The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinasyiqin26, 2021-06-08 01:03:13

KELEBIHAN MADU LEBAH

KELEBIHAN MADU LEBAH

KELEBIHAN MADU
LEBAH MENURUT AL-QURAN !

NURIN ASYIQIN BINTI ZAMZURI
( 16DKA20F1043 )
KHAIRUNNISA BINTI ADNAN
( 16DKA20F1037 )

PENSYARAH : USTAZAH NORAINI BINTI SULAIMAN

ALLAH SWT TELAH MEMBERI KELEBIHAN KEPADA
LEBAH DENGAN KEKUASAANNYA MENGELUARKAN
MADU ASLI DARI PERUTNYA YANG MEMBERI MANFAAT
DAN BERKHASIAT KEPADA SETIAP MANUSIA YANG
MENGGUNAKANNYA

FAKTA AL - QURAN

Sebagaimana Firman Allah SW T Dalam Al - Quran Surah An-Nahl Ayat 68 - 69 :

" Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : " Buatlah sarang - sarang di bukit - bukit ,
di pohon - pohon kayu , dan di tempat yang dibikin manusia. " [ QS. An-Nahl : 68

" Kemudian makanlah dari tiap - tiap ( macam ) buah - buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang
telah dimudahkan ( bagimu ) . Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam - macam
warnanya , di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar - benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya .
" [ QS An-Nahl : 69 ]

FAKTA SAINTIFIK

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah
dihadam . Apabila ia dicampur dengan sedikir air , ia menyerap masuk ke
dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh otak .
Ahli - ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika
mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di W orld Apiculture
Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China .
Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya
menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit - pesakit katarak
mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya .

Mengikut Dr. Peter Molan , seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti
W aikato , New Zealand , di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada tahap yang
menghalang pembiakan bakteria . Apabila ia dicairkan , salah satu enzim yang terdapat
didalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen
peroxide . Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh
sejenis kuman yang berbahaya , iaitu , staphylococcus aureus .

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu disimpulkan

di bawah :

1.Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik
2.Mampu menyembuhkan ulser dan luka dengan lebih cepat dan

berkesan
3.Boleh merawat penyakit mata
4.Memutihkan dan menguatkan gigi

Penyelidik Universiti Putra M alaysia (UPM ) berjaya membuat penemuan gula ‘trehalulosa’ dalam
madu kelulut sebagai gula utama yang tidak terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam madu
yang dihasilkan oleh lebah lain .

Lebah kelulut di sarang . Lebah kelulut di sarang
‘Trehalulosa’ itu ditemui dalam semasa penyelidikan mengenai profil gula madu kelulut dijalankan
oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM,
Dr. Norhasnida Zawawi bersama Profesor Madya Dr. Mary Fletcher dari University of
Queensland Australia serta ahli kumpulan penyelidikan lain makmal Queensland Alliance of
Agriculture and Food Innovation, Australia.

Lebah kelulut di sarang.Lebah kelulut di sarang.
“Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli M alaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona
thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil
(Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44g gula trehalulosa didapati dalam semua
madu itu, bukannya gula maltosa seperti yang difikirkan sebelum ini,” kata Dr. Norhasnida

