NOR AZLINA BINTI MOHD MIZUAN
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Nor Azlina binti Mohd Mizuan
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku
ini yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan
dengan apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis
daripada penerbit dan pemilik hak cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
RAWATAN BADAN
ISBN 978-967-0823-88-1
SENARAI KANDUNGAN
JUDUL MUKA SURAT
1.0 PERSEDIAAN AWAL RAWATAN BADAN ……… 1
1.1 Body Scrub …………………………………. 2
1.2 Body Mask …………………………………. 3
1.3 Body Wrap …………………………………. 4
1.4 Penerimaan Tetamu Dan Pemeriksaan
Maklumat Konsultasi ………………………….. 5
1.5 Rekod Kesihatan Tetamu ……………………. 7
(Indikasi Dan Kontra-Indikasi)
1.6 Prosedur Persediaan Tempat, 9
Alatan Dan Bahan Rawatan Badan ……… 14
1.7 Keadaan Persekitaran Dalam Spa ……… 15
1.8 Kebersihan Di Kawasan Spa ……………..
1.9 Persediaan Tetamu Untuk Rawatan 16
Badan …………………………………………
2.0 PERKHIDMATAN RAWATAN BADAN …………….. 17
2.1 Asas Anatomi Dan Fisiologi …………….. 18
19
2.2 Struktur Dan Fungsi ………………………….. 25
33
2.3 Perbezaan Konsep Rawatan Badan ……...
36
2.4 Teknik Rawatan Badan …………………… 37
2.5 Faktor Penting Bagi Rawatan Badan
Yang Sempurna …………………………..
2.6 Kesan Rawatan Badan ……………………
1
2.7 Memantau Prosedur Rawatan Badan ………… 38
2.8 Keutamaan Tetamu Spa Ketika
Rawatan Badan …………………………………… 39
2.9 Memantau Tempoh Masa Bagi
Rawatan Badan …………………………………... 40
3.0 PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN ……………….. 41
3.1 Menilai Perkhidmatan Rawatan Badan ……… 42
3.2 Menerangkan Konsultasi Selepas
Rawatan Badan ………………………………….. 44
3.3 Merekod Perkhidmatan Yang Diberikan ……. 45
3.4 Merekod Inventori Dan Simpanan Barang …. 46
3.5 Prosedur Kebersihan Dan Kekemasan
Tempat Rawatan ……………………………. 47
BIBLIOGRAFI ………………………………………………… 48
2
1
1.0 PERSEDIAAN AWAL RAWATAN BADAN
Tujuan persediaan awal rawatan badan adalah untuk
menerangkan cara-cara penggunaan bahan yang
digunakan dalam rawatan badan serta prosedur dan
teknik melaksanakan rawatan dengan betul.
Jenis-Jenis 1.1 BODY SCRUB
Rawatan Badan
Sapuan serbuk halus ke badan yang biasanya
Body Scrub diperbuat daripaya ekstrak betik, strawberry, kopi
Body Mask dan sebagainya. Tekstur agak kasar berbanding
Body Wrap
body mask. Rawatan hendaklah dilakukan
sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Manfaat Body Scrub
Fungsi utama adalah menanggalkan sel-sel kulit mati serta
membantu melembutkan, menghaluskan serta memutihkan kulit.
Rawatan Body Scrub ini juga membantu mengurangkan masalah
parut lama. Selain itu, rawatan Body Scrub turut berfungsi untuk
membersihkan badan secara lebih mendalam dan mencerahkan
kulit. Bahan-bahan semulajadi yang digunakan sangat baik untuk
membantu melancarkan peredaran darah.
2
1.2 BODY MASK
Teknik rawatan badan dengan menyapukan sejenis serbuk yang dibancuh
pekat lalu disapukan ke seluruh badan dan dibiarkan sehingga kering
barulah boleh dicuci. Sebaiknya gunakan body mask 1-2 kali seminggu.
Setiap jenis body mask mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Jenis-Jenis Body Mask
dan Manfaatnya
Membantu memutihkan kulit,
membuat warna kulit lebih
Body MaskSusu
bercahaya, memudarkan parut
dan mencegah kulit berkedut.
Body Mask Menganjalkan kulit,
Coklat menjadikan kulit halus dan
melembapkan kulit.
Menanggalkan sel kulit mati
Body Mask dan kotoran, menjaga
Lumpur kelembapan kulit serta
memastikan kulit sentiasa
(Clay Mask) anjal serta mempunyai
antioksidan.
3
1.3 BODY WRAP
Teknik perawatan tubuh dengan cara membungkus tubuh dengan tujuan
untuk meningkatkan suhu bagi menjadikan suhu tubuh lebih panas. Body
wrap ini juga bertujuan supaya body mask yang telah disapu pada badan
lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan seterusnya membantu dalam proses
menganjalkan kulit. Body wrap ini sering digunakan untuk proses perawatan detox,
slimming dan firming. Alat dan bahan yang digunakan disesuaikan dengan
fungsinya masing-masing.
Jenis-Jenis Body Wrap
Kain Batik / kain
selimut
Plastik
Aluminium foil
Heating Blanket
4
1.4 PENERIMAAN TETAMU & PEMEMERIKSAAN MAKLUMAT
KONSULTASI
Membuka pintu dan menyambut ketibaan tetamu dengan
senyuman.
