Jalilah binti Ali
Wan Noraishah binti Wan Ahmad Tarmizi
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Jalilah binti Ali
Wan Noraishah binti Wan Ahmad Tarmizi
Noorhidalys binti Atan
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang
boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan
sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak
cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
GUNTINGAN RAMBUT WANITA
ISBN 978-967-0823-61-4
KANDUNGAN
1 Pengenalan kepada asas guntingan rambut wanita 1-7
2 Teknik guntingan 8-10
3 Panduan menggunting 11-16
4 One Length Straight Cut 17-20
5 One Length V Shape 21-24
6 Foundation layer 180° 25-28
7 Foundation layer 90° 29-32
8 Graduation Cut 33-36
9 Combination Cut 37-41
10 Kaedah asas menggunting dan penentuan hasil guntingan 42-43
11 Langkah keselamatan dan penjagaan alat gunting 44-45
1
2
GUNTINGAN RAMBUT WANITA
PENGENALAN
Menggunting rambut dengan baik dan sempurna merupakan asas utama dalam
menggayakan rambut. Seseorang pendandan yang mahir menggunting rambut mengikut
stail guntingan yang sesuai dengan bentuk muka, leher dan tekstur rambut pelanggan,
maka gaya rambut yang hebat dan menarik dapat dihasilkan ke atas pelanggan.
Pemilihan stail rambut yang berbeza semasa menggunting rambut akan memberikan
kesan terhadap personaliti dan imej diri seseorang pelanggan sekaligus mengubah
penampilan seseorang.
TUJUAN MENGGUNTING RAMBUT
1. Menipis untuk mengurangkan rambut yang berlebihan.
2. Memendekkan rambut atau menggunting hujung rambut yang rosak dan bercabang.
3. Memberi bentuk asas pada rambut.
4. Menghasilkan stail rambut yang kreatif dan menarik.
5. Menggayakan rambut.
6. Menukar imej seseorang.
7. Menutup kecelaan bagi bentuk kepala yang tidak ideal
8. Mengubah stail rambut menjadi lebih menarik.
MENGANALISA
Sebelum menggunting rambut, beberapa perkara asas semasa menganalisa rambut
perlu perlu diberi perhatian iaitu:
1. Bentuk rambut - lurus, keriting, kasar
2. Tekstur rambut - kasar, sederhana, halus, kejur
3. Kelebatan rambut - lebat, nipis, sederhana
4. Kepanjang rambut - panjang, pendek
3
Menganalisa pelanggan menerusi :
1. Bentuk muka dan kepala
2. Leher
3. Perawakan
4. Pekerjaan
MENGENAL PASTI BENTUK MUKA
Bentuk Bujur Bentuk Bulat Bentuk Bujur Sirih
Bentuk Segiempat Bentuk Pir Bentuk Intan
Rajah 1
BENTUK MUKA 4
1. Bentuk Bujur
2. Bentuk Bulat STAIL GUNTINGAN
- Sesuai semua jenis stail guntingan
3. Bentuk Bujur - Stail guntingan pendek dan tidak kembang
Sirih - Stail yang tinggi dan penuh di bahagian atas kepala,
4. Bentuk imbangkan kebahagian tepi kepala dan dinipiskan.
Segiempat - Stail guntingan yang selapis dan mempunyai fringe
5. Bentuk Pir - Stail guntingan berlapis, panjang dan mempunyai ikal
- Stail belahan tepi
6. Bentuk Intan - Sesuai untuk guntingan sederhana panjang
- Stail guntingan berlapis, panjang dan mempunyai ikal
- Stail belahan tepi
- Sesuai untuk guntingan sederhana panjang
- Stail guntingan yang dapat menambah volume di dahi
dan dagu
- Stail guntingan yang rapat di bahagian pipi.
Rajah 2
BENTUK RAMBUT
Perhatikan rambut pelanggan sama ada lurus, ikal semulajadi, berombak atau
kerinting.
