Kumpulan 1
MAKANAN
TRADISI KAUM
DI MALAYSIA
lenmaaski
291876 Chin Yi Jing SADN1033- A221
291765 Tan Ee Eing
292002 Nur Azwani Binti Ahmad KENEGARAAN MALAYSIA
291973 Farisha Laila Binti Idris
291954 Nik Naqibah Binti Wan Mohd Supian UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
291817 Raudhah Alwani Binti Hashim
292383 Ivy Wong Kah Wei
292036 Renee Wee Shoun Rou
291506 Zahida Hani Binti Zulkifli
292211 Muhammad Adam Syahmi b. Md Sayuti
296069 Irene Kang Hui Xin
01 KUMPULAN 1
Isi Kandungan
1 Pengenalan 04
2 Sejarah nasi lemak 07
09
3 Sumbangan nasi lemak
kepada warisan negara 13
4 Kepentingan mengekalkan 18
kelestarian nasi lemak
23
5 Cara menjaga 24
kelestarian nasi lemak
6 Kesimpulan
7 Rujukan
KUMPULAN 1 02
Malaysia
Nasi lemak bukan semata-mata
makanan malah ia dianggap
sebagai alat memupuk perpaduan
orang ramai kerana ia telah sebati
dengan masyarakat berbilang kaun
di negara ini.
03 KUMPULAN 1
PENGENALAN
Nasi Lemak
Nasi lemak dikenali secara meluas
sebagai hidangan kebangsaan
Malaysia. Keistimewaannya ialah
terdiri daripada beras yang dimasak
bersama santan segar dan daun
pandan. Secara tradisinya Nasi Lemak
akan dihidangkan bersama variasi
seperti telur rebus, ikan bilis, timun, dan
kacang tanah yang digoreng.
Hidangan ini tidak lengkap jika tiada
tambahan sambal yang menaikkan lagi
selera. Walaupun pada asalnya
menjadi hidangan sarapan pagi, kini
menjadi hidangan kebangsaan
Malaysia yang boleh dimakan pada
bila-bila masa sahaja tidak kira pagi,
tengah hari atau malam.
KUMPULAN 1 04
Penciptaan berlaku apabila semua
bahan yang ada dieksploitasi, dan
populariti Nasi Lemak terus meningkat
sejak 1980an, hidangan asal petani ini
semakin berkembang dan dijual oleh
penjual di kaki lima Malaysia.
Selain itu, hidangan Nasi Lemak adalah
makanan kegemaran majoriti rakyat
Malaysia. Dengan popularitinya
datang bersama pelbagai variasi
hidangan yang berbeza seperti ayam
goreng, ikan goreng, telur goreng
malah rendang juga menjadi antara
hidangan yang dimakan bersama Nasi
Lemak. Secara tradisionalnya ia akan
dihidangkan dengan panas dan
dibungkus bersama daun pisang yang
menaikkan lagi wangi semula jadi
pada Nasi Lemak.
Gaya hidangan tradisional ini telah
diwarisi sejak beberapa generasi dari
gerai kecil di tepi jalan hinggalah
sebuah restoran untuk memenuhi
keinginan makanan tradisional ini di
bandar. Kerana kepelbagaian hidangan
itu, telah diterima oleh semua kumpulan
etnik di Malaysia.
KUMPULAN 1 05
06 KUMPULAN 1
SEJARAH
Nasi Lemak
Berdasarkan catatan dalam satu buku sejarah “The Circumstances of Malay
Life” tahun 1909 oleh Sir Richard Oloft Winstedt, nama nasi lemak digunakan
untuk hidangan tradisional ini disebabkan penggunaan santan menyebabkan
hidangan ini tekstur dan terasa sangat lemak. Santan merupakan cecair
warna putih yang dihasilkan daripada isi buah kelapa. Santan ialah salah satu
ramuan makanan yang biasa digunakan oleh penduduk Asia Tenggara, Asia
Selatan, China Selatan dan Caribbean. Santan juga sering digunakan sebagai
bahan dalaman makanan. Oleh sebab itu, nasi lemak telah dikaitrapat
dengan penggunaan santan dalam nasi untuk menjadikan rasa nasi itu
berlemak dan bercampur dengan sambal ikan bilis. Menurut kepada sejarah,
Nasi Lemak berasal dari tanah Semenanjung Malaysia. Pada zaman dahulu,
Nasi Lemak juga selalu jadi hidangan waktu majlis perkahwinan. Nasi Lemak
menjadi popular di sesetengah negara Asia lain contohnya Thailand,
Singapura, Indonesia.
