. Winstedt menghasilkan A History of
Classical Malay Literature dan menyunting Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu dan Hikayat
Anggun Cik Tunggal manakala dalam bidang sejarah pula karyanya ialah History of Malaya,
History of Riau and Johore, History of Perak dan sebagainya. Penglibatan beliau dalam bidang
pendidikan menyebabkan beliau menghasilkan dua buah buku yang berkaitan pendidikan
seperti Education in Malay pada tahun 1923 dan The Educational System in Malaya pada
tahun 1931.
Rajah 1.8: O. T. Dussek
Pada tahun 1923, O. T. Dussek dilantik sebagai Penolong Pengarah Pelajaran
(Melayu) di samping memegang jawatan sebagai pengetua di Sultan Idris Training College
(SITC). Oleh itu, beliau memajukan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu melalui Pejabat
Karang Mengarang. Beliau sentiasa menggalakkan guru dan golongan penulis agar
menghasilkan karya dalam bahasa Melayu kerana beliau juga turut mengambil bahagian
dalam usaha menghasilkan karya sama ada dalam bentuk karya asli atau karya terjemahan.
Antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Kitab Pelita Mengarang (1923) yang ditulis
bersama-sama Muhammad Hashim Haji Talib iaitu Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2
(1926), Practical Modern Malay:An Introduction to The Colloquial Language Granduated Malay
Reader (1949) dan Hujungan Kitab Hisab 2 (1952). Karya terjemahan beliau yang paling
penting ialah Macbeth (karya William Shakespeare) yang terbit pada tahun 1943 dan Topeng
Hitam pada tahun 1934.
12
3.0 Bahasa Melayu Pascamerdeka
Era selepas merdeka ataupun dipanggil pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957
sehingga tahun 1967. Pada ketika itu, bahasa Melayu telah pun dijadikan bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan tahun 1963/67 dan Akta
Pendidikan 1996. Di samping itu, Akta DBP 1959 (Pindaan 1995) turut menjelaskan
kedudukan bahasa Melayu di Malaysia.
Dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa, tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada
maksud rasmi), atau daripada belajar atau mengajar, apa-apa bahasa lain. Selain itu, tiada
apa-apa jua dalam Fasal Ini yang boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-
mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
menjadi simbol identiti masyarakat dan Negara bangsa Malaysia kerana bahasa Melayu
digunakan oleh semua umat masyarakat yang menjadi warganegaranya, khususnya dalam
urusan rasmi negara.
Berdasarkan kepada Perkara 152 ini, bahasa Melayu diiktirafkan sebagai satu bahasa
yang istimewa berbanding bahasa lain. Dengan termaktubnya perkara ini dalam
Perlembagaan, maka bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan iaitu
bahasa perpaduan bagi seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang
kaum. Di samping itu juga pelaksanaan dasar bahasa ini amat penting bagi mewujudkan
persefahaman dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat mengelakkan timbulnya
konflik semasa interaksi antara satu kaum dengan kaum yang lain kerana menggunakan satu
bahasa sahaja.
3.1 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Pindaan 1995)
Bagi memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), satu akta telah diluluskan
oleh parlimen pada tahun 1959 yang asalnya dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dasar bahasa kebangsaan ini turut disokong oleh Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa
dan pustaka 1959 (Disemak 1978) dan diperluaskan melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
(Pindaan dan Perluasan) 1995. Tujuan akta ini adalah untuk memperkukuhkan dan
memperkaya bahasa kebangsaan dan untuk mengalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
yang betul.
13
Menerusi akta ini, maka DBP sebagai sebuah institusi yang diberi autonomi telah
menyusun pelbagai program bagi membina dan mengembangkan bahasa dan kesusasteraan
Melayu. Selain itu, DBP juga banyak menerbitkan buku, khususnya buku sekolah dan buku
ilmiah dalam bahasa kebangsaan.
