RUHAIZAN BINTI SHAHARUDDIN
MOHD IMRAN BIN AHMAD KAMAL
NORULAINI BINTI MOHD RAMLY
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Ruhaizan binti Shaharuddin
Mohd Imran bin Ahmad Kamal
Norulaini binti Mohd Ramly
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian
daripada buku ini yang boleh disiar-terbitkan semula
dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat
izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
POLA ASAS PAKAIAN
ISBN 978-967-0823-72-0
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Penghargaan i
Prakata ii
BAB 1 : ASAS POLA PAKAIAN 2-4
Alat dan Bahan Membuat Pola Asas 5-8
Mengambil Ukuran Badan
Peraturan Mengambil Ukuran Badan 9
Langkah-langkah Mengambil Ukuran Badan 10 - 14
Mendraf Pola Asas 15 - 16
Mendraf Pola Asas Badan Hadapan
Mendraf Pola Asas Badan Belakang 17
Mendraf Pola Asas Lengan 18
Mendraf Pola Asas Skirt 19
Mendraf Pola Asas Seluar Hadapan 20
Mendraf Pola Asas Seluar Belakang 21
Mengenalpasti Simbol & Fungsi Tanda Pada 22
Pola 23 - 25
BAB 2: PENGUBAHSUAIAN POLA ASAS 27 - 28
Pengenalan 29 - 30
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Bahagian
Badan 30 - 32
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Bahagian
Lengan 33 - 34
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Skirt 35
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Seluar
Manipulasi Lisu Pemadan 36 - 37
a) Cara Mengubah Lisu Dengan Teknik 38 - 39
Pivot
b) Cara Mengubah Lisu Dengan Teknik 39
Slash
c) Variasi Manipulasi Lisu
PENGHARGAAN
Naskah Pola Asas Pakaian ini tidak dapat disiapkan dengan
izinNya. Dengan kesibukan dan keterbatasan waktu yang dihadapi,
naskah ini berjaya juga kami siapkan untuk memberi manfaat kepada
pemiliknya. Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih juga
kepada kedua ibubapa, suami isteri dan anak-anak di atas segala
pengorbanan, sokongan dan doa mereka semua sepanjang penulisan
buku ini dihasilkan.
Kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) kerana memberi ruang dan
peluang kepada kami untuk melibatkan diri dalam penulisan ini. Tanpa
sokongan dari pihak jabatan, maka tidak dapatlah buku ini diterbitkan.
Sekalung penghargaan ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan
penulis yang terlibat dalam pengumpulan bahan serta susunan
kandungan buku kerana memberikan komitmen tinggi bagi
merealisasikannya. Antara yang penulis yang terlibat adalah Puan
Ruhaizan Binti Shaharuddin (Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak), Encik
Mohd Imran Bin Ahmad Kamal (Kolej Komuniti Arau, Perlis) dan Cik
Norulaini Binti Mohd Ramly (Kolej Komuniti Temerloh, Pahang).
Akhir sekali kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada Pengarah bagi ketiga-tiga Kolej Komuniti yang terlibat kerana
memberikan sokongan, motivasi dan kerjasama yang diberikan
sepanjang proses menyiapkan penulisan buku ini amatlah kami hargai.
i
PRAKATA
Buku Pola Asas Pakaian ini ditulis atas kesedaran penulis demi
untuk kepentingan generasi pada masa kini mengetahui kaedah dan
teknik asas dalam penghasilan pakaian. Kaedah dan teknik asas yang
terdapat di dalam buku ini telah digubah agar mudah difahami serta
diingati. Susunan kandungan buku ini lebih bersifat mesra pengguna dan
mampu memberi impak yang sangat berguna kepada pemiliknya.
Kepentingan pengetahuan serta penguasaan asas dalam penghasilan
pola sangat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya bagi penguna
yang baharu hendak menceburkan diri dalam bidang pembuatan
pakaian. Pendekatan yang mudah, dengan susunan langkah kerja yang
sistematik berserta dengan bantuan gambarajah bernombor mampu
membuatkan pengguna buku ni menguasai sepenuhnya penghasilan
pola berkenaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat
mereka dalam bidang ini. Semoga buku Pola Asas Pakaian ini memberi
manfaat kepada semua penggunanya.
Sekian, terima kasih.
ii
1
2
ALAT DAN BAHAN MEMBUAT POLA ASAS PAKAIAN
Pengenalan
Untuk membuat Pola Asas Pakaian terdapat beberapa jenis alat
dan bahan yang diperlukan untuk anda menghasilkan pola. Alat dan
bahan yang digunakan untuk membuat pola berfungsi untuk membantu
kita mendapatkan ukuran yang tepat, pola yang betul dan pola akhir
yang kemas dan berkualiti. Alat dan bahan utama yang diperlukan untuk
membuat pola adalah seperti pita ukur, kertas pola, pensil, pemadan,
pembaris lurus, pembaris melengkung dan pembaris L. Selain dari itu
juga, terdapat beberapa lagi alat dan bahan tambahan lain yang
diperlukan juga untuk membuat pola asas pakaian antaranya adalah
French Curve, tracing wheel, pensil tukang jahit, jarum peniti, gunting
kertas, gam kertas dan pita pelekat.
