The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGANTAR SEJARAH GUNAAN SADN 1113 (KUMPULAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyanaysf02, 2023-01-10 01:29:55

PENGANTAR SEJARAH GUNAAN SADN 1113 (KUMPULAN)

PENGANTAR SEJARAH GUNAAN SADN 1113 (KUMPULAN)

PENGANTAR SEJARAH GUNAAN SADN 1113
SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK:
WARISAN SENI BUDAYA TAK KETARA : SENI PERSEMBAHAN WAYANG KULIT

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. SITI ALWALIYAH BINTI MANSOR

DISEDIAKAN OLEH : NO MATRIK
291950
KUMPULAN 2 291991
291993
NAMA 291999
NUR LIYANA NAJWA BINTI MOHAMMAD YUSOF
SITI NORNAJWA BINTI MALEK
NAJIEHAH BINTI RAZALI
NURIN BATRISYIA BINTI NOR AFENDI


ISI KANDUNGAN Muka Surat
Bil. Kandungan 1
1.0 Pengenalan
2.0 Latar Belakang 2-3
3.0 Objektif Kajian 4
4.0 Metodologi Kajian 5
5.0 Isi Perbincangan
6-8
5.1 Peranan Wayang Kulit 8 – 12
5.2 Jenis – jenis Wayang Kulit 13 – 14
5.3. Proses Pembuatan Wayang Kulit 15 – 16
5.4 Evolusi Wayang Kulit
17
6.0 Kesimpulan 18 - 19
7.0 Bibliografi 20 - 23
8.0 Lampiran


1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), seni didefinisikan sebagai karya
(sajak,lukisan,muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu
ciptaan. Manakala, kesenian pula bermaksud perihal seni, yang berkaitan seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan sesebuah masyarakat sejak turun temurun lagi.
Dengan adanya kesenian seperti ini, identiti masyarakat tersebut lebih terserlah dan dikenali ramai.

Menurut Imam Al-Ghazali (1058 Masihi), seni merupakan fitrah manusia yang
mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni dan seterusnya membawa kepada nikmat dan
kesenangan. Kesenangan itu pula dihayati seperti pancaindera seperti mata, telinga, rasa bau dan
sentuhan. Kesenian dalam islam merupakan usaha dan kreativiti buah fikiran yang telah dihasilkan
oleh umat islam untuk menghasilkan sesuatu yang indah dan menarik.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), warisan diertikan sebagai
sesuatu yang diterima secara turun temurun oleh seseorang dengan sesuatu kelompok masyarakat
daripada generasi terdahulu. Warisan Negeri telah diklarifikasikan kepada dua iaitu Tapak Warisan
dan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara. Tapak warisan pula terbahagi kepada dua iaitu warisan
kebudayaan ketara dan warisan semulajadi. Dalam kajian ini, warisan kebudayaan tidak ketara akan
dibincangkan dengan lebih terperinci. Warisan kebudayaan tidak ketara termasuklah mana-mana
bentuk ungkapan, sebutan lidah, Bahasa, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, tarian,
nyanyian ,nyanyian lagu rakyat, muzik, penggubahan bunyi dan muzik, tradisi lisan, puisi, seni pentas,
seni persembahan, seni mempertahankan diri yang telah wujud dan mempunyai hubungan dengan
warisan masyarakat di negeri tersebut.

Warisan kebudayaan tidak ketara yang menjadi topik utama dalam kajian ini ialah Wayang
kulit. Wayang kulit dikategorikan sebagai satu persembahan tradisional yang menjadi hiburan kepada
masyarakat Melayu sejak dari zaman dahulu lagi.

-1-


2.0 LATAR BELAKANG

Wayang kulit merupakan salah satu warisan kebudayaan tak ketara yang sekian lama
dijadikan hiburan oleh masyarakat dahulu terutamanya di kawasan Asia Tenggara. Menurut
Wikipedia, wayang kulit ialah seni persembahan tradisional yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.
Wayang berasal dari perkataan “Ma Hyang” yang bererti menuju kepada roh spiritual, dewa atau
Tuhan Yang Maha Esa. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa wayang ialah istilah bahasa
Jawa yang bermakna “bayangan”. Hal ini disebabkan kerana penonton boleh menonton wayang dari
belakang kelir ( layar yang dibuat oleh dari kain putih ) atau bayangannya sahaja.

Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narrator dialog patung-
patung wayang kulit tersebut. Persembahan wayang kulit diiringi dengan alunan muzik yang terhasil
daripada palungan gong, gendang, canang, geduk, serunai dan gamelan yang dimainkan oleh
sekelompok pemuzik yang terlatih. Dalang memainkan patung kulit di sebalik kelir, iaitu layar yang
dibuat dari kain putih, sementara di di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak
(blencong) agar para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan patung yang
terpampar di kain putih. Bagi memahami cerita wayang yang disampaikan, para penonton hendaklah
memiliki sedikit sebanyak pengetahuan tentang tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di
layar.

Persembahan wayang kulit pada awalnya dikatakan berasal dari Indonesia, iaitu dikesan
dalam budaya di Jawa, Bali dan Lombok. Hal ini kerana, agama Hindu dari India tiba di Indonesia
sebelum zaman Islam dan Kristian. Pada masa itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa sastera dan bahasa
penghubung. Wayang kulit kemudian diasimilasikan dengan budaya tempatan dan berlaku perubahan
penampilan pada watak patung untuk menyerupai norma budaya.

Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit yang boleh didapati di Asia lebih-lebih lagi di Asia
Tenggara. Setiap jenis mempunyai bentuk dan watak yang tersendiri dan agak berbeza dari satu
kawasan ke satu kawasan yang lain. Hari ini, di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis
wayang kulit dan setiap satunya mencerminkan pengaruh-pengaruh masyarakat dan juga kebudayaan

-2-


yang telah mempengaruhi masyarakat tersebut. antara wayang kulit yang dikenalpasti di Semenanjung
Malaysia ialah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek.

-3-


3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini menggariskan beberapa objektif untuk menghasilkan kajian yang

sempurna. Perkara ini penting agar pengkaji mampu menghasilkan kajian yang berkualiti.
Pengkaji telah menetapkan beberapa objektif kajian ini iaitu

1) Mengenalpasti peranan seni Wayang Kulit.
2) Mengkaji jenis seni Wayang Kulit.
3) Mengenalpasti proses membuat Wayang Kulit.
4) Mengkaji evolusi peredaran zaman Wayang Kulit.

-4-


4.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Metodologi ialah sistem yang merangkumi

kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Menurut kamus Bahasa Inggeris Collins
pula, Metodologi adalah sistem kaedah dan prinsip yang digunakan dalam disiplin tertentu.
Metodologi meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu
objektif dan matlamat sesuatu kajian. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan
lebih luas atau dengan lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian
tentang proses kajian supaya lebih sistematik dan perjalanan kajian lebih terararah untuk mencapai
objektif. Metodologi yang digunakan untuk memperolehi data ialah kualitatif. Kaedah yang
digunakan pula ialah konten analisis kandungan.

Konten analisis kandungan merujuk kepada penelitian yang bersifat pembahasan mendalam
terhadap isi suatu informasi tertulis atau tercetak dalam media massa. Menurut Krippendorff (2004)
dan White & Marsh (2006), analisis kandungan dokumen didefinisikan sebagai teknik kajian yang di
guna bagi membuat kesimpulan yang boleh diulang dan sah dari teks (atau bahan lain yang bermakna)
bagi konteks yang diguna. Penekanan analisis kandungan dokumen adalah untuk menjawab persoalan
kajian yang dikaji. Kaedah ini membantu pengkaji untuk mengesan dan menilai sesuatu maklumat
yang diperolehi daripada sumber yang berkaitan. Kaedah ini juga membantu untuk mengumpulkan
maklumat dengan lebih terperinci terhadap kajian yang dilakukan. Kaedah ini memerlukan pengkaji
untuk menganalisis dari satu teks ke teks yang lain bagi menjawab persoalan kajian. Kaedah konten
analisis kandungan dipilih bagi menganalisis data dan maklumat yang bersesuaian dengan lebih
sistematik. Antara contoh konten Analisis Kandungan ialah majalah, jurnal, akhbar, dan sebagainya.

