The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-13 07:12:57

FASILITI DAN PERKHIDMATAN ACARA - JPPKK

FASILITI DAN PERKHIDMATAN ACARA - JPPKK

KESELAMATAN PEGAWAI
PERALATAN KESELAMATAN

Keselamatan peralatan merujuk kepada Bergantung kepada saiz dan jenis acara
keselamatan peralatan yang akan yang ingin dianjurkan, anda mungkin
digunakan dalam acara sama ada perlu melantik pegawai. Keselamatan
barang-barang itu dibekalkan oleh yang bertanggungjawab. Kemahiran
pembekal, barang-barang persendirian asas yang diperlukan ialah mereka yang
milik urusetia atau jawatankuasa 'kompeten' dan dapat memberikan
ataupun barang-barang milik sementara kepakaran pada tahap terbaik untuk
yang disewa daripada pembekal kesihatan dan keselamatan ketika
tertentu. sesuatu acara sedang berlangsung.

Peralatan yang digunakan hendaklah Kepakaran biasanya dicapai melalui
dijamin selamat dan tidak lewat tarikh pengalaman dan kelayakan rasmi yang
serta berkeadaan baik. diiktiraf oleh badan-badan profesional.
Siapa pun yang bertanggungjawab
Pihak jawatankuasa keselamatan yang harus mempunyai latihan dan
dilantik hendaklah memberi penekanan pengalaman yang sesuai untuk
kepada keadaan peralatan melalui ujian digunakan dan melaksanakan prosedur
penggunaan atau dengan menyemak keselamatan.
aspek-aspek keselamatan yang
dibekalkan bersama peralatan tersebut

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 46

LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN

PERSEKITARAN IMEJ
SEJARAH

KEMANUSIAAN KAWALAN KESELAMATAN
ATURAN PERGERAKAN

PERALATAN CUBA UJI
PEMERIKSAAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 47

MATLAMAT
KESELAMATAN

Memahami konsep Mengetahui ciri- ciri
asas mengenai aspek keselamatan

keselamatan dan yang perlu
kesihatan  dititikberatkan

Mengenalpasti risiko Mempertingkatkan
yang berlaku dalam kesedaran

menguruskan keselamatan
sesuatu perkara  

 

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 48

KEPENTINGAN
KESELAMATAN

INDIVIDU ORGANISASI

MASYARAKAT

Rajah 6 : Kepentingan Keselamatan

Rajah 7 : Kepentingan keselamatan kepada individu

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 49

Rajah 8 : Kepentingan keselamatan kepada organisasi

Rajah 9 : Kepentingan keselamatan kepada masyarakat

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 50

CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG
DITITIKBERATKAN DALAM ACARA

Lokasi acara akan diadakan
Acara diadakan di dalam atau di luar bangunan
Jumlah pekerja yang terlibat menguruskan acara
Insuran yang diperlukan
Pelan pengendalian risiko 
Fasiliti kebajikan 
Kontraktor, pembekal dan penjual terlibat
Pelan pengurusan dan pemulihan kecemasan
Dasar dan prosedur kesihatan dan keselamatan
Laluan keluar dan masuk ke lokasi acara
Tempat meletak kenderaan
Kakitangan dan kepakaran
Keselamatan makanan
Pengurusan trafik
Pagar
Taklimat keselamatan
Tanda-tanda keselamatan dan amaran

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 51

TATACARA MENGENDALIKAN KESELAMATAN

PENGURUSAN
PENGUNJUNG

KAWALAN
PENGUNJUNG
PENGURUSAN

TRAFIK
AKTIVITI
INDOOR DAN
OUTDOOR

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 52

PENGURUSAN PENGUNJUNG

Pengurusan pengunjung atau dikenali sebagai ‘crowd management’
adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan dalam penganjuran
sesebuah acara. Ia bermaksud menguruskan pergerakan pengunjung,
jawatankuasa pelaksana dan peralatan pada sesebuah acara dengan
betul supaya keadaan pergerakan pada acara tersebut lebih terurus.