Melakukan rutin Salam 1 Malaysia.
Menjemput tetamu masuk dan mengiringi tetamu ke kaunter.
Mempersilakan tetamu duduk.
Menggunakan panggilan hormat.
Menghidangkan welcome drink (sekiranya ada).
Menunjukkan pakej-pakej rawatan yang disediakan.
Menerangkan setiap pakej yang ditawarkan.
Menerangkan secara terperinci tentang rawatan.
Membantu tetamu mengisi borang konsultasi.
Terangkan harga kepada tetamu.
Menjemput tetamu ke bilik rawatan.
Rajah 1.1: Juruterapi SPA
5
Pemeriksaan Maklumat Konsultasi
Juruterapi perlu merekodkan nama, umur, jantina, pekerjaan, nombor telefon,
alamat dan sejarah perubatan dari segi keadaan kesihatan dan ubat alahan
serta gaya hidup tetamu dari segi pemakanan dan tabiat dalam borang
konsultasi.
6
1.5 REKOD KESIHATAN TETAMU (INDIKASI & KONTRA-
INDIKASI)
Sebelum tetamu mendapatkan rawatan badan, pastikan juruterapi
menjalankan rawatan konsultasi dahulu, di mana kita akan mengetahui
masalah-masalah kesihatan tetamu serta rawatan yang tidak boleh
dijalankan atau sebaliknya. Rekod segala maklumat tetamu tersebut dan simpan ke
dalam fail bagi tujuan rujukan pada masa akan datang.
INDIKASI KONTRA-INDIKASI
Keadaan dimana tetamu spa Keadaan di mana tetamu spa
tersebut disarankan untuk tidak disarankan melakukan
melakukan rawatan di spa rawatan di spa atas faktor-faktor
atas beberapa keadaan
seperti berikut:- seperti berikut :-
Stress Kontra-indikasi
Letih keseluruhan (total)
Peredaran darah yang
Kontra-indikasi Setempat
kurang lancar (localised)
Kontra-indikasi perubatan
(medical)
7
KONTRA-INDIKASI
KONTRA-INDIKASI KONTRA-INDIKASI KONTRA-INDIKASI
KESELURUHAN SETEMPAT (LOCAL) PERUBATAN
(TOTAL) (MEDICAL)
Juruterapi boleh melakukan
Juruterapi dilarang rawatan dengan mengelak Jika tetamu mengalami
melakukan rawatan dari melakukan rawatan di masalah berikut,
badan jika tetamu kawasan yang mengalami
mempunyai masalah rawatan memerlukan
atau dalam keadaan masalah berikut:- persetujuan doktor:-
berikut:- Penyakit kulit Mengandung
Bengkak & benjol yang Penyakit kardio-
Demam
Sebarang penyakit belum dikenalpasti vaskular
Varicose veins (thrombosis,
berjangkit Mengandung hypertension,
Di bawah pengaruh Luka-luka heart condition)
Luka lebam Tetamu dalam
alkohol Lelasan / abrasions rawatan doktor
Di bawah pengaruh Radangan / Edema
Osteoporosis
dadah inflammation Arthritis
Penyakit barah Parut (2 tahun untuk Nervous/psychotic
(penyakit mental
(Cuma dalam pembedahan besar & 6 yang teruk)
keadaan terlampau bulan untuk parut Epilepsy
dan memerlukan kecil). Pembedahan
persetujuan doktor). Selaran matahari Diabetics
Kawasan penyakit yang Asma/lelah
belum dikenalpasti Bell’s palsy
puncanya.
8
1.6 PROSEDUR PERSEDIAAN TEMPAT, ALATAN & BAHAN
RAWATAN BADAN
PERSEDIAAN TEMPAT
Keadaan bilik sentiasa tersusun
dan kemas.
Suhu dan pencahayaan yang
sesuai untuk rawatan badan.
Pencahayaan yang tidak terlalu
terang dan tidak terlalu gelap.
Suhu bilik yang tidak terlalu
sejuk iaitu 24 °C.
Muzik yang perlahan dan
menenangkan.
Aroma yang menyenangkan
Cadar yang kemas dan teratur.
Lantai yang bersih daripada
sebarang habuk.
9
Persediaan Alatan FUNGSI
BIL JENIS PERALATAN Tempat untuk tetamu baring
1. semasa sesi rawatan badan.
Katil rawatan Katil yang sesuai menjamin
keselesaan tetamu.
2. Kerusi
Kerusi yang memudahkan
3. Troli pergerakan juruterapi sewaktu
sesi rawatan badan.
Untuk meletakkan bahan dan
peralatan semasa sesi rawatan
badan supaya kelihatan kemas.
4. Tuala besar dan tuala kecil
Untuk menutupi mata dan
menyelimuti badan tetamu.
10
5. Disposable bra & panties Untuk persalinan tetamu
semasa sesi rawatan.
Disposable cap Untuk melindungi rambut
6. tetamu dari terkena bahan
rawatan badan.
7. Kain batik
Untuk dipakai oleh tetamu
Lilin kecil ketika sesi rawatan badan.
8.