-5-


5.0 ISI PERBINCANGAN

5.1 PERANAN WAYANG KULIT
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari
patung yang dibuat daripada belulang. Seni wayang kulit merupakan satu persembahan teater
yang menjadi salah satu seni budaya yang unik. Menurut ‘Ainu Sham Ramli dan Mohd. Azmi
Ibrahim (1996), Wayang Kulit merupakan satu bentuk persembahan teater yang
menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Seni wayang kulit turut mempunyai peranannya
tersendiri.

Antara peranan wayang kulit ialah sebagai seni hiburan dan persembahan moden
kepada masyarakat setempat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
hiburan merujuk kepada sesuatu perbuatan, benda, dan lain-lain untuk menghiburkan,
menyenangkan, dan menenteramkan hati. wayang kulit telah lama wujud dan menjadi salah
satu hiburan penting terutamanya masyarakat terdahulu. Namun, seiring peredaran zaman dan
kecanggihan teknologi, wayang kulit turut menerima perubahan. Contohnya, pementasan
watak atau rekaan wayang kulit itu dipelbagaikan dalam banyak bentuk. Wayang kulit juga
sentiasa melalui proses improvasi yang dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjadikan
jalan cerita lebih menarik dan disukai penonton. Pembaharuan ini mampu menarik minat
generasi muda sekaligus mengekalkan seni wayang kulit agar tidak lenyap ditelan zaman.
Wayang kulit kini tidak lagi melibatkan cerita berkaitan dewa-dewa dan jin-jin yang
mempunyai kuasa luar biasa.

Selain itu, wayang kulit berperanan sebagai mengekalkan tradisi dalam kalangan
masyarakat. Menurut Kamus Bahasa Melayu, tradisi ialah sesuatu kebiasaan adat,
kepercayaan, dan lain-lain yang kekal turun-temurun dan sesuatu yang sudah menjadi amalan

-6-


yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Wayang Kulit dahulunya merupakan sejenis
teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum
kedatangan pelbagai seni hiburan dan persembahan moden yang berasaskan media elektronik.
Masyarakat lama sangat kagum menyukai wayang kulit kerana dapat memberikan pengajaran
kepada anak-anak muda. Wayang kulit telah menjadi tradisi kerana isi cerita persembahannya
yang menyalurkan banyak nasihat melalui cerita dan watak yang dipersembahkan. Ianya turut
dikatakan mengekalkan tradisi masyarakat kerana persembahan menjadi alat perhubungan
antara masyarakat dalam merapatkan silatulrahim antara satu sama lain.

Di samping itu, peranan wayang kulit ialah sebagai simbol budaya sesuatu masyarakat.
Wayang kulit menjadi satu simbolik yang penting dalam mempersembahkan dan
melambangkan budaya masyarakat setempat. Ianya juga menjadi tunggak identiti tersendiri
sesuatu masyarakat yang mempunyai budaya yang berbeza dari orang lain. melalui simbolik
ini, masyarakat luar lebih mengenali tentang wayang kulit. Ia turut dilambangkan sebagai
suatu karya kebudayaan yang agung. Wayang kulit juga menjadi satu simbolik yang penting
dalam memelihara keseniaanya agar generasi masa hadapan dapat mengenali wayang kulit.
Wayang kulit telah dikenali juga secara turun-temurun sebagai satu simbolik budaya
masyarakat.