Kertas Pola
Digunakan untuk mendraf pola di atas
permukaan kertas.
Pensil dan Pemadam
Digunakan untuk melakar garisan
pola di atas permukaan kertas.
3
Pembaris Lurus
Digunakan untuk membuat dan
mendapatkan garisan lurus semasa
mendraf pola.
Pembaris Melengkung
Digunakan untuk mendapatkan
garisan melengkung terutamanya
dibahagian punggung dan bawah
lengan.
Pembaris L
Digunakan untuk mendapatkan
garisan sudut tepat semasa proses
mendraf pola.
French Curve
Digunakan untuk mendapatkan
garisan melengkung terutamanya
dibahagian yang sukar atau
lengkungan yang kecil.
4
Pensil Tukang Jahit
Digunakan untuk memberikan
perbezaan garisan pada pola
terutamanya bagi membezakan pola
bahagian hadapan dan belakang.
Roda Surih
Digunakan untuk memindahkan
garisan dan tanda pola ke fabrik.
Jarum Peniti
Digunakan untuk menyemat pola dan
menetapkan kedudukan pola semasa
mendraf pola.
Gunting Kertas
Digunakan untuk menggunting kertas
pola yang telah siap.
5
Mengambil Ukuran Badan
Ukuran badan yang tepat boleh dibuat dengan menggunakan alat
dan cara mengukur yang betul. Ukuran badan boleh diambil sendiri
namun adalah lebih mudah dan tepat sekiranya ia dibantu oleh rakan
atau orang lain kerana ukuran akan berubah apabila anda bergerak
untuk mengambil ukuran badan sendiri. Minta bantuan orang lain
sekiranya anda ingin mendapatkan ukuran badan yang tepat.
Mengenal pasti bahagian badan yang perlu diambil ukuran juga
adalah sangat penting, kerana anda perlu mengenalpasti bahagian-
bahagian badan yang perlu diambil ukuran badan mengikut jenis stail
atau design pakaian yang hendak hasilkan. Bahagian badan yang perlu
diambil ukuran badan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu garisan
mendatar (horizontal) dan menegak (vertical).
Mengenalpasti Garisan Ukuran Badan
Mendatar (horizontal)
1. Keliling dada
2. Keliling pinggang
3. Keliling pinggul
4. Bidang badan belakang
5. Bidang badan hadapan
6. Lebar leher
7. Lebar bahu
8. Lisu (tidak kelihatan)
9. Lubang lengan
6
Menegak (vertical)
1. Garis tengah belakang
2. Bahu ke pinggang
3. Kedalaman lubang lengan
4. Pinggang ke lutut
5. Pinggang ke pinggul
Ukuran lengan
1. Labuh lengan
2. Keliling atas lengan
3. Pergelangan Lengan
Ukuran untuk seluar
1. Kelengkang (body rise)
2. Garis kelim luar
3. Keliling lutut
4. Lebar kelepet
7
Gambarajah di bawah menunjukkan contoh bahagian badan yang
perlu diambil ukuran badan mengikut garisan mendatar (horizontal) dan
garisan menegak (vertical).
Gambarajah 1 : Garisan menegak dan melintang yang diperlukan untuk mengambil
ukuran badan
Sumber : Google Image
8
Terdapat beberapa bahagian badan yang diperlukan untuk
mengambil ukuran badan bagi menghasilkan pola asas pakaian.
Bahagian-bahagian badan yang penting dan perlu di ambil ukuran untuk
menghasilkan pakaian adalah seperti jadual di bawah.
BIL. BAHAGIAN BADAN UKURAN
1. Leher
2. Dada
3. Bahu
4. Pinggang
5. Pinggul
6. Garis Tengah Hadapan/Garis Tengah Belakang
7. Bahu ke Mercu
8. Mercu ke Mercu
9. Bidang Hadapan
10. Bidang Belakang
10. Labuh Baju
11. Labuh Lengan
12. Pergelangan Tangan
13. Keliling Lubang Lengan
14. Labuh Kain
15. Labuh Seluar
16. Cawat
17. Keliling Peha
18. Keliling Lutut
19. Bukaan Kaki Seluar
Jadual 1 : Jadual Ukuran Bahagian Badan
9
Peraturan Mengambil Ukuran Badan
1. Dapatkan bantuan rakan atau orang lain untuk mengambil ukuran
badan kerana ia lebih mudah dan tepat.
2. Gunakan pakaian dasar yang betul.
3. Pakai pakaian yang ringkas seperti t-shirt.
4. Berdiri tegak atau berdiri dalam keadaan yang normal.
5. Ikat bahagian pinggang dengan tali untuk mendapatkan
kedudukan garis pinggang yang sebenar.