3.2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam
Akta Kebangsaan 1963/67. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 mengehendaki
bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi. Yang berikut diperturunkan Seksyen 2
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967(2006). Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi
maksud rasmi kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada
perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam perkara 152(1) Perlembagaan berhubung
dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia. Malaysia
bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Hal ini dapat menunjukkan akta
ini bahawa semua urusan rasmi kerajaan sama ada urusan tersebut dilaksanakan secara
bertulis atau lisan yang perlu menggunakan bahasa kebangsaan. Bahasa yang digunakan
juga bahasa yang baik, sopan dan betul. Akta ini secara langsung menuntut agar bahasa
Melayu dibina, dipelihara, diperkembangkan, dibudayakan, dipupuk dalam semua situasi
rasmi. Hal ini membuktikan pihak kerajaan mengambil cakna dalam memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3.3 Akta Pendidikan 1996
Bermula pada tahun 1956, kerajaan berusaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu
menerusi sistem pendidikan negara. Usaha ini dilaksanakan menerusi Jawatankuasa
Pelajaran Razak 1956. Jawatankuasa ini menetapkan bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah berteraskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Usaha
Jawatankuasa tersebut yang dikenali sebagai Penyata Razak diperkukuhlagi oleh
Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 (yang dikenali sebagai
Penyata Rahman Talib). Selepas 35 tahun, Akta pendidikan 1996 diluluskan. Bagi seksyen 17
dalam akta ini masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar uatama dalam sistem pendidikan negara. Seksyen 17 menyatakan bahawa
bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama. Bahasa Kebangsaan hendaklah
menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. Akta ini
pada umumnya masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Akan tetapi, perkataan
“kecuali” dalam akta ini memberikan implikasi kepada bahasa Melayu kerana sekolah jenis
14
kebangsaan boleh menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar pendidikan.
Akhir sekali, institusi pendidikan yang tidak boleh menggunakan bahasa Melayu boleh terus
menggunakan bahasa lain sebagai bahasa penghantar.
Zaman selepas ini merupakan zaman perkembangan dan pengukuhan taraf dan
korpus bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan
intelektual dan budaya, bahasa sains dan teknologi dan bahasa ilmu pengetahuan.
4.0 Cabaran- Cabaran Bahasa Melayu
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan isu dan cabaran-cabaran dalam
memartabatkan bahasa Melayu ini bangkit. Menurut Asmah Hj. Omar (2003a) menyatakan
bahawa penguasaan bahasa Inggeris sangat penting untuk menyediakan seseorang pelajar
untuk menyumbang kepada pembinaan negara peringkat tinggi sebagai birokrat atau
teknokrat atau profesyen-profesyen lain. Selain itu juga, Asmah Hj. Omar (2003b) turut
menjelaskan bahawa bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan kelas
atasan dan kelas menengah bagi bukan Melayu dan komunikasi akan dijalankan dalam
bahasa Melayu sekiranya ada orang Melayu dalam proses komunikasi tersebut. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa ledakan ilmu dan kemajuan sains dan teknologi kini yang semakin
canggih banyak ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa antarabangsa. Namun
penggunaan bahasa Inggeris tidak ditegahkan sekiranya hal ini bukan melibatkan acara rasmi
kerajaan.
Komunikasi antara satu sama lain tanpa mengira kaum amat digalakkan menggunakan
bahasa kebangsaan kerana dengan ini akan menjadikan masyarakat makin cekap dan yakin
untuk menggunakan bahasa Melayu apabila diperlukan. Seterusnya, cabaran ini berlaku
kerana orang Melayu itu sendiri masih keberatan dan kurang pengetahuan untuk
menggunakan bahasa sendiri kerana lebih mementingkan bahasa yang lain. Hal ini demikian
kerana segelintir orang Melayu kurang selesa dengan penggunaan bahasa Melayu. Betapa
pandainya seseorang Melayu itu berbahasa Inggeris dia tetap seorang Melayu bak kata
pepatah Melayu, bahasa menunjukkan bangsa. Ini menyebabkan generasi pada masa kini
lebih mementingkan bahasa asing berbanding bahasa Melayu kerana semasa pertuturan di
rumah ibu bapa mendidik mereka dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi harian. Oleh itu, mereka kurang fasih dalam menutur bahasa Melayu.
Seperti yang kita sendiri tahu, pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat
penting. Jadi Malaysia telah mendapat pelbagai impak yang besar terutamanya dari segi
bahasa teknologi maklumat. Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa
dominan bagi bahasa teknologi maklumat.
15
Oleh itu, penekanan dalam bidang teknologi maklumat (ICT) pada era globalisasi ini
bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dalam serumpun
masyarakat pada masa kini. Selain itu juga tanpa kita sedari pengaruh media elektronik telah
merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi ayat, istilah, pertuturan, bahasa rojak dan
sebagainya. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada kerosakan bahasa
Melayu kerana untuk berinteraksi dengan lebih mudah pada masa kini mereka lebih
menggunakan media massa yang lebih canggih.
4.1 Pendekatan Memartabatkan dan Memantapkan Bahasa Melayu Pada Masa
Hadapan
Sebagai institusi yang memegang amanah dalam mengembangkan bahasa Melayu,
iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah memainkan peranan dengan berikhtiar untuk
meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar Negara. Usaha
menggerakkan penyelarasan, penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang
berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah boleh menunjukkan hasil
yang positif terhadap penggunaan bahasa Melayu. DBP telah menjadikan bahasa Melayu
sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah
satu perkara yang mustahil. Kita memerlukan keazaman yang tinggi seperti ini daripada
pemimpin negara.