Penganjuran sesebuah acara yang besar adalah sangat yang baik.
Walau bagaimanapun dengan keadaan pengunjung yang sesak
kemungkinan besar gangguan, kecederaan atau kerosakan kepada
harta benda dan manusia boleh berlaku. Menjadi tanggungjawab
penganjur acara bagi memastikan setiap acara yang dianjurkan berakhir
dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Berikut merupakan lima (5) langkah pengurusan pengunjung bagi
sesebuah acara:

i. Crew acara yang mencukupi

Apakah nisbah crew dengan kehadiran pengunjung yang optimum?
Tidak ada angka tertentu, tetapi satu atau dua orang crew untuk setiap
10 orang pengunjung adalah amalan yang baik. Setiap crew juga harus
berpengalaman dalam susun atur tempat. Contohnya, mereka harus
mengetahui di mana tandas terdekat atau ruang untuk berkumpul yang
disediakan.

Komunikasi di kalangan crew juga sangat penting. Setiap crew harus
dibekalkan dengan walkie talkie untuk berkomunikasi ketika acara
sedang berkangsung. Dengan cara ini, crew boleh bergerak ke tempat
yang diperlukan dengan segera.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 53

PENGURUSAN PENGUNJUNG

ii. Menggunakan khidmat pihak keselamatan

Ia tidak disyorkan bahawa anda mempunyai crew sendiri bagi
menjalankan tugas-tugas keselamatan atau pegawai keselamatan.
Crew tetap mungkin kekurangan latihan keselamatan dan sekiranya
tersalah langkah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar
sehingga boleh membawa kepada tuntutan mahkamah.

Pihak syarikat acara seharusnya menggunakan perkhidmatan
keselamatan pihak ketiga yang terlatih dan berdaftar untuk menangani
situasi tertentu. Tugas-tugas berikut harus dipertanggungjawabkan
kepada pihak keselamatan:

• Menggunakan pengesan logam dan memeriksa beg peribadi
• Membuat pemeriksaan terhadap tetamu yang hadir pada acara yang
besar
• Menghubungi penguatkuasa undang-undang atau ambulans dalam
keadaan kecemasan

Pastikan anda mengarahkan crew melaporkan sebarang aktiviti yang
mencurigakan kepada pihak keselamatan. Komunikasi antara crew dan
pihak keselamatan harus ditingkatkan dari semasa ke semasa ketika
acara berlangsung.

iii. Menggunakan pagar atau tiang penghalang

Pagar atau tiang penghalang sementara boleh digunakan bagi
membuat halangan di kawasan awam ketika acara berlangsung.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 54

PENGURUSAN PENGUNJUNG

iv. Melakukan penilaian risiko

Sebelum sesebuah acara berlangsung, pihak penganjur harus
menyediakan pelan kecemasan acara dengan bantuan dan khidmat
nasihat daripada pihak keselamatan. Semak segala kemungkinan risiko
yang boleh berlaku. Antara penilaian risiko yang boleh dibuat adalah
dengan mengenal pasti setiap pintu keluar dan mengarahkan crew
untuk memastikan pintu tersebut tidak terhalang pada setiap masa.

v. Mempunyai pelan kecemasan

Mempunyai pelan kecemasan merupakan perkara asas dalam
penilaian risiko. Ia menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil
oleh crew acara sekiranya situasi kecemasan berlaku. Sekiranya
pengunjung perlu dipindahkan, adakah terdapat kawasan menunggu di
luar untuk mereka?

Satu lagi perancangan yang boleh dipertimbangkan adalah dengan
merizabkan kawasan berhampiran pintu masuk sebagai tempat
simpanan untuk kenderaan kecemasan.