6. Ukuran diambil di sebelah kanan badan pelanggan kecuali
pelanggan yang kidal.
7. Ambil ukuran memanjang terlebih dahulu dan diikuti dengan
ukuran melintang serta keliling badan.
8. Semasa mengambil ukuran keliling badan :
Pastikan pita ukur dipegang selari dengan lantai.
Ambil ukuran keliling badan yang paling penuh atau
besar dengan memasukkan dua jari ke dalam pita
ukur.
Minta pelanggan menarik nafas semasa mengambil
ukuran dada.
Jangan tarik pita ukur terlalu ketat.
Apabila mengambil ukuran panjang lengan, minta
pelanggan bengkokkan sedikit siku.
9. Catatkan semua ukuran yang diambil dengan betul.
10
Langkah-langkah mengambil ukuran bahagian badan
BAHU
Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi
bahu kiri melalui tulang tengkuk.
KELILING LEHER leher dengan
Ukur keliling
memasukkan dua jari untuk memberi
kelonggaran dan keselesaan.
KELILING DADA
Ukur keliling dada yang paling penuh.
Pastikan kedudukan pita ukur terletak
pada mercu dada.
Pastikan kedudukan pita ukur di
bahagian belakang badan selari
dengan lantai.
Masukkan dua jari untuk memberi
kelonggaran.
Mem
11
KELILING PINGGANG
Ukur keliling bahagian yang telah
diikat dengan tali.
KELILING PINGGUL
Ukur keliling bahagian pinggul yang
paling penuh.
Pastikan kedudukan pita ukur selari
dengan lantai.
Masukkan dua jari untuk tujuan
kelonggaran.
BIDANG BELAKANG
Ukur pangkal ketiak kanan ke
pangkal ketiak kiri (lebih kurang
15cm ke bawah tulang tengkuk).
BIDANG HADAPAN
Ukur dari pangkal ketiak kanan ke
pangkal ketiak kiri (lebih kurang 7cm
ke bawah garis leher).
12
GARIS TENGAH BELAKANG
Ukur dari tulang tengkuk ke paras
pinggang yang diikat.
LABUH LENGAN
Letakkan tangan ke pinggul.
Ukur dari tulang bahu melalui siku
ke pergelangan tangan.
Mengambil Ukuran Ketika Berdiri Mengambil Ukuran Ketika Duduk
Gambarajah 2 : Cara mengambil ukuran jarak dari pinggang ke punggung
13
Jarak pinggang ke punggung; ukuran ini di ambil dari pinggang
hingga ke bahagian punggung yang terbesar. Cara mengukur
boleh dibuat ketika berdiri ataupun ketika duduk. Jika dibuat ketika
duduk, orang yang diambil ukurannya hendaklah duduk di atas
kerusi rata dan ukuran di ambil dari paras pinggang ke tempat
duduk.
Gambarajah 3 : Jarak dan garis panduan yang boleh digunakan
untuk mengambil ukuran badan
Sumber : Google Image
14
Jarak bahu ke titik dada ambil ukurannya dari pangkal leher hingga
ke titik dada.
Jarak mercu ke mercu ambil ukuran pada bahagian yang tertinggi di
dada kanan ke dada kiri.
Pergelangan tangan ukuran pergelangan tangan diambil dengan
mengukur keliling gengaman tangan.
Labuh baju ukuran labuh baju diambil dari tengkuk hingga ke paras
punggung atau hingga ke paras yang dikehendaki.
Labuh skirt ukuran labuh skirt diambil dari garis pinggang hingga ke
paras labuh yang dikehendaki.
15
MENDRAF POLA ASAS
PENGENALAN
Pola adalah kepingan bentuk asas pakaian yang dibuat rata pada
permukaan kertas mengikut stail pakaian yang direka. Pola asas pada
kebiasaannya diperbuat daripada kertas atau kad bod. Proses membuat
atau menggunting pola disebut pattern making (membuat pola) dan
pattern cutting (menggunting pola). Keperluan dalam membuat pola
adalah untuk menghasilkan rekaan pakaian yang mempunyai ciri-ciri
atau stail pakaian yang dikehendaki. Terdapat beberapa jenis pola yang
boleh dihasilkan antaranya adalah seperti :
1. Pola Asas (Basic Pattern)
2. Pola Blok ( Block Pattern)
3. Pola Dagangan (Trade Pattern)
4. Pola 3D ( 3 Dimension Pattern)
5. Pola Rata (Flat Pattern)
6. Pola Manual (Slope Pattern)
Pola asas adalah pola yang didraf mengikut teknik yang
bersesuaian berdasarkan ukuran tepat badan seseorang. Pola asas
terdiri daripada pola badan bahagian hadapan dan belakang, pola skirt
hadapan dan belakang, pola lengan dan pola seluar. Pada
kebiasaannya, pola asas akan disurih di atas permukaan kertas yang
lebih tebal untuk dijadikan blok asas supaya boleh digunakan untuk
membuat manipulasi pola pada masa akan datang. Melalui pola asas,
pelbagai teknik pengubahsuaian pola boleh dilakukan mengikut rekaan
16
pakaian yang dikehendaki. Setelah pola siap diubahsuai dan ia telah
bersesuaian dengan rekaan pakaian serta ukuran badan, barulah pola
akhir dapat dibuat.
