The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahizam, 2021-05-25 11:09:34

Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran

NURUL ASYIQIN BINTI ROSDE

PENGURUSAN PEMBELAJARAN
KPS 3014

DR. MOHD SYAUBARI BIN
OTHMAN

NURUL ASYIQIN BT ROSDE

D20201093062
ISMP KESUSASTERAAN

MELAYU

BAB 8

STRATEGI PENGURUSAN
BILIK PEMBELAJARAN

Pengenalan

Kepentingan Strategi
Pengurusan Bilik
Pembelajaran

Peranan guru dalam
Pengurusan Bilik
Pembelajaran

Langkah penambahbaikan Strategi
dalam menangani masalah

pengurusan bilik pembelajaran

Faktor yang mempengaruhi
pengurusan bilik pembelajaran

Rumusan

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi
dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan
peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik
pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu,
bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, studio dan
tempat-tempat pembelajaran yang seumpama dengannya.
Penekanan dibuat untuk bilik darjah kerana ia merupakan
tempat yang selalu digunakan oleh pelajar pada proses
pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah
memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar,
guru juga berperanan sebagai pengurus rutin bilik darjah,
menguruskan pelajar-pelajar supaya hasil pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.

Aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah
adalah dari segi pengagihan jadual bertugas seperti
membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja dan
memastikan pelajar dapat mematuhi segala peraturan
yang ditetapkan serta mengurus aktiviti kumpulan supaya
dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Seterusnya
memastikan pelajar dalam keadaan bersedia bagi proses
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mudah
memperolehi ilmu yang disampaikan. Bagi bilik
pembelajaran lain seperti makmal sains, studio dan
makmal computer. Guru perlu memastikan peralatan-
peralatan dalam keadaan yang selamat dan boleh
digunakan oleh pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini amat penting bagi memastikan pelajar
memahami sesuatu pembelajaran dengan baik tanpa ada
sebarang gangguan. Selain ltu guru perlu memastikan
peralatan disusun dengan baik.

2.0 Kepentingan Strategi Pengurusan
Bilik Pembelajaran

Bilik pembelajaran sekolah penting sebagai medium bagi menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ialah perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang dirangka secara kreatif dan menarik untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan, kebolehan dan kesungguhan pelajar
dalam proses ilmiah. Guru perlu menarik perhatian pelajar dengan
aktiviti-aktiviti yang menarik dan mempelbagaikan kaedah pengajaran.

2.1 Dapat Meningkatkan Pencapaian
Akademik Pelajar

Guru yang mampu menguruskan bilik pembelajaran
dan mengawal tingkah laku pelajar mampu
menjadikan proses pembelajaran dalam kelas dengan
baik dan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, perkara ini dapat mempengaruhi motivasi
pelajar serta penglibatan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Bilik pembelajaran
yang diurus dengan baik dapat menyebabkan pelajar
sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di antara
satu sama lain dan dapat membuat pilihan yang bijak
untuk menghasilakan kerja yang berkualiti, menarik
bagi mereka. Perkara ini dapat menyebabkan pelajar
akan memberi tumpuan yang penuh semasa dalam
kelas dan perkara ini menyebabkan pencapaian
akademik pelajar mungkin meningkat.

2.2 Membentuk Iklim Pembelajaran
yang Positif dan Kondusif

Iklim pembelajaran yang positif dan kondusif menjadi
pelajar akan berminat mengikut proses pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan tanpa gangguan atau
halangan. Iklim pembelajaran mencukupi semua elemen
yang ada di sekeliling pelajar dapat mempengaruhi
pembelajaran dan tingkah laku pelajar. Oleh itu, bilik
pembelajaran perlu bersifat mesra supaya dapat menarik
minat pelajar untuk terus berada dalam bilik darjah dan
dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih selesa
dan menarik.