Seterusnya, wayang kulit turut berperanan meningkatkan sektor pelancongan bagi
sesuatu kawasan setempat. Wayang kulit bukan sahaja dikenali dalam negara, namun ianya
juga dikenali di peringkat antarabangsa. Wayang kulit menjadi tarikan pelancong asing yang
datang untuk melihat sendiri persembahan tersebut sekaligus menjadikan sektor ekonomi
tempatan meningkat serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Menurut Oka A.
Yoeti (1985), Dalam konteks pelancongan, seni budaya sesuatu bangsa atau tempat adalah
menjadi daya penarik sehingga mendorong seseorang itu melakukan perjalanan dan sekali
gus ia dapat memperkayakan informasi dan menambah pengetahuan tentang tempat atau

-7-


negara itu di samping mendapat kepuasan dari kebudayaan berkenaan. Wayang kulit menjadi
tarikan pelancong terutamanya bagi pelancong yang meminati seni budaya yang unik. Secara
tidak langsung, ianya mempromosikan wayang kulit dan negara di serata dunia.

5.2 JENIS-JENIS WAYANG KULIT DI MALAYSIA

Wayang Kelantan
Wayang kulit Kelantan dipersembahkan dalam loghat Kelantan. Wayang kulit ini juga

dikenali sebagai Wayang Kulit Siam. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pemerintahan
Melayu Kelantan berasal daripada Pattani, Siam. Antara kisah yang disampaikan menerusi
persembahan wayang kulit ini ialah Hikayat Sri Rama yang disadur daripada kitab Epik
Hindu iaitu Hikayat Ramayana. Hikayat ini adalah kisah Sri Rama yang merupakan watak
utama dalam seni persembahan Wayang Kulit Kelantan. Sri Rama merupakan seorang raja
yang gagah, berani dan sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya iaitu Siti Dewi. Sri
rama juga hebat dan lincah dalam menggunakan senjata. Sri Rama dilahirkan dengan kulit
yang putih kuning, warna kehijauan, dan tinggi lampai.

Sri Rama juga dilabelkan sebagai seorang pahlawan dalam Cerita Ranting dan Cerita
Pokok. Kisah-kisah di atas jelas menggambarkan perwatakan Sri Rama yang gagah dan
berani apabila beliau berjaya menempuh pelbagai jenis cabaran dan ujian bagi mendapatkan
Siti Dewi. Di samping itu, Hikayat Sri Rama juga bertujuan untuk menampilkan keadilan,
rasa kasih sayang serta sikap tidak mementingkan diri sendiri.

Persembahan Wayang Kulit Kelantan telah dibahagikan kepada tiga kelompok cerita
iaitu cerita pokok, cerita ranting dan cerita tanggam. Cerita pokok ialah kisah yang dimainkan
sebelum peristiwa memanah pohon lontar oleh Sri Rama dan adiknya iaitu Laksamana bagi
mendapatkan Siti Dewi. Cerita ranting pula menggambarkan kisah selepas perkahwinan Sri

-8-


Rama dengan Siti Dewi dan juga melibatkan anak cucu mereka. Cerita tanggam pula
merupakan cerita yang disadurkan daripada teks-teks luar.

Watak Sri Rama mempunyai bentuk perwatakan yang cantik iaitu kombinasi motif,
warna dan juga bentuk. Patung Sri Rama diukir memiliki mata berwarna biru dan bibir yang
kecil serta wajah yang begitu lembut. Ini menggambarkan watak Sri Rama sebagai seorang
yang berhati mulia. Dari segi pergerakan teknikal pula, tangan di sebelah hadapan sahaja
yang dapat digerakkan manakala satu lagi bahagian tangan berfungsi untuk mengawal senjata
atau alat kebesaran lain. Di samping itu, persembahan turut dilengkapi dengan iringan bunyi
alat-alat muzik. Sebagai contoh, serunai, sepasang gong, gendang, sepasang gedombak,
sepasang geduk, canang dan juga kesi.