Semua keadaan kecemasan adalah berpotensi untuk berlaku apabila
menganjurkan sesebuah acara yang melibatkan orang ramai. Pihak
penganjur perlu merancang dan menjaga komunikasi yang berkesan
antara crew acara dan pihak keselamatan. Pelan kecemasan yang
terancang memastikan penganjur bersedia untuk menangani
kecemasan yang berlaku sekiranya keadaan tidak terkawal.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 55

KAWALAN PENGUNJUNG

Kawalan pengunjung atau dikenali sebagai ‘crowd control’ bermaksud
mengawal pergerakan pengunjung yang telah hilang kawalan ketika
sesebuah acara sedang berlangsung untuk mengelakkan berlakunya
sebarang kecelakaan.
Bagi acara yang dijangka dipenuhi oleh pengunjung, penggunaan tiket
masuk untuk mengetahui jumlah kehadiran adalah digalakkan.
Tiket atau program percuma hendaklah disediakan dalam kuantiti yang
sama dengan tempat duduk yang ada dan boleh diserahkan di pintu
masuk.
Apabila had pengunjung maksima telah dipenuhi, pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa tiada kemasukan
tambahan dibenarkan.
Kemasukan pengunjung yang berlebihan boleh menyebabkan
kesesakan dan perlanggaran berlaku mengakibatkan acara yang
sedang berlangsung ditutup.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 56

LOKASI-LOKASI YANG
BERSESUAIAN BAGI KAWALAN

PENGUNJUNG

Rajah 10 : Lokasi-lokasi yang bersesuaian bagi kawalan pengunjung

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 57

TUJUAN PENGURUSAN DAN
KAWALAN PENGUNJUNG

Rajah 11 : Tujuan pengurusan dan kawalan pengunjung

Rajah 12 : Jangkaan kehadiran pengunjung dalam sesuatu acara 

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 58

PENGURUSAN TRAFIK

Pengurusan lalu lintas yang baik merupakan antara perkara utama yang perlu
dipertimbangkan bagi penganjuran sesebuah acara. Perancangan yang lemah boleh
membawa kepada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pengunjung yang
terlibat atau menghadiri acara tersebut. Sebelum pemilihan lokasi dibuat bagi
sesebuah acara, perancangan pengurusan trafik perlu difikirkan terlebih dahulu
termasuk penglibatan pihak berkuasa tempatan.

Kerjasama dengan pihak polis boleh membantu pihak penganjur acara bagi membuat
perancangan pengurusan trafik yang lancar. Bagi penganjuran acara yang bersaiz
mega, jawatankuasa khusus pengurusan trafik perlu dibentuk bagi membuat
perancangan yang teliti dan mempertimbangkan isu-isu berkaitan trafik termasuk
pengangkutan, lalu lintas dan tempat meletak kenderaan.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti:
• Jenis acara, dan jumlah pengunjung
• Jumlah kenderaan yang dijangkakan (pengunjung, crew, kontraktor, dan lain-lain)
• Jaringan pengangkutan sedia ada
• Tempat meletak kenderaan sedia ada
• Laluan pengangkutan untuk kenderaan seperti kereta dan bas
• Papan tanda sedia ada dan keperluan untuk menyediakan papan tanda sementara
• Keperluan arahan peraturan lalu lintas sementara seperti penutupan jalan raya dan
penghalaan semula (pihak berkuasa tempatan boleh menasihati keperluan,
pemberitahuan dan masa yang sesuai)
• Crew bertugas yang akan mengawasi lalu lintas, menjaga tempat meletak kereta,
dan lain-lain
• Keperluan untuk bayaran bagi tempat meletak kereta bagi membantu mengimbangi
kos
• Laluan pejalan kaki untuk memasuki dan meninggalkan tempat acara bagi
mengelak kesesakan
• Akses untuk laluan keluar masuk penganjur, artis, kenderaan pembekal, vendor dan
sebagainya
• Akses untuk laluan kecemasan pihak bomba, ambulans, dan lain-lain
• Pergerakan lalu lintas di lokasi acara

