The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzikalmoyangsalleh, 2022-06-10 20:45:46

BUKU PROGRAM PRA PELANCARAN MUZIKALMOYANG SALLEH

PROFILE MUZIKAL MOYANG SALLEH

Keywords: MUZIKAL MOYANG SALLEH

SINOPSIS

Muzikal Moyang Salleh ialah kisah lagenda Negeri Sembi-
lan Datuk Moyang Salleh yang memerdekakan Jelebu
daripada jajahan takluk Johor suatu ketika dahulu.
Bermula daripada majlis perkahwinan Si Amat yang
gemilang, Bendahara Johor sudah terpikat dengan anak
gadis Datuk Penghulu Rembau, Seri Banun yang anggun,
pandai menyanyi dan menari untuk dipersembahkan
kepada Baginda Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah.

Malangnya peminangan daripada Sultan Johor itu telah
ditolak oleh Datuk Penghulu Rembau kerana Seri Banun
telah ditunangkan dengan seorang pemuda bernama
Teruna. Si Amat yang gagap telah dihantar ke Istana
Johor sebagai wakil pemulang adat dihukum bunuh oleh
Sultan Johor.

Ini menimbulkan kemarahan Datuk Penghulu Jelebu,
Datuk Moyang Salleh lalu Datuk Moyang Salleh bersama
empat orang pengikutnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa,
Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam dan Tok Bauk telah ke
Johor menuntut keadilan.

Berjayakah Misi Datuk Moyang Salleh ini? Saksikanlah
Muzikal Moyang Salleh yang persembahannya ada unsur
magis, mitos, sejarah dan teaterikal muzikal

MAKLUMAT PEMENTASAN

Muzikal Moyang Salleh

Tarikh : 26 , 27 , 28 , 29 , 30 & 31 Ogos 2022
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Masa : 8 . 45 Malam – 10 . 30 Malam
Durasi : 1 Jam 45 Minit

Konsep Persembahan

Sebuah pementasan muzikal berdasarkan lagenda figura
seorang pemimpin Melayu yang bernama Moyang Salleh
tentang perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya mas-
yarakat Melayu Negeri Sembilan.

MUZIKAL MOYANG SALLEH | ISTANA BUDAYA | 26-30 OGOS 2022 | 8.30 MALAM

BIODATA PENGARAH

Roslee Mansor dilahirkan pada tahun 1967 di
Seremban. Berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Sastera dalam bidang Teater dan Kesu-
sasteraan dari Universiti Sains Malaysia.
Anak watan FELDA Pasir Besar, Gemas ini
pernah bertugas di Jabatan Seni Persembah-
an PETRONAS(1996 – 2012), mengetuai unit
Produksidan Artistik. Beliau seorang yang pro-
lifik dalam penulisan skrip dan pengarahan
teater. dan kerja-kerja teknikal.

Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai
pelakon,pengarah artistik, penulis skrip,
pengurus pentas, pengkritik Teater.

Beliau telah mengarahkan lebih 50 buah
teater, antaranya, teater Lari I, No. 30, Lari II,
Mambo Horse dan Rebahnya Seorang Abid.
Manakala,dramatari yang pernah diarahkan-
nya ialah Taming Sari, Payung
Mahkota,Semangat Padi, Malim Deman,
PuteriGunung Ledang, Hanuman, Lambang
Sari, Puteri Kencana Ayu, Raja Muda, Unduk
Ngadau dan Santubong.

Drama Muzikal yang pernah diarah oleh beliau
ialah Demang Lebar Daun dan Payung
Mahkota, Manakala dalam teater tradisional
Mek Mulong pula, seperti, Mek Mulong Malim
Bongsu, Cahaya Bulan dan Mek Mulong
Dewa Muda. Beliau juga menghasilkan skrip
telefilem Renyai Menyulam Geruh, Dari Delhi
Ke Syononto dan Jalan Lurus Ke Pentas
Prosenium.

Teater beliau banyak kali dipentaskan di
Dewan Filharmonik PETRONAS, juga di Istana
Budaya, Auditorium Dewan Bandaraya Kuala
LumpurMATIC,Dewan Bahasa & Pustaka,
Dewan Budaya USM dan sekitar Malaysia.

