PENTAKSIRAN AKHIR
"BUKU CERITA DIGITAL"
KAL3053 PERKEMBANGAN KEROHANIAN
DAN MORAL KANAK-KANAK
NAMA:
MARHAIN BINTI MUSILIM
NO MATRIK:
D20192091443
NAMA PENSYARAH:
DR. ZAHARAH BINTI
OSMAN
KISAH 5+tahun
disediakan oleh:
Marhain Musilim
KANDUNGAN
Pengenalan
(i)
Kisah Lulu Berterima Kasih
(1-8)
Moral Cerita
(9)
Soalan KBAT
(10)
Aktiviti Kraf
(11-14)
Rujukan
(15)
PENGENALAN
Buku ini mengandungi pelbagai nilai-nilai murni
dan pengajaran yang terkandung di dalam
KSPK untuk diteladani oleh kanak-kanak. Buku
ini mengisahkan tentang seorang budak
perempuan bernama Lulu yang hendak
berterima kasih kepada orang yang memberi
sesuatu kepadanya.
Berterima kasih adalah perasaan dan
perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan. Apabila mengucapkan
'terima kasih' selepas menerima sesuatu akan
membuatkan orang yang memberi akan berasa
gembira.
Dapatkah Lulu mengucapkan terima kasih?
Untuk mengetahui kisah Lulu Berterima kasih
dengan lebih lanjut, mari kita terokai e-book
"Kisah Lulu Berterima Kasih" yang telah
disediakan oleh Marhain Musilim.
i
Pada suatu pagi yang cerah dan ceria, Lala bangun
daripada tidur sambil mengucapkan, "Selamat pagi,
mama!" "Selamat pagi, anakku," jawab mama. Namun
begitu, adiknya, Lulu bangun daripada tidur tanpa
memberi ucapan selamat kepada ibunya.
"Pergi mandi dahulu sebelum bersarapan," kata ibu
kepada anak-anaknya, Lala dan Lulu. "Selepas itu, kamu
berdua harus pergi ke kedai Pak cik Hamid untuk membeli
sayur kobis.
1
Selepas bersarapan, Lala dan Lulu pergi ke kedai
Pak cik Hamid. Pak cik Hamid seorang peniaga
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pak cik Hamid berasa gembira melihat Lala dan
Lulu datang ke kedainya.
2
"Selamat pagi, Pak cik Hamid," ucap Lala.
"Selamat pagi. Ada apa-apa yang boleh pak cik
bantu?" tanya Pak cik Hamid sambil tersenyum.
"Kami hendak membeli 2 kilo sayur kobis," jawab
Lala.
"Tunggu sekejap, pak cik ambilkan sayur kobis
untuk kamu," kata Pak cik Hamid. 3
Tidak lama kemudian, Pak cik Hamid kembali
membawa satu plastik sayur kobis dan beberapa biji
epal. Dia memberikan sayur kobis itu kepada Lala.
Kemudian, Lala membayar harga kesemua sayur
kobis tersebut.
"Terima kasih, pak cik", kata Lala dengan sopan.
"Sama-sama," jawab Pak cik Hamid.
4
"Tunggu," kata Pak cik Hamid apabila Lala dan Lulu
hendak pergi dari situ. "Ini ada dua biji epal untuk
kamu dan sebiji epal untuk Lulu," kata Pak cik Hamid
kepada Lala sambil memberikan tiga biji epal.
"Terima kasih, Pak cik Hamid," kata Lala lagi.
Sementara itu, Lulu tidak berkata apa-apa.
Sebenarnya, ia berasa tidak gembira kerana hanya
mendapat sebiji epal.
5
Pada petang itu, Lulu bertanyakan perkara itu
kepada papanya. "Kenapa Lala selalu mendapat
lebih banyak epal daripada Pak cik Hamid?" tanya
Lulu kepada papanya.
"Sebab Lala anak yang bersopan santun. Dia selalu
mengucapkan 'terima kasih' apabila mendapat
sesuatu. Semua orang sukakannya," jawab papa
Lulu.
6
"Saya juga ingin menjadi seperti Lala," kata Lulu.
"Jika demikian, kamu mestilah bersopan santun,"
kata papa Lulu. "Ucapkan 'selamat pagi' kepada
orang yang lebih tua daripada kamu dan
ucapkan 'terima kasih' apabila kamu mendapat
sesuatu barang. Ucapkan 'terima kasih' apabila
ada orang menolong kamu. Jangan lupa
ucapkan 'terima kasih' dengan senyuman," kata
papa Lulu lagi.
7
Pada keesokan paginya, Lala dan Lulu pergi ke
kedai Pak cik Hamid lagi. "Selamat pagi, Pak cik
Hamid," ucap Lala dan Lulu. "Terima kasih untuk
epal yang manis semalam, pak cik," kata Lulu.
Pak cik Hamid berasa gembira dengan pujian
daripada Lulu. Pada kali ini, dia memberikan
sebiji epal lagi kepada Lulu. 8
Nilai moral yang dapat kita
perolehi daripada kisah ini
adalah:
PM 4.1.1 Mengucapkan terima kasih secara
lisan dan bertulis
Kita hendaklah berterima
kasih selepas menerima
sesuatu daripada orang.
Kita juga haruslah
menghormati dan bersopan
santun kepada orang yang
lebih tua.
Sikap selalu mengucapkan
'terima kasih' selepas
menerima sesuatu, orang
akan berasa gembira untuk
menolong dan memberi.
9
UJI MINDA...
1.Apakah nilai murni yang
dapat anda perolehi
daripada kisah tersebut?
2.Sekiranya kita diberikan
sesuatu barang, perlukah
kita mengucapkan terima
kasih?
3.Pada pendapat anda, adakah
wajar untuk kita tidak
mengucapkan terima kasih
kepada orang yang
memberikan kita sesuatu?
Berikan alasan anda.
10
JOM BUAT KRAF
BERSAMA
bahan-bahan yang
diperlukan:
templat pinggan kertas
epal pensil
pen marker
gunting
kertas warna
cat warna gam
11
TEMPLATE
EPAL
12
LANGKAH-LANGKAH:
Cat pinggan kertas dengan Letakkan templat epal pada
lapisan nipis cat merah atau pinggan kertas kering, surih, dan
hijau. Biarkan kering sepenuhnya. potong bentuk epal.
Letakkan batang epal di Lekatkan daun pada bahagian
bahagian atas plat kertas dan tepi batang.
gamkannya di tempatnya.
Lekatkan mata epal tepat di Lekatkan mulut yang telah siap
bawah daun, di tengah pinggan. di bawah mata epal.
13
epal pinggan kertas siap...
sedia!
14
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017)
Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran
15