The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahizam, 2021-05-27 14:14:39

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TUGASAN INDIVIDU KPS 3014

PENGURUSAN BILIK
DARJAH

-Pengenalan
-Faktor yang Pengurusan Bilik

Darjah
-Rutin Bilik Darjah
-Disiplin Bilik Darjah

-Kesimpulan

PENGENALAN A+

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4
pengurusan membawa erti sebagai
mengurus sesuatu atau perihal
mengurus. Pengurusan bilik darjah yang
baik boleh menjurus kepada situasi
yang lebih baik dan berprosedur untuk
mencapai objektif pembelajaran yang
berkesan.

Keadaan fizikal bilik darjah
seperti susun atur kerusi meja, jadual
waktu dan jadual bertugas, peraturan
kelas, kemudahan asas pencahayaan dan
sebagainya seharusnya menggalakkan
proses pembelajaran dan pengajaran
dalam bilik darjah. Seorang guru juga
perlu tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan bilik darjah,
mengurus pergerakan pelajar dan
mengawal disiplin pelajar.

FAKTOR PENGURUSAN BILIK A+
DARJAH

Untuk melaksanakan peranan pengurus
yang berkesan, guru perlu tahu iklim
persekitaran bilik darjah dan faktor-
faktor yang boleh membantu mewujudkan
suasana pembelajaran yang sihat.
Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada suasana tersebut.
Antaranya:-

1) Faktor Fizikal
2) Faktor Psikososial

Antara faktor yang memberi kesan
kepada persekitaran psikososial
ialah:-

1) Pendekatan Pengajaran
2) Gaya Kepimpinan Guru
3) Bentuk Komunikasi
4) Corak Interaksi

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

A+PENGURUSAN BILIK DARJAH

Faktor Fizikal

Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk
pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam
bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat
pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain
dapat membantu keberkesanan PdP dan Disiplin pelajar.

Penyusunan kerusi meja mengikut kumpulan akan
memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan
murid dengan guru. Bilik darjah akan menjadi lebih
kemas dan cantik sekiranya di hiasi dengan carta,
gambar dan alat bantu mengajar.

Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada
murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau
permainan. Tingkap dan pintu pula perlu dalam keadaan
baik untuk pengcahayaan dan pengedaran udara dengan
baik serta kebersihan bilik darjah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

A+PENGURUSAN BILIK DARJAH

Faktor psikososial

Merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu
dengan persekitaran sosialnya.

Antara ciri-ciri persekitaran Psikososial yang sihat
ialah:-

1) Suasana selesa dan mesra
2) Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
3) Perasaan diterima
4) Sensitif dan peka kepada perbezaan individu
5) Suasana yang merangsang pembelajaran
6) Mewujudkan komunikasi terbuka
7) Menggalakkan pembelajaran koperatif
8) Peluang yang sama untuk semua pelajar

Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran
Psikososial ialah:-
1)Pendekatan pengajaran
2)Gaya kepimpinan guru
3)Bentuk Komunikasi
4)Corak interaksi

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

A+PENGURUSAN BILIK DARJAH

Guru perlu mengambil kira keperluam murid, perkembangan
kognitif dan gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
Antara keperluan pelajar ialah keperluan untuk memahami
matlamat dan objektif pengajaran, melibatkan diri secara
aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan
antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah
dengan kehidupan mereka, menikmati kejayaan, memperoleh
maklum balas dan berinteraksi secara positif dengan rakan
sebaya.

Autokratik:-
1) mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman serta
menekankan murid yang membuat kesalahan.
2) mewujudkan suasana yang tertekan.
Demokratik:-
1) Guru berkongsi tanggungjawab dengan muridnya.
2) Guru dan murid saling hormat-menghormati.
Laissez-faire:-
1) Guru akan membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan
tanpa batasan.
2) Murid diberikan kebebasan buat kerja sendiri.
3) Mewujudkan suasana kucar-kacir.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

A+PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUTIN BILIK DARJAH A+

Rutin bilik darjah merujuk kepada
aktiviti pengurusan harian bilik
darjah.

Satu prosedur yang tetap dan perlu
dijalankan sebagai aktiviti harian
bilik darjah.

Rutin pengurusan bilik darjah yang
sistematik meningkatkan semangat
kekitaan murid, keselamatan dan
meningkatkan disiplin kendiri
murid.

Menjimatkan masa dan tenaga guru dan
murid, dan memupuk sikap yang baik
dalam diri murid seperti bersifat
koperatif dan bertanggungjawab.

A+JENIS RUTIN BILIK DARJAH

Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah
yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas
bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah
bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan mewujudkan
suasana bilik darjah yang kondusif.

Contoh:-
1) Mengurus kebersihan bilik darjah
2) Menyapu Lantai
3) Menyusun meja dan kerusi

Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir. Mengurus
pentadbiran bilik darjah yang berkesan itu amatlah penting bagi
seorang guru kerana ianya dapat membantu murid belajar suasana
yang selesa.
Contoh:-

1) Mengambil kehadiran murid
2) Memungut yuran
3) Menyediakan rekod kesihatan murid

Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau
bilik darjah kepada tempat lain. Ada sekolah yang mahukan
muridnya beratur sebelum bergerak ke tempat lain seperti makmal.

Contoh:-
1) Aktiviti dalam ke aktiviti luar
2) Aktiviti kelas ke aktiviti kumpulan
3) Kelas ke makmal, bengkel atau perpustakaan

A+JENIS RUTIN BILIK DARJAH

Persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber
pengajaran dan pembelajaran serta membina pusat aktiviti.
Guru juga perlu memberitahu murid tentang hasil
pembelajaran yang diharapkan, apa yang mereka perlu
lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil
pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti
bilik darjah dan pencapaian anak murid mereka.

