The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 21 Sesi 2022/2023
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2023-06-08 08:28:09

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 21 Sesi 2022/2023
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

51


52 PASUKAN BADAN BERUNIFORM


53


54 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN USUL BIL NAMA PENCADANG USUL MAKLUMBALAS 1. Tn Abdul Hannan Anand Bin Abdullah Mengusulkan agar Yuran PKKBT bagi tahun 2023 dikekalkan jumlahnya mengikut jumlah PKKBT tahun 2022 mengikut jumlah di bawah dan bayaran Unifi (RM30) dimasukkan sekali dalam bayaran PKKBT Ting 1 RM250 + RM30 = RM280 Ting 1 RM250 + RM30 = RM280 Ting 1 RM250 + RM30 = RM280 Ting 1 RM350 + RM30 = RM380 Ting 1 RM450 + RM30 = RM480 Yuran PKKBT adalah atas setiap murid. Usul diterima untuk dibahas 2. Tn Abdul Hannan Anand Bin Abdullah Mengusulkan agar yuran PIBG dikekalkan seperti berikut: Yuran PIBG – RM100 mengikut keluarga Yuran Kebajikan – RM50 mengikut keluarga Usul diterima tanpa bahas 3. Tn. Hj Taqiyuddin Amini bin Abdul Satar Mengusulkan agar PIBG berkerjasama dengan Yayasan Waja diperbadankan, sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai kelulusan pengecualian cukai yang sah dibawah Sub-seksyen 44(6) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membolehkan penyumbangan kepada PIBG menikmati pengecualian cukai. Sumbangan yang layak: RM200 dan ke atas. Potongan untuk pengurusan oleh Yayasan WAJA: Kadar 5(lima) peratus. Modus Operandi 1. Pemberi sumbangan akan menyumbang ke Yayasan WAJA secara online dan menghubungi Yayasan 2. Yayasan WAJA akan memastikan sumbangan telah masuk ke akaun Yayasan Usul diterima untuk dibahas


55 3. Yayasan akan mengeluarkan resit sumbangan yang sahkan dan memberikan kepada penderma tersebut 4. Yayasan akan membuat pembayaran kepada PIBG setelah menolak 5% yuran pengurusan secara pindahan dalam talian. 5. Yayasan akan menyerahkan Salinan pindahan kepada Bendahari PIBG. Tn. Hj Taqiyuddin Amini bin Abdul Satar Mengusulkan agar PIBG menjalinkan kerjasama dengan MADRASAH SYAHADAH TAHFIZ AL-HIDAYAH untuk membolehkan para ibubapa membayar zakat kepada LEMBAGA ZAKAT SELANGOR melalui MADRASAH tersebut dan membuat persetujuan dengan MADRASAH untuk menyumbang kadar peratus yang dipersetujui dari Zakat yang dibayar oleh para ibubapa SBPI Rawang kepada PIBG SBPI RAWANG sebagai penerima Asnaf Fi Sabilillah. Manfaat yang akan diterima oleh ibubapa adalah Pembayaran Zakat tersebut layak mendapat Rebat / Potongan Cukai LHDN. Manakala PIBG pula akan menerima sebahagian pembayaran Zakat tersebut sebagai Asnaf Fi Sabilillah. Modus Operandi 1. Para ibubapa membayar Zakat secara online kepada Lembaga Zakat Selangor dengan membuat Rujukan “LZS MSTAH”. 2. Salinan bayaran tersebut di berikan kepada Madrasah tersebut untuk rekod dan semak silang oleh Pembayar Zakat dalam kalangan Ibubapa SBPI Rawang. Madrasah akan mengeluarkan resit pembayaran Zakat tersebut kepada Pembayar Zakat 3. Setelah LZS membayar Madrasah tersebut bahagian Amil, Madrasah akan membayar kepada PIBG kadar yang dipersetujui. 4. Madrasah akan menghubungi PIBG apabila pembayaran tersebut dibuat dengan bukti resit pindahan online tersebut Usul diterima untuk dibahas