KAEDAH MENDRAF POLA
Pola boleh dilakar dengan dua kaedah iaitu, mendraf pola dengan
skala kecil dan skala penuh. Skala kecil yang biasa digunakan ialah
sama ada 1:4 atau 1:5 dan ianya mempunyai pelbagai kegunaan. Ketika
menghasilkan pola asas adalah digalakkan untuk mendraf pola pada
skala kecil terlebih dahulu.
Kepentingan menggunakan skala kecil semasa mendraf adalah
ketika proses marker lay making (proses membentang dan menandakan
pola), di mana skala penuh dapat dikurangkan ke saiz 1:5. Marker lay
making adalah proses membentang helaian-helaian pola yang ada bagi
mengetahui penggunaan fabrik yang akan digunakan dalam
menghasilkan sesuatu rekaan pakaian.
17
Mendraf Pola Asas Badan (Hadapan)
Pola Asas Badan (Hadapan)
1 – 2 :Ukuran garis tengah belakang (GTB)
1 – 3 :Ukuran dada bahagi 4
1 – 4 :Ukuran bahu bahagi 2
3 – 5 :Ukuran dada bahagi 4 tambah ½ inci
2 – 6 :Ukuran pinggang bahagi 4 1½ inci
(temukan 6 ke 7 menggunakan pembaris
lurus)
1 – 7 :Ukuran keliling leher bahagi 6
1 – 8 :Ukuran keliling leher bahagi 6 + 1inci
(Temukan 8 ke 7 dengan menggunakan
French Curve)
4 – 9 :Turunkan 1 inci
(temukan 9 ke 7 menggunakan pembaris
lurus)
3 – 10 :Ukuran bahu bahagi 2
11 :Ukuran 10 ke 9 bahagi 2
11 – 12:Masukkan ¾ inci
(Temukan 12 ke 9 menggunakan
pembaris lurus)
dan
(temukan 12 ke 5 menggunakan
pembaris French curve)
Lisu Pemadan
1 – 11 :Ukuran mercu ke mercu bahagi 2
(garis lurus ke garisan pinggang dengan
menggunakan pembaris L bersudut
tepat)
Wujudkan no. 1 pada garisan pinggang
11 – 13:Ukuran bahu ke mercu tambah 1 inci
12 – 14:Keluarkan ½ inci
(Bentukkan lisu pemadan)
12 – 15:Keluarkan ½ inci
(Bentukkan lisu pemadan)
18
Mendraf Pola Asas Badan (Belakang)
Pola Asas Badan (Belakang)
1 – 2 :Ukuran garis tengah belakang (GTB)
1 – 3 :Ukuran dada bahagi 4
1 – 4 :Ukuran bahu bahagi 2
3 – 5 :Ukuran dada bahagi 4 tambah ½ inci
2 – 6 :Ukuran pinggang bahagi 4 + 1½ inci
(temukan 6 ke 2 menggunakan pembaris
lurus)
1 – 7 :Ukuran keliling leher bahagi 6
1 – 8 :Turunkan ¾ inci
(Temukan 8 ke 7 dengan menggunakan
French Curve)
4 – 9 :Turunkan 1 inci
(temukan 9 ke 7 menggunakan pembaris
lurus)
3 – 10 :Ukuran bahu bahagi 2
11 :Ukuran 10 ke 9 bahagi 2
11 – 12:Masukkan ¾ inci
(Temukan 9 ke 12 menggunakan
pembaris lurus)
dan
(temukan 12 ke 5 menggunakan French
Curve)
Lisu Pemadan
12 :2 ke 6 bahagi 2
(Buat garisan lurus dan tandakan dengan
nombor 13)
13 – 14 :Turunkan 1 inci
(Buat garisan lurus)
12 – 15 :Keluarkan ¾ inci
(Bentukkan lisu pemadan)
12 – 16 :Keluarkan ¾ inci
(Bentukkan lisu pemadan)
Mendraf Pola Asas Lengan 19
POLA ASAS Pola Asas Lengan
LENGAN
1 – 2 :Labuh lengan
1 – 3 :Ukuran dada bahagi 8
3 – 4 :Ukuran dada bahagi 4 tolak 1 inci
(Temukan 3 ke 4 menggunakan pembaris
L)
dan
(Temukan 1 ke 3 menggunakan pembaris
lurus)
5 :Ukuran 1 ke 4 bahagi 2
6 :Ukuran 1 ke 5 bahagi 2
9 :Ukuran 5 ke 4 bahagi 2
6 – 7 :Naikkan ¾ inci
8 – 9 :Turunkan ½ inci
(Bentukkan keruk lengan bermula dari
1,7,5 dan 9 dengan pembaris
melengkung/French Curve)
2 – 10 :Ukuran hujung lengan bahagi 2
(Temukan 2 ke 10 menggunakan
pembaris L)
dan
(Temukan 4 ke 10 menggunakan
pembaris melengkung.
