The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-87316793, 2022-07-29 08:56:15

minit mesyuarat BIL 1 2021

minit mesyuarat BIL 1 2021

MINIT MESYUARAT AJK PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

BIL 1 SESI 2021/ 2022

TARIKH : 01 Jun 2022
HARI : Rabu
MASA : 9.00 Malam
TEMPAT : Google Meet (Kediaman Masing-masing)

1.0 KEHADIRAN Penasihat
Yang Dipertua
1. Pn. Zaidah binti Abdul Talib Setiausaha
2. En. Rudy Putra bin Zulfakar Bendahari
3. En. Abdul Rahim bin Abdul Ghani
4. En. Mohd Faiz bin Abdul Wahab Naib Yang Dipertua
5. En. Anuar bin Mohd Nor
6. En. Mohammad Rashiddi bin Shariful Azman
7. En. Mohd Azman bin Mat Nor
8. En. Azhar bin Ahmad
9. En. Najihah Hanim binti Mohd Romali
10. En. Siti Fatimah binti Zakaria
11. En. Yusmaniza binti Zakaria
12. En. Mohd Ikhwan Hakim bin Kamarudin
13. En. Aziah binti Zakaria
14. Pn. Norhafizah binti Rozlan

Tidak Hadir

15. Pn. Siti Norbaizura binti Abdul Rahman
16. Pn. Fauziah Binti Nawi
17. Pn. Zuraidah binti Mohd As’ad
18. Pn. Siti Hajar binti Abdul Hamid

1

2.0 UCAPAN PENGERUSI ( En. Rudy Putra Bin Zulfakar )

2.1 Mengalu-alukan kedatangan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran ibu
bapa dan guru pada Mesyuarat PIBG bilangan 1.

2.2 Mesyuarat kali ini juga ingin membincangkan tentang Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-45 yang akan diadakan pada 19 Jun 2022 secara bersemuka.

3.0 UCAPAN PENASIHAT (Pn. Zaidah binti Abdul Talib)

3.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG.
3.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran pertama bagi murid yang tidak

hadir ke sekolah tanpa sebab dan alasan.
3.3 Peratusan kehadiran murid melebihi 80%. Ada murid yang seronok dapat hadir

ke sekolah dan bertemu dengan rakan-rakan sekelas. Hal ini menjadikan emosi
murid-murid semakin baik.
3.5 Jumlah kelas mengikut aliran seperti berikut;
Tahun 1 – 7 kelas
Tahun 2 – 7 kelas
Tahun 3 – 7 kelas
Tahun 4 – 6 kelas
Tahun 5 – 6 kelas
Tahun 6 – 7 kelas
3.6 Jumlah keseluruhan murid sehingga kini ialah 1562 orang. Jumlah guru pula
ialah 88 orang. Manakala jumlah staf sebanyak 8 orang.
3.7 Sekolah telah menerima guru kaunseling baharu iaitu Pn. Jamilah binti Arifin.
Beliau di tempatkan di sesi petang.
3.8 Untuk makluman semua, sekolah akan membuka kelas PPKI (Program
Pendidikan Khas Integrasi. Sebanyak 2 buah kelas akan dibuka. Setiap kelas
boleh menerima murid seramai 13 orang.
3.9 Pada 27 Jun 2022, cuti peristiwa akan diberikan kepada murid-murid dan guru
bersempena sukan tahun sekolah.
3.10 Memohon Pn Nora untuk menaja signage di setiap pintu tandas murid.

2

3.11 Unit kokurikulum akan mengeluarkan surat untuk memohon sumbangan
berbentuk air mineral dan makanan yang akan digunakan semasa sukaneka
3.12 Tahap 1.
3.13 Pintu pagar C masih digunakan dan akan ditutup secara berperingkat (soft
landing). Bagi murid yang sampai awal, boleh menggunakan pintu pagar A.
Seorang pegawai keselamatan iaitu En. Hisham akan berhenti dan akan
digantikan denga pegawai keselamatan yang baharu.

4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pencadang : Pn. NorHafizah binti Rozlan
Di Sokong : Pn. Aziah binti Zakaria

5.0 PERKARA BERBANGKIT

TIADA

6.0 LAPORAN KEWANGAN
TIADA

7.0 PERKARA – PERKARA BAHARU

7.1 Mesyuarat Agung Tahunan

Guru besar – Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung PIBG dijadualkan
pada 19 Jun 2022. Mesyuarat akan diadakan secara bersemuka di Dewan Setia,
SK Gombak Setia. Tarikh asal sepatutnya pada 25 Jun 2022 tetapi tidak dapat
dilaksanakan kerana sekolah akan mengadakan sukan tahunan pada 26 Jun
2022.

Makluman dan tindakan : Semua AJK

3

7.2 Kutipan Yuran PIBG
Guru besar – Kutipan yuran PIBG bagi sesi 2021/2022 mendapat sambutan
mengalakan di kalangan ibu bapa. Ramai ibu bapa sudah memberikan
sumbangan.
Makluman : Semua AJK

8.0 HAL- HAL LAIN
8.1 Guru besar – Pihak sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM50,00.00 untuk
tujuan mengecat dan membaiki tandas.
Makluman : Semua AJK
8.2 Guru besar – Pihak sekolah bercadang untuk mengekalkan En. Rudy sebagai
YDP PIBG bagi sesi 2022/2023. Cadangan ini dibuat bagi memastikan
kelancaran dalam pembinaan surah baharu yang dalam proses pembinaan.
8.3 Aziah – Mohon maklumkan kepada kontraktor pembinaan surau baharu untuk
membuat saluran paip air untuk pemasangan Penapis air Coway.
En. Rudy – Ustaz Azman akan memaklumkan kepada kontaktor akan hal ini.
Makluman : AJK surau baharu
8.4 Guru besar – Surat makluman Ujian SEGAK untuk Tahap 2 akan diberikan
kepada ibu bapa dalam masa terdekat.
Makluman – Semua AJK

4

9.0 PENUTUP

9.1 YDP berterima kasih kepada semua AJK PIBG kerana sanggup menunggu
sehingga mesyuarat tamat.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:00 malam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………………. ………………………………………………………….
( ABDUL RAHIM BIN ABDUL GHANI ) ( RUDY PUTRA BIN ZULFAKAR )
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SK Gombak Setia SK Gombak Setia
Sesi 2022/2023 Sesi 2022/2023
5


Click to View FlipBook Version