Rutin ini berlaku pada setiap hari dn membantu menyokong
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul semasa
menjalankan rutin adalah sangat penting dan murid perlu
melibatkan diri secara langsung.
Contoh:-

1) Memungut buku latihan
2) Memeriksa latihan
3) Mengagihkan sumber dan buku

PdP dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan
murid. Interaksi antara guru dengan murid amatlah digalakkan.
Murid juga digalakkan untuk bertanya, menjawab dan memberi
pandangan tentang topik yang diajarkan.
Contoh:-

1) Perbincangan kelas dan kumpulan kecil
2) Membuat uji kaji makmal
3) Aktiviti kumpulan

DISIPLIN BILIK DARJAH A+

Disiplin membawa beberapa erti:-

Kesanggupan seseorang untuk
undang-
menghormati dan mematuhi

undang.

Kesanggupan seseorang bekerja atau
membuat sesuatu dengan tertib.

Kesanggupan menghormati hak individu
lain.

Kesanggupan untuk menghormati antara satu
sama lain.

Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia
ada.

Kesanggupan berkhidmat untuk masyarakat.

Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah
laku yang baik.

JENIS DISIPLIN A+

Mengawal disiplin murid merupakan tanggungjawab utama
guru. Aktiviti PdP dapat dilaksanakan dengan tenang
apabila disiplin kelas itu baik. Guru juga
bertanggungjawab menentukan peraturan bilik darjah dan
memastikan murid mematuhinya. Jenis disiplin ini
menunjukkan bahawa guru itu bersifat autokratik dan
pelajar hanya perlu ikut segala peraturan jika tidak mahu
didenda.

Sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan
dalam masa yang ditetapkan. Disiplin ini sebenarnya
menguji tahap tanggungjawab seorang murid. Ia juga
bergantung kepada tahap kematangan seorang murid kerana
ada segelintir yang masih tidak menyelesaikan tugasan
walaupun tahu itu adalah perkara yang salah. Secara amnya
disiplin jenis ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang
diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan sesuai dengan
umur serta keupayaan murid itu.

JENIS DISIPLIN A+

Ianya diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan atau
dalam pembentukan berbagai kumpulan dengan tujuan
melaksanakan aktiviti PdP. Pembentukan kumpulan ini
memerlukan tanggungjawab sendiri dan kepercayaan setiap
ahli. Sesiapa yang tidak dapat melaksanakannya dengan baik
akan disingkirkan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik
darjah, boleh menggunakan kumpulan untuk mengawal murid yang
melanggar disiplin. Ketua yang tegas perlu ada untuk
memastikan ahli yang lain menjalankan tugas dengan baik dan
dengan adanya ketua, disiplin jenis ini bakal wujud.

Disiplin ini bermaksud sebagai keadaan yang membuatkan
murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tanpa
dikenakan hukuman. Murid juga akan mematuhi peraturan
sekolah tanpa dipaksa oleh guru. Ianya juga wujud
berdasarkan tahap kematangan fikiran mereka.
Walaubagaimanapun, disiplin ini masih boleh dibentuk
dengan bimbingan guru. Antara 4 disiplin yang dibincangkan
disiplin ini merupakan yang paling berkesan dalam
pengurusan disiplin bilik darjah kerana murid-murid mula
sedar bahawa pentingnya mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan di sekolah dan di bilik darjah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

A+PENGURUSAN BILIK DARJAH

KESIMPULAN A+

Jelaslah bahawa, pengurusan bilik
darjah itu amat penting bagi seorang guru
dan pelajar. Suasana persekitaran yang
kondusif sememangnya penting untuk
memastikan pelajar dapat menerima ilmu
yang diberikan dengan sebaiknya.

Bagi faktor pengurusan bilik darjah,
seseorang guru itu dinasihatkan untuk
mengamalkan gaya kepimpinan demokratik
kerana suasana yang tenang sememangnya mampu
mengelakkan pelajar belajar dalam keadaan
yang tertekan dan stres. Bagi rutin pula,
guru kelas perlu memastikan agar setiap
pelajar melaksanakan rutin dengan sebaiknya.
Untuk disiplin, gaya kepimpinan autokratik
amatlah membantu untuk memastikan pelajar
tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.
Apabila semua ini dilaksanakan dengan baik,
maka PdP dapat dijalankan dengan lancar dan
murid dapat menerima ilmu sebaiknya.

SUMBER RUJUKAN

1) Nurul Aina Abdul Rahman. (2016). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh
daripada, http://cikguaalina.blogspot.com/p/blog-page.html

2) Nurul Aina Abdul Rahman. (2016). Faktor-faktor Pengurusan Bilik
Darjah. Diperoleh daripada, http://cikguaalina.blogspot.com/p/faktor-faktor-
yang-mempengaruhi.html

3) Nurul Aina Abdul Rahman. (2016). Rutin Bilik Darjah.
Diperoleh daripada, http://cikguaalina.blogspot.com/p/konseprutin-rutin-
bilik-darjah-merujuk.html

4) Nurul Aina Abdul Rahman. (2016). Disiplin Bilik Darjah. Diperoleh daripada,
http://cikguaalina.blogspot.com/p/konsep-disiplin-bilik-darjah-konsep.html

5) Tinta 3 Sudut. (2013). Definisi Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada,
http://tinta3ipis.blogspot.com/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-
keempat.html




Click to View FlipBook Version