JOM BACA DENGAN CIKGU NORA SHUNI
SANG SINGA YANG LAPAR
Di dalam hutan, tinggal
berbagai jenis haiwan. Satu
daripadanya ialah Sang
Singa. Sang Singa digeruni
oleh semua haiwan yang lain
kerana ia amat garang.
SANG SINGA YANG LAPAR
Pada satu hari, langit cerah
dan terang. Sang Singa
ingin mencari makanan.
Sang Singa merayau-rayau
di dalam hutan namun dia
belum berjumpa makanan.
SANG SINGA YANG LAPAR
Sang Singa berasa amat
lapar dan letih. Tiba-tiba,
Sang Singa ternampak
sebuah rumah usang. Di
sana dia ingin mencari
makanan yang ada dan
merehatkan diri.
SANG SINGA YANG LAPAR
Tanpa Sang Singa sedar, di
dalam rumah usang terdapat
sekumpulan pemburu
sedang menunggu untuk
menangkapnya.
SANG SINGA YANG LAPAR
Sebaik sahaja Sang Singa
melangkah masuk ke dalam
rumah usang itu, kakinya
terpijak jerat yang
diletakkan oleh seorang
pemburu. Satu kendang
kayu terjatuh ke atas
Sang Singa.
SANG SINGA YANG LAPAR
Sang Singa meronta dengan
kuat. Beberapa orang
pemburu menembak ubat
pelali pada badan Sang
Singa. Sang Singa tertidur.
SANG SINGA YANG LAPAR
Apabila Sang Singa terjaga,
dia mendapati dirinya
berada di atas sebuah lori.
Dia tidak dapat berbuat
apa-apa kerana tangan dan
kakinya diikat kuat. Di tepi
semak dia terlihat Sang
Kancil melihat ke arahnya.
SANG SINGA YANG LAPAR
“Sang Kancil. Tolonglah aku.
Aku tidak mahu dibawa pergi.
Aku mahu terus tinggal di
hutan ini.” Rayu Sang Singa.
Sang Kancil menganggukkan
kepalanya. Sang Kancil
kasihan melihat Sang Singa
yang kesedihan itu.
SANG SINGA YANG LAPAR
Para pemburu sudah sedia
ingin membawa Sang Singa
pergi. Pemburu membawa lori
itu dengan berhati-hati.
Sedang lori itu berjalan di
atas laluan hutan itu,tiba-tiba,
lori itu terlanggar satu batu di
tengah jalan. Lori itu hampir
terbalik.
Kandang kayu itu terjatuh ke
atas tanah lalu pecah.
SANG SINGA YANG LAPAR
Sang Singa keluar dari
kandang itu. Para pemburu
ketakutan lalu lari lintang-
pukang.
Sang Singa sangat gembira
kerana dia boleh terus
tinggal di hutan itu.
Sang Singa lihat banyak
haiwan yang berdiri di tepi
hutan.
SANG SINGA YANG LAPAR
“Wahai Sang Singa, merekalah
yang membantu aku menyusun
batu-batu di tengah jalan.
Berjanjilah yang kamu tidak
akan memakan mereka dan
carilah makanan kamu di
hutan yang lain.”
SANG SINGA YANG LAPAR
“Wahai Sang Singa, merekalah
yang membantu aku menyusun
batu-batu di tengah jalan.
Berjanjilah yang kamu tidak
akan memakan mereka dan
carilah makanan kamu di
hutan yang lain.”
SANG SINGA YANG LAPAR
Sang Singa mengangguk-
angguk tanda setuju.
“Terima kasih kawan-kawan.
Aku berjanji akan menjaga
hutan ini agar tiada yang
akan mengganggu kamu
semua.”
Sejak itu mereka hidup
aman dan damai.
JOM BACA DENGAN CIKGU NORA SHUNI