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 59

AKTIVITI
INDOOR DAN OUTDOOR

Rajah 13 : Definisi aktiviti indoor dan outdoor 

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 60

LANGKAH KESELAMATAN BAGI
AKTVITI OUTDOOR DAN
INDOOR

Jadual 1 : Langkah keselamatan bagi aktiviti outdoor dan indoor

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 61

POLISI KESIHATAN DAN
KESELAMATAN

Polisi Kesihatan dan Keselamatan harus menetapkan komitmen organisasi untuk
kesihatan dan keselamatan. Sekiranya organisasi anda mempunyai lebih daripada
lima orang pekerja, itu adalah keperluan undang-undang mempunyai dasar yang
sudah ada. Bagaimanapun, dasar umum ini mungkin berbeza mengikut situasi atau
acara yang ingin dianjurkan.
Polisi khusus untuk acara yang harus ditetapkan perlu mempunyai butiran seperti
berikut:

Siapa yang bertanggungjawab untuk kesihatan dan keselamatan
dalam organisasi anda
Siapa yang bertanggungjawab memantau kesihatan dan
keselamatan pada acara itu
Pengurusan untuk setiap aspek dan fasa acara
Bagaimana orang lain yang terlibat harus mengikut dan mentafsirkan
polisi yang dibuat (Memo Keselamatan Acara)
Prosedur latihan kakitangan

Pembekal yang terlibat dalam penganjuran sesebuah acara juga harus memberi
anda dasar mereka sendiri. Ini perlu disemak untuk memastikan tidak berlaku
konflik atau percanggahan dengan polisi anda atau memo keselamatan acara
yang dibuat.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 62

MEMO KESELAMATAN ACARA

Memo keselamatan acara merupakan satu pendekatan yang baik untuk diberikan
kepada semua orang yang terlibat pada acara tersebut seperti crew acara,
pembekal, dan vendor. Memo tersebut sebaik-baiknya diedarkan sebelum acara
berlangsung contohnya ketika mesyuarat atau taklimat.
Memo ini seharusnya memberi arahan atau nasihat khusus yang mudah untuk
difahami oleh semua crew acara, sukarelawan, pembekal, dan semua orang yang
terlibat dalam acara samada sebelum, semasa mahupun selepas acara
berlangsung.
Kandungan memo tersebut seharusnya menyatakan pendirian anda, sebagai
Pengurusan Acara yang mengharapkan pihak yang terlibat dapat menjaga
keselamatan masing-masing semasa kerja-kerja persiapan acara atau ketika
berada di tempat acara.
Selain itu, kandungan memo juga harus menekankan aspek keselamatan yang
perlu dititikberatkan seperti kawalan kebakaran, laluan kecemasan, prosedur
pemindahan, prosedur kecemasan, peralatan perlindungan atau pakaian yang
diperlukan, dan risiko bahaya.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 63

KESAN KECUAIAN DALAM
PENGENDALIAN KESELAMATAN

Rajah 14 : Kesan kecuaian dalam pengendalian keselamatan

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 64

PIHAK KESELAMATAN YANG
TERLIBAT DALAM ACARA

Pemilihan pihak keselamatan untuk berkerjasama bergantung kepada jenis, dan
saiz acara Sekiranya acara adalah bersaiz sederhana, berlangsung di tempat yang
sedia ada, dan di kawasan tertutup, bantuan pihak keselamatan mungkin tidak
diperlukan.

Walau bagaimanapun, bagi acara yang bersaiz besar dan lebih kompleks,
kerjasama dengan pihak keselamatan menjadi keutamaan bagi mendapatkan
nasihat, dan bantuan daripada mereka. Setiap pihak keselamatan biasanya
mempunyai perancangan masing-masing dan unit-unit khas bagi menangani
sesuatu situasi. Sekiranya bersesuaian dengan acara yang akan dianjurkan, wakil
daripada pihak keselamatan yang sesuai boleh dimasukkan di bawah jawatankuasa
kesihatan dan keselamatan acara yang akan dibentuk.

