TUGASAN INDIVIDU
SSYP 2313 PSIKOLOGI BILAZIM
KUMPULAN B
SESI 2020/2021 (A201)
KAJIAN MOVIE
TAJUK DRAMA:
BERI SEDIKIT WAKTU
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL SYAKIELLA BT MOHD RAWI
259253
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN SITI AZURA BT BAHADIN
SINOPSIS
Drama Beri Sedikit Waktu ini mengisahkan tentang Farhan yang telah
menceraikan Hananiyah iaitu Niya dengan talak satu dan bertindak untuk keluar dari
rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa
dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.
Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda dan hasil perkahwinan mereka
telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman.
Setelah menceraikan Niya, Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan
memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan
terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak
kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani, iaitu kekasih
barunya. Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan berasa tertekan
selepas diceraikan oleh Farhan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan
Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal
dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-
foya dan berlagak seperti orang kaya. Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan
dengan Sofia, iaitu kakak kepada Imran. Sofia menawarkan pekerjaan sebagai
pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya
terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah.
Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor
belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. Imran merupakan pesakit OCD
(Obsessive Compulsive Disorder) yang cenderung kepada kesempurnaan dalam
mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran
akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang
melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan
sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu
bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah
mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta
daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga
sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil
inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya
untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan
atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia
telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada
Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti
mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk
membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak
membayar hutang dengan duit tersebut.
JENIS KECELARUAN
Berdasarkan drama Beri Sedikit Waktu,watak yang dibawa oleh Aqasha
sebagai Imrsn mempunyai penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) iaitu
gangguan obsesif dan kompulsif yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja yang
biasanya berlaku pada usia dewasa. OCD adalah sejenis kecelaruan personality yang
dicirikan oleh sifat individu yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta
keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan. OCD biasanya bermula
pada peringkat awal dewasa serta lebih banyak dialami oleh kaum lelaki berbanding
wanita. OCD adalah di mana keadaan mental seseorang yang menyebabkan
pemikiran obsesif dan bertindak secara paksa. Pemikiran obsesif merupakan
pemikiran yang membawa rasa takut dan berakhir dengan tindakan berulang untuk
meyakinkan diri sendiri dan melarikan diri dari ketakutan itu. Gangguan obsesif
kompulsif adalah satu gangguan psikologi dimana pesakit mengalami desakan
keinginan yang kuat akan sesuatu.Penyakit kejiwaan ini biasanya dikaitkan dengan
sifat obsesif iaitu rasa takut yang tidak wajar sehingga menimbulkan keinginan
kompulsif ataupun perbuatan yang diulang-ulang sehingga ia diyakini betul dan
membuatkan diri mereka ini berasa selamat.
Watak Imran mempunyai penyakit OCD berjenis dimana beliau sentiasa
menginginkan keteraturan dimana penghidap OCD turut digelar organizer kerana
gemar kepada keadaan yang teratur dan sempurna. Apabila pesakit berhadapan
dengan perkara tersebut, keadaan beliau akan berubah secara tiba-tiba dimana emosi
beliau akan terganggu yang akan menyebabkan beliau menjadi baran. Babak yang
boleh dilihat di dalam drama ini apabila Imran yang sangat mementingkan kebersihan
dan keadaan di dalam rumah beliau yang sentiasa teratur. Gangguan obsesif
kompulsif ini mempunyai dua komponen iaitu obsesif , dan komponen kompulsif.