MUZIKAL MOYANG SALLEH | ISTANA BUDAYA | 26-30 OGOS 2022 | 8.30 MALAM

A. IMPAK EKONOMI

IMPAK PEMENTASAN

Pementasan Muzikal Moyang Salleh ini selari
dengan saranan Dasar Industri Kreatif Negara
(DIKN) untuk memacu segala kegiatan kreatif
secara lebih produktif dan ekonomik melalui sinergi
sektor awam dan swasta yang melibatkan tiga (3)
skop utama iaitu multimedia, seni budaya dan wari-
san budaya.

Pementasan Muzikal Moyang Salleh ini memberi
penekanan terhadap strategi dasar termasuk aspek
penglibatan badan- badan bukan kerajaan
(NGO) dan pembangunan harta intelek (skrip, lirik
dan lagu) yang dilihat amat penting bagi menggal-
akkan pembangunan industri kreatif semasa.
Pementasan Muzikal Moyang Salleh sebagai produk
seni berkonsep budaya di Negeri Sembilan akan
memberi peluang serta faedah kepada rakyat
(Penggiat Seni) dan Kerajaan dalam usaha kerajaan
memacu industri kreatif Negara melalui tiga (3)
sektor utama iaitu industri kreatif multimedia,
industri kreatif seni budaya dan industri
kreatif warisan budaya.

MUZIKAL MOYANG SALLEH | ISTANA BUDAYA | 26-30 OGOS 2022 | 8.30 MALAM

B.IMPAK SOSIAL

Pementasan Muzikal Moyang Salleh ini mengang-
kat kepentingan kesusasteraan dan seni budaya
dalam pembentukan tamadun kehidupan. Ia akan
menyedarkan khalayak agar negara tidak sekadar
melahirkan rakyat yang hebat dari aspek sains,
matematik dan segala ilmu teknikal tapi tidak
kosong jiwa.

Kita tidak ingin setakat berjaya melahirkan
robot- robot bernyawa tanpa jiwa dan melahirkan
mahasiswa yang gagal berfikir untuk membuat
keputusan sendiri. Yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke luar negara hanyalah yang terpilih dari
para penghafal yang mengikuti kuliah-kuliah sains
sahaja dan meminggirkan kesusasteraan. Sains
tidak mampu menerangkan konsep nasionalis,
kepahlawanan, kerjasama, p e r m u a f a k a t a n ,
munafik, engkar dan sebagainya.

Pementasan Muzikal Moyang Salleh ini mengang-
kat serta menyedarkan khalayak bukan seka-
dar tentang nilai taat setia dan patuh
kepadaarahan ketua atau pemimpin malah
tolak ansur dan persefahaman daripada
kedua dua belah pihak iaitu pemerintah dan
rakyat.

C. IMPAK ARTISTIK

Pementasan ini berkonsepkan muzikal yang menen-
gahkan budaya Negeri Sembilan.

Satu ruang dan peluang yang sangat besar untuk
membudayakan persembahan yang menggabung-
kan lakonan, pergerakkan dan nyanyian yang ses-
uaian dengan imej Negeri Sembilan.

Memberikan impak baru untuk satu persembahan
berkonsepkan budaya tradisi masyarakat Melayu
Negeri Sembilan dan berguna kepada pengetahuan
masyarakat kini serta meningkatkan apresiasi
seni khalayak tempatan mahupun pelancong
melalui rekaan set dan teknikalpentas terkini serta
penggunaan rekaancahaya dan bunyi yang
berkualiti.

BARISAN PELAKON

DATO' AHMAD TAMIMI SIREGAR MOYANG SALLEH
KHIR RAHMAN SULTAN ABDUL JALIL MUAZZAM SHAH
DATUK PENGHULU REMBAU
ALOENG SILALAHI SI AMAT
ALONG EYZENDY SI AMAT
AZHAR JALIL DATUK BENDAHARA
HAIRI SAFWAN DATUK TEMENGGUNG
MUBARAK MAJID TOK LAUT API
TOK GAGAH LELA PERKASA
ZUHAIRI IBRAHIM TOK BERUANG HITAM
RAJA MOHD HAFIZ TOK BAUK
SERI BANUN
HAF DZI SOFI MOYANG TIMAH
ZAIM ZAINAL TARUNA
MELISSA KELVIN EMBONG
ELIZA MUSTAFA DATUK PENGHULU SUNGAI UJONG
SAIFUL WAZIEN DATUK PENGHULU JOHOL
AMIRAH NABILA PEMBESAR JOHOR
NAQUE ARIFFIN PEMBESAR JOHOR
KAMARUL AR PENGAWAL 1
AMRAN NASARUDDIN PENGAWAL 2
DEAN MANAS ISTERI DATUK PENGHULU REMBAU
DEAN SITARA PERMAISURI TENGKU PUTEH
CEMPAKA
NAIM MELUR
RINA NAWI MELATI
ZAMZURIAH SERI MELOR
AYU SYAHIRA PENDEKAR JOHOR
FAZIRA MALEK CIK KEMBANG DARA
NURUL ELINA (IB)