56 5. Kadar yang dipohon untuk PIBG SBPI Rawang adalah 20 peratus dari Zakat yang dibayar. CADANGAN CADANGAN UNTUK PIBG BIL NAMA PENCADANG CADANGAN MAKLUMBALAS 1. 1.Abd Razak Bin Abd Samad 2.Saizawati Binti Saion Mencadangkan PIBG di bawah Unit Akademik menguruskan Kelas tambahan berbayar setiap sabtu/ahad dan membuka penyertaan kepada ibubapa pelajar bagi yang berminat PIBG perlu mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir sebelum memulakan usaha ini. Ini kerana jadual murid di asrama padat termasuk hari Sabtu dan Ahad. Sila rujuk jawapan di Bahagian Unit Kurikulum. 2. 1.Adeli bin Nawi 2.Norasiah binti Yusuf Mewujudkan tabung derma/infak pandu lalu sebelum keluar dari Sepintar PIBG sentiasa mengalualukan sebarang bentuk sumbangan melalui pelbagai bentuk saluran. Ibubapa juga boleh membuat sumbangan secara atas talian pada bilabila masa ke akaun PIBG. Ibubapa boleh menyimpan no akaun PIBG di bank masing-masing bagi memudahkan untuk membuat sumbangan. 3. 1.Suhaini Bin Misnan 2.Harlina Binti Md Salleh Mohon pertimbangkan untuk ada kan mesyurat Agung PIBG bukan hari bekerja. Mesyuarat Agung PIBG sentiasa diadakan pada hari Sabtu atau Ahad 4. 1.Mohd Nur Idzham Bin Salim 2.Shazrina Binti Md Isa Mencadangkan PIBG membuat kutipan untuk membeli tikar getah yang akan dipasang di setiap dorm. Hiasan dalam setiap dormitori adalah dalam bidang kuasa pentadbir. Kami mengalu-alukan cadangan ini dengan kebenaran pihak Pentadbir,


57 TINDAKAN PENTADBIR BIL NAMA PENCADANG CADANGAN MAKLUMBALAS 3. 1.Sahrul Bin Sulaiman Mohon info dalam Portal SBPI Rawang dikemaskini - terkini. Ambil maklum. Kemaskini maklumat dalam portal rasmi sekolah akan dilakukan oleh JK Teknologi Maklumat TINDAKAN UNIT KURIKULUM BIL NAMA PENCADANG CADANGAN MAKLUMBALAS 1. 1.Bahtiar Bin Ibrahim Shah 2.Maslin Nesya Binti Abu Hassan Pihak sekolah menyediakan program- program ataupun kelas- kelas khas untuk anakanak yg ketingggalan dr segi akademik termasuk hafazan. Pemantauan terhadap programprogram dan juga kelas-kelas khas perlu dibuat untuk mengetahui keberkesanan program. Antara program yang dijalankan; 1. PKKBT (Program Kecemerlangan Kurikulum Bersepadu Tahfiz) setiap hari Sabtu melibatkan semua mata pelajaran dan semua murid daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 2. Kelas tambahan selepas waktu PdP iaitu selapas jam 4, untuk menengah rendah iaitu mata pelajaran Sains dan Matematik selama 30 minit hingga 45 minit 3. Kelas tambahan sebelah malam untuk mata pelajaran STEM 4. Kem Hamasah cuti sekolah yang dikelolakan oleh koperasi untuk murid yang ingin mempercepatkan hafazan 5. Kem Khandaq untuk murid yang ketinggalan hafazan 2. 1.Abd Razak Bin Abd Samad 2.Saizawati Binti Saion Waktu perkhidmatan pusat sumber dibuka 8am-5pm dan 8pm-10pm termasuk hari Sabtu atau Ahad Pusat sumber dibuka setiap hari waktu PdP dan malam semasa prep kecuali sabtu dan ahad kerana hari sabtu murid ada aktiviti PKKBT dan ahad murid terlibat dengan aktiviti diasrama 3. 1.Mohammad Maliki Bin Yaacob 2.Roslina Binti Muda Guru al-Quran adalah guru yang sama (tidak bertukar setiap tahun) Guru halaqah bertukar setiap tahun untuk memberi peluang kepada murid belajar dengan guru-guru yang berbeza dan gaya pembelajaran yang berbeza. 4. 1.Luqman Bin Khalid 2.Syaidatul Zahariah Binti Nordin Diharapkan pihak sekolah dapat menekankan subjek pendidikan STEM dengan mengadakan kelas tambahan dihari sabtu atau ahad kepada pelajar yang mendapat PKKBT (Program Kecemerlangan Kurikulum Bersepadu Tahfiz) merupakan kelas tambahan yang dijalankan setiap hari Sabtu melibatkan semua mata


