1 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN UNIT KURIKULUM TAHUN 2023/2024 PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
2 SENARAI KANDUNGAN Jadual Pelaksanaan Perancangan Panitia .......................... 3 Minit Mesyuarat Panitia kali 1, 2, 3, dan 4 ............................4-15 Senarai aktiviti yang telah dijalankan ............................ 16,17 Pencapaian Panitia .......................... 18 Kekuatan yang dikenalpasti ......................... 18 Kelemahan / kekangan yang dikenalpasti ........................ 19 Cadangan mengatasi kelemahan / kekangan ....................... 19 Dokumentasi / Lampiran ........................ 20-21
3 JADUAL PELAKSANAAN PERANCANGAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK AKTIVITI TARIKH JAN FEB MAC AP MEI JUN JUL OG SEPT OKT 1 Mesyuarat Panitia 1 2 Pengajaran dan Pembelajaran Mengisi PEREKODAN PBD OFFLINE MURID 3 Program Pemulihan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, dan Lagu Sekolah 4 Penyediaan Lagu-Lagu PdPc 5 Mesyuarat Panitia 2 6 Uji bakat kemjadian murid dalam nyanyian, tarian dan seni persembahan 7 Latihan Dalam Perkhidmatan(Ldp) / PLC /PEER COACHING /LEARNING WALK. TEACHER SHARING SESSIONS 8 Pertandingan Mereka Cipta lirik Lagu. 9 Pertandingan Menyanyikan Lagu Patriotik (Bulan Patriotik) 10 Mesyuarat Panitia 3 11 Sambutan Bulan Kemerdekaan 12 Mesyuarat Panitia 4 13 Mengemaskini Bilik Panitia Muzik 14 Merekod Penggunaan Bilik Muzik dan Alat Muzik 15 Persembahan Program Sekolah
4 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BILANGAN 1 TAHUN 2023 Tarikh : 29 Mac 2023 Hari : Rabu Masa : 12.50 petang Tempat : Bilik Mesyuarat 2 KEHADIRAN : BIL NAMA JAWATAN 1. Pn. Noor Haslida Binti Padzil Penolong Kanan Kokurikulum 2. Pn. Jho Rina Binti Jaafar Ketua Panitia 3. Pn. Juliawati Binti Yaacob Setiausaha 4. Pn. Balkhes Binti Bakar Guru Penolong 5. Pn. Sakdah Binti Zakaria Guru Penolong Tidak Hadir (Bersebab): 1. Pn .Rozila binti Rasdi Guru Penolong I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat kali ini dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Muzik Kali pertama Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024. 2. Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang 2023/2024 agar visi dan misi KPM dan sekolah dapat dicapai. Makluman : Semua guru II. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN HASLIDA BINTI PADZIL 3. Pn. Haslida mengalu-alukan kedatangan AJK Panitia Muzik pada kali ini. Pn. Haslida juga mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan kepada semua AJK Panitia muzik sesi 2023/2024. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK. 4. Mesyuarat panitia mestilah di adakan 4 kali setahun. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas Kerjasama padu semua guru . Makluman : Semua guru
5 III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 5. Cikgu Sakdah Binti zakaria telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. Cikgu Balkhes Binti Bakar telah menyokong cadangan tersebut. IV. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 6. Cikgu Juliawati memohon penambahan alat perkusi untuk kegunaan guru muzik. 7. Cikgu Balkhes mohon bimbingan dari guru muzik yang berpengalaman untuk membantu beliau dalam pengajaran matapelajaran Muzik. Makluman : Semua guru V. PERBINCANGAN PROFESIONALISMA 8. Semua guru muzik perlu menyediakan DSKP/ RPT dan RPH yang berkaitan. Penulisan RPH bergantung pada keselesaan guru. 9. PdP semua kelas termasuklah PBD Tahap Penguasaan harus secara berterusan. 10. Pembelajaran Abad 21 haruslah dilaksanakan semasa pdp didalam kelas. 11. Program Bantu Baca – Semua guru harus teruskan program ini yang terdiri daripada 7 kumpulan. Program ini dilaksanakan pada waktu pertama setiap hari. 12. Pengurusan Panitia - melengkapkan fail induk panitia dan perancangan aktiviti tahun 2023/2024. Post mortem PBD dan UASA. Makluman : Semua guru 13. Kewangan Panitia – .Ketua panitia bercadang untuk membeli alat perkusi bagi kegunaan murid dan bahan bantu mengajar BBM Makluman : Semua guru VI. HAL-HAL LAIN. 14. Pn. Jhorina memberi pesanan agar semua guru muzik memastikan setiap murid mempunyai buku tulis muzik dan membuat latihan bertulis. 15. Jadual penggunaan Bilik Muzik akan disediakan bagi mengelakkan pertembungan waktu penggunaan. Makluman : Semua guru
6 II. UCAPAN PENANGGUHAN 16. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi akademik di SK Bandar Laguna Merbok selama ini. 17. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang Disediakan oleh , ( JULIAWATI BINTI YAACOB) Setiausaha Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Disemak oleh , ( JHORINA BT JAAFAR ) Ketua Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Sungai Petani , Kedah.