Mendraf Pola Asas Skirt 20
Pola Asas Skirt
0 – 1 :Labuh skirt
0 – 2 :Ukuran pinggang ke pinggul (8inci)
0 – 3 :Ukuran pinggang bahagi 4 tambah 1 ½
2 – 4 :Ukuran pinggul bahagi 4 tambah ½ inci
(Temukan 4 ke 3 menggunakan pembaris
melengkung)
1 – 5 :Ukuran pinggul bahagi 4 tambah ½
(Temukan 4 ke 5 menggunakan pembaris
lurus)
5 – 7 :Masukkan 2 inci
(Temukan 7 ke 4 menggunakan pembaris
lurus)
7 – 8 :Naikkan 1 inci atau ½ inci
(Temukan 8 ke 1 menggunakan pembaris
melengkung)
3 – 9 :Naikkan 1 inci atau ½ inci
(Temukan 9 ke 0 menggunakan pembaris
melengkung)
10 :Ukuran 0 ke 3 dibahagi 2
(atau ukuran mercu ke mercu bahagi 2)
10 – 11 :Turunkan 4 ½ inci
(Temukan 11 ke 10 menggunakan pembaris
L bersudut tepat)
10 – 12 :Keluarkan ½ inci
(Bentukkan lisu pemadan)
10 – 13 :Keluarkan ½ inci
(Bentukkan lisu pemadan)
21
Mendraf Pola Asas Seluar (Hadapan)
Pola Asas Seluar (Hadapan)
1–2 :Labuh seluar
1–3 :Pinggul bahagi 4
3–2 :Bahagi 2 (naikkan 1 inci ke atas) untuk
dapatkan garis lutut dan tandakan dengan
3–5 nombor 4.
:Ukuran pinggul bahagi 4 + 1 ½ inci
2–7 (Bahagi 2 dan dapatkan garisan tengah
seluar)
6–8 :Ukuran bukaan kaki bahagi 2
1–3 (Temukan 5 ke 7 dengan menggunakan
1–8 garisan lengkung di bahagian peha dan garis
8–9 lurus di bahagian kaki seluar)
:Ukuran cawat (tukar ukuran inci ke cm)
:Sama dengan ukuran cawat
(Bentukkan garis punggung)
:Ukuran pinggang bahagi 4 + 1 inci
:8 ½ inci ke bawah
(Bentukkan garis cawat bahagian hadapan)
Lisu Pemadan :
Gunakan garisan tengah seluar dari garisan pinggang
ukur 4 ½ inci ke bawah dan bentukkan lisu pemadan.
(½ inci kiri dan ½ inci kanan).
22
Mendraf Pola Asas Seluar (Belakang)
Pola Asas Seluar (Belakang)
Rujuk arahan membuat pola seluar hadapan.
Sambungan;
5 :Turunkan ½ inci dan buat satu garisan
melintang (garisan peha belakang)
5 – 10 :1 ½ inci
8 – 11 : Masukkan 1 inci
11 – 12: Naikkan 1 inci, bentukkan garisan cawat
belakang melalui nombor 12,11,9,5 dan 10.
12 – 1 : Pinggang bahagi 4 dan tambah 1 inci
(Bentukkan lisu pemadan dari garisan
pinggang ; dari jarak ukuran 10 – 3 bahagi 2)
1 – 3 :Bentukkan dari pinggul dengan
menggunakan pembaris lengkung.
14 :Ukuran keliling lutut bahagi 2 + 1 inci
7 :Ukuran keliling lutut bahagi 2 + 1 inci
Lisu Pemadan :
Ukuran siap lisu pemadan seluar (belakang) adalah ½
inci setiap satu.
23
Mengenal pasti simbol dan fungsi tanda pada pola
SIMBOL NAMA FUNGSI
Ira Lurus Garis lurus yang mempunyai tanda
anak panah di kedua belah hujung.
Apabila meletakkan pola di atas
fabrik, tanda ini hendaklah diletak
selari dengan benang lonsing (ira
lurus) tepi fabrik.
Tanda Lipatan Tiga bulatan kecil, tepi pola yang
mempunyai tanda ini hendaklah
diletakkan pada lipatan fabrik.
Tanda ini memberi panduan apabila
mencantum kepingan fabrik sebelum
menjahit.
Tanda Imbang Tanda yang berbentuk pucuk rebung
dibuat pada garis menggunting.
Garis Pemadan Garis putus dibuat 15mm – 20mm
dari garis menggunting. Kepingan
fabrik hendaklah dijahit pada garisan
ini ketika mencantum.
Garis Garis yang padat dan selari dengan
Menggunting garis pemadan. Fabrik hendaklah
digunting pada garisan ini.