TIRA ROS
AZWAN ASMADI

NEN TEBABO

MUZIKAL MOYANG SALLEH | ISTANA BUDAYA | 26-30 OGOS 2022 | 8.30 MALAM

BARISAN PRODUKSI

PENAUNG DIRAJA KEHORMAT Y.T.M DATO’ MENDIKA MENTERI
PENAUNG KEHORMAT AKHIRULZAMAN DATO’ HAJI
MAAROF BIN HAJI MAT RASHAD,
UNDANG LUAK JELEBU

YB DATO SRI HAJAH NANCY SHUKRI
MENTERI PELANCONGAN,
KEBUDAYAN DAN KESENIAN
MALAYSIA (MOTAC)

SITI SALBIAH ZAHARI PENERBIT
MOHD YUNUS MD ALI PENERBIT EKSEKUTIF
PENGARAH
ROSLEE MANSOR PENGURUS PRODUKSI
FAUZAN HAZIQ PEREKA PRODUKSI
KEMP KAMARUL PENGARAH MUZIK
PENGARAH TARI
YUZAIFULLAH MOHD YUSOF PENULIS SKRIP
ABDUL MUTALIF ABU BAKAR SINOGRAFER
PENGURUS PENTAS
SUBROTO KATIMIN PENOLONG PENGARAH
ROSLEE MANSOR PENGURUS PUBLISITI
PENGURUS PANGGUNG
NOOR IDLAH ABDUL HALIM TUGAS-TUGAS KHAS
MOHD FAZREEN MOHD JAMUAN DAN KEMUDAHAN
SUHAIRI SULAIMAN PROP MASTER
YUSRY KAMARULZAMAN JEMPUTAN DAN PROTOKOL
ABDUL HALIM ZAINAL JEMPUTAN DAN PROTOKOL
GRAFIK DAN ILLUSTRASI
MOHD FAIZUL AFFANDY KAMALUDIN GRAFIK DAN ILLUSTRASI
ASHRAFF PENOLONG PENGURUS PENTAS
PENOLONG PENGURUS PENTAS
JURIATY MAT JALIL KETUA JURUSOLEK
ROEESHAH NAHYA KETUA BUSANA

HELWANI
ANAS

ANISA MAJID
HANNAH RAINA

RIS INTAN
FAIZATUL AKHMAL

MUZIKAL MOYANG SALLEH | ISTANA BUDAYA | 26-30 OGOS 2022 | 8.30 MALAM

TENTATIF
MAJLIS TEMU KASIH PRODUKSI TEATER MUZIKAL MOYANG SALLEH DAN
MAJLIS SERAHAN SURAT PERLANTIKAN DAN KONTRAK PEMENTASAN TEATER

Tarikh: 11 Jun 2022
Tempat : Bilik AVA, MaTiC, Jalan Ampang

Jam : 2.30 petang hingga 6.00 petang

Jam Acara
2.30 – 3.30 petang
3.30 – 4.00 petang Kehadiran para pelakon dan tenaga produksi
4.00 petang
Ketibaan para Jemputan
4.05 petang
4.10 petang Y.T.M Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato‘ Haji
Maarof bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu

Bacaan Doa

Ucapan Alu Aluan
Puan Hajjah Siti Salbiah Zahari
Penerbit Muzikal Moyang Salleh

Ucapan Pementasan
Tuan Roslee Mansor
Pengarah Muzikal Moyang Salleh

4.45 petang Titah Di Raja
Y.T.M Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato Haji
Maarof bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu

5.00 petang Penyerahan Surat Setuju Terima dan Kontrak

5.30 petang Jamuan/Bersurai

Pertayaan: muzikalmoyangsalleh
018-275 5981 (Sekreteriat) | 014-636 4636 (Pemasaran)

MUZIKAL MOYANG SALLEH | ISTANA BUDAYA | 26-30 OGOS 2022 | 8.30 MALAM


Click to View FlipBook Version