Bentuk rambut membezakan rambut yang berlainan dapat membezakan rupa
seseorang.
Kelebatan rambut dapat mempengaruhi volume sesuatu stail rambut.
Rambut yang lebat mempunyai lebih volume dan kelihatan lebih kembang.
5
BENTUK LEHER
Leher Pendek
Stail yang sesuai – guntingan rambut kembang di bahagian atas kepala dan sisi
muka.
Panjang rambut tidak melepasi garis leher.
Leher Jinjang
Stail guntingan rambut adalah kembang dan melepasi garis leher.
Leher Lebar
Stail guntingan rambut pendek
Berbentuk melengkung di bahagian leher.
Leher Kurus
Stail guntingan rambut pendek
Guntingan lurus di bahagian leher.
PERAWAKAN
Pendandan perlu mengambil kira personaliti bagi menentukan stail rambut yang
sesuai.
Stail guntingan perlu mengikut perawakan pelanggan, analisa pelanggan terlebih
dahulu.
Bagi pelanggan yang suka bergerak aktif sesuai berambut pendek
PEKERJAAN
Perlu sesuai mengikut pekerjaan seseorang.
Pendandan perlu sentiasa peka terhadap perkembangan fesyen dan stail-stail
terkini.
6
BENTUK KEPALA
Rajah 3
Top :
Bahagian atas kepala adalah kawasan di belakang dahi - bahagian yang paling atas kulit
kepala.
Parietal Ridge :
Ini adalah titik di mana bahagian atas lengkung kepala ke bawah untuk menjadi sisi
kepala. Parietal Ridge bermula kira-kira tiga jari lebar di atas bahagian atas telinga.
Crown :
The Crown merujuk kepada kawasan di bahagian atas belakang tengkorak. Bermula di
tempat di mana bahagian atas kepala mula lengkung ke bawah ke belakang kepala dan
berakhir pada titik di atas tulang berhubung dgn hujung. Ia merupakan
kawasan yang separuh bulat.
Occipital Bone :
Berhubung dgn hujung tulang adalah bertopi keluar bertulang kecil di pangkal tengkorak
di mana tengkorak menyertai leher. Ia boleh mudah dirasakan melalui kulit kulit kepala
pada pangkal tengkorak.
7
Nape :
Kawasan tengkuk merujuk kepada bahagian-bahagian kepala dari berhubung dgn hujung
tulang untuk garis rambut bahagian bawah leher dan memanjangkan kepada hairlines
pada setiap sisi di belakang telinga.
8
TEKNIK MEMEGANG GUNTING DAN SIKAT
Memegang Gunting
Pegang gunting dengan tangan kanan, atau kiri bagi pendandan kidal.
Masukkan jari manis ke gelung gunting yang atas dan masukkan ibu jari ke gelung
yang bawah.
Rajah 4
Merehatkan Gunting
Selepas menggunting rambut, tutupkan mata gunting dan genggam di tapak
tangan.
Rajah 5
9
Teknik Memegang Sikat Dan Gunting
Praktis teknik memegang gunting supaya mahir.
Tukarganti sikat ke jari-jari tangan kiri/ kanan supaya dapat melatih membuka dan
menutup gunting dengan teknik yang betul.
Pindahkan sikat ke kiri/ kanan semasa menggunting.
Rajah 6
Teknik Memegang Sikat
Gunakan ibu jari semasa memegang sikat, jari telunjuk dan jari manis memegang
sikat di sebelah lain.
10
CARA MENGGUNTING RAMBUT DAN TEKNIK GUNTINGAN RAMBUT WANITA
Menggunting rambut boleh dilakukan ketika rambut kering (dry cut) atau ketika rambut
basah. Oleh itu, sebelum menggunting rambut, mestila kenal bahagian-bahagian kepala
dan bahagian yang perlu dibentuk sebelum proses menggunting dijalankan.