• Polis – Pihak polis boleh menasihati dari aspek keselamatan seperti jumlah
pengunjung, kawalan orang ramai, prosedur kecemasan, komunikasi, pengurusan
lalu lintas dan akses perkhidmatan kecemasan, dan lain-lain. Kehadiran mereka
semasa acara bergantung kepada jenis dan acara.

• Bomba – Pihak bomba boleh menasihati dari aspek kapasiti pengunjung, risiko
kebakaran yang boleh berlaku, peralatan memadam kebakaran yang diperlukan,
lokasi peralatan, akses kecemasan, cara menyelamatkan diri, papan tanda,
pencahayaan, titik pertemuan, elemen punca kebakaran seperti percikan bunga api,
sumber api dan prosedur kecemasan lain.

• Perubatan – Pasukan perubatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan
saiz acara. Kumpulan pakar perubatan memberi bantuan perubatan kepada
mangsa samada bertempat di hospital mahupun di lokasi berlakunya kecelakaan
Bantuan bukan sahaja pada perubatan namun khidmat nasihat penjagaan kesihatan
dan pengambilan nutrisi makanan turut diberikan. Dapatkan nasihat pihak terlibat
mengenai peruntukan perubatan yang diperlukan seperti bilangan doktor, jururawat,
ahli fisioterapi, pembantu perubatan, sukarelawan, kemudahan serta laluan
kecemasan dan prosedur lain.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 65

TATACARA BERURUSAN
DENGAN PIHAK KESIHATAN

DAN KESELAMATAN

Mengenalpasti agensi keselamatan yang berdekatan
Melihat kesesuaian agensi keselamatan dan acara yang akan dilaksanakan

Memilih agensi keselamatan yang hendak dihubungi
Hubungi agensi keselamatan tersebut

Berbincang mengenai perkhidmatan yang diperlukan
Memastikan perkhidmatan tersebut dijalankan dengan baik

Memberi tanda penghargaan kepada pihak tersebut

Rajah 15 : Tatacara berurusan dengan pihak kesihatan dan keselamatan

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 66

PERKHIDMATAN KEBAJIKAN

Bagi menarik ramai pengunjung untuk hadir ke sesebuah acara terutamanya acara
outdoor, pihak penganjur perlu menyediakan pelbagai kemudahan bagi memberi
keselesaan kepada mereka yang hadir. Antara faktor yang perlu diberi perhatian
adalah seperti umur, kategori pengunjung dan kemudahan asas yang diperlukan
sepanjang acara berlangsung.

Antara perkhidmatan yang boleh disediakan ialah:

• Air minuman - harus dibekalkan pada semua jenis acara, terutamanya yang
diadakan di luar rumah. Bergantung pada perkhidmatan tempat / tapak sedia ada
anda, anda mungkin ada akses kepada bekalan air minuman utama. Sekiranya tidak,
air boleh dibekalkan dari pembonceng (air bekas) yang sesuai untuk tujuan atau air
botol yang disediakan. Bayar tertentu 138 perhatian kepada kawasan kesesakan
yang berpotensi seperti di hadapan kawasan panggung di mana-mana acara.

• Baby room - jika acara anda berorientasikan keluarga, menyediakan kemudahan
untuk ibu bapa menukar lampin bayi. Pastikan penginapan selamat dengan perabot
yang sesuai, bekalan, pelupusan sisa dan kemudahan pencucian yang ada sekarang.
Juga, fikirkan tentang penyediaan kawasan swasta untuk ibu menyusu bayi,
sekiranya mereka mahu.

• Lokasi perjumpaan - jika acara itu meliputi kawasan besar atau terdapat potensi
untuk pengunjung tersesat, satu kawasan perjumpaan harus ditetapkan bagi
memudahkan individu terlibat berjumpa.

