JOM BACA DENGAN CIKGU NORA SHUNI
SESAT DI HUTAN
Pada satu hari, Pasukan
Pencinta Alam Sekolah
pergi ke hutan simpan
untuk lawatan. Mereka
pergi ke hutan simpan
untuk jelajah warisan
negara.
SESAT DI HUTAN
Mereka mahu belajar
tentang alam dan apa yang
ada di dalamnya.
Mereka lihat ada sarang
kelawar di tepi bukit. Ada
juga tumbuhan menjalar.
SESAT DI HUTAN
Tiga orang pelajar
bersahabat. Mereka tidak
mahu dengar nasihat.
Mereka tidak ikut pasukan.
Mereka pergi ikut rama-
rama yang terbang.
SESAT DI HUTAN
Tiba-tiba mereka sedar
mereka tersesat di hutan.
Mereka ketakutan. Mereka
menjerit minta bantuan.
SESAT DI HUTAN
Guru jumpa mereka di tepi
pohon pulasan. Mereka
gembira kerana terselamat.
Guru minta semua pasukan
ambil teladan.
JOM BACA DENGAN CIKGU NORA SHUNI