LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR 2022
7.2.5 AGROPARK
Pembinaan dusun buah-buahan adalah salah satu projek berimpak tinggi yang memberikan
pulangan kepada pihak sekolah. Hal ini kerana, pihak sekolah telah mengambil inisiatif
menjadikan tanah sebanyak kira-kira dua ekar untuk diusahakan menjadi dusun buah-buahan
dan ditanam pelbagai buah-buahan tropika seperti rambutan, durian, duku, langsat, pokok
buah mata kucing, mangga dan cempedak. Secara tidak langsung, murid akan didedahkan
dengan proses penjagaan pokok buah-buahan ini secara berkala pada setiap petang seperti
menyiram dan membaja di bawah penyeliaan guru rumah.
Tambahan pula, pihak sekolah juga dapat memberikan kesedaran kepada murid berkenaan
senario anak muda yang merasakan buah-buahan import lebih bagus dan kaya dengan vitamin
berbanding buah-buahan tempatan. Atas sebab itulah, pemupukan amalan memakan buah-
buahan tempatan dan sebilangan jenis buah-buahan bermusim ini terus digalakkan dalam
kalangan murid. Sebahagian daripada buah-buahan yang ditanam seperti mangga dan betik
turut digunakan dalam mata pelajaran biologi iaitu murid Tingkatan 4 akan membuat proses
pengawetan buah-buahan dan sayur-sayuran.
48
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR 2022
7.2.6 SCIPPINE PROJECT
SMSSP mempunyai sistem saliran air yang baik serta jenis tanah gambut yang sangat luas.
Oleh sebab itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menanam nanas jenis MD2,
Madu Kaca, dan M36. Nanas mempunyai tempoh masa selama 13 bulan untuk mendapatkan
hasil. Sepanjang tempoh itu, murid akan diberikan pendedahan untuk menjaga, membaja, dan
menyiram nanas mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan.
Penanaman nanas dipilih kerana penjagaannya yang tidak rumit kerana tidak memerlukan
siraman air yang banyak, tetapi cukup sekadar memastikan sistem perparitan yang baik.
Untuk memastikan tanaman nanas tidak dihinggapi bakteria heart rot (BHR) yang menyerang
pokok sekitar enam hingga sembilan bulan, maka ada ibu bapa murid yang mahir dalam
penanaman nanas akan memberikan nasihat dan turut memantau perkembangan nanas
sehingga tempoh matang. Tambahan pula, pejabat SUK Kelantan turut memberikan benih
pokok kepada pihak sekolah sebanyak 1000 anak pokok.
49
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR 2022
7.3 PENGURUSAN DAN INOVASI KAMAR SELESA
Young Inoveter Cycle telah menghantar sekumpulan murid untuk menyertai National I Can
School Challenge anjuran Design For Change dengan membawa satu projek lestari yang
dinamakan The School Toilet Project. Kejayaan kumpulan ini telah mewakili Malaysia untuk
ke pertandingan antarabangsa yang diadakan di Brazil.
The School Toilet Project adalah projek yang mengetengahkan soal kebersihan tandas, yang
perlu diselesaikan dengan kadar segera. Tugasan ini telah dirangka selama dua tahun. Mereka
telah menjalankan penilaian kualiti tandas di sekolah menerusi kaji selidik kepuasan murid
menggunakan sistem „rating star‟. Ahli kumpulan berjaya menghasilkan dua inovasi baharu
iaitu Toilet Bomb dan hand Sanitizer yang diperbuat daripada limau Kasturi untuk
membersihkan tangan setiap kali menggunakan tandas.
Mereka telah memperkenalkan modul Wutch iaitu modul penggunaan tandas dengan cara
yang betul kepada warga sekolah.
50
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR 2022
8.0 RUMUSAN
Projek Pembangunan Pendidikan Pertanian merupakan satu mekanisma dan
penggabungjalinan pendidikan yang berteraskan teoretikal dan praktikal melalui
pembelajaran bilik darjah dan peluang pembelajaran sepanjang hayat. Justeru,
usaha menjadikan sekolah lestari adalah dari warga sekolah sendiri yang mula
memahami sekiranya kita menjaga alam, ia akan memberi pulangan yang baik
kepada manusia. Usaha memupuk nilai murni dengan menghargai alam sekitar
dalam kalangan murid dan masyarakat walaupun sukar diukur secara terus
berdasarkan pencapaian akademik, tetapi ia akan diperlihatkan melalui cara
berfikir dan bertindak oleh murid yang terlibat. Selain itu, akan melahirkan bakal
pemimpin yang memahami nilai dan kepentingan menjaga keseimbangan alam
kepada kehidupan manusia dan makhluk lain.
Pendekatan alam sekitar dipilih kerana menerusinya pembelajaran untuk
memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar
diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidup di
bumi. Adalah diharapkan bahawa strategi dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Pertanian peringkat Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan dapat dicapai dan
secara tidak langsung boleh diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku yang positif
terhadap alam sekitar di dalam da di luar sekolah.
51