KUMPULAN 1 07
Nasi lemak ialah makanan yang dijual dilipat menjadi segi tiga,
selalunya dibungkus dengan daun pisang dan surat khabar. Hidangan
tradisional ini merupakan hidangan sarapan pagi dan minum petang
kegemaran rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura. Hal ini kerana
nasi yang dimasak dalam santan akan meningkat rasa lemak yang
enak. Daun pandan kadangkala juga dimasukkan semasa memasak
nasi lemak untuk meningkatkan perasaan aromanya. Di samping itu,
nasi lemak ini boleh didapati bukan sahaja dari seluruh Malaysia dan
Singapura, malah di pantai timur Sumatera, Indonesia, khususnya di
Riau, Jambi dan Sumatera Utara.
Di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera, nasi lemak
adalah amat terkenal. Di Jakarta pula, santapan seperti nasi lemak
ini dikenali sebagai nasi uduk, manakala di Jawa Tengah dikenali
sebagai sega liwet atau nasi liwet. Manakala di Aceh, sajian serupa
nasi lemak dikenali sebagai nasi savory. Kini, pelbagai jenis lauk pauk
ditawarkan dengan nasi lemak dan diterima ramai sebagai sumber
pendapatan peniaga.
KUMPULAN 1 08
SUMBANGAN
Nasi Lemak
KEPADA NEGARA
1
MENJADI ALAT PERPADUAN KAUM
Tanpa kita sedar dengan kewujudan nasi lemak
telah menjadi satu alat menyatupadukan kaum
di Malaysia. Hal ini demikian kerana nasi lemak
bukan sahaja menjadi makan tradisi kaum
Melayu malah semua kaum di Malaysia sangat
menikmati nasi lemak. Nasi lemak menjadi
hidangan yang diminati untuk dijadikan sarapan
pagi. Boleh dikatakan setiap gerai makan di
Malaysia menyediakan nasi lemak. Tidak kira
sama ada gerai kecil atau kedai makan yang
hebat seperti restoran makanan segera juga
menyediakan nasi lemak sebagai hidangan
sarapan pagi.
Selain itu, cara kewujudan nasi lemak
menyatupadukan kaum ialah setiap kaum di
Malaysia telah mengolah nasi lemak mengikut
kesesuaian masing-masing. Nasi lemak diolah
sesuai dengan rasa yang dikehendaki oleh
setiap orang tidak kira usia mahupun budaya.
Banyak makan di Malaysia telah menjadi salah
satu punca perpaduan negara.
KUMPULAN 1 09
2
MENJADI DAYA TARIKAN
PELANCONG LUAR
Industri pelancongan dapat
mempublikasikan warisan budaya yang ‘tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’
ke persada dunia. Sajian nasi lemak sudah
semestinya menjadi pilihan setiap rakyat
Malaysia patutlah dipromosikan oleh
industri pelancongan kepada pelancong
luar. Hidangan nasi lemak yang dimasak
menggunakan santan kelapa disertakan
telur yang direbus, sedikit potongan timun,
ikan bilis yang digoreng, kacang goreng
serta sambal. Hidangan yang tidak pernah
dicuba oleh para pelancong ini dapat
menambahkan selera baharu mereka
seterusnya menarik perhatian mereka untuk
mengeksplorasi Malaysia.
Peranan nasi lemak boleh dikatakan salah
satu peranan yang amat penting kerana
banyak menawarkan dalam usaha
meningkatan populariti dalm industri
pelancongan di negara kita. Perasaan ingin
menjamah sajian dari sesebuah negara
khususnya Malaysia diwujudkan dalam
kalangan para pelancong yang datang
dari negara lain dari serata dunia. Rutin
sajian yang selalu menjadi kesukaan
mereka ialah nasi lemak dan disertakan
dengan teh tarik menjadi kegemaran setiap
rakyat Malaysia apabila menikmati
sarapan pagi.
10 KUMPULAN 1
3
MENJADI WARISAN
TURUN-TEMURUN KEPADA
GENERASI AKAN DATANG
Nasi lemak yang merupakan warisan turun-
temurun oleh nenek moyang di negara kita
harus dikekalkan kerana ia melambangkan
dan mencerminkan identiti sesebuah
negara dan bangsa. Makanan tradisi ini
mampu mengetengahkan warisan budaya
Malaysia dan tanpa kita sedar, nasi lemak
merupakan makanan tradisi warisan
budaya Malaysia yang mampu menyatukan
masyarakat dan mencerminkan
kebudayaan setiap bangsa.