Untuk dipasang ketika sesi
MP3 Player rawatan bagi menaikkan
9. aroma bau wangi wangian.
Untuk memainkan alunan
muzik perlahan semasa sesi
urutan berlangsung.
11
10. Burner Digunakan untuk meletakkan
lilin yang sedang dibakar dan
11. Spatula untuk memanaskan minyak
12. Measuring spoon aroma terapi supaya bauan
13. tersebar ke segenap bilik
rawatan.
Body sponge
Untuk mengacau scrub dan
mask di dalam bowl.
Untuk mengukur pengambilan
scrub dan mask.
Untuk membuang sisa scrub
pada badan tetamu.
12
Persediaan Bahan FUNGSI
Untuk disapukan pada kulit badan
BIL BAHAN-BAHAN
1. Body scrub tetamu bagi membuang sel kulit
mati dan menghalusan kulit.
2. Body mask
Untuk disapukan pada kulit badan
tetamu selepas rawatan scrub.
3. Minyak aroma terapi Digunakan semasa permulaan
4. Bunga-bungaan Segar sesi rawatan dan juga diletakkan
pada burner supaya aroma
tersebar ke segenap bilik rawatan.
Untuk hiasan bagi menyegarkan
mata tetamu.
13
1.7 KEADAAN PERSEKITARAN DALAM SPA
Semua permukaan Peredaran udara di Peti pertolongan
troli, kabinet dan spa hendaklah cemas hendaklah
lantai hendaklah dalam keadaan
baik. lengkap.
bersih.
Sampah Kegunaan tuala Sapu dan mop
hendaklah setiap tetamu lantai setiap hari.
dibuang setiap haruslah dibersihkan
hari. setiap kali
digunakan.
14
1.8 KEBERSIHAN DI KAWASAN SPA
Setiap spa hendaklah mengamalkan peraturan kebersihan dan kekemasan
untuk mengelakkan penyakit merebak dengan mudah dan menjamin
kesihatan awam khususnya untuk tetamu Spa.
Spa mestilah cukup terang, ada bekalan udara panas atau sejuk, mempunyai
aliran dengan baik, sentiasa bersih dan dalam keadaan bebas kuman.
Lantai, dinding dan kain langsir mestilah dicuci dan dibersihkan dari masa ke
semasa.
Mempunyai bekalan air panas dan sejuk yang cukup serta mempunyai
kemudahan air minuman.
Alat-alat yang terjatuh di atas lantai hendaklah disteril dahulu sebelum
digunakan semula.
Keluarkan alat-alat yang kotor dengan segera dari tempat bekerja, cuci dan
sterilkan serta simpan di tempat yang tidak dimasuki habuk dan udara.
Jangan menyimpan alat-alat kecik seperti tweezer, pemicit jerawat di dalam
poket pakaian seragam juruterapi.
Gunakan spatula untuk mengambil bahan-bahan dari bekasnya.
Gunakan tuala yang bersih untuk setiap tetamu. Simpan tuala bersih di
dalam kabinet yang bersih dan bertutup.
Semua peralatan yang digunakan semasa rawatan hendaklah dicuci dan
disteril kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara atau kabinet steril.
Pastikan spa sentiasa bersih dan bebas daripada tikus dan lalat atau haiwan-
haiwan lain yang boleh membawa penyakit.
Jangan biarkan sampah jatuh diatas lantai. Buang sampah dengan segera ke
dalam tempat membuang yang tertutup.
Bilik rehat hendaklah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air,
sabun dan tuala kertas serta sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
15
1.9 PERSEDIAAN TETAMU UNTUK RAWATAN BADAN
Persediaan Dan Kawasan Privasi Untuk Tetamu
Sediakan satu locker khas untuk tetamu untuk menyimpan barang-barang
berharga.
Iring tetamu ke bilik persalinan sambil memberikan disposable bra dan panties
dan juga kain batik.
Susun Atur Bahan Dan Peralatan
Troli mesti dialas dengan tuala yang bersih.
Letakkan mangkuk berisi scrub badan dan mask untuk rawatan badan.
Persediaan Ruang Kerja Untuk Melakukan Rawatan Badan
Pencahayaan yang sempurna.
Lantai, dinding, kain langsir mestilah dicuci dari masa ke semasa.
Mempunyai bekalan air panas dan sejuk serta mempunyai air minuman.
Jangan biarkan sampah terjatuh di atas lantai, buang dengan segera ke dalam
tong sampah.
Pastikan katil rawatan di alas dengan kain linen yang bersih.
Simpan tuala yang bersih di dalam kabinet yang tertutup.
16
17
2.0 PERKHIDMATAN RAWATAN BADAN
Tujuan perkhidmatan rawatan badan adalah untuk memberikan kesegaran
kepada tubuh badan selain menghaluskan kulit dan meredakan tekanan
atau stress. Perkhidmatan rawatan badan perlu dilakukan mengikut
langkah yang betul bagi memastikan kesan yang optimum. Namun begitu
sebelum melakukan rawatan badan, juruterapi perlu mengetahui dengan
lebih lanjut berkenaan anatomi dan fisiologi tubuh badan badan manusia
bagi memastikan juruterapi tersebut peka dengan perubahan yang berlaku
pada tubuh badan tetamu.
