KANAK-KANAK DAN
SERIGALA
Disusun semula oleh :
Cikgu Nora ShuNi
SK Taman Tun Aminah
Sumber dan penghargaan kepada :
Sila Like, Subscribe dan Share Hud Hud TV tanda sokongan. Terima kasih.
Pada zaman dahulu, ada satu kampung. Penduduknya
hidup tolong-menolong dan rajin bekerja.
Ada yang bertani. Ada juga
yang membantu ibu dan bapa
mereka. Mereka hidup aman
dan damai.
Namun, ada seorang budak lelaki yang tidak
suka bekerja. Dia malas dan suka membuat
perkara sia-sia.
Kenapalah orang
kampung ni asyik
bekerja saja.
Mereka tidak
tahu penatkah?
Budak lelaki itu
berasa bosan.
Budak lelaki itu tidur di bawah sebatang pokok.
Apabila dia terjaga, dia lihat orang kampung
masih bekerja.
Budak lelaki itu berfikir.
Dia mendapat idea
untuk mengganggu
orang kampung.
Aku ada satu akal. Aku
perlu ganggu mereka
supaya aku tidak
berasa bosan.
Budak lelaki itu tiba-tiba menjerit
Tolong! Tolong! Ada
serigala nak masuk
kampung. Serigala nak gigit
aku. Tolong!
Orang kampung
terdengar jeritan
budak lelaki itu.
Orang kampung Mana serigala yang
berlari ke arah kamu katakan tadi
budak lelaki itu untuk wahai budak lelaki.
membantu. Ada yang
membawa cangkul.
Ada yang membawa
parang.
Ketua kampung
bertanya kepada
budak lelaki.
Budak lelaki itu ketawa dengan kuat.
Hahaha. Kamu telah
ditipu oleh aku.
Mana ada serigala.
Aku cuma tipu
sahaja.
Seorang petani memarahi budak lelaki itu.
Kamu tidak boleh
bergurau begini.
Nanti orang tidak
akan percaya
kamu lagi.
Pada satu hari, budak lelaki itu berasa bosan
selepas mandi di kolam. Dia duduk di bawah
sebatang pokok.
Budak lelaki itu terlihat sesuatu bergerak
dalam semak. Dia mendekati semak itu dan
terlihat sepasang mata yang garang.
Seekor serigala melompat keluar dari
semak. Serigala itu mengigit seluar budak
lelaki itu.
Budak lelaki itu menjerit sekuat hati meminta
tolong. Dia berasa amat takut. Serigala
menarik-narik seluar budak lelaki itu.
Orang kampung mendengar jeritan budak
lelaki itu. Namun mereka tidak peduli.
Mereka terus membuat kerja.
Suara budak lelaki itu semakin kuat.
Mereka mula rasa bimbang. Mereka pergi
melihat budak lelaki itu.
Orang kampung terkejut
melihat serigala sedang
menggigit kaki budak lelaki
itu. Orang kampung
menjerit dan menghalau
serigala itu.
Budak lelaki itu selamat. Budak
lelaki ucap terima kasih dan
berjanji tidak akan menipu lagi.
TERIMA KASIH