7 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BILANGAN 2 TAHUN 2023 Tarikh : 11 Jun 2023 Hari : Khamis Masa : 12.50 petang Tempat : Bilik Mesyuarat 2 KEHADIRAN : BIL NAMA JAWATAN 1. Pn. Noor Haslida Binti Padzil Penolong Kanan Kokurikulum 2. Pn. Jho Rina Binti Jaafar Ketua Panitia 3. Pn. Juliawati Binti Yaacob Setiausaha 4. Pn. Balkhes Binti Bakar Guru Penolong 5. Pn. Sakdah Binti Zakaria Guru Penolong Tidak Hadir (Bersebab): 1. Pn .Rozila binti Rasdi Guru Penolong I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat kali ini dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Muzik Kali kedua Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024. II.UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN HASLIDA BINTI PADZIL 1. Pn. Haslida mengalu-alukan kedatangan AJK Panitia Muzik pada kali ini. Pn. Haslida juga mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan kepada semua AJK Panitia muzik sesi 2023/2024. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK. 2. Beliau meminta semua ahli panitia mejalankan pentaksiran PBD secara berterusan dan direkodkan. Beliau juga meminta semua penglibatan murid seperti pertandingan nyanyian, Pancaragam, tarian dan sebagainya dirrekodkan dan dimaklumkan kepada guru kelas untuk rekod PAJSK.
8 Makluman : Semua guru III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 3. Cikgu Balkhes binti Bakar mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. Cikgu Sakdah binti Zakaria telah menyokong cadangan tersebut. IV. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4. Cikgu Juliawati meminta jadual penggunaan bilik ditampal diluar pintu bilik muzik. 5. Cikgu Balkhes mohon bimbingan dari guru muzik cara untuk bermain rekoder. Makluman : Semua guru V. PERBINCANGAN PROFESIONALISMA 6. Penggunaan buku teks secara optimum dalam pdpc amatlah ditekankan kerana merangkumi semua kemahiran yang terkandung dalam DSKP. 7. PdP semua kelas termasuklah PBD Tahap Penguasaan harus secara berterusan. Penglibatan murid haruslah direkodkan. 8. Perancangan aktiviti panitia : Pameran alat muzik di bilik muzik sempena Minggu Panitia Muzik dan sambutan bulan kemerdekaan bersama panitia Sejarah. Guru diagihkan tugas bagi setiap aktiviti. Panitia muzik ditugaskan untuk menyediakan beberapa persembahan ketika pembukaan dan penutupan Bulan Kemerdekaan. Makluman : Semua guru 9. Kewangan Panitia – .Ketua panitia meminta ahli mesyuarat menyenaraikan bahan atau alatan yang diperlukan untuk pdp didalam kelas. Makluman : Semua guru VI. HAL-HAL LAIN. 10. Klinik Lagu Sekolah : Pn. Juliawati mencadangkan agar diadakan klinik Lagu Sekolah kerana kebanyakan murid tidak menghafal lirik lagu sekolah . Klinik ini dijalankan 5 minit sebelum pdp didalam kelas. 11. Pasukan tarian sekolah akan diwujudkan bagi mengcungkil bakat murid serta persediaan persembahan bagi sebarang majlis yang akan berlangsung sepanjang tahun.Cikgu Juliawati berharap semua guru muzik membantu dalam pencarian bakat murid tersebut.
9 Makluman : Semua guru VII. UCAPAN PENANGGUHAN 12. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi akademik di SK Bandar Laguna Merbok selama ini. 13. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang Disediakan oleh , ( JULIAWATI BINTI YAACOB) Setiausaha Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Disemak oleh , ( JHORINA BT JAAFAR ) Ketua Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Sungai Petani , Kedah.