Teknik Menggunting
a) Menggunting luar jari
Jari dibengkokkan dan rambut digunting secara melengkung
Rajah 7
b) Menggunting dalam jari
Rambut dalam bentuk asal disikat lurus ke bawah dan digunting tanpa berubah
kedudukan setelah digunting
Rajah 8
11
12
PANDUAN MENGGUNTING
RAJAH 9
ALATAN DAN BAHAN GUNTING RAMBUT WANITA
Gunting rambut normal
Fungsi
• Memotong dan memendekkan rambut
• Rambut yang di hasilkan adalah menegak mengikut garis yang di
Potong
Gunting penipis
Fungsi
• Menipiskan rambut mengikut kehendak pelanggan
13
Klip pembahagi
Fungsi
• Mengelip rambut bagi mendapat pembahagian rambut
Cape menggunting
Fungsi
• Menutup baju pelanggan bagi mengelakkan sisa rambut yang di gunting dari terlekat
pada baju pelanggan
Botol penyembur air
Fungsi
• Membasahkan rambut pelanggan bagi memudahkan proses menggunting
Hairdryer
Fungsi
• Meniup kering rambut dan membuang sisa rambut yang telah di potong
Sikat Besar
Fungsi
• Meleraikan rambut kusut
MENYEDIAKAN PELANGGAN
1. Minta pelanggan duduk dengan selesa.
2. Tanggalkan akesesori pelanggan (jika ada).
3. Pakaikan cape kepada pelanggan.
4. Analisa pelanggan dan rambutnya.
5. Sikatkan rambut untuk meleraikan kekusutan menggunakan sikat besar.
6. Buat pembahagian rambut ke atas kepala pelanggan untuk dijadikan panduan
semasa menggunting.
14
MEMBAHAGI RAMBUT
Pendandan rambut perlu menguasai pembahagian rambut dengan kemas. Perkara yang
perlu diingat semasa membahagi adalah:
1. Membahagi rambut mengikut bentuk guntingan yang dikehendaki.
2. Rambut dibahagikan dengan sama banyak.
3. Pendanan perlu mengingati bentuk garis panduan dan stail rambut yang
dikehendaki.
Langkah membahagikan rambut kepada empat (4) bahagian:
1. Buat belahan rambut dari pertengahan dahi ke belakang tengkuk
2. Buat belahan rambut dari belakang telinga kiri ke belakang telinga kanan.
3. Klip rambut di kempat-empat bahagian.
15
Langkah membahagikan rambut kepada lima (5) bahagian:
1. Buat belahan rambut dari belakang telinga kiri ke belakang telinga kanan.
2. Buat belahan rambut di bahagian hadapan kepada 3 bahagian.
3. Bahagikan rambut di bahagian belakang kepada 2 bahagian.
4. Klip rambut di kelima-lima bahagian.
16
SUDUT GUNTINGAN RAMBUT
Sudut Guntingan - 0°
Kedudukan Rambut
• Rambut tidak di angkat semasa menggunting
Volume
• Volume terkumpul dibahagian tengkuk
Sudut Guntingan - 45°
Kedudukan Rambut
• Rambut di angkat 45° semasa menggunting
Volume
• Volume terkumpul dibahagian tengkuk
Sudut Guntingan - 90°
Kedudukan Rambut
• Rambut di angkat 90° semasa menggunting
Volume
• Volume terkumpul dibahagian atas kepala.
Sudut Guntingan - 180°
Kedudukan Rambut
• Rambut di angkat 180° semasa menggunting
Volume
• Volume terkumpul dibahagian tengkuk
17
18
GUNTINGAN RAMBUT ASAS : ONE LENGTH STRAIGHT CUT
Kaedah pelaksanaan:
1. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan.