2.3 Membina Serta Memupuk Tingkah
Laku Pelajar

Kecekapan pengurusan bilik pembelajaran berkait rapat
dengan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pengurusan bilik pembelajaran merupakan
proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk
membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik
darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar. Oleh itu, suasana pembelajaran berkesan mampu
membina jati diri pelajar dan mampu menjadikan pelajar
menjadi lebih berdisiplin semasa berada dalam bilik
pembelajaran.

3.0 Peranan Guru dalam
Pengurusan Bilik Pembelajaran

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras
atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik
pembelajaran bukan sahaja tertumpu pada pengurusan
persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga
tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan
sumber maklumat murid.

3.1 Merancang Sesi
Pengajaran dan
Pembelajaran

Seseorang guru merancang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di Pusat Sumber Pembelajaran. Oleh itu, guru
perlu merancang bagaimana untuk mengurus bilik pembelajaran
agar pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC)
dapat berjalan dengan lancar dengan menggunakan bilik
pembelajaran yang dipilih. Guru perlu mengatur terutama sekali
dari segi masa yang hendak digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ini. Guru hendaklah merancang proses
pengajaran dan pembelajaran agar murid tidak berasa bosan dan
tidak seronok. Oleh itu, merancang adalah satu komponen penting
dalam strategi pengurusan bilik pembelajaran.

3.2 Mengelola Bilik
Pembelajaran

Guru juga perlu mengelola bilik pembelajaran agar proses PdPc
berjalan dengan terancang. Sekiranya murid dalam keadaan bosan
dan tidak bersemangat, guru memainkan peranan penting dalam
menceriakan suasana bilik pembelajaran, misalnya guru boleh
melakukan senaman ringan bagi memulihkan semangat pelajar
untuk kembali focus. Perkara ini juga sedikit sebanyak dapat
mengurangkan rasa mengantuk yang dihadapi oleh pelajar.

3.3 Mengawal dan Mendorong
Pelajar-Pelajar Mencapai
Objektif

Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan kualiti
kepimpinan seorang guru dalam mengawal dan
mendorong pelajar-pelajar mencapai objektif. Kebolehan
seorang guru juga dalam mengawal pelajar-pelajar dari
sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan dalam
proses PdPc. Dalam pengurusan ini, guru perlu mengawal
pelajar-pelajar agar tidak merosakkan segala bahan yang
terdapat dalam bilik pembelajaran tersebut. Kebolehan
atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut
memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi
mencapai target atau objektif pembelajaran. Tidak sedikit
usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik pembelajaran
benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Selain itu,
guru juga perlu mengawal suasana bilik pembelajaran agar
tidak mengganggu individu lain ketika proses PdPc
berlangsung. Oleh itu, mengawal juga merupakan salah
satu strategi dalam pengurusan bilik pembelajaran.

3.4 Merancang Persekitaran
Bilik Pembelajaran Dan Rutin

Harian

Guru juga merancang persekitaran bilik pembelajaran dan
rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik pembelajaran
mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh
soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia
sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk
menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik
pembelajaran dan soal kebersihan perlu diberi perhatian.
Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik
pembelajaran mestilah sesuai kerana ia akan
mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.

3.5 Memimpin dan
Memberi Arahan

Dalam pengurusan bilik pembelajaran, para guru tidak dapat lari
dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan
dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi
memastikan bilik pembelajaran yang dijalankan proses pengajaran
dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada murid-murid
yang diajarnya. Field (2004) menyamakan peranan guru dengan
peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik pembelajaran
boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru
kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang
mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan
menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.

3.6 Mendengar Masalah Murid dan
Sentiasa Memberi Motivasi

Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah
murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia
hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya
mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus
yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-
individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus, guru juga
berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di kalangan murid-
muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-
pembelajaran.