58 markah rendah gred C dan kebawah. pelajaran dan semua murid daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 5. 1.Mohd Azhar Bin Ahmad 2.Rafidah Farah Hanim Bt Abd Razak Prestasi hafazan pelajar dan target dikeluarkan setiap bulan kepada ibubapa melalui halaqah masing2. Prestasi hafazan diberikan setiap 3 bulan kepada ibu bapa Target hafazan adalah mengikut muqarrar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 78870. Pihak panitia hifz AlQuran akan memaklumkan target hafazan kepada ibu bapa berdasarkan rancangan pengajaran tahunan (RPT) yang telah disediakan 6. 1.Muhamad Nizar bin Ali 2.Aliaa Syazana bt. Nazaruddin Kemukakan laporan harian hafazan anak- anak dan bagi anak- anak yang sudah khatam, perlu ada program khas untuk mengulang hafazan mereka. Laporan harian hafazan akan dibuat melalui melalui sistem yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM apabila sistem yang dibangunkan telah siap sepenuhnya yang boleh diakses oleh ibu bapa. Buat masa ini, perekodan dilakukan secara manual oleh guru-guru halaqah. Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat hafazan melalui guru halaqah anak masing-masing. TINDAKAN UNIT HAL EHWAL MURID BIL NAMA PENCADANG CADANGAN MAKLUMBALAS 1. 1.Abd Razak Bin Abd Samad 2.Saizawati Binti Saion Menganjurkan gotong royong asrama bersama ibu bapa. Menyedaiakan Kipas tambahan di asrama putra dan Penggantian strika rosak di asrama putra Gotong royong asrama telah dirancang dalam Hari Terbuka Asrama pada tahun lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan. Insya-Allah akan dilaksanakan pada tahun ini sama ada sebagai sebahagian acara atau dibuat sebagai satu program sahaja Seterika yang rosak telah digantikan dengan seterika baharu Pemasangan kipas tambahan kurang sesuai atas faktor ruang yang sempit di dalam dorm. Namun demikian pihak sekolah akan cuba lihat sekiranya ada ruang untuk penambahbaikan


59 2. 1.Mohd Nur Idzham Bin Salim 2.Shazrina Binti Md Isa Meletakkan tikar getah dalam setiap dorm Boleh dilaksanakan dengan kesepakatan dan kerjasama ibu bapa. 3. 1.Muhammad Sabri Bin Jaafar 2.Siti Nurul Bahariah Binti Mohd Isa 3.Fadzlie Bin Nordin 4.Nurulhuda Binti Sulaiman Membenarkan masa outing di awalkan bermula pukul 10 atau 11 pg outing awal inshaallah dapat hantar anak balik ke asrama awal contohnya sejurus selepas asar. Jadi bila sampai di asrama anakanak tidak perlu tergesa-gesa untuk persiapkan diri untuk rutin seterusnya. Cadangan ini boleh dilaksanakan. Outing boleh diawalkan pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada pukul 5.30 petang 4. 1.Muhamad Sabri Abu Zaidi 2.Zuraihan Sharudin Kekerapan outing/lawatan dikurangkan sekali sebulan Pihak sekolah membuat ketetapan dengan mengambil kira keperluan semasa murid dan ibu bapa. 5. 1.Mohd Firdaus Bin Ramli 2.Siti Rohana Binti Abu Hassan 1.Pihak sekolah/pibg menganjurkan motivasi untuk anak2 secara berkala untuk menaikkan semangat untuk terus melangkah menimba ilmu tanpa tekanan (stress free) kerana persekitaran baru dalam proses mengadaptasi proses hafalan dan akademik secara serentak adalah satu proses yang agak mencabar. 2. PIhak sekolah perlu come out satu budaya hormat menghormati, saling bertoleransi, sikap keterbukaan kepada pendapat/idea, memupuk semangat bekerjasama sesama pelajar pada semua peringkat tingkatan supaya tiada kes-kes moral berlaku di sekolah ini. Insyaallah. 1. Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) menyediakan program motivasi untuk semua murid. Program terdekat melibatkan murid tingkatan Satu pada 11 Jun 2023 2. UBK juga melaksanakan program Mentor Mentee yang melibatkan guru-guru dan semua murid 3. Sistem Rumah juga menerapkan semangat kerjasama dan bersaing secara sihat sesama murid 4. Usrah juga dilaksanakan di SEPINTAR di bawah kelolaan BADAR 5. Tamrin bagi setiap tingkatan juga dilaksanakan setiap tahun 6. Penghayatan dan pengamalan Rukun 15 SEPINTAR 6. 1.Mohd Firdaus Bin Ramli 2.Siti Rohana Binti Abu Hassan Mengajurkan kem motivasi/ summer camp program untuk anak2 yang merangkumi semua tingkatan (lelaki dan perempuan), dari situ ada tambah nilai erti persefahaman, saling kenal mengenali, wujud konsep hormat menghormati. *sila rujuk respon bagi cadangan No. 5 di atas