24
Basi Kelim Ruang di antara garis pemadan dan
garis menggunting berjarak 0.75”
Lisu Pemadan Garis putus yang bersambung
dengan titik hitam dalam bentuk V
atau segitiga. Garisan lurus pada
garisan tengah ialah garisan lipatan
lisu.
Lisu pemadan juga boleh
ditunjukkan dengan tiga lubang kecil
berbentuk V.
G.T.H Garis Tengah Hadapan
G.T.B Garis Tengah Belakang
Lubang Garis lurus yang mempunyai lubang
Butang kecil dibahagian hujungnya yang
terletak pada GTH/GTB.
Butang Kedudukan butang
Ubahsuai Dua garis selari menunjukkan dijahit
digarisan pengubahsuaian pola.
Bahagian pola yang dipanjangkan,
dipendekkan, dibesarkan atau
dikecilkan.
25
Garis Lipatan Garis padat yang menandakan kedudukan
di mana fabrik perlu dilipat.
Garis padat yang menandakan hujung
Garis Kelepet pakaian dan lebar kelepet yang
dikehendaki.
Tanda Tanda bulat, segitiga, segiempat
Pemadan membantu menandakan kepingan fabrik
semasa mencantum terutamanya
bahagian yang dibuat kedut.
Lisu Tanda lipatan lisu atau lisu perhiasan
Perhiasan/Lisu
Arah menjahit Anak panah yang menunjukkan arah
menjahit atau arah lipatan lisu.
26
27
PENGUBAHSUAIAN POLA ASAS
PENGENALAN
Pengubahsuaian pola merupakan langkah kerja yang perlu
dilakukan sekiranya sesuatu pola atau pakaian contoh yang dihasilkan
mempunyai masalah. Langkah kerja dalam memastikan sebarang
bentuk pengubahsuaian yang dilakukan haruslah bertepatan dan
bersesuaian mengikut bahagian pakaian yang hendak diubah atau
dibetulkan. Mengenalpasti kedudukan lisu pada pakaian adalah sangat
penting bagi semua pengubahsuaian lisu yang dibuat berada pada
kedudukan yang tepat supaya pakaian yang dibuat padan dan selesa
untuk dipakai.
Pengubahsuaian lisu pada pakaian sering kali dibuat pada
beberapa bahagian pakaian. Antaranya adalah pada :
Garis leher
Garis lubang lengan
Garis pinggang
Garis bahu
Garis rusuk badan
Garis tengah hadapan
Skirt mendatang
Mengenalpasti cara pengubahsuaian pola juga penting untuk
memastikan teknik yang digunakan adalah betul dan tepat, antara teknik
yang mudah adalah dengan cara :
Menggunting pola (slash)
Memusing pola (pivot)
28
Cara mengacu pakaian pada badan manusia adalah dengan
menghasilkan baju contoh (toile). Ini bertujuan untuk memastikan agar
pakaian yang dihasilkan tepat dengan ukuran yang dikehendaki.
Kesalahan pola boleh dikenalpasti melalui kaedah
mengacu(fitting) pakaian contoh (toile) pada badan manusia.
Bahagian badan yang sering memerlukan pengubahsuaian
pola adalah seperti pada bahagian:
Bahu
Badan
Pinggang
Pinggul
Kepala Lengan
Garis Kelepet
Teknik pengubahsuaian pola yang boleh dilakukan adalah
seperti berikut :
Memanjangkan pola badan
Memendekkan pola badan
Melebarkan pola badan
Mengecilkan pola badan
Memanjangkan pola skirt
Memendekkan pola skirt
Melebarkan pola skirt
Mengecilkan pola skirt
Memanjangkan pola lengan
Memendekkan pola lengan
29
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Bahagian Badan
a) Meluaskan dan mengecilkan aras bahu.
Pengubahsuaian pada bahagian bahu:
Hanya perlu menolak (-) atau menambah (+)
ukuran yang diperlukan di sebelah lubang
lengan. Pengubahsuaian ini tidak melibatkan
perubahan pada ukuran lubang lengan dan
leher.
b) Memendekkan dan memanjangkan pola badan dari aras
pinggang.
Pengubahsuaian pada bahagian labuh baju:
Hanya perlu menolak (-) atau menambah (+)
ukuran yang diperlukan bermula dari garisan
pinggang ke garisan bawah baju atau dari
garisan bawah baju ke atas.
30
c) Mengecil dan membesarkan pola badan
Pengubahsuaian pada bahagian badan:
Menggunakan teknik slash, dengan
memisahkan bahagian yang perlu dibuat
pengubahsuaian dengan menggunting pada
lisu pemadan. Jarakkan - untuk membesarkan
pola, tindihkan - untuk mengecilkan pola
mengikut ukuran menolak (-) atau
menambah (+) yang diperlukan.
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Bahagian Lengan
a) Menambah ketinggian kepala lengan.