2. Menganalisa rambut.
3. Mencuci rambut.
4. Membuat 4 bahagian rambut.
5. Rambut disikat lurus kebawah, dikepit dengan jari dan digunting dengan sudut 0°.
6. Gunting dalam jari secara lurus
7. Selesaikan bahagian leher dan jadikan sebagai garis panduan.
8. Mulakan bahagian tengah rambut, dan gunting lurus mengikut garis panduan.
9. Pembahagian rambut mestilah berbentuk lurus
10. Ulangi langkah nombor 7 sehingga selesai.
11. Periksa keseimbangan rambut kiri dan kanan.
12. Kering dan gayakan rambut.
19
1. Bahagikan rambut kepada 4
bahagian
2. Turunkan lapisan pertama
selebar 1 cm dan gunting lurus
dengan sudut 0°
3. Turunkan lapisan rambut yang kedua
dan gunting mengikut panjang rambut
lapisan pertama sehingga selesai.
20
4.Jadikan rambut dibahagian belakang
sebagai garis panduan untuk
menggunting rambut dibahagian tepi
kiri dan kanan.
5. Seimbangkan rambut bahagian kiri dan kanan serta bahagian belakang supaya hasil
guntingan adalah sama panjang dan seimbang.
21
22
GUNTINGAN RAMBUT ASAS : ONE LENGTH V SHAPE
Kaedah pelaksanaan:
1. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan
2. Menganalisa rambut
3. Mencuci rambut
4. Membuat 4 bahagian rambut
5. Rambut disikat lurus kebawah, dikepit dengan jari dan digunting dengan sudut 0°
tarik rambut secara menyerong sebagai panduan.
6. Gunting dalam jari secara menyerong dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri.
7. Selesaikan bahagian leher dan jadikan sebagai garis panduan.
8. Mulakan bahagian tengah rambut, dan gunting menyerong mengikut garis panduan.
9. Pembahagian rambut mestilah berbentuk ‘V’ terbalik
10.Ulangi langkah nombor 7 sehingga selesai
11.Periksa keseimbangan rambut kiri dan kanan.
12.Kering dan gayakan rambut.
23
1. Bahagikan rambut kepada 4 bahagian
2. Turunkan lapisan pertama rambut dan dikepit dengan jari dan digunting dengan
sudut 0° secara menyerong
3. Turunkan lapisan rambut yang kedua dan gunting mengikut guideline
24
4. Uji keseimbangan rambut dibahagian belakang seperti di dalam gambarajah
5. Jadikan rambut dibahagian belakang sebagai guideline untuk menggunting
rambut dibahagian tepi kiri dan kanan. Ulangi sehingga selesai keseluruhannya.
25
26
GUNTINGAN RAMBUT KREATIF : FOUNDATION LAYER 180°
Kaedah pelaksanaan:
1. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan
2. Menganalisa rambut
3. Mencuci rambut
4. Mengering rambut
5. Membuat 5 bahagian rambut
6. Tarik 180̊ rambut di puncak kepala
7. Gunting luar jari secara menegak dan jadikan guntingan tadi di jadikan sebagai garis
panduan kepada bahagian atas.
8. Selesaikan bahagian atas hingga ke depan.
9. Mulakan bahagian kanan dengan menarik 180̊ mengikut garis panduan di atas,
gunting menegak mengikut garis panduan.
10.Ulangi langkah nombor 7 sehingga selesai
11.Pembahagian rambut mestilah berbentuk pai
12.Selesaikan bahagian kanan.
Bahagian (pie)
Gunting menggunakan teknik pie
27
1. Membuat 5 bahagian rambut.
2. Tarik rambut tegak 180° darjah keatas seperti dalam
gambarajah.
3. Gunting luar jari secara menegak dan jadikan
guntingan tadi sebagai garis panduan kepada bahagian
atas.
4. Selesaikan bahagian atas hingga ke depan.
5. Mulakan bahagian kanan dengan menarik 180̊ mengikut
garis panduan di atas, gunting menegak mengikut garis
panduan.