4.0 Langkah Penambahbaikan Strategi
dalam Menangani Masalah Pengurusan

Bilik Pembelajaran

Di setiap cabaran, ada penyelesaiannya dan
memerlukan usaha serta konsisten dalam
menangani cabaran pengurusan bilik darjah. Guru
memainkan peranan yang penting dalam
menguasai bilik darjah dan memerlukan
perancangan yang betul bagi menangani sesuatu
masalah bergantung pada keadaan suasana
tersebut. Strategi dalam menangani masalah
kecanggihan teknologi dimana ia lebih menarik
minat murid, pembelajaran abad ke-21 telah
diwujudkan dimana pelbagai aktiviti pembelajaran
yang menarik boleh digunakan. Sebagai contoh,
lawatan bilik darjah, kotak beracun, pencarian
harta karun dan sebagainya. Selain itu, guru juga
boleh menggunakan bahan teknologi sebagai alat
bantuan mengajar. Sebagai contoh, menggunakan
komputer, pembesar suara dan projektor bagi
memaparkan video yang berkaitan dalam
pembelajaran bilik darjah misalnya.

4.1 Peranan

Sekolah

Dalam proses penambahbaikan strategi pengurusan bilik
pembelajaran, adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah
untuk memastikan kawasan sekolah berada dalam suasana
yang kondusif. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak
sekolah adalah dengan menyediakan dana kepada warga
sekolah untuk menghias dan mencantikkan bilik
pembelajaran yang digunakan seperti bilik darjah, makmal
sains, bengkel dan sebagainya. Selain itu, pihak sekolah juga
boleh mengadakan pertandingan bilik pembelajaran tercantik
dalam kalangan pelajar. Ini kerana pertandingan ini akan
menaikkan semangat, bukan sahaja pelajar bahkan juga
semangat guru-guru untuk mencantikkan bilik pembelajaran
masing-masing. Jadi, dengan adanya pertandingan seperti ini
maka semakin mudahlah proses setiap sekolah untuk
menambahbaik strategi pengurusan bilik darjah dengan
adanya kerjasama yang padu daripada para guru dan murid-
murid.

Seterusnya, dari segi masalah disiplin yang merupakan
masalah yang paling sukar untuk dibendung kerana seperti
yang boleh didapati prestasi masalah disiplin semakin
berleluasa sehingga tersebar di dalam akhbar harian. Guru
kelas yang sukar untuk menangani seseorang pelajar itu
boleh meminta bantuan dari guru berdisiplin dimana guru
disiplin akan membuat tindakan yang setimpal pada murid
bermasalah disiplin ini. Bagi menangani masalah sebegini,
pihak sekolah perlu menyediakan peraturan di dalam kelas
misalnya, disertakan dengan hukuman sekiranya pelajar
tersebut melanggar peraturan di sekolah terutama sekali di
dalam bilik pembelajaran. Sebagai contoh, pihak sekolah
boleh menyarankan guru supaya menyediakan senarai
perbuatan yang dilarang untuk dilakukan di dalam kelas
dengan menyediakan hukuman yang tidak memudaratkan
pelajar. Hukuman dan peraturan yang diberi akan
mengelakkan pelajar dari selalu melakukan masalah disiplin
di dalam bilik pembelajaran mereka.

4.2 Peranan Guru

Peranan guru dalam langkah penambahbaikan strategi pengurusan bilik
pembelajaran tidak lagi dinafikan. Ini kerana, bilangan guru yang banyak serta
graduan guru yang sememangnya graduan yang cemerlang pastinya mempunyai idea-
idea yang kreatif tentang cara untuk menambahbaik strategi pengurusan bilik
pembelajaran. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak guru adalah dengan
mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif sepanjang sesi pembelajaran
dijalankan. Contohnya, guru boleh memberikan peluang kepada pelajar untuk
melakonkan watak pilihan mereka berdasarkan tajuk yang diberi. Lakonan yang
dibuat ini adalah bertujuan supaya pelajar boleh menunjukkan daya kreativiti
mereka tersendiri dan memudahkan lagi pelajar yang lain menikmati lakonan di
depan mata, dalam pada masa yang sama juga mudah untuk memahami sesuatu
pembelajaran dan pengajaran. Aktivit-aktiviti sebegini lebih melibatkan dengan
aktiviti bersosial antara pelajar dengan pelajar yang lain. Melalui bersosial, pelajar
mudah untuk membincangkan masalah sesuatu perkara dan bekerjasama bagi
mencapai objektif proses pembelajaran mereka.