Obsesif merupakan keadaan dimana keadaan pemikiran pesakit yang membawa rasa
takut dan berakhir dengan tindakan berulang untuk meyakinkan diri sendiri dan
melarikan dari ketakutan itu. Pesakit sebenarnya tidak ingin memikirkan tentang
perkara tersebut, namun disebabkan penyakit yang dihadapi mereka menyebabkan
pesakit terfikirkan tentang hal tersebut dan ianya sangat sukar untuk pesakit
menyingkirkan fikiran tersebut dari minda mereka. Manakala, kompulsif pula
merupakan perbuatan yang berulang-ulang yang tidak dapat dihentikan. Pesakit
menjadi seorang yang sangat obses akan sesuatu perkara yang sama. Melalui drama
ini juga terdapat babak di mana Imran kerap melakukan sesuatu secara berulang kali
sehingga beliau mencapai tahap kepuasan hatinya untuk menghilangkan obsesi
dalam dirinya sendiri. Pada mata kasar Hananiah, beliau berpendapat bahawa
majikan beliau terlalu menjaga kebersihan dan seringkali memarahi beliau apabila
tidak mengikut peraturannya. Walhal, sikap Imran yang cepat baran itu ialah
disebabkan penyakit Imran yang berpunca daripada zaman silamnya. Zaman kanak-
kanak Imran yang teruk menyebabkan beliau menjadi trauma. Tanpa disedari,
penyakit Imran telah masuk pada tahap yang teruk dan perlu dimasukkan ke dalam
wad untuk mendapat rawatan. Namun penyakit Imran tersebut dapat disembuhkan
asalkan Imran kuat dan mahu menjalani rawatan.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang itu mendapat
Penyakit Obsessif Kompulsif (OCD). Salah satu faktor yang mempengaruhi
seseorang itu termasuklah daripada genetik atau keturunan individu itu sendiri. Hal ini
kerana mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ini mempunyai
risiko yang tinggi untuk mewarisinya. Selain itu, penyakit ini juga boleh terjadi
disebabkan keabnormalan pada struktur otak serta fungsi otak atau jangkitan pada
bahagian otak tertentu boleh mencetuskan gejala penyakit OCD. Personaliti individu
dan trauma daripada pengalaman masa lampau seperti penderaan fizikal atau seksual
juga turut mnyebabkan pesakit menghidapi penyakit ini. Selain itu, faktor berlakunya
penyakit ini juga boleh disebabkan apabila pesakit mengalami konflik atau tekanan
yang berterusan dalam hidup. Gangguan kompulsif obsesif (OCD) adalah gangguan
kesihatan mental yang mempengaruhi orang-orang dari semua peringkat umur dan
kehidupan, dan berlaku ketika seseorang terjebak dalam kitaran obsesi dan paksaan.
Obsesi adalah pemikiran, gambar, atau dorongan yang tidak diinginkan, yang memicu
perasaan yang sangat menyedihkan. Paksaan adalah tingkah laku yang dilakukan
seseorang untuk menyingkirkan obsesi dalam dirinya. Faktor berlakunya OCD ini
pada seseorang juga boleh disebabkan oleh gen keturunan yang tertentu yang
mempengaruhi perkembangan otak. Selain dari unsur genetik, sindrom OCD juga
disebabkan oleh gangguan kepada otak. Gangguan otak ini menyebabkan
berkurangnya serotonin pada otak. Serotonin adalah hormon yang berfungsi dalam
mengatur suasana fikiran, kecemasan, ingatan dan pola tidur.
Watak Imran di dalam drama ini mengalami tekanan apabila sering diganggu
oleh Mira. Babak Mira yang sentiasa memaksa Imran untuk menerima cintanya
menyebabkan mood Imran berubah secara serta merta. Mira yang sentiasa
mengambil berat keadaan Imran sering kali mengunjungi rumah beliau untuk
mengambil hati Imran. Oleh disebabkan keadaan Imran yang tidak selesa didampingi
oleh Mira menjadikan Imran sentiasa memarahi Mira apabila bertemu dengan beliau.
CADANGAN DAN KAEDAH RAWATAN
Kaedah rawatan yang digunakan perlu mengambil kira semua perkara seperti
aspek biologikal, psiklogikal serta persekitan sosial individu. Contoh kaedah dengan
menggunakan cara islam mengikut hadis dan sunnah adalah seperti rukyah dengan
membaca kalimah suci ke air minuman untuk memulihkan pesakit daripada bisikan
was-was syaitan. Selain itu, pesakit juga perlu merujuk pakar psikiatrik untuk
menjalankan terapi dan latihan pemikiran. Tambahan pula, pesakit setidaknya perlu
mengambil ubat serta perkhidmatan kaunseling dimana jika beliau merupakan
penghidap sakit mental yang memerlukan ubat untuk mengurangkan kemurungan.