28
6. Ulangi langkah yang sama hingga selesai di bahagian
tepi kiri kanan dan belakang.
7. Nipiskan rambut jika perlu
29
30
GUNTINGAN RAMBUT KREATIF: FOUNDATION LAYER 90°
Kaedah pelaksanaan:
1. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan
2. Menganalisa rambut
3. Mencuci rambut
4. Mengering rambut
5. Membuat 5 bahagian rambut
6. Tarik 90̊ rambut di puncak kepala
7. Gunting luar jari secara menegak dan jadikan guntingan tadi dijadikan sebagai garis
panduan kepada bahgian atas.
8. Selesaikan bahagian atas hingga ke depan.
9. Mulakan bahagian kanan dengan menarik 90̊ mengikut garis panduan di atas,
gunting menegak mengikut garis panduan.
10.Ulangi langkah nombor 7 sehingga selesai
11.Pembahagian rambut mestilah berbentuk pai
12.Selesaikan bahagian kanan
31
1. Bahagikan rambut kepada 5 bahagian
2. Tarik rambut tegak 90° darjah keatas seperti dalam
gambarajah.
3. Gunting luar jari secara menegak dan jadikan
guntingan tadi sebagai garis panduan kepada bahagian
atas.
4. Selesaikan bahagian atas hingga ke depan.
5. Mulakan bahagian kanan dengan menarik 90̊ mengikut
garis panduan di atas, gunting menegak mengikut garis
panduan.
32
6. Ulangi langkah yang sama hingga selesai di
bahagian tepi kiri kanan dan belakang
7. Nipiskan rambut jika perlu
33
Gunakan teknik pointed cutting jika perlu dan uji keseimbangan rambut
34
GUNTINGAN RAMBUT KREATIF : GRADUATION CUT
Kaedah pelaksanaan:
1. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan
2. Menganalisa rambut
3. Mencuci rambut
4. Membuat 4 bahagian rambut
5. Buat garis panduan di bahagian belakang dengan anggaran ketebalan lapisan 2cm.
6. Rambut disikat lurus kebawah, dikepit dengan jari dan diangkat dengan sudut 45°.
7. Gunting dalam jari secara menyerong.
8. Selesaikan bahagian leher dan jadikan sebagai garis panduan.
9. Buat garis panduan di bahagian tepi, ukuran garis panduan sama panjang dengan
panduan belakang (tengkuk)
10.Gunting dari tepi dengan mengangkat 45° mengikut garis panduan, rambut bahagian
tepi di bawa kebelakang sebelum dIgunting.
11.Ulangi langkah nombor 7 sehingga selesai
12.Selesaikan bahagian kanan.
35
1. Bahagikan rambut kepada 4 bahagian.
2. Buat garis panduan di bahagian belakang dengan
anggaran ketebalan lapisan 2cm.
3. Rambut disikat lurus kebawah, dikepit dengan jari dan
diangkat dengan sudut 45°
4. Gunting dalam jari secara menyerong.
5. Selesaikan bahagian leher dan jadikan sebagai garis
panduan.
36
6. Buat garis panduan di bahagian tepi, ukuran garis
panduan sama panjang dengan panduan belakang
(tengkuk)
7. Gunting dari tepi dengan mengangkat 45°
mengikut garis panduan, rambut bahagian tepi di
bawa kebelakang sebelum dIgunting.
8.Gunting hingga selesai.
37
38
GUNTINGAN RAMBUT KREATIF : COMBINATION CUT
Kaedah pelaksanaan:
1. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan
2. Menganalisa rambut
3. Mencuci rambut
4. Membuat 4 bahagian rambut
5. Buat garis panduan di bahagian belakang dengan anggaran ketebalan lapisan 2cm.
6. Rambut disikat lurus kebawah, dikepit dengan jari dan diangkat dengan sudut 45°.
7. Gunting dalam jari secara menyerong.
8. Selesaikan bahagian leher dan jadikan sebagai garis panduan.
9. Buat garis panduan di bahagian tepi, ukuran garis panduan sama panjang dengan
panduan belakang (tengkuk)
10.Gunting dari tepi dengan mengangkat 45° mengikut garis panduan, rambut bahagian
tepi di bawa kebelakang sebelum dIgunting.