2.1 ASAS ANATOMI DAN FISIOLOGI
DEFINISI ANATOMI DEFINISI FISIOLOGI
Anatomi berasal daripada Berkaitan dengan sistem atau fungsi
perkataan Greek yang bermaksud tubuh yang ada dalam badan.
“memotong atau membelah Kajian tentang fungsi tubuh manusia
anggota badan”. Anatomi ialah dalam keadaan normal. Kajian ini
berkait rapat dengan pengetahuan
bidang sains yang berkaitan tentang semua makhluk hidup yang
dengan struktur tubuh manusia. terangkum dalam kajian biologi.
Terdapat kaitannya dengan kajian
Anatomi juga dikenali sebagai
morfologi atau sains bentuk. tindakan fizikal dan gerakan-gerakan
yang berlaku dalam badan.
18
2.2 STRUKTUR DAN FUNGSI
Sistem Rangka
Merupakan kumpulan dari beberapa tulang yang membentuk sebuah susunan.
Fungsi Rangka:-
Memberi bentuk dan ukuran tubuh.
Menyokong pergerakan.
Tempat pelekatan otot.
Melindungi organ-organ dalaman.
Tempat pembentukan sel darah merah dan sel imunisasi.
Penyimpan kalsium.
Juruterapi dilarang menekan
bahagian tulang ketika
melakukan rawatan badan
kerana tetamu akan mudah
berasa sakit. Selain itu,
juruterapi juga perlu peka
sekiranya tetamu mengalami
kecederaan tulang seperti
keretakan atau kepatahan.
Rajah 2.1 : Nama Tulang Dalam Tubuh Manusia
Sumber : Internet
19
Sistem Saraf
Sistem komunikasi dalam badan yang membolehkan kita merasakan sebarang
perubahan samada dalaman mahupun luaran badan.
Organ Yang Terlibat:-
Otak
Sel saraf
Spinal Cord
Rajah 2.2 : Sistem Saraf
Sumber : Internet
Fungsi Sistem Saraf:-
Sistem kawalan tindak balas pantas badan.
Bertindak balas terhadap perubahan (rangsangan) dalaman dan luaran badan
dengan mengaktifkan sel yang berkaitan.
Rawatan badan dapat merangsang dan menenangkan saraf-saraf tertentu di
samping membantu tubuh badan menjadi lebih sihat dan segar. Namun begitu,
juruterapi perlu peka dengan beberapa penyakit tetamu yang berkaitan dengan
sistem saraf antaranya seperti sakit Parkinson, neuritis atau radang saraf, bell’s
palsy facial paralysis dan juga multiple sclerosis.
Rajah 2.3 : Bell’s Palsy Facial Paralysis
Sumber : Internet
20
Sistem Endokrin
Sistem endokrin merupkan sistem hormon dalam badan yang melibatkan kalenjar
endokrin.
Fungsi:-
Memberi arahan untuk sesuatu proses seperti metabolism, cell growth,
reproduction, sexual maturation.
Memberi keseimbangan badan kerana hormon yang dikeluarkan oleh kalenjar
endokrin adalah dikawal oleh keperluan hormon tersebut.
Kelenjar yang merembeskan hormon untuk menyelaraskan dan mengawal
atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan,reproduktif dan kegunaan
nutrien oleh sel-sel badan.
Mengubahsuai aktiviti sistem organ yang lain dengan bertindak balas secara
perlahan.
Rawatan badan dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti darah
tinggi dan sebagainya serta dapat membantu sistem dalam badan
berfungsi dengan sempurna. Namun begitu, juruterapi perlu bersedia
mengenai penyakit yang berkaitan dengan sistem endokrin ini contohnya seperti
hirsutism, diabetes mellitus, addision desease, goiter dan sebagainya.
Rajah 2.4 : Penyakit Goiter Rajah 2.5 : Contoh Hirsutism
Sumber : Internet Sumber : Internet
21
Sistem Kardiovaskular
Sistem peredaran darah / circulatory system yang melibatkan organ jantung, salur
darah dan darah.
Jantung:-
Organ utama untuk circulatory system
Mengepam darah untuk circulation
Fungsi darah:-
Membawa darah dari paru-paru ke seluruh sel badan.
Membawa karbon dioksida dan bahan buangan dari sel badan ke paru-paru,
buah pinggang dan kelenjar peluh.
Membawa nutrien dari sistem perkumuhan ke sel badan.
Membawa hormon dari sistem endokrin ke seluruh badan.
Membawa enzim ke seluruh badan dan menstabilkan PH badan dan suhu
badan.
Melindungi badan dari jangkitan penyakit.
Antara kesan utama rawatan badan adalah
melancarkan peredaran darah ke seluruh
badan. Peredaran darah yang lancar
membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Namun begitu, juruterapi juga perlu sentiasa
bersedia dengan penyakit-penyakit tetamu yang
berkaitan dengan peredaran darah contohnya
seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah,
thrombosis, varicose veins dan sebagainya.
Rajah 2.6 : Varicose Veins
Sumber : Internet
22
Sistem Lymphatic
Cecair lymph bergerak melalui pembuluh darah ke seluruh badan dan hanyaakan
berlaku sekiranya otot ditekan. Cecair lymph bergerak dari tisu badan menghala ke
jantung.