• Lost and found - acara besar atau yang mungkin menarik banyak keluarga harus
mempunyai kawasan penempatan bagi kanak-kanak yang hilang atau terpisah
daripada ibu bapa. Lokasi tersebut perlu terletak berdekatan dengan tempat aktiviti
kanak-kanak. Lokasi penempatan kanak-kanak yang hilang harus dihebahkan
sepanjang acara berlangsung supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklumat untuk
mengambil anak-anak mereka yang terpisah daripada kawalan. Lokasi tersebut harus
dipantau oleh crew yang berpengalaman.

• Kaunter Maklumat - bergantung kepada kerumitan, panjang dan jenis peristiwa,
mungkin bijak mempunyai titik atau titik maklumat. Mereka kakitangan ini kedudukan
harus berpengetahuan tentang acara, tempat / tempat, tempat letak kereta dan
perkiraan pengangkutan, dan sebagainya dan juga harus dimaklumkan tentang
sebarang program perubahan yang perlu diketahui oleh orang ramai.

• Tempat simpanan beg - pastikan kawasan tersebut dijaga dan
dikendalikan oleh crew yang mahir sepanjang acara tersebut. Nyatakan dasar dan
tatacara mengenai simpanan beg, bagasi dan aksesori lain. Pastikan pengunjung
mengetahui barang yang disimpan adalah di bawah risiko mereka sendiri.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 67

FASILITI DAN PERKHIDMATAN ACARA

BAB 4

PENGENDALIAN
RISIKO

Tidak kira jenis dan saiz acara, pengurusan risiko adalah isu kritikal dalam
proses perancangan. Risiko dikenali sebagai kejadian atau peristiwa yang
memberi impak kepada pencapaian atau objektif sesebuah agensi. Risiko
juga dilihat sebagai kombinasi kebarangkalian berlakunya kerosakan,
kecederaan, kerugian atau kejadian negatif dan impak yang berlaku.

Manakala pengurusan risiko pula merupakan pendekatan sistematik untuk
mengendalikan risiko yang dihadapi oleh organisasi. Proses pengendalian
risiko direka bentuk untuk mengenalpasti dan menilai strategi yang
digunakan untuk memberikan keyakinan yang mencukupi tentang
pencapaian misi dan visi yang ditetapkan. Ringkasnya, pengurusan risiko
adalah mengenai jangkaan dan mengenal pasti risiko yang berpotensi,
menilai dan meletakkan rancangan, langkah kawalan atau kontingensi
untuk mengurangkan atau meneutralkan tahap risiko. 

Pengurus acara yang baik akan menggabungkan pengurusan risiko pada
semua peringkat proses perancangan. Dari aspek penganjuran acara, isu
pengurusan risiko adalah sangat penting ketika membuat keputusan kerana
akan memberi kesan kepada mereka yang terlibat dalam acara tersebut 

PENGENDALIAN RISIKO 69

ISU-ISU KESELAMATAN YANG MUNGKIN
BERLAKU SEPANJANG ACARA BERLANGSUNG

KEBAKARAN

KEMATIAN ISU KECEDERAAN

KESELAMATAN

KEMALANGAN KEROSAKAN

Rajah 16 : Isu-isu keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang acara berlangsung

PENGENDALIAN RISIKO 70

PROSES
PENGURUSAN

RISIKO

Mengenalpasti risiko

Menilai risiko

Pemilihan teknik yang sesuai 

Pelaksanaan teknik yang dipilih

Pemantauan dan kajian semula

Rajah 17 : Proses pengurusan risiko

PENGENDALIAN RISIKO 71

mengenalpasti risiko

Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan
risiko, risiko itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu.
Pengurus risiko bagi sesebuah acara perlu benar-benar
mengenali organisasi dan memahami kesemua aspek yang
berkaitan dengan operasi acara. Dalam proses ini,
kenalpasti seberapa banyak risiko yang boleh dihadapi
oleh organisasi sama ada risiko besar atau kecil. Proses ini
perlu dijalankan secara berterusan.