10 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BILANGAN 3 TAHUN 2023 Tarikh : 9 Oktober 2023 Hari : Khamis Masa : 12.50 petang Tempat : Bilik Mesyuarat 2 KEHADIRAN : BIL NAMA JAWATAN 1. Pn. Noor Haslida Binti Padzil Penolong Kanan Kokurikulum 2. Pn. Jho Rina Binti Jaafar Ketua Panitia 3. Pn. Juliawati Binti Yaacob Setiausaha 4. Pn. Balkhes Binti Bakar Guru Penolong 5. Pn. Sakdah Binti Zakaria Guru Penolong 6. Pn. Rozila binti Rosdi Guru Penolong Tidak Hadir (Bersebab): I.PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat kali ini dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Muzik Kali Ketiga Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok bagi sesi persekolahan tahun 2022. 2. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas komitmen semua ahli panitia yang bertungkus lumus melaksanakan aktiviti panitia sepanjang tahun. Makluman : Semua guru II UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN HASLIDA BINTI 3. Pn. Haslida mengucakan syabas dan tahniah kepada ahli pantia yang dapat melaksanakan sambutan hari kemerdekaan bersama panitia sejarah dengan jayanya. 4. Kemenjadian murid dalam pelbagai bidang juga dapat diserlahkan melalui pelbagai pertandingan yang disertai. Tahniah kepada cikgu Juliawati dan ahli pasukan yang
11 berjaya menharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan seperti Bicara Berirama, Bintang RTM , nyanyian syair dan pelbagai lagi. 5. Minggu Panitia Muzik adalah mengikut perancangan.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berjaya menyusun aktiviti dengan Cemerlang sekali. Makluman : Semua guru III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 6. Cikgu Sakdah Binti zakaria telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. Cikgu Rozila binti Rosdi telah menyokong cadangan tersebut. IV. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 7. Cikgu Juliawati memaklumkan bahawa klinik Lagu sekolah telah menunjukkan perkembangan yang positif dalam nyanyian lagu sekolah di perhimpunan rasmi sekolah. 8. Cikgu Balkhes dan Cikgu Rozila mencadangkan beberapa nama murid untuk diketengahkan bakat dalam bidang nyanyian dan tarian. Cikgu Juliawati mengambil maklum pekara ini. Makluman : Semua guru V. PERBINCANGAN PROFESIONALISMA 9. PdP semua kelas termasuklah PBD Tahap Penguasaan harus dimurnikan lagi. Murid sekurang-kurangnya memperoleh TP 3 sekiranya dapat menyanyikan lagu mengikut irama. Murid juga perlu dinilai dalam pelbagai aspek. 10. Kemenjadian murid: ujibakat untuk pasukan pancaragam sekolah sedang dilaksanakan. Ahli panitia diminta sama-sama ‘membantu dalam proses pencarian bakat ini. 11. Pengurusan Panitia – Laporan aktiviti panitia dan persediaan pembinaan soalan pentaksiran akhir tahun. Makluman : Semua guru 12. Kewangan Panitia – Baki wang panitia adalah RM80 .Ketua panitia bercadang untuk membeli alat perkusi bagi kegunaan murid. Makluman : Semua guru
12 VI. HAL-HAL LAIN. 13. Pn. Jhorina memberi pesanan agar semua guru muzik mengikut jadual pemeriksaan buku tulis. 14. Pn. Juliawati meminta guru-guru muzik berkongsi gambar dan video aktiviti didalam kelas untuk laporan aktiviti panitia. Gambar dan video projek keseniaan yang dilaksanakan juga adalah eviden dalam pentaksiran PBD sepanjang tahun. 15. Pn. Rozila memberi cadangan agar pertandingan keseniaan diadakan semasa projek keseniaan akhir tahun. Ini akan menyerlahkan bakat murid dalam bidang keseniaan. 16. Pn. Balkes memohon guru yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar cara penjarian rekoder serta not-not yang berkaitan dengan rekoder. Pn. Juliawati mengambil maklum pekara ini dan perkongian ilmu akan diberikan. Makluman : Semua guru VII. UCAPAN PENANGGUHAN 17. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi akademik di SK Bandar Laguna Merbok selama ini. 18. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang Disediakan oleh , ( JULIAWATI BINTI YAACOB) Setiausaha Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Disemak oleh , ( JHORINA BT JAAFAR ) Ketua Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Sungai Petani , Kedah.