Sekiranya, perancangan guru dalam membuat aktiviti bilik pembelajaran kurang
menarik minat pelajar, guru boleh memperbaiki lagi perancangan supaya menjadi
lebih baik. Walaupun ianya bukan perancangan yang sempurna tetapi setiap
kelemahan boleh diperbaiki lagi. Guru memerlukan usaha yang lebih bagi
menambahbaikkan perancangan bilik pembelajaran. Pembelajaran yang menarik
memudahkan pelajar memberikan komitmen bersama dengan guru. Dengan lebih
lanjut lagi, guru juga boleh menggunakan tanda lampu isyarat, dimana sekiranya
pelajar mempunyai soalan mereka akan menggunakan lampu isyarat berwarna
kuning, warna hijau bermaksud setuju dan warna merah bermaksud tidak setuju. Ini
menyebabkan suasana bilik darjah itu bertambah seronok.

4.3 Peranan Ibu
Bapa

Selain pihak sekolah, ibu bapa juga merupakan pihak yang signifikan
dalam membantu langkah penambahbaikan strategi pengurusan bilik
pembelajaran ini. Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah
dengan menyumbang dana kepada pihak sekolah dalam membantu untuk
mencantikkan suasana sekolah. Dana yang diberikan ini mampu untuk
meningkatkan suasana yang ceria dan kondusif di dalam bilik
pembelajaran anak-anak kerana antara faktor kecemerlangan murid
adalah disebabkan suasana pembelajaran yang begitu selesa. Bagi ibu
bapayang tidak mampu menyumbangkan dana, mereka boleh
menyumbangkan tenaga dalam membantu para guru dan pelajar untuk
menghias bilik darjah anak masing-masing. Dengan bantuan inilah
mampu untuk mewujudkan suasana kelas yang ceria kerana ramai ibu
bapa sekarang sangat kreatif dan lebih tahu bagaimana suasana belajara
yang sesuai dengan anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya
menghargai alatan sekolah dan jangan sesekali merosakkannya. Ibu bapa
perlu memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala
vandalisme dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak agar
tidak terlibat dalam gejala seperti ini. Ini kerana didikan yang sebenar
dan paling sempurna adalah bermula dari rumah.

5.0 Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi
Pengurusan Bilik
Pembelajaran

5.1 Faktor Fizikal

Susunan peralatan dan kemudahan seperti kerusi-
meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul
sampah, papan tulis dan sebagainya memberi kesan
kepada proses pembelajaran pelajar. Penyusunan
yang baik akan memudahkan interaksi antara
pelajar dan guru. Guru boleh menghias bilik
pembelajaran dengan carta topik pembelajaran,
gambar dan alat bantu mengajar. Dengan ini, hiasan
bukan hanya sekadar hiasan lagi, namun pelajar
dapat memahami dan menambahkan ilmu
pengetahuan dengan menampal sejarah-sejarah,
struktur badan manusia, formula matematik dan
banyak lagi. Secara tidak langsung, pelajar dapat
belajar dan menghafal ilmu tersebut.

5.2 Faktor

Psikososial

Faktor ini merupakan hubungan antara keperluan emosi individu
dengan persekitaran sosialnya. Ini merujuk kepada hubungan
pelajar dengan persekitaran billik pembelajaran. Faktor yang
memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat
ialah:

1. Pendekatan Pengajaran -
Pendekatan ini mestilah

berpandukan keperluan pelajar.Ini
kerana,gaya pembelajaran dan

tahap kefahaman serta kecergasan
setiap individu adalah berbeza

2. Gaya Kepimpinan Guru – Gaya
Kepimpinan guru amat memberi
kesan kepada pembelajaran. Ada
masa guru perlu menggunakan
gaya kempimpinan autokratik dan
ada masa guru perlu menggunakan

gaya kepimpinan demokratik.