Pengubahsuaian pada bahagian lengan
(kepala lengan):
Bermula dari tengah kepala lengan,
tambahkan (+) ukuran ketinggian kepala
lengan yang diperlukan dan bentukkan
semula garisan kepala lengan yang baharu.
31
b) Lengan gelembung
Pengubahsuaian pada bahagian lengan
(lengan gelembung):
Menggunakan teknik slash, buat beberapa
garisan pemisah pada pola lengan dan
guntingkan pola tersebut. Jarakkan panel-
panel pola mengikut ukuran dan jarak yang
sama untuk membesarkan pola. Surih ke
semua bentuk pola lengan gelembung yang
baharu.
Lengan Bishop
Pengubahsuaian pada bahagian lengan
(lengan bishop):
Buat beberapa garisan di atas pola lengan.
Gunting mengikut garisan dan kembangkan
bahagian bawah lengan mengikut ukuran
yang dikehendaki. Bentukkan ke semua
bentuk lengan yang baharu.
32
Pengubahsuaian pada
bahagian lengan (lengan
Raglan):
Ambil pola badan dan pola
lengan. Tekap pola badan
terlebih dahulu. Kemudian
ambil pola lengan dan tekap
di atas pola badan, pastikan
titik tengah kepala lengan
berada di titik hujung bahu.
Bentukkan garisan rekaan
lengan Raglan seperti dalam
Lengan Raglan gambarajah. Bawah lengan
Lengan Kimono
Lengan Dolman adalah mengikut ukuran yang
dikehendaki. Bentukkan
semula bentuk lengan yang
baharu.
Pengubahsuaian pada
bahagian lengan (lengan
Kimono):
Tekap badan dan lengan
seperti posisi dalam
gambarajah. Di hujung bahu,
naikkan ¾ inci dan buat
garisan bahu baharu. Di
bahagian bawah lengan, buat
garisan lengkung dan
bentukkan lengan kimono.
Pengubahsuaian pada
bahagian lengan (lengan
Dolman):
Tekap badan dan lengan
seperti posisi dalam
gambarajah. Tambahkan (+)
¾ inci pada hujung bahu.
Turunkan 1 inci dari titik
tengah lubang lengan, buat
garisan lubang lengan baharu.
Bentuk semula kepala lengan
yang baru mengikut ukuran
lubang lengan yang telah
diubahsuai. Cantumkan
lengan hadapan dan belakang
dan lukis semula pola lengan
dolman.
33
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Bahagian Skirt
a) Mengembangkan skirt
Pengubahsuaian pada bahagian
skirt (mengembang):
Buat beberapa garisan di atas
pola skirt, kemudian guntingkan
mengikut garisan yang telah
dibuat, jarakkan mengikut
ukuran yang sama pada
bahagian bawah skirt seperti
yang ditunjukkan dalam
gambarajah.
b) Menguncupkan skirt
Pengubahsuaian pada bahagian
skirt (menguncup):
Bermula dari bahagian sisi pola
skirt, masukkan ukuran yang
diperlukan dari sisi tersebut ke
dalam seperti gambarajah.
Bentukkan semula garisan tepi
skirt yang baharu.
34
c) Skirt kembang payung, berpanel, yoke dan lain-lain.
Pengubahsuaian pada bahagian skirt
(Kembang Payung):
Lukis bulatan mengikut ukuran
keliling pinggang. Dari bulatan
tersebut, ukur labuh skirt yang
dikehendaki. Samakan ukuran labuh
tersebut sehingga 180˚. Bentukkan
semula pola skirt.
Pengubahsuaian pada bahagian skirt
(Skirt Beryoke):
Tekap pola asas skirt. Buat garisan
pemisah panel yoke sama aras
dengan bucu lisu. Gunting dan
pisahkan bahagian yoke dengan
panel skirt bawah. Tutup lisu pada
yoke dan bentukkan semula garis
panel yoke yang baharu seperti yang
ditunjukan dalam gambarajah.
PANEL 1 Pengubahsuaian pada bahagian skirt
PANE L 2 (Skirt Panel):
Tekap pola asas skirt. Buat garisan
pemisah panel bermula dari bucu lisu
sehingga ke garisan labuh skirt.
Keluarkan dari tepi sebelah bawah
skirt dengan ukuran yang
dikehendaki. Gunting dan pisahkan
kedua-duanya. Lukis semula pola
skirt tersebut secara berasingan.
35
Teknik Pengubahsuaian Pola Pada Bahagian Seluar
a) Membesarkan atas seluar
Pengubahsuaian pada bahagian
seluar (membesarkan bahagian atas
seluar):
Tekap pola asas seluar. Gunting
garisan tengah seluar dan pisahkan
kepada 2 panel. Jarakkan bahagian
atas pola seluar mengikut ukuran
yang dikehendaki seperti dalam
gambarajah. Lukis semula bentuk
pola seluar baharu.
b) Mengecilkan atas seluar
Pengubahsuaian pada bahagian
seluar (mengecilkan bahagian atas
seluar):
Tekap pola asas seluar. Gunting
garisan tengah seluar dan pisahkan
kepada 2 panel. Tindihkan bahagian
atas pola seluar mengikut ukuran
yang dikehendaki seperti dalam
gambarajah. Lukis semula bentuk
pola seluar baharu.