60 TINDAKAN UNIT- KOKURIKULUM BIL NAMA PENCADANG CADANGAN MAKLUMBALAS 1. 1.Abd Razak Bin Abd Samad 2.Saizawati Binti Saion Mencadangkan koperasi menyediakan Mesin basuh coin self laundry di asrama 1. Pihak Kopintar tidak mampu menguruskan 2 kaedah dobi dalam satu masa. 2. Kopintar tiada halangan dobi layan diri dilaksanakan di sekolah walaubagaimanapun ia bukan diuruskan sepenuhnya di bawah Kopintar.Kaedah dobi sedia ada perlu diteruskan juga dan murid perlu mengikuti kaedah ini seperti sekarang. Manakala dobi layan diri adalah pilihan murid. 3. Dobi layan diri memerlukan kawalan disiplin dari segi masa penggunaan mesin, kawalan coin dll. 4. Kos wiring dan pengambilan sumber tenaga elektrik dari rumah TNB sebelah masjid memerlukan bajet yang besar. 2. 1.Sallehuddin Bin Adenan 2.Hasinah Binti Mohamed Pemantauan makanan di kantin dan koperasi sekolah termasuk kualiti, makanan yang menpunyai tanda halal dan yang berkhasiat. Pihak Kopintar akan sentiasa memastikan sumber makanan yang dijual di Kedai Koperasi dan Kantin adalah berkualiti, berkhasiat dan mempunyai tanda halal. 3. 1.Mahadir bin Mohd 2.Nor Fazaine bt Zakaria Pembinaan stor alatan sukan Stor sukan telah tersedia di blok akademik. Manakala, tempat penyimpanan peralatan sukan yang digunakan oleh murid pada waktu riadah juga disediakan di bawah tangga Aspuri dan Aspura. Ruangan tersebut tertutup dan mempunyai grill, cuma terdapat peralatan sukan yang perlu digantikan kerana sudah usang dan rosak. Jika ingin membina binaan baharu khas untuk stor peralatan sukan di


61 premis kerajaan perlukan kebenaran terlebih dahulu 5. 1.Badrolhisam b Jaafar 2.Rohani bt Awang Dicadangkan agar aktiviti-aktiviti sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa dapat diselaraskan dengan takwim outing murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada minggu pelajar dibenarkan outing. Hal ini dapat memudahkan ibu bapa terutamanya yang berada diluar negeri Selangor dapat merancang perjalanan untuk menyertai aktiviti2 sekolah seterusnya dapat membawa anak outing bersama. Pihak sekolah akan melihat manamana program yang boleh diselaraskan dengan takwim “outing”.


62 PENGHARGAAN Jawatankuasa Pelaksana berbesar hati mengucapkan sekalung penghargaan kepada barisan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21. Terima kasih atas kerjasama, sokongan dan sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah khususnya membantu dan menyokong aktiviti sekolah dalam mewujudkan kecemerlangan dan kemenjadian murid, menjaga kebajikan guru dan ibu bapa serta menyalurkan kewangan yang mampan. Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t


Click to View FlipBook Version