Wayang Gedek (Kedah)
Wayang Gedek merupakan sebuah seni persembahan wayang kulit yang terbesar dan

unik di negeri Kedah darul Aman. Wayang Gedek ini tersebar luas di Utara Barat, Malaysia
terutamanya di Kedah dan Perlis. Wayang Gedek menggunakan asas cahaya dan bayang-
bayang pada sehelai kain putih yang dibentangkan secara menegak. Kain ini dipanggil
sebagai Kelir. Persembahan wayang Gedek juga turut menggunakan jampi mantera
terutamanya sewaktu pembukaan panggung. Wayang Gedek dimainkan oleh penduduk
tempatan dengan menggunakan dialek Kedah bercampur Thai. Unsur-unsur Thai juga turut
kelihatan dalam aspek corak pakaian pada patung. Hal ini dikatakan sedemikian kerana,
kedudukan negeri Kedah yang bersempadan dengan Thailand menyebababkan kemasukan
pengaruh kebudayaan siam. Patung bagi wayang kulit ini adalah berbentuk dua dimensi dan
diperbuat daripada kulit-kulit binatang seperti lembu, kambing dan kerbau.

Pembuatan patung wayang Gedek memerlukan kepakaran dan ketelitian yang tinggi.
Pembuatan patung juga turut melibatkan pantang larang. Semasa proses penghasilan patung,

-9-


isteri dalang hendaklah tidak hamil kerana dipercayai sesuatu perkara buruk akan menimpa
keluarga dalang. Meskipun perkara ini bertentangan dengan ajaran agama Islam namun
dalang tetap mengikuti pantang larang tersebut bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya
yang bakal menimpa keluarga beliau terutamanya anak yang bakal lahir.

Dalam persembahan wayang Gedek terdapat pembahagian watak utama iaitu watak
baik dan watak jahat. Watak baik terdiri daripada patung-patung yang memegang watak hero
dan juga heroin. Misalnya, watak patung Mahaguru, Dewa Panah dan Raja Permaisuri. Selain
itu, watak jahat pula dimainkan oleh patung gergasi dan bota. Walaupun terdapat beratus-
ratus jenis patung namun ianya masih dapat dibezakan mengikut kategori utama yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh, golongan istana, dewa, hamba, dan gergasi. Kategori-kategori ini
dapat dibezakan berdasarkan susuk badan, perhiasan, pakaian, warna dan senjata yang
terdapat pada setiap watak tertentu.

Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan wayang Gedek ialah serunai,
geduk, gedombak, kerincing, gong, dan tamborin. Melodi yang dimainkan semasa
persembahan bergantung kepada babak serta episod yang dipersembahkan. Penonton dapat
mengetahui sama ada adegan itu adalah adegan perang, sedih, gembira dan sebagainya
berdasarkan melodi yang dimainkan. Dalam seni persembahan wayang Gedek, dalang tidak
mempunyai pembantu iaitu pengantin seperti dalam persembahan wayang kulit yang lain.

Wayang Melayu
Wayang Melayu turut dimainkan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Pattani,

Siam. Namun wayang Melayu ini amat terhad bilangannya. Persembahan wayang Melayu ini
adalah berdasarkan daripada epik Mahabrata dan Ramayana terutamanya cerita Pendawa
Lima. Kisah yang dipersembahkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Oleh hal yang

- 10 -


demikian, wayang jenis ini disebut sebagai wayang Melayu. Namun begitu, terdapat juga
persembahan wayang Melayu yang turut menggunaka bahasa jawa.

Patung yang digunakan dalam seni wayang Melayu ini adalah sama seperti wayang
purwo dimana kedua-dua belah tangan patung boleh digerakkan. Perwatakan patung
kebiasaannya dapat ditentukan dengan melihat kedudukan bahagian kepala patung. Sebagai
contoh, patung yang memegang watak baik akan menundukkan kepala ke bawah. Patung ini
juga turut memiliki bentuk tubuh badan yang kecil. Patung yang berperwatakkan jahat dan
sombong kebiasaannya berhidung besar serta mendongak ke langit. Perkara ini jelas
menggambarkan perbezaan perwatakan patung-patung tersebut.

Dalam persembahan wayang Melayu, alat-alat muzik yang digunakan ialah sebatang
rebab, dua biji gong besar, dua gendang besar, enam biji canang, satu biji mong dan sepasang
kesi.