Fungsi Lymph:-
Menyingkirkan bakteria
Menghalang jangkitan
Membuang lebihan cecair dari badan (minum air yang banyak).
Rajah 2.7 : Sistem Lymphatic dalam badan manusia
Sumber : Internet
Lymph Nodes:-
Biasanya disebut kelenjar.
Berbentuk oval (bujur).
Membentuk antibodi badan untuk kuat melawan penyakit.
Rawatan badan membantu merangsang pergerakan cecair lymph ke seluruh badan
dan membantu menyingkirkan lebihan cecair dari badan. Rawatan badan juga
membantu mengurangkan risiko penyakit edema yang berpunca dari cecair
berlebihan dari badan serta mengurangkan risiko cellulite.
23
Sistem Integumentary
Sistem integumentary adalah kulit yang merupakan organ terbesar dalam tubuh
badan manusia.
Struktur utama kulit:-
Epidermis
Dermis
Hypodermis
Fungsi kulit:- Rajah 2.7 : Struktur Kulit Manusia
Perlindungan Sumber : Internet
Mengawal suhu
Serapan bahan kimia dan
essential oil
Merembeskan sebum dan
peluh
Sensation (deria rasa)
Sewaktu juruterapi mengendalikan
rawatan badan ke atas tetamu,
juruterapi perlu peka dengan
keadaan kulit tetamu tersebut. Terdapat
beberapa jenis penyakit kulit yang
berjangkit antaranya warts dan verucas.
Ada juga penyakit kulit yang tidak
berjangkit di mana juruterapi boleh
mengendalikan rawatan badan tanpa rasa
was-was iaitu penyakit psoriasis dan
eczema.
Rajah 2.7 : Psoriasis
Sumber : Internet
24
2.3 PERBEZAAN KONSEP RAWATAN BADAN
Body Scrub
Body scrub sebenarnya jika dilakukan secara teratur akan dapat memberikan
banyak manfaat kepada kulit dan kesihatan tubuh badan. Sel kulit kita akan
sentiasa berejuvenasi. Apabila bertambah usia maka rejuvenasi kulit juga semakin
lambat, akibatnya sel kulit mati di wajah dan kulit tubuh menjadi semakin menebal.
Dengan sel kulit mati yang tidak mengelupas akan membuatkan penampilan kita
nampak kusam. Sel kulit mati juga tidak boleh ditanggalkan dengan mandian biasa.
Melakukan scrub secara teratur akan menghasilkan kulit yang halus dan sihat serta
cerah berseri. Namun demikian formulasi scrub untuk wajah berbeza dengan scrub
untuk kulit tubuh. Ini kerana kulit wajah yang lebih nipis memerlukan produk scrub
yang sesuai dengan kondisi kulit tersebut.
25
Manfaat body Scrub
Sangat baik untuk membuang sel-sel kulit mati agar sel-sel kulit baru yang
lebih sihat dapat terbentuk kembali sehingga kulit kelihatan lebih bersih dan
cerah.
Dengan pemakaian body scrub yang teratur dapat membuat kulit lebih mudah
menyerap nutrisi dengan baik dibandingkan dengan kulit yang tidak dirawat
dengan scrub.
Kulit kasar dan kusam dapat dikikis dengan penggunaan scrub, serta kulit
akan terasa sangat halus setelah penggunaannya.
Body scrub dapat membantu kulit untuk memproduksi sel-sel kulit baru.
Scrub juga dapat mengurangkan selulit dengan cara menggosokkanscrub
secara melingkar pada kulit yang terdapat selulit. Penggunaan yang teratur
dapat memperbaiki kawasan selulit dengan menjadikannya lebih elastik.
Aroma yang dikeluarkan oleh scrub dapat mempengaruhi psikologi kita
dengan membuatkan pemikiran akan berasa lebih tenang.
Untuk mendapatkan hasil terbaik, pilihlah produk rawatan kulit yang
mengandungi bahan semulajadi sahaja agar tidak menimbulkan kesan
sampingan.
Rajah 2.9 : Contoh Struktur Body Scrub
Sumber : Internet
26
Body Mask
Body mask adalah rawatan tubuh dengan membalut seluruh permukaan kulit tubuh
menggunakan bahan yang mempunyai fungsi berbeza - beza. Fungsi setiap jenis
body mask adalah berbeza contohnya, melembutkan dan menganjalkan kulit,
mencerahkan kulit, membantu proses nyahtoksin dan banyak lagi. Teknik
penggunaannya adalah dengan cara mencampur body mask yang biasanya berupa
tepung dengan cairan tertentu yang sesuai dengan body mask tersebut. Kemudian
body mask disapukan ke seluruh tubuh. Setelah itu, body mask tersebut dibiarkan
kering. Body mask biasanya dilakukan selepas urutan badan dan juga selepas
pemakaian scrub. Alat dan bahan yang digunakan adalah serbuk body mask yang
diperbuat daripada bahan tertentu contohnya seperti buah oren, betik, kopi dan
sebagainya. Biasanya body mask akan dicampur dengan air biasa atau pun
dicampur dengan air mawar. Cara pemakaian body mask adalah menyapukan body
mask yang telah dibancuh ke seluruh badan hingga kering kemudian dibilas dengan
air bersih.