Manakala untuk penderita OCD pula merupakan ubat untuk mengurangkan kerisauan
dalam diri pesakit.
Keadaan pesakit mental ini juga mungkin telah berlaku semenjak pesakit itu
masih kecil dimana pesakit terlalu dikongkong dan sentiasa mendapat tekanan dari
orang sekelilingnya. Berdasarkan buku psikologi bilazim terbitan pertama pada tahun
2010, kecelaruan zaman kanak-kanak berpunca daripada faktor biologi, psikologi
individu, dan melalui interaksi salah adaptasi dengan anggota dalam keluarga.
Sehubungan itu, langkah merawat tingkah laku ini mestilah bermula daripada ibu bapa
dan orang dewasa yang terlibat. Sesetengah ibu bapa tidak mempunyai kefahaman
dan kemahiran yang mendalam tentang perkembangan tingkah laku kanak-kanak
yang normal. Pendidikan yang formal dan tidak formal perlu diberikan kepada ibu bapa
ini.
Sekiranya kanak-kanak itu lebih sensitive, perkhidmatan kaunseling dan
psikoterapi diperlukan. Pendekatan terapi keluarga perlu dijalankan sekiranya
perkhidmatan kaunseling dan terapi individu tidak berkesan. Terapi keluarga paling
sesuai dijalankan apabila melibatkan gangguan tingkah laku yang berkaitan dengan
dinamik keluarga. Kanak-kanak perlu dirujuk kepada agensi sosial sekiranya terdapat
tanda penganiayaan atau penolakan oleh ibu bapa. Agensi sosial yang boleh
dihubungi adalah seperti pejabat kebajikan daerah dan balai polis yang berdekatan.
Beberapa pendekatan yand dicadangkan untuk membantu merawat kecelaruan
kanak-kanak adalah seperti pendekatan kaunseling dan terapi, layanan mesra ibu
bapa, dan rawatan perubatan.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi merawat kecelaruan kanak-
kanak. Ibu bapa perlu menyediakan suasana rumah tangga yang terapeutik. Ibu bapa
hendaklah mewujudkan perhubungan yang mesra dan berkasih sayang kepada anak-
anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab memastikan supaya anak mendapat
pendidikan persekolah dan layanan yang baik daripada pihak sekolah. Ibu bapa perlu
mewujudkan perhubungan yang baik dengan pihak sekolah. Terdapat rawatan
psikoterapi, terapi tingkah laku serta ubatan yang dapat membantu untuk merawat
penyakit OCD dimana pesakit boleh mendapatkan rawatan di hospital yang
menawarkan perkhidmatan psikiatri. Rujukan kepada perkhidmatan psikiatri juga
boleh dibuat oleh mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta yang berhampiran.
Hal ini kerana, dengan rawatan serta pengesanan awal dapat membantu merawat
pesakit dengan lebih berkesan.
Gangguan obsesif-kompulsif boleh dirawat menggunakan terapi kombinasi dan
terapi perilaku kognitif. Dari segi perubatan moden, doktor boleh menetapkan ubat-
ubatan untuk membantu mengawal obsesi mental dan tingkah laku kompulsif.
Kebiasaannya, pesakit akan diberi ubat-ubatan seperti anti-depresan akan digunakan
terlebih dahulu dan mungkin termasuk juga ubat-ubatan seperti Clomipramine
(Anafranil), Fluvoxamine (Luvox CR), Fluoxetine (Prozac), Paroxetine (Paxil, Pexeva)
dan Sertraline (Zoloft).Terapi perilaku kognitif pula berlaku apbila pesakit sering
mempunyai pemikiran negatif, ini boleh menyebabkan pesakit mengalami gangguan
mental dalam jangka masa panjang. Terapi kognitif dapat membantu pesakit untuk
mengenal pasti tabiat-tabiat yang dilakukan separa sedar yang menyebabkan
pemikiran itu berlaku. Selanjutnya, terapi tingkah laku dan panduan latihan akan
membantu pesakit untuk mengenal pasti tabiat lain bagi mengelakkan pemikiran
negatif. Apabila cara pemikiran pesakit berubah, itu bermakna simptom-simptom telah
berjaya diatasi.