Wayang Purwo
Wayang kulit Purwo dikenali sebagai wayang kulit jawa. Wayang kulit ini dikatakan

berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Di Malaysia, wayang kulit ini terdapat di bahagian
Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh orang berketurunan jawa.
Wayang Purwo ini menyampaikan cerita dengan menggunakan bahasa jawa dan diselit
dengan bahasa Melayu tempatan. Wayang kulit ini mempersembahkan kisah berdasarkan
cerita Pendawa Jawa daripada Epik Mahabrata India. Ceritanya tidak memperlihatkan
pengaruh cerita panji.

Patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaannya adalah
dari segi bentuk mata patung. Mata jaitan adalah dikhaskan untuk watak pahlawan. Mata
pepelangan pula untuk watak jahat dan mata prebes adalah untuk watak pertapa. Dalang akan

- 11 -


dibantu oleh dua orang pembantu yang dikenali sebagai pengantin bagi membuat
persembahan.

Alat-alat muzik yang digunakan dalam wayang purwo adalah berbeza daripada
wayang kulit yang lain. Wayang kulit purwo terdiri daripada alat muzik seperti gong besar,
gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking, ketok
(kompang), rebab dan gendang. Persembahan wayang purwo ini juga turut diiringi dengan
satu kumpulan gamelan. Antara jenis lagu yang dimainkan ialah Lagu Bertabuh, Perang, Seri
Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan sebagainya.

- 12 -


5.3 PROSES PEMBUATAN WAYANG KULIT
Cara pembuatan wayang kulit ini agak sukar dan memerlukan individu yang mahir untuk

menghasilkan wayang kulit yang baik. Kebiasaannya wayang kulit ini akan dibuat oleh Dalang sendiri
kerana pembuatan patung wayang kulit biasanya memerlukan kemahiran yang tinggi. Selain itu,
Dalang sendiri yang biasanya membuat patung wayang kulit ini kerana dia lah yang akan
mempersembahkan patung wayang kulit mengikut kreativiti yang tersendiri. Disebabkan oleh itu juga
seorang dalang perlulah mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan idea yang menarik dalam
mencipta satu – satu watak. Setiap watak yang dihasilkan mestilah mempunyai seni reka bentuk yang
unik dan menarik dan yang paling penting mestilah sesuai dengan cerita yang akan dipersembahkan
kepada khalayak nanti. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat lebih ramai orang untuk melihat
persembahannya nanti.

Antara bahan yang paling penting dalam pembuatan wayang kulit ini ialah kulit lembu atau
kulit kambing yang akan digunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kulit lembu/kambing
yang elok digunakan maka patung wayang kulit itu akan bertahan dan dapat digunakan dalam jangka
masa yang lama. Disebabkan oleh itu, pemilihan kulit lembu/kambing yang baik amatlah penting.
Terdapat beberapa proses dalam menghasilkan patung wayang kulit. Antaranya ialah :
1) Kulit lembu dijemur untuk proses pengeringan.

Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam,
lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari. Lebih lama direndam adalah lebih baik untuk
menghilangkan bau. Seterusnya kulit lembu atau kambing yang sudah direndam akan di angkat dan
dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah kulit lembu atau kambing itu telah benar – benar
kering dan tidak berbau, semua bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu akan dikikis
menggunakan kepingan kaca sehingga bersih dan tiada sebarang bulu lagi.

- 13 -


2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas
Kemudian selepas bulu dibersihkan daripada kulit itu, barulah proses seterusnya dapat dilakukan.

Wajah watak – watak wayang kulit akan dilukis di atas kertas kosong, kertas yang telah siap dilukis
dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan.
Kebiasaannya kertas nipis akan digunakan bagi memudahkan proses menebuk pada wayang kulit
dilakukan. Proses ini memerlukan kreativiti dan kemahiran yang tinggi oleh seorang Dalang dalam
mencipta patung wayang kulit mengikut watak yang diinginkannya. Setiap lorekan dan garis lubang
yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang dihasilkan mempunyai
identiti dan nilai estetika yang tersendiri.