27
Manfaat Body Mask
Body mask bermanfaat memperbaiki kualiti kulit untuk menjadikan kulit lebih
halus dan licin. Body mask juga digunakan sebelum proses wrapping dan
disesuaikan dengan tujuan perawatan wrapping. Penggunaan body mask
memiliki beberapa manfaat. Selain melembutkan kulit, fungsi body mask adalah
membuka pori-pori yang tersumbat kerana kotoran dan debu. Body mask juga dapat
mengembalikan kelembapan dan kehalusan kulit. Menyapu body mask pada badan
juga dapat merehatkan otot-otot badan. Sebaiknya gunakan body mask 1 hingga 2
kali seminggu.
Beberapa Jenis body mask:-
Manfaat body mask bunga melati: Menjaga kulit tetap awet muda,
menyegarkan dan menenangkan kulit.
Manfaat body mask kopi: Menghaluskan kulit, membuat kulit lebih cerah,
menghilangkan lelah pada kulit, mempercepat pengelupasan sel kulit mati.
Manfaat body mask susu: Membantu memutihkan kulit, melembutkan kulit,
membuat warna kulit lebih bercahaya, menghilangkan bekas luka dan
mencegah penuaan kulit.
Manfaat body mask strawberry: Menunda proses penuaan, melindungi sel
tubuh dari kanser, menyihatkan kulit.
Manfaat body mask rumpai laut: Mencegah terjadinya penuaan kulit,
mencerahkan kulit dan menghilangkan cela di kulit.
Manfaat body mask lumpur: Menjaga kelembapan, elastisiti kulit dan
kesihatan kulit dengan antioksida.
Manfaat body mask green tea: Membantu mencegah kanser kulit, memberi
nutrisi pada kulit, memperbaiki peredaran oksigen dan peredaran darah,
memutihkan kulit, menjaga kelembaban kulit, mencegah penuaan dan
menghilangkan bekas jerawat.
Manfaat body mask coklat: Menegangkan kulit, menjadikan kulit halus dan
melembabkan kulit.
28
Body Wrap
Body wrap adalah sejenis teknik perawatan tubuh dengan cara membungkus tubuh
untuk meningkatkan suhu tubuh. Proses body wrap ini bertujuan supaya produk
perawatan kulit yang disapukan seperti body mask atau krim tubuh dapat lebih
mudah terserap ke dalam tubuh. Alat yang digunakan untuk membungkus tubuh
biasanya plastik khusus, daun pisang, kain panjang, aluminium foil, heating blanket,
selimut biasa dan sebagainya. Ada sesetengahnya juga menggunakan teknologi
terkini dengan penggunaan infrared body wrap, lymphaticdrainage machine dan lain-
lain. Cadangan untuk melakukan rawatan body wrap ini adalah 2 minggu sekali.
Lakukan secara secara rutin selama 1 hingga 2 bulan untuk mendapatkan hasil yang
maksima. Namun apa yang penting adalah perlu mendapatkan konsultasi terlebih
dahulu untuk mengetahui kondisi tubuh supaya tidak terjadi hal-hal yang tidak
diingini.
29
Manfaat Body Wrap
Manfaat body wrap ini sebenarnya bergantung kepada jenis bahan yang akan
digunakan untuk membungkus, bahagian tubuh mana yang akan dibungkus dan
produk apa yang digunakan semasa proses wrapping.
Antara manfaat umum body wrap adalah seperti berikut:-
Relakskan Tubuh Badan
Membungkus tubuh dalam kain menciptakan perasaan hangat dan nyaman
sehingga dapat merelakskan badan. Minyak aroma terapi juga dapat
ditambah gunakan bagi memberikan sensasi yang harum dan menenangkan
sekaligus dapat menghilangkan stress.
Detoxifying (Nyah toksin)
Proses body wrap dapat membantu menyah toksin melalui peluh yang keluar
semasa proses body wrap tersebut. Biasanya tubuh terlebih dahulu
disapukan dengan scrub badan, kemudian disapukan pula body mask
kemudian barulah dibungkus. Selepas itu, tubuh akan dimasukkan ke dalam
mesin khas selama lebih kurang 15 – 20 minit sehingga tubuh berpeluh dan
toksin-toksin badan dapat dikeluarkan melalui peluh tersebut, kesannya
badan akan berasa lebih sihat dan segar daripada sebelumnya. Kulit juga
akan terasa lebih lembut.
Firming (menegangkan kulit)
Penegangan kulit berlaku melalui proses sapuan krim khusus sebelum wrap
dilakukan ke atas tubuh badan.
30
Jenis - Jenis Body Wrap
Alga wrap
Alga dan balutan rumpai laut direka untuk
meningkatkan metabolism dan meningkatkan
kesihatan kulit. Rawatan ini melibatkan
balutan seluruh badan dengan rumpai laut
atau alga yang dibalut dengan foil terlebih
dahulu. Kedua-dua bahan-bahan ini kaya
dengan vitamin dan asid amino, yang boleh
diserap melalui kulit. Balutan alga dan
rumpai laut dianggap membantu dalam
detoksifikasi yang membantu tubuh untuk
melepaskan toksin melalui peluh. Untuk hasil yang optimum, tetamu digalakkan
untuk mandi sebelum rawatan dan menahan diri daripada menggunakan sabun
ketika mandi selepas rawatan itu telah dilaksanakan.