menilai risiko

Langkah seterusnya melibatkan proses untuk menilai atau

mengukur risiko yang dihadapi oleh organisasi. Adalah
penting untuk mengukur serta menilai kerugian yang
mungkin ditanggung supaya ianya boleh diuruskan dengan
baik. Proses penilaian risiko melibatkan anggaran
kekerapan dan kerugian yang mungkin berlaku.

SANDY JONES AIMEE LORENZ LIM PAUL SANDERS

p e m i l i h a nBEC t eKHAM k n i k y a n g
sesuai

Langkah seterusnya adalah mempertimbangkan semua
alternatif yang boleh digunakan untuk menangani risiko
yang wujud dan seterusnya memilih kaedah yang paling
sesuai untuk dilaksanakan. Pemilihan kaedah melibatkan
pembuatan keputusan mengenai teknik yang akan
digunakan bagi menguruskan sesuatu risiko.

PENGENDALIAN RISIKO 72

pelaksanaan teknik
yang dipilih

Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan
risiko, risiko itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu.
Pengurus risiko bagi sesebuah acara perlu benar-benar
mengenali organisasi dan memahami kesemua aspek yang
berkaitan dengan operasi acara. Dalam proses ini,
kenalpasti seberapa banyak risiko yang boleh dihadapi
oleh organisasi sama ada risiko besar atau kecil. Proses ini
perlu dijalankan secara berterusan.

pemantauan dan kajian
semula

L a n gSkAaNhDiYnJi OsNaEnSg a t pBeEAnCI tMKiHEnAEgMu n t u kL OmR EeNmZaLsItMi k aPnA U L S A N D E R S
keberkesanan program yang dilaksanakan. Ini adalah
kerana risiko yang dihadapi oleh organisasi boleh berubah.
Teknik yang sesuai digunakan tahun lalu mungkin tidak
lagi sesuai untuk tahun ini kerana tahap risiko yang
berubah.

Kesilapan dalam memilih teknik juga boleh berlaku.
Sesuatu kaedah yang dipilih untuk menguruskan sesuatu

risiko bukan merupakan kaedah terbaik. Penilaian dan
kajian semula membolehkan pengurus risiko mengkaji
keputusan dan mengesan sebarang kesilapan yang telah

dibuat.

PENGENDALIAN RISIKO 72

RUJUKAN

1Al Humaidi (March 31, 2010). Nota Lengkap Pertolongan Cemas Asas Dlm
Msword. Retrieved from
http://zaim-al-humaidi.blogspot.my/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-
cemas-asas-dlm.html

Chapter Nine: Event Production: Operations, Equipment, Facilities, Health &
Safety (PDF). Retrieved from http://www.eventscotland.org/assets/183

Delivering Effective Social Customer Service: How to Redefine the Way You
Manage, WILLEY, (ISBN: 2147483647)

Hazlan (September 15, 2011). Kemahiran Untuk Berunding. Retrieved from
http://hairilhazlan.com/2011/09/15/kemahiran-untuk-berunding/

Hospitality Customer Service Superstars : Six Attitudes That Bring Out Our Best,
by Createspace Independent Pub (US), (ISBN: 9781542350273)

Mallen, Cheryl & Adams, J.Lorne (2013). Traditional, Niche Event In Sport,
Recreation and Tourism. Retrieved from
http://samples.sainsburysebooks.co.uk/9781136178443_sample_491902.pdf

Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian
Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
(PDRM 2016). Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Retrieved from
https://www.rmp.gov.my/

Whova (September 1st, 2016) 10 Things to Consider When Choosing your Event
Venue. Retrieved from
https://whova.com/blog/things-consider-when-choosing-event-venue/


Click to View FlipBook Version