3) Buluh, tali dan pewarna
Proses seterusnya ialah untuk mencantumkan patung wayang kulit kepada buluh sebagai

penyadang. Buluh sebagai bahan penyadang akan diraut dengan rapi terlebih dahulu, kemudian diikat
menggunakan tali kepada kulit yang telah siap ditebuk tadi. Beberapa tali akan digunakan untuk
membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung tersebut. Tali
ini akan diikat pada patung apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak- watak
yang dicipta oleh Dalang dan juga seperti yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna
yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang
kulit ini mengambil masa yang agak lama Disebabkan itulah pembuatan wayang kulit ini memerlukan
individu yang bukan sahaja berseni, bahkan perlulah mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.

- 14 -


5.4 EVOLUSI WAYANG KULIT MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN

Wayang kulit ini dikatakan telah bermula sejak tahun 15000 tahun sebelum Masihi lagi.
Pada masa itu wayang kulit merupakan salah satu sumber hiburan utama. Pada masa itu, wayang kulit
ini melalui fasa kegemilangannya kerana sangat mendapat tempat dalam hati semua masyarakat.
Masyarakat zaman dahulu menggunakan wayang kulit sebagai medium hiburan kerana pada ketika itu
tiada teknologi seperti zaman sekarang. Persembahan wayang kulit itu dianggap seperti cerita – cerita
yang ada di dalam televisyen seperti masa kini.

Tahun berganti tahun, pelbagai inovasi telah berlaku kepada wayang kulit ini. Tidak kira
daripada aspek pembuatan mahupun aspek penceritaan, semuanya telah mengalami evolusi. Evolusi
ini berlaku untuk memastikan supaya seni wayang kulit ini tidak lapuk ditelan zaman dan akan
sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutamanya para belia. Disebabkan hal ini
acara pameran kraf tangan diadakan dan wayang kulit juga ada dipamerkan. Pameran kraf tangan itu
bertemakan dari Tradisi ke Pop.

Evolusi daripada segi pembuatan ialah, pada zaman sekarang wayang kulit dibuat dengaan
menggunakan kulit kambing. Hal ini kerana, apabila menggunakan kulit kambing ialah menjadi lebih
mudah. Bukan itu sahaja, ada juga wayang kulit yang dibuat dengan menggunakan bahan – bahan
organik dan juga bahan terpakai. Kanak -kanak juga didedahkan dengan Teknik pembuatan wayang
kulit dengan cara yang mudah iaitu hanya dengan menggunakan kertas sahaja. Ini adalah antara
evolusi yang dilakukan daripada aspek pembuatan.

Seterusnya evolusi yang berlaku disebabkan peredaran zaman ialah daripada segi watak yang
ada dalam wayang kulit. Seperti yang diketahui, terdapat watak – watak yang telah lama wujud sejak
zaman dahulu lagi. Demi menjaga keaslian, warisan dan keunikkan wayang kulit, watak – watak lama
ini tidak diubah, ianya hanya ditambah baik. Bagi mengikut perubahan zaman ini, terdapat
pertambahan watak dan juga warna – warna yang digunakan untuk menghasilkan patung kulit tersebut.

Terdapat 170 watak dan 250 watak tambahan dalam wayang kulit. Pertambahan watak ini
adalah untuk menarik minat para belia untuk melihat seni persembahan wayang kulit. Antara watak

- 15 -


yang dicipta dalam bentuk wayang kulit ialah watak “Superman”, “Wonder Woman”, “Bruce Lee”
dan banyak lagi. Watak – watak ini diapaparkan secara moden dan digital.

- 16 -


6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, wayang kulit merupakan seni persembahan yang popular dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Ia merupakan satu bentuk persembahan teater yang
menggunakan prinsip cahaya dan bayang yang terdiri daripada pelbagai watak. Hari ini di
Semenanjung Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu daripadanya
mempunyai pengaruh serta keunikan dan cerita tersendiri. Antaranya ialah wayang kulit
Kelantan, wayang kulit Gedek (Kedah), wayang kulit Melayu dan wayang kulit Purwo.