Cellulite Wrap
Wanita dengan pelbagai saiz badan boleh
mendapat selulit. Lelaki juga mungkin
mengalami keadaan ini. Selulit berlaku
apabila lemak mengumpul hanya di bawah
permukaan kulit, memberikan penampilan
yang lekuk dan tidak sekata seperti buah
oren. Cellulite wrap direka untuk
mengurangkan penampilan kulit lekuk
tersebut.
31
Herbal Wrap
Herbal wrap adalah membalut
badan dengan menggunakan
herba-herba tertentu. Pengamal
spa sering menggunakan herbal
wrap sebagai teknik menguruskan
badan, dengan mendakwa
bahawa rawatan yang
menggalakkan penghapusan sel-
sel lemak daripada sistem limfa.
Tetamu biasa melihat bahawa
kulit mereka mempunyai penampilan yang lebih lancar dan lebih tegang sebaik
sahaja selepas rawatan. Banyak spa mengesyorkan regimen wrap untuk mencapai
hasil yang optimum.
Mud Wrap
Mud Wrap terkenal dengan meningkatkan
peredaran dan menghapuskan toksin
dari kulit, sekaligus menganjalkan dan
menegangkan tekstur kulit. Mud wrap
digunakan diseluruh tubuh dan kemudian
ditanggalkan dengan menggunakan tuala
suam selepas tempoh yang
membolehkan nutrien dalam lumpur
diserap oleh kulit. Ketenangan otot dan
melegakan kesakitan adalah manfaat
tambahan yang dikaitkan dengan mud
wrap.
32
2.4 TEKNIK RAWATAN BADAN
Teknik Melakukan Rawatan Body Scrub
1. Campurkan serbuk scrub dengan sedikit air, gosok secara perlahan -
lahan dari dari telapak kaki hingga ke peha. Keseluruhkan punggung dari
bawah keatas. Dari perut ke atas dada. Dari telapak tangan hingga ke bahagian
bawah ketiak membawa ke bahu. Kemudian bahagian belakang badan.
2. Sapukan body scrub dengan
perlahan-lahan serta hindari bahagian kulit yang
sangat sensitif atau terdapat luka.
3. Selesai scrub bilas dengan air hangat,
agar tubuh terasa lebih segar.
4. Keringkan dengan tuala kecil
perlahan- lahan.
33
Teknik Melakukan Rawatan Body Mask
1. Campurkan serbuk body mask dengan sedikit air mengikut sukatan tertentu.
2. Sapukan secara perlahan ke seluruh badan bermula dari bahagian kaki.
3. Selesai menyapukan body mask ke seluruh tubuh, lakukan body wrap.
34
Teknik Melakukan Rawatan Body Wrap
1. Setelah selesai menyapukan body mask, balut badan tetamu dengan kain
selimut yang tebal.
2. Tindankan sehelai tuala di atas selimut tadi sebagai pemberat. Biarkan tetamu
berkeadaan begitu sehingga body mask kering, kira – kira dalam 30 minit.
3. Setelah itu, cucikan body mask tadi dengan air suam, dan sapukan
menggunakan span yang disediakan.
4. Setelah selesai, tetamu dipersilakan untuk mandi.
35
2.5 FAKTOR PENTING BAGI RAWATAN BADAN YANG
SEMPURNA
Completeness
Lengkapkan kesemua langkah-langkah rawatan badan.
Rhythms and flow
Pastikan langkah rawatan selari dengan irama (tidak terlalu cepat dan tidak
terlalu perlahan).
Technique
Utamakan ketepatan teknik yang betul bermula dari bancuhan bahan
hinggalah bahagian sapuan bahan ke badan tetamu.
Contact
Perlu memastikan tangan tidak terlepas sepenuhnya dari tubuh tetamu
sewaktu mengendalikan rawatan. Ini bagi memastikan tetamu berasa
selamat dan yakin ketika menerima rawatan.
Stances / Posture
Mengamalkan posisi badan yang betul ketika melakukan rawatan bagi
mengelakkan juru terapi berasa cepat letih dan lenguh. Posisi kaki kekuda
dengan badan sedikit tegak merupakan posisi yang sangat disarankan ketika
mengendalikan rawatan badan kepada tetamu.
36
2.6 KESAN RAWATAN BADAN
Fisiologi
Membaiki ton warna kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati dan
meningkatkan peredaran darah.
Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik.
Melegakan pernafasan.
Melegakan otot yang letih, lenguh dan kelesuan.
Melegakan kepenatan dan lenguh sendi.
Memberi kesan rehat keseluruhan.
Meningkatkan imun badan.
Menegangkan otot.
Meningkatkan keanjalan kulit.