Selain itu, guru juga mempunyai tugas yang sedia ada dalam memberikan pengajaran
dan bimbingan pengetahuan tentang kepentingan bahasa Melayu serta tugas hakiki yang lain.
Guru-guru kini perlu menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan
masyarakat terhadap bahasa kebangsaan ini. Oleh itu, guru perlulah kreatif dan inovatif dalam
mencari dan mengubahsuai cara pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar dalam
masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan
kita kepada pelajar yang telah dipengaruhi dengan kepentingan bahasa Inggeris pada masa
kini yang dapat mengakseskan dengan mudah dan cepat. Selari dengan keyakinan terhadap
bahasa Inggeris yang tinggi. Guru turut menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu lebih tersusun dan lancar agar dapat menarik minat para pelajar.
Di samping itu, dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib dan guru bahasa Melayu
hendaklah bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang amat
getir ini bagi memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
16
Seterusnya, keperluan dalam penggunaan teknologi maklumat yang semakin canggih
sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju. Oleh yang demikian,
penggunaan bahasa Melayu juga perlu selari dengan perkembangan teknologi maklumat.
Untuk mengatasi cabaran baru dalam era teknologi maklumat ini, bahasa Melayu perlu
dikembangkan menjadi bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pemodenan, bahasa
sumber ilmu, bahasa sumber sains dan teknologi dan sumber kewangan. Untuk berlaku
sedemikian, pengarang, penyelidik, guru, penerbit dan institusi penyelidikan perlu
menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat seperti
media massa serta memenuhi kehendak generasi muda yang pada masa kini lebih
mempelajari sesuatu dalam bentuk digital. Hal ini kerana mereka membesar di hadapan alat
peranti elektronik dan pangkalan data yang sangat canggih. Akhir sekali, semua pencinta dan
pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif bagi mengatasi cabaran
generasi muda dalam memartabatkan bahasa Melayu.
5.0 Rumusan
Secara konklusinya, pada zaman pramerdeka dan pascamerdeka, terdapat banyak
persatuan telah ditubuhkan untuk memartabatkan dan memperkukuhkan lagi bahasa Melayu
dalam kalangan masyarakat. Antaranya adalah Jabatan Karang-Mengarang, ASAS 50,
Dewan Bahasa dan Pusaka dan sebagainya. Banyak juga tokoh-tokoh yang terlibat dalam
mengembangkan bahasa Melayu dengan menyumbangkan pelbagai karya bahasa Melayu
bagi membuka mata masyarakat bahawa bahasa Melayu juga perlu dititikberatkan dalam
kehidupan harian kita. Kita perlu mempelajari dan menghargai kerana sikap mereka yang tidak
berputus asa untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu. Hal
ini membolehkan generasi muda pada hari ini terus tabah dan berusaha dalam memajukan
negara kita setanding dengan negara-negara yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi, pelbagai
cabaran yang perlu diatasi dari segi ekonomi, pendidikan, pentadbiran kerajaan, keracunan
bahasa dalam media sosial dan percampuran kod dan slanga. Oleh itu, setiap lapisan
masyarakat di Malaysia haruslah sentiasa bekerjasama dalam memartabatkan bahasa Melayu
supaya negara kita dapat melahirkan masyarakat yang fasih berbahasa Melayu, sekaligus
menerajui wawasan negara.
167
Rujukan
Asmah Haji Omar (2003a), Language And Language Situasion In South East Asia: With a
Focus On Malaysia, Kuala Lumpur. Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Asmah Haji Omar (2003b), The Genius of Malay Civilisation. Institut Pendaraban Melayu,
Tanjong Malim, UPSI.
ASAS 50 dipetik http://hids.arkib.gov.my/ doc/2002/ogos/06_08_1950_2002.htm pada 20
Januari 2008
Abdul Rashid Daing Melebek (2010), Penguasaan Tatabahasa Guru Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Enam. Jurnal Linguistik Jilid 11.
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil dan Maliati Mohamad (2020), Cabaran Pemerkasaan Bahasa
Melayu dalam Usaha Mencapai Negera Bangsa Di Malaysia. Universiti Sultan Zainal Abidin,
Selangor.
Jaafar Bin Jambi (2008), Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 19.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Bt. Abdul Aziz (1997), Penguasaan kemahiran Menulis –
Siri Pendidikan Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Shamsul aizuwani Nawi, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusoff (2020), Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Rajah 1.0 Kamaluddin Muhammad.
https://kamaluddinmuhamad4eko.wordpress.com/2015/09/27/hello-world/
Rajah 1.8 O. T. Dussek
https://www.lelarentaka.com/2022/04/ot-dussek-pegawai-british-yang-yakin.html
18