Persembahan wayang kulit telah melebihi seribu tahun di Malaysia. Seni
persembahan wayang kulit semakin hari semakin dilupakan dan kelihatan tidak relevan lagi.
Negara memerlukan penggiat atau Dalang yang boleh menginovasikan seni persembahan ini
mengikut peredaran masa. Tidak lupa juga usaha dan inisiatif dalam menarik minat dan
perhatian generasi muda. Hal ini demikian kerana, golongan muda kini adalah bakal mewarisi
bakat seni ini. Perkara ini penting dan wajar dilaksanakan bagi mengelakkan seni
persembahan wayang kulit dilupakan dan ditelan zaman.

Banyak usaha atau langkah yang boleh dilaksanakan dalam melakukan pembaharuan
terhadap seni tradisional ini. Salah satu langkah yang boleh dijalankan adalah dengan
membangunkan sebuah panggung wayang kulit di seluruh negeri. Ianya boleh dijadikan
sebagai platform bagi penggiat seni wayang kulit untuk berkumpul. Hal ini secara tidak
langsung dapat memelihara dan memulihara warisan seni wayang kulit di negara ini. Dalam
pada masa yang sama, seni tradisional ini dapat dipromosikan kepada khalayak ramai
menerusi platform media massa. Di samping itu, pihak yang terlibat boleh menganjurkan
aktiviti kemasyarakatan bagi memelihara kesenian wayang kulit. Oleh itu, semua pihak
bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing bagi memastikan seni wayang kulit
sentiasa terpelihara dan dapat mengembangkannya sehingga ke peringkat global. Objektif
dan hasrat murni ini akan tercapai dengan kerjasama semua pihak.

- 17 -


7.0 BIBLIOGRAFI
1. Buku
Zahari, R. (2013). Wayang Kulit The Folk Epic of Archipelago. Kuala Lumpur : Institut
Terjemahan & Buku Malaysia .

2. Jurnal
Rosnani Md Zain, Z. M. (2018). Lagenda Wayang Kulit Kelantan. Jurnal Kesidang , 92 - 105.

3. Internet
Kementerian Komunikasi dan Multi Media . (2022, 10 30). Retrieved from Wayang Kulit :
https://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf

Kuim Edu . (2022, 11 30). Retrieved from Tokoh Lagenda Wayang Kulit Kelantan :
https://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JK/article/download/314/270

Perbadanan Muzium Kelantan. (2022, 10 30). Retrieved from Sri Rama:
https://muzium.kelantan.gov.my/index.php/ms/warisan/wayang-kulit/watak-watak-utama/sri-
rama

Pusaka. (2022, 10 30). Retrieved from Communities - Wayang Kulit:
https://www.pusaka.org/communities-wayang-kulit

Yousof, G.-S. (2022, 10 30). Research Gate . Retrieved from wayang Kulit Kelantan : A
Study of Characterization and Puppets:
https://www.researchgate.net/publication/313848278_Wayang_Kulit_Kelantan_A_Study_o

- 18 -


4. Video
Studio, M. (2022, 11 29). Youtube . Retrieved from Wayang Kulit :
https://www.youtube.com/redirect?event=video_description&redir_token=QUFFLUhqa1RG
UVNWeDJ4al9Sd0FqSzYxdU1jREpQRVVnUXxBQ3Jtc0tsZEpCOEpPZFJ3QmtSVk5EV0
VHVkRtdWwwUVV0dms1ZFhJZG1rbDgyZm1yaTNYd1dNSkx2RS01MEVBcmg2ZlFGc1
BKSXF0NEJLcU5LQndxUDk2bVZGbzZ6UktsNTZBTEZIel

- 19 -


8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Wayang Kulit Kelantan
Gambar 2 : Wayang Kulit Gedek (Kedah)

- 20 -


Gambar 3 : Wayang Kulit Melayu

Gambar 4 : Wayang Kulit Jawa (Purwo)
- 21 -


Gambar 5 : Antara Cara Pembuatan Wayang Kulit

Gambar 6 : Proses Menebuk Kulit Dengan Menggunakan Lingkaran Kertas
- 22 -


Gambar 7 : Antara Contoh Evolusi Wayang Kulit

Gambar 8 : Antara Contoh Evolusi Wayang Kulit
- 23 -


Click to View FlipBook Version