Psikologi
Memberi ketenangan
Merehatkan minda
Mengurangkan kelesuan
Menambah tenaga
Mencergaskan keseluruhan sistem tubuh
37
2.7 MEMANTAU PROSEDUR RAWATAN BADAN
Reaksi Dan Tindak Balas Badan
Tekanan
Setiap tekanan rawatan badan haruslah tidak terlalu kuat atau tidak terlalu
perlahan.Sentiasa bertanyakan kepada tetamu anda samada beliau rasa
tekanan yang terlalu kuat atau tidak.
Verbal dan non verbal
Lihat dari segi mimik muka pelanggan anda. Andai raut wajah beliau
kelihatan tenang bermakna rawatan yang diberikan tidak mempunyai
masalah. Tetapi andai sebaliknya juruterapi perlu bertanyakan keadaan
tetamu tersebut.
Tidak selesa
Elakkan menghembus nafas pada muka tetamu kerana ini akan
mengganggu tetamu. Sentiasa memantau keadaan tetamu. Juruterapi
perlu memastikan tetamu sentiasa dalam keadaan selesa.
Santai/Tenang
Pastikan tetamu berasa selesa dan kelihatan tenang sepanjang tempoh
rawatan dijalankan.
38
2.8 KEUTAMAAN TETAMU SPA KETIKA RAWATAN BADAN
SUHU BILIK
- Suhu bilik jangan terlalu sejuk dan jangan terlalu panas.
- Suhu bilik salah satunya mood tetamu spa.
SENTUHAN
- Sentuh tetamu spa dengan penuh rasa sayang dan
kelembutan.
- Menyentuh tetamu spa secara fizikal dan emosi.
AROMA
- Haruman bilik harus berunsurkan dari minyak aromaterapi dan
herba.
- Pasang burner
MUZIK
- Muzik yang menyenangkan seperti relaxing spa music, bali
spa music, dan soothing spa music.
- Elakkan muzik yang kuat dan mempunyai lirik.
PENCAHAYAAN
- Pastikan lampu bilik mempunyai light dimmer switch.
- Terangkan apabila hendak mengemas tempat rawatan.
- Dimmer kan lampu apabila melakukan perkhidmatan rawatan
badan.
39
2.9 MEMANTAU TEMPOH MASA BAGI RAWATAN BADAN
Tempoh masa rawatan badan untuk tetamu adalah seperti berikut:
BIL JENIS RAWATAN MASA
a) Body Scrub
20-30 minit
b) Body Mask
25-30 minit
c) Body Wrap
25-30 minit
40
41
3.0 PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN
3.1 MENILAI PERKHIDMATAN RAWATAN BADAN
a) Penghargaan Daripada Tetamu
Maklumbalas Tetamu
Pusat Spa yang berjaya adalah yang mampu menarik ramai tetamunya
agar kembali ke pusat terapi tersebut. Ini dapat dilakukan dengan cara
memahami tetamu dan memberi mereka perkhidmatan yang
diperlukan. Cara yang paling mudah sekali ialah menerusi maklum
balas daripada tetamu. Bagi Pusat Spa, borang maklumbalas dapat
membantu juruterapi mengetahui pengalaman yang dirasai oleh
tetamu melalui perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, ianyajuga
membantu meningkatkan prestasi dan kemahiran juruterapi.
42
Borang Maklumbalas Tetamu
43
3.2 MENERANGKAN KONSULTASI SELEPAS RAWATAN
Nasihat Jagaan Lanjutan Selepas Rawatan Badan
Elakkan tetamu daripada terus bangun dari katil kerana boleh menyebabkan
pitam atau pengsan serta pening kepala.
Elakkan tempat yang terlalu sejuk bagi mengelakkan kekejangan otot
Minum air buah – buahan.
Makan mengikut diet yang betul dan sihat.
Menasihatkan tetamu agar tidak memandu terus selepas rawatan tetapi jika
masih memandu pastikan sentiasa berjaga - jaga dan pastikan tingkap kereta
dibuka.
Nikmati masa rehat yang menyenangkan dan mengelakkan diri dari kerja yang
terlalu berat atau lasak.
Elakkan menghadiri kelas aerobik atau senaman yang berterusan dalam masa
2-3 jam selepas rawatan.
Homecare Advice
Minum Air Kosong
Regangan
Hydroteraphy
Ice or Frozen Gel Pack
Sumber : Internet
44
3.3 MEREKOD PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Kerahsiaan Tetamu (Pelanggan)
Segala maklumat tetamu spa haruslah dirahsiakan dan direkodkan ke dalam fail
tetamu. Contohnya seperti alamat rumah, nombor telefon, dan masalah tetamu.
Mengemaskini Fail Tetamu
Mengemaskini fail tetamu dengan lebih terperinci.
Membantu juterapis lebih memahami kehendak tetamu.
Membantu Pusat Spa untuk lebih berdaya saing dan mengikuti aliran semasa
terkini dalam menawarkan perkhidmatan Spa.
Meningkatkan prestasi juruterapi serta Pusat Spa dalam menawarkan
perkhidmatan yang lebih bermutu.
Menyimpan maklumat tetamu bagi menwarkan pakej terkini dan juga menjejak
tetamu untuk datang semula ke pusat Spa.
Menawarkan keahlian dan diskaun perkhidmatan kepada tetamu yang kerap kali
mengunjungi Pusat Spa.
45