13 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BILANGAN 4 TAHUN 2023 Tarikh : 4 Disember 2023 Hari : Isnin Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat 2 KEHADIRAN : BIL NAMA JAWATAN 1. Pn. Noor Haslida Binti Padzil Penolong Kanan Kokurikulum 2. Pn. Jho Rina Binti Jaafar Ketua Panitia 3. Pn. Juliawati Binti Yaacob Setiausaha 4. Pn. Balkhes Binti Bakar Guru Penolong 5. Pn. Sakdah Binti Zakaria Guru Penolong 6. Pn .Rozila binti Rasdi Guru Penolong Tidak Hadir (Bersebab): 14. III. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat kali ini dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Muzik Kali Keempat Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok bagi sesi persekolahan tahun 2023. 2. Pengerusi juga mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua guru kerana memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang 2023 bagi melancarkan semua perancangan aktiviti dan pengurusan panitia. Makluman : Semua guru IV. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PN HASLIDA BINTI PADZIL 3. Pn. Haslida mengalu-alukan kedatangan AJK Panitia Muzik pada kali ini. 4. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas Kerjasama padu semua guru .
14 5. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berjaya menyusun aktiviti dengan Cemerlang sekali. Makluman : Semua guru V. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 6. Cikgu Rozila bt Rasdi telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. Cikgu Balkhes Binti Bakar telah menyokong cadangan tersebut. VI. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 7. Cikgu Juliawati berharap perancangan PLC kepada semua guru muzik berkenaan cara meniup rekoder dan memainkan alat perkusi dapat dilaksanakan. 8. Cikgu Balkhes mohon jadual penggunaan bilik muzik disediakan bagi mengelakkan pertembungan penggunaan bilik muzik. Makluman : Semua guru VII.PERBINCANGAN PROFESIONALISMA 9. PdP semua kelas termasuklah PBD Tahap Penguasaan harus dimurnikan lagi. Murid sekurang-kurangnya memperoleh TP 3 sekiranya dapat menyanyikan lagu mengikut irama. Murid juga perlu dinilai dalam pelbagai aspek. 10. Keputusan PBD tahap 1 hendaklah dikumpul mengikut tahap dan interversi harus dilaksanakan. 11. Penyediaan soalan pentaksiran Sumatif akhir tahun tahap 1 adalah 60% amali dan 40% teori. Semua soalan pentaksiran bagi pendidikan muzik dibina oleh guru muzik dan jadual penyediaakan soalan akan diagihkan kemudian. 12. UASA tahap 2. Soalan disediakan oleh KPM bagi 7 subjek sahaja. Soalan Pendidikan muzik disediakan oleh Guru Muzik. 13. Tarikh akhir penghantaran soalan elektif ialah pada 14 Januari 2024. 14. Pengurusan Panitia -Pengagihan kelas untuk tahun 2024/ 2025 akan dijalankan. Nama guru dan kelas akan diagihkan kemudian. Makluman : Semua guru VIII. HAL-HAL LAIN. 15. Pn. Jhorina berharap semua guru muzik dapat membuat pentaksiran Pbd secara berterusan dan mengcungkil bakat murid dari masa ke semasa. Pemilihan murid dalam semua pertandingan juga adalah berdasarkan bakat dan kebolehan serta komitmen waris.
15 16. Pn Juliawati memaklumkan bahawa sedang membuat ujibakat dalam pemilihan pasukan tarian Seri Tari D’laguna sebagai persediaan persembahan untuk sebarang majlis . Ini juga sebagai persediaan untuk pertandingan Tarian Tradisional yang akan dipertandingkan. 17. Pn. Juliawati juga memaklumkan sedang mengasah bakat murid dalam pelbagai bidang seperti nyanyian, rekoder, tarian dan seni persembahan lain. Guru muzik yang mempunyai murid yang hendak diketengahkan boleh memaklumkan nama murid berkenaan. 18. Pn. Sakdah mencadangkan agar minggu bertema diteruskan pada sesi hadapan dengan pemilihan tema yang lebih menarik lagi. Makluman : Semua guru IX. UCAPAN PENANGGUHAN 19. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi akademik di SK Bandar Laguna Merbok selama ini. 20. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang Disediakan oleh , ( JULIAWATI BINTI YAACOB) Setiausaha Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Disemak oleh , ( JHORINA BT JAAFAR ) Ketua Panitia MUZIK SK Bandar Laguna Merbok Sungai Petani , Kedah.
