The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazimnik16, 2021-09-12 03:09:10

BENDERA MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia; (Jawi: ‫) بنديرا مليسيا‬atau nama rasminya Jalur
Gemilang (Jawi: ‫) جالور ݢميلڠ‬mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang)

yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan
keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di
sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih

yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang
sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan

ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Bahagian segi empat (atau kanton) yang
berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak

dari atas hingga ke bawah jalur merah yang
kelima itu melambangkan perpaduan

rakyat Malaysia; kanton tersebut mengandungi
anak bulan yang melambangkan agama

Islam sebagai agama bagi Persekutuan (seperti
yang telah tertakluk di dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia).[2] Bintang pecah 14 itu
melambangkan perpaduan 13 buah negeri

dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada
anak bulan dan bintang melambangkan warna

diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia
Baginda Raja-raja Melayu.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian,
kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan

kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja
sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi

seluruh negeri di Malaysia.

SEJARAH BENDERA
MALAYSIA

Rekod terawal secara terperinci mengenai bendera di dalam budaya Melayu adalah
di dalam Sulalatus Salatin (atau Sejarah Melayu) nukilan Tun Sri Lanang yang

merupakan Bendahara Johor pada masa itu. Dalam karya tersebutTun Sri lanang
telah menjelaskan secara terperinci tentang penggunaan panji-panji di Kesultanan

Johor. Menurutnya, Sultan Johor menggunakan panji berwarna putih bagi
melambangkan kesucian dan kekudusan; bakal raja juga menggunakan panji putih
namun berbingkaikan warna diraja iaitu warna kuning; Bendahara menggunakan

panji-panji berwarna hijau; Temenggong menggunakan panji berwarna hitam;
manakala Laksamana menggunakan panji berwarna merah. Dinyatakan juga bahawa
jikalau Bendahara, Temenggong atau Laksamana merupakan seorang kerabat diraja,

maka bendera-bendera yang mereka pakai akan berbingkaikan warna diraja.

Penggunaan bendera di dalam budaya Melayu tidaklah asing. Seawal era
Kesultanan Melayu Melaka lagi, terdapat rekod-rekod mengenai penggunaan
panji-paji berwarna merah dan lambang bulan sabit oleh kerajaan tersebut.
Malah, sejak seawal zaman Kerajaan Majapahit lagi sudah terdapat bendera
yang digunakan iaitu bendera Sang Saka Getih-Getah Samudera atau Sang

Saka Gula Kelapa.

Pada abad ke-17, hampir kesemua kerajaan Melayu menggunakan bendera
berwarna putih bagi bendera negeri mereka. Walau bagaimanapun, apabila
pihak penjajah British datang ke Tanah Melayu, mereka telah menasihati semua
kerajaan-kerajaan Melayu untuk mengubah bendera mereka kepada bendera

yang boleh dibezakan antara negeri-negeri lain. Kesemua negeri-negeri
tersebut mengikuti nasihat British itu, kecuali Terengganu yang mengekalkan

bendera putih itu sehingga tahun 1925.

Apabila British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, persekutuan
tersebut telah menggunakan satu bendera yang mempunyai empat jalur

melintang berwarna putih, merah, kuning dan hitam, dengan satu bujur putih di
bahagian tengah bendera yang mengandungi seekor harimau. Bendera tersebut

turut diguna pakai bagi Malayan Union namun telah digantikan apabila
tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.


Click to View FlipBook Version