11.Ulangi langkah nombor 7 sehingga selesai
12.Selesaikan bahagian kanan.
39
Bahagikan rambut kepada 4 bahagian
Turunkan lapisan pertama selebar 1cm dan gunting lurus
Garis panduan
Turunkan lapisan rambut yang kedua dan jadikan rambut yang telah digunting
sebagai guideline.
40
450
Gunting rambut dengan menggunakan sudut 45° darjah
Ulangi langkah yang sama sehingga selesai dibahagian belakang rambut
Bawa rambut dibahagian tepi kebelakang dan gunting lurus menggunakan sudut
0° .
41
Seimbangkan rambut bahagian hadapan dan nipiskan jika perlu
Hasil guntingan rambut
42
43
KAEDAH ASAS MENGGUNTING
• Rambut mestilah bersih dan pelanggan selesa.
• Gunting rambut mengikut garis panduan.
• Rambut tidak di gunting lebih daripada bahagian atas kaki rambut pada tengkuk.
• Lebar setiap lapisan rambut yang digunting ialah 1.5-2.5 cm.
• Menggunting garisan melengkung, pastikan seimbang dan rata.
PENENTUAN HASIL GUNTINGAN BERDASARKAN PANJANG RAMBUT
Stail Guntingan Panjang
• Lebih feminin, beralun dan berombak.
• Memerlukan penjagaan rapi.
• Rambut cepat rosak jika tidak dijaga rapi.
• Kelihatan kempis di bahagian atas kepala.
Stail Guntingan Sederhana Panjang
• Beralun dan berombak.
• Mudah dijaga.
• Mudah untuk menukar stail.
• Memerlukan lebih masa jika dibandingkan dengan stail guntingan pendek.
Stail Guntingan Pendek
• Perlu kemahiran mendandan yang tinggi.
• Mudah dijaga.
• Masa yang singkat untuk mencuci dan mengeringkan rambut.
44
45
LANGKAH KESELAMATAN MENGGUNTING RAMBUT
• Mata gunting hendaklah dirapatkan dan disimpan ketika tidak digunakan.
• Pegang gunting dengan berhati-hati ketika menggunting
• Tumpukan perhatian pada mata gunting semasa digunakan.
• Minyakkan sendi gunting dan lapkan habuk sebelum gunting disimpan dalam kotak.
• Berhati-hati agar gunting tidak terkena atau mencederakan pelanggan
• Gunakan gunting yang tajam
• Memakaikan pelanggan kain pelindung bagi mengelakkan pelanggan terkena rambut
yang telah digunting
PENJAGAAN ALAT MENGGUNTING RAMBUT
• Untuk gunting tahan lama, elak daripada jatuh
• Tidak digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas.
• Simpan dalam sarung atau kotak gunting.
• Sterilkan alatan menggunting menggunakan wap fumigan atau antiseptik.
46
NO RAJAH PERKARA
Rajah 1 Bentuk Muka
Rajah 2 Penerangan Bentuk Muka
Rajah 3 Bentuk Kepala
Rajah 4 Memegang Gunting
Rajah 5 Merehatkan Gunting
Rajah 6 Memegang Sikat Dan Gunting
Rajah 7 Menggunting luar jari
Rajah 8 Menggunting dalam jari
Rajah 9 Alatan dan Bahan Menggunting Rambut Wanita
Sumber Rujukan :
1. Google image : https://caaantik.com/131619/cara-mengetahui-bentuk-wajah-dan-
gaya-yang-sesuai-dengan-wajah-anda.html
2. Rohani Marude (2003). Seni Kecantikan. Kuala Lumpur.