16 SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN. 1 . Melaksanakan mesyuarat panitia sebanyak 4 kali. 3. Program Pemulihan Lagu Sekolah : Taklimat tentang lirik dan melodi Lagu Sekolah. Semua guru muzik dibekalkan dengan Audio baru Lagu sekolah dengan vokal dan tanpa vokal. 4. Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) :Guru diberi taklimat dan merancang RPT dan RPH mengikut DSKP yang ditetapkan. 5. Persembahan Nyanyian, Syair, Tarian kebudayaan, Bicara berirama bagi Majlis yang berlangsung disekolah. i. Persembahan nyanyian solo dan duet sempena hari Guru, Hari kanak-kanak, Sambutan bulan Kemerdekaan. ii. Persembahan Bicara berirama dan dikir barat iii. Deklamasi syair dan nyanyian syair PPda iv. Persembahan tarian tradisional sempena Pelancaran Guru Penyanyang dan Majlis 6.Pertandingan Bintang Kecil RTM , Nyanyian duet dan solo peringkat negeri kedah 7. Pertandingan Idola kecil Pra Sekolah peringkat daerah KMY : membantu guru pra sekolah melatih murid untuk pertandingan. 8. Pelancaran dan penutup Bulan Kemerdekaan: i. Menyediakan Brosur lagu-lagu patriotik ii. Persembahan nyanyian,, tarian kebudayaan , dikir barat oleh murid-murid SKBLM. iii. Deklamasi Syair kemerdekaan guru Bersama murid.
17 8. Sambutan hari kanak-kanak: menyediakan pelbagai bentuk persembahan dan lakonan kerjaya. 9. Nyanyian sifir berlagu: kolaborasi bersama Guru Besar Sk. Haji Othman Tahir 10. Membantu pasukan pancaragam dalam ujibakat ahli pasukan 11. Melatih pasukan Bicara Berirama ke pertandingan Peringkat negeri Kedah. 11. Program bersama komuniti : Persembahan Bicara Berirama dan tarian tradisional bersama Epic Valley Holding Sdn Bhd.
18 PENCAPAIAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK Semua ahli panitia telah didedahkan cara penyampaikan pengajaran yang berkesan dan penggunaan alat perkursi didalam proses pengajaran dan pembelajaran. @ orang murid telah berjaya keperingkat akhir Bintang RTM peringkat negeri Kedah, Seorang Murid Para sekolah juga berjaya ke peringkat akhir oertandingan Idola kecil peringkat daerah KMY. Panitia muzik dan Panitia Bahasa Melayu bergabung membentuk pasukan Bicara Berirama dan memenangi Naib Johan Peringkat Negeri Kedah. Panitia muzik juga membantu Pasukan Pancaragam sekolah memenangi naib Johan peringkat Antarabangsa. Disamping itu , beberapa pasukan sekolah telah dibentuk seperti : Pasukan Koir dan Pasukan Tarian sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat murid-murid SKBLM dalam membuat persembahan bagi aktivitiaktiviti dalaman di sekolah. Pengetahuan dan pengalaman guru -guru dalam bidang muzik, tarian dan alat muzik juga membantu memantapkan lagi pengurusan dan kecemerlangan Panitia Muzik SKBLM.. KEKUATAN YANG DIKENALPASTI. 1. Guru panitia yang mempunyai pengalaman dan terlatih dalam bidang ini. 2. Kerjasama dari pihak pentadbir yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan berterusan. 3. Kerjasama dari murid dan waris dalam pasukan sekolah yang memberi komitmen dan berlatih bersungguh – sungguh. 4. Peralatan dan keperluan yang terkini dan memnuhi sukatan pelajaran. 5.. Minat dan kesungguhan murid untuk melibatkan diri dalam PdPc Pendidikan Muzik. 6. Bakat semula jadi murid dari pelbagai aspek spserti suara dan kemahiran bermain alatan muzik, tarian membantu guru dalam menjayakan penubuhan Pasukan Koir dan Pasukan Tarian Sekolah. 7. Alatan muzik yang lengkap yang memudahkan murid untuk menyelami pembelajaran yang lebih menarik
19 KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI. 1. Kekangan masa dan tempat untuk mengadakan aktiviti intensif dan terperinci. 2. Peruntukan dan kewangan bagi meningkatkan fasiliti keadaan suasana Bilik Muzik. CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN / KEKANGAN 1. Mencari sumber kewangan melalui promosi dan sumbangan masyarakat. 2. Mengadakan latihan intensif awal dan terancang. 3. Kerap menyertai pertandingan luar bagi menambah pengalaman dan kemahiran murid semasa pertandingan. 4. memberi pendedahan kepada guru-guru muzik tentang kemahiran menggunakan alat muzik dan mengikuti kursus luar bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang muzik.
20 lampiran