3. Bentuk Komunikasi –
Kemahiran berkomunikasi
berkesan memberikan peluang
kepada guru brsikap mesra dan
menikmati interaksi dengan murid-
murid. Guru perlulah menggunakan
bahasa yang mudah difahami.

4. Corak Interaksi – Penggunaan
bahasa yang sesuai juga bermakna

guru perlu sopan dan tidak
menggunakan bahasa yang boleh

menyakiti pelajar.

5.3 Interaksi dalam

Bilik Darjah

A. Interaksi satu hala
Interaksi ini merupakan interaksi
yang memerlukan seorang individu
nmenyampaikan maklumat tanpa
perlu menerima respon dari individu
lain. Interaksi ini digunakan semasa
memberi sesuatu penerangan seperti
seorang guru memberi penerangan
mengenai sesuatu topik yang
dipelajari. Interaksi ini merupakan
interaksi yang kurang aktif dimana
interaksi yang memfokuskan kepada
guru sahaja. Interaksi ini adalah
penting bagi memastikan pelajar
dapat menuntut ilmu terlebih dahulu
sebelum terdapat perkara yang tidak
difahami semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

B. Interaksi dua hala

Interaksi ini melibatkan dua atau

lebih individu dalam berkomunikasi.

Ini melibatkan interaksi antara

pelajar dan guru. Intekasi ini

digunakan semasa pelajar

mengajukan soalan mengenai topik

yang dipelajari dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Ini adalah sangat

penting bagi memastikan pelajar

dapat memahami sesuatu pelajaran

dengan baik supaya objektif dan

matlamat RPH guru dapat dicapai.

Interaksi antara pelajar juga

merupakan interaksi dua hala dimana

pelajar dapat mempelajari sesuatu

dari pelajar lain.

C. Interaksi pelbagai hala
Interaksi ini merupakan
interaksi dimana guru

menggunakan kaedah dan
teknik pengajaran seperti
simulasi, main perasaan,

pendekatan kumpulan,
perbincangan, ujikaji dan

kaedah penyelesaian
masalah. Ini dapat

mengeratkan hubungan
antara pelajar dan guru

kerana interaksi ini
merupakan interaksi aktif

dimana peranan pelajar
digunakan secara optimum.

5.4 Pengurusan Iklim Bilik Darjah

Sebagai seorang pengurus di dalam bilik
darjah, guru perlu memastikan keadaan
dan suasana di dalam bilik darjah selesa

dan kondusif untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ini
menyebabkankan pelajar dapat
menuntut ilmu dengan berkesan.

Terdapat tiga jenis suasana yang perlu
diambil perhatian iaitu:

Suasana Emosi Suasana Fizikal

Suasana Sosial

RUMUSAN

Strategi pengurusan bilik darjah merupakan
salah satu aspek yang sangat penting dalam
menjamin kelancaran sesi pengajaran dan
pembelajaran. Seseorang guru haruslah bijak
dalam mengatur unsur-unsur fizikal dalam
bilik darjah. Ini bukan sahaja penting untuk
menjamin iklim pembelajaran yang positif
dalam bilik darjah tetapi juga untuk
memudahkan interaksi antara guru dan
pelajar dan interaksi antara pelajar dan
pelajar. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam
mengurus bilik pembelajaran sesuai dengan
keperluan semasa.

RUJUKAN

Bahan Internet :

https://kps3014-
emelliadilam.blogspot.com/2019/04/strategi-
mengurus-bilik-pembelajaran.html
https://ilhamizulkfli.wixsite.com

https ://foliokps3014-
pengurusanpembelajaran.blogspot.com
https://ainulshafiqah.blogspot.com


Click to View FlipBook Version