36
MANIPULASI LISU PEMADAN
Dalam proses pengubahsuaian pola, teknik yang betul amat
dititikberatkan. Ini kerana tanpa teknik yang betul dan tepat maka setiap
pengubahsuaian pola tidak akan sempurna dan tidak selesa untuk
dipakai. Terdapat 2 jenis teknik asas dalam mengubah kedudukan iaitu
teknik pivot dan teknik slash.
a) Cara Mengubah Lisu Dengan Teknik Pivot
Pivot (memutar)
Pivot merupakan salah satu teknik memindahkan lisu melalui
satu titik dengan memusing pola (pivoting),
memindah (shifting) dan menekap semula (tracing) selain
dari menggunting lisu. Setelah titik baru diperolehi, putaran
tidak perlu dilakukan lagi.
Gambarajah 4 : Contoh pengubahsuaian teknik pivot pada garisan mercu dada
37
Gambarajah 5 : Contoh pengubahsuaian teknik pivot pada garis leher
Gambarajah 6 : Contoh pengubahsuaian teknik pivot pada garis bahu
38
b) Cara Mengubah Lisu Dengan Teknik Slash
Slash (gunting dan tutup)
Teknik memindah lisu dengan cara menggunting lisu baru
dan menutup lisu yang hendak dipindahkan. Lisu asal tidak
akan diubah.
Gambarajah 7 : Contoh teknik slash yang dibuat pada garis rusuk
Gambarajah 8 : Contoh teknik slash yang dibuat pada garis pinggang
39
BENTUKKAN
SLASH
JARAK
Gambarajah 9 : Contoh teknik slash yang dibuat untuk membuat
pengubahsuaian pola pada skirt
c) Variasi Manipulasi Lisu
Pengubahsuaian lisu pada pakaian boleh dilakukan dengan
mengetahui teknik yang sesuai dan betul sekiranya kedudukan lisu
yang dikehendaki untuk menghasilkan sesuatu rekaan pakaian itu
diletakkan ditempat yang betul dan tepat.
Gambarajah 10 : Contoh kedudukan lisu pada bahagian badan yang
boleh menggunakan teknik pivot dan slash
Sumber : Google Image
PENERANGAN GRAFIK Penerangan
Rujukan Garisan menegak dan melintang yang
(Gambarajah/Jadual dan lain-lain) diperlukan untuk mengambil ukuran
Gambarajah 1 badan.
Jadual Ukuran Bahagian Badan
Jadual 1
Gambarajah 2 Cara mengambil ukuran jarak dari
Gambarajah 3 pinggang ke punggung.
Jarak dan garis panduan yang boleh
Gambarajah 4 digunakan untuk mengambil ukuran
Gambarajah 5 badan.
Gambarajah 6 Contoh pengubahsuaian teknik pivot pada
Gambarajah 7 garisan mercu dada.
Gambarajah 8 Contoh pengubahsuaian teknik pivot pada
Gambarajah 9 garis leher.
Gambarajah 10 Contoh pengubahsuaian teknik pivot pada
garis bahu.
Contoh teknik slash yang dibuat pada
garis rusuk.
Contoh teknik slash yang dibuat pada
garis pinggang.
Contoh teknik slash yang dibuat untuk
membuat pengubahsuaian pola pada skirt.
Contoh kedudukan lisu pada bahagian
badan yang boleh menggunakan teknik
pivot dan slash.
SUMBER RUJUKAN
Buku
Winifred Aldrich. (2008). Metric Pattern Cutting For Women’s Wear, 5th Edition,
Blackwell Publishing, ISBN: 9781405175678
Zaitun Zakiah Mohd Noor, Noraini Binti Abdul Ghani, Nawawi bin Mohd Jan. (2015).
Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5, ISBN: 9789836286383, Dewan Bahasa dan
Pustaka
Lamah Binti Abdul Ghani, Azmawati Binti Abdul Aziz. (2015).Pola Pakaian Tingkatan
4 dan 5, ISBN: 9789836286666, Dewan Bahasa dan Pustaka
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.(2002). Rekaan
Dan Jahitan Pakaian, Tingkatan Empat dan Lima,
Internet
http://isntthatsew.org/dart-manipulation/
https://www.pinterest.com/pin/213076626093061774/?lp=true
http://eliascouture.com/videos/2017/3/13/dart-manipulation-the-pivot-method-for-
beginners
https://www.fibre2fashion.com/industry-article/5658/basics-of-pattern-making
https://katrinakaycreations.com/15-sewing-tools-you-need-for-a-complete-starter-
toolkit/
https://takelessons.com/blog/sewing-tools-z13
https://sewguide.com/essential-sewing-tools/
https://thesewingloftblog.com/10-must-have-sewing-tools/
Sumber Gambar
Google Image