REFLEKSI
Setiap individu mempunyai masalah yang tersendiri, melalui drama yang telah
saya tonton saya dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang keadaan seorang
pesakit OCD itu sendiri. Persekitaran individu itu sendiri juga mempengaruhi sikap
dalam diri individu tersebut. Hal ini kerana, jika kita sentiasa didampingi dengan
individu-individu yang berfikiran positif, kehidupan kita lebih berpotensi untuk menjadi
seseorang yang lebih baik kerana kehidupan seharian kita dipenuhi dengan
rangsangan yang positif. Manakala, apabila kita persekitaran seharian kita dikelilingi
dengan individu yang negatif akan memudaratkan diri kita sendiri. Individu yang
negatif hanya akan menyebabkan kita berada di dalam keadaan yang tidak tenang
dan sentiasa mendengar kata-kata yang tidak memberangsangkan kita untuk menjadi
individu yang lebih baik. Oleh itu, sebagai individu yang boleh berfikir akan perkara
yang baik atau buruk kita haruslah bijak mendampingi orang-orang disekeliling kita.
Kesihatan mental seperti kesihatan fizikal, mestilah sentiasa dilindungi. Kebanyakan
orang apabila mendengar perkataan kesihatan mental akan memikirkan tentang
penyakit mental. Akan tetapi kesihatan mental adalah lebih dari sekadar ketiadaan
penyakit mental. Kesihatan mental melibatkan semua orang manakala penyakit
mental hanya melibatkan sebahagian orang sahaja. Apabila kita berbicara tentang
kebahagian, kedamaian, kepuasan dan keseronokan, kita sebenarnya
memperkatakan tentang kesihatan mental. Komponen-komponen kesihatan mental
tersebut akan membuat kita menjadi insan yang sempurna. Bagi pandangan saya,
kesihatan mental adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian setiap orang. Ia
bermaksud bagaimana seseorang individu menyesuaikan diri dengan keluarga,
rakan-rakan dan masyarakat. Ia berkaitan dengan cara-cara individu
mengharmonikan keinginan, cita-cita, kebolehan dan perasaan untuk memenuhi
cabaran kehidupan. Kesihatan mental boleh digambarkan sebagai satu
kesinambungan di antara kesihatan mental yang baik dan kurang baik atau masalah
kesihatan mental. Masalah fizikal boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang
individu apabila seseorang menghidapi penyakit fizikal, beliau juga mengalami reaksi
psikologi yang tertentu. Hal ini dipengaruhi oleh sifat penyakit tersebut, faktor rawatan
dan faktor pesakit sendiri. Contoh reaksi psikologi pesakit terhadap penyakit fizikal
termasuk kemurungan, bersikap mudah putus asa, kurang tumpuan, mudah marah
dan sebagainya. Oleh itu, setiap individu seharusnya mempertingkatkan kesedaran
tentang kesihatan mental yang dialami di kalangan masyarakat kita sendiri supaya
setiap individu dapat meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mental yang
optimum, kesejahteraan hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi sosial. Selain itu juga,
ia dapat meningkatkan status sosial, fizikal dan persekitaran ekonomi yang
menentukan kesihatan mental dan kemampuan daya tindak individu dan masyarakat.
Ia juga mengenalpasti seluruh populasi sebagai kumpulan sasaran, walaupun kaedah
intervensi yang digunakan mungkin berbeza kepada kumpulan sasar yang khusus.
RUJUKAN
ASTRO AWANI. (2019, April 25) OCD personaliti atau penyakit. Diambil daripada
ASTRO AWANI : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ocd-
personaliti-atau-penyakit-205963
DOCTOR ON CALL. (2020) OCD penyakit was was. Diambil daripada DOCTOR ON
CALL : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/ocd-penyakit-waswas
HARIAN METRO. (2018) Derita dalam diam pesakit ocd. Diambil daripada HARIAN
METRO : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/307179/derita-dalam-
diam-pesakit-ocd-metrotv
INFO SIHAT. (2000) Manual mesej kesihatan. Diambil daripada INFO SIHAT :
https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/kchs/KCHS_2000/pdf/man
ualMesej/Man_Mesej%20Utama%20KCHS%202000_BM.pdf