ULAMA TAKSIR

Syekh Thanthawi Jauhari , penafsir kelahiran Mesir tahun 1287H / 1870M , selain seorang penafsir juga filosof dan
pelopor gerakan Islam dan ilmu pengetahuan moden dalam dunia Islam , ia menganjurkan kepada seluruh umat islam
agar kembali membuka diri dan fikiran untuk membaca Al - Quran , menurutnya adanya kecanggihan teknologi pada saat
ini tidak terlepas dari jaring - jaring Al - Quran , yang membuat bantasan sebuah kelemahan dan kecanggihan . Taksir al
- Jawahir merupakan karya Syekh Thanthawi Jauhari yang menggunakan metodi ilmi . Kitab al - Jawahir ini ditulis
berdasarkan urutan mushaf Utsmani . Sebelum menafsirkan surah alFatihah , Tanthawi terlebih dahulu meringutip
surah Al - Nahl dalam uraian “ Kata pendahuluan ” ( Mukaddimah ) . Berbeza dengan jilid kedua dan selanjutnya , di
mana ia menjadikan ayat Al - Nahl sebagai " motto " hurainya . Sungguh menarik untuk dicermati bahwa lebah
menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya mereka perlukan . Pertanyaan yang muncul pada benak kita
adalah : " Mengapa lebah tidak menghentikan produksi berlebihan ini , yang tampaknya hanya membuang waktu dan
energi ? " Jawapan untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata " wahyu " yang telah diberikan kepada lebah , seperti
yang disebutkan dalam ayat di atas . Lebah memhasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri , melainkan juga untuk
manusia . Sebagaimana makhluk lain di alam , lebah juga mengendalikan diri untuk melayan manusia . Di dalam buku -
buku sains banyak terdapat ungkapan yang membahas tentang lebah mahupun hasil dari lebah itu sendiri iaitu madu ,
melihat keadaan seperti itulah yang menarik perhatian dan alasan penulis untuk menulis penelitian dengan judul " Lebah
Dalam Perspektif Al - Quran Kajian Atas Permikiran Thantawi Jauhari . "

KELEBIHAN
MADU LEBAH

Madu lebah mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan
manusia . Di dalam Al-Quran ada menyebut dalam surah Al-
Nahl ayat 69 ada menyatakan yang mad ialah makanan ahli
syurga dan mempunyai penawar bagi penyakit manusia . Selain
itu , madu juga menjadi sumber tenaga iaitu mampu
menurunkan berat badan , baik untuk jantung , meningkat
sistem imunisasi , merawat masalah kulit yang terbakar atau
luka , merawat batuk dan mencatikkan kulit dan bibir .

M adu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. M adu membantu berperanan
sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan

glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan
memeliharanya.

Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran
zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan

melawan kuman-kuman penyakit.

Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan.
Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam

perut dan usus dan masalah panas dalam perut.
Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.

1) Penguat Ingatan
Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan

pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari.

Madu merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel
otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.

2)M encegah Penurunan Sel Darah Putih
Mengamalkan madu adalah satu satu cara mudah dan murah untuk mencegah rendahnya jumlah sel darah putih yang disebabkan oleh kemoterapi. 40%
penghidap penyakit kanser yang mempunyai jumlah darah yang sangat rendah tidak memiliki penurunan sel lebih lanjut setelah melakukan kemoterapi apabila

mereka mula mengamalkan madu.

MANFAAT MADU
LEBAH DALAM

PANDANGAN ISLAM

1 PENCEGAH 2 MENGATASI
PENYAKIT
BERBAHAYA GANGGUAN

PENCERNAAN

3 MENCEGAH BAKTERIA 4 MENGAWAL GULA
DAN IRITASI DALAM
TUBUH DALAM DARAH

5 MAMPU
MENINGKATKAN
STAMINA

KESIMPULAN

Kita hendaklah terus mengkaji , memahami dan mengambik manfaat
daripada keistimewaan madu ini . Hal ini kerana selain manfaat madu kita
juga dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang
diberikan kepada kita semua .
Kita hendaklah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi kepada
hambanya .
Madu lebah sebagai penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah
oleh pakar perubatan . Ini adalah satu bukti kebenaran ayat Al - Quran
yang wajib diyakini oleh umat manusia .
Kita haruslah jadikan sifat baik yang ada pada lebah sebagai inspirasi
untuk menjadi manusia yang lebih baik .

RUJUKAN

http://azmanra98.blogspot.com/2017/01/sainsteknologi-dan-
kejuruteraan-manfaat.html
https://w w w .anasuhana.com /2 019/07 /Cara-M akan-M adu-
Y ang-B etul-U ntuk-K esem buhan-Y ang-M aksim um .htm l
https://today.salamweb.com/ms/lebah-dan-madu-dalam-al-
quran-allah-swt/
http://sunankalijaga.org/prosiding/index.php/kiiis/article/dow
nload/375/350
http://ptsbstk2016.blogspot.com/2016/03/madu.html


Click to View FlipBook Version