Nasi lemak yang merupakan makanan
warisan negara kita sewajarnya
dilestarikan bagi mengelakkan warisan
sesebuah bangsa itu pupus ditenggelami
zaman. Hal ini demikian kerana nasi lemak
merupakan makanan warisan daripada
nenek moyang kita yang harus dipelihara
dengan sebaik-baiknya agar dapat
diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Semua pihak seharusnya memainkan
peranan yang penting dalam
mempertahankan dan menjadikan nasi
lemak sebagai satu identiti kaum, negara
dan maruah bangsa.
KUMPULAN 1 11
“BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT”
KUMPULAN 1
12
KEPENTINGAN UNTUK MENGEKALKAN
KELESTARIAN MAKANAN TRADISI
Nasi Lemak
Malaysia adalah sebuah negara yang
terkenal dengan tiga kaum utamanya, iaitu
Melayu, Cina, India dan beberapa
perhimpunan etnik, contohnya,
Kadazandusun, Bajau dan Iban yang
sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan
Sarawak. Situasi ini telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang luar biasa
dengan kepelbagaian bangsa, budaya,
adat, tradisi, gaya hidup, agama dan lain-
lain. Budaya Malaysia mempunyai sejarah
yang kaya dan unik yang telah wujud
selama bertahun-tahun. Semua rakyat di
Malaysia harus sentiasa berusaha untuk
mengekalkan budaya dengan mengikuti
garis panduan daripada kerajaan dan
mengambil tindakan untuk melindungi
warisan negara yang bakal diwarisi oleh
generasi akan datang. Jabatan Warisan
Negara adalah antara badan yang penting
dalam membantu melakukan perkara ini,
dan Akta Warisan Negara 2005 diwujudkan
untuk membantu melindungi dan memulihara
Warisan Negara dan budaya Malaysia.
Maka, sebagai individu yang bersemangat,
darah kita telah bergerak melalui tradisi
nenek moyang kita. Zaman yang berterusan
telah dikurniakan dengan mengikuti warisan
sosial kaum supaya ia terus makmur
sepanjang zaman.
KUMPULAN 1 13
Makanan tradisional melambangkan
sebuah identiti negara.
Nasi Lemak, makanan tradisional yang digemari oleh
masyarakat kita bukan sahaja bangsa Melayu,
bahkan bangsa India, Cina dan Iban. Begitu juga
pelancong-pelancong asing yang datang ke
Malaysia. Ibarat ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.', sekalipun Malaysia kini telah mencapai
negara maju Nasi Lemak tetap menjadi perhatian
rakyat. Oleh itu, rakyat kini memainkan peranan
penting dalam membentuk keperibadian negara
Malaysia dengan menerapkan legasi kaum dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, perbuatan
menyampaikan makanan tradisional seperti Nasi
Lemak harus dilihat semasa perayaan atau majlis-
majlis rasmi dan sosial setiap kaum. Maka, ini dapat
menunjukkan bahawa makanan adat kita mewakili
kepelbagaian bangsa, agama dan etnik negara kita
bukan sekadar memuaskan kelaparan atau alat
pemasaran namun ia merupakan sumber
kebanggaan dan identiti negara bagi masyarakat
Malaysia.
Makanan tradisional tanpa henti
menyelamatkan warisan masyarakat kaum.
Menurut latar belakang masyarakat Malaysia,
makanan tradisi adalah komponen penting untuk
menggambarkan keunikan serta imej sesuatu bangsa
dan budaya. Setiap kaum memperoleh makanan
tradisi dari nenek moyang turun kepada anak cucu
dan harus terpelihara daripada unsur-unsur barat.
Sejumlah 100 jenis makanan adat pelbagai kaum
telah direkodkan sebagai Masakan Warisan Awam
pada tahun 2009, yang menggabungkan Laksa,
Asam Pedas, Lemang, dan pelbagai lagi. Ini
merupakan usaha-usaha kerajaan dalam memelihara
dan mengekalkan makanan-makanan tradisi negara
kita daripada ketandusan dalam peredaran masa.
Maka dengan mempraktikkan makanan tradisional
di negara kita, terbukti bahawa melestarikan
warisan negara ini adalah sangat penting.
KUMPULAN 1 14
Makanan adat tradisi Makanan tradisional yang diwarisi
mewujudkan ekonomi awam. menggalakkan perpaduan dan
integrasi nasional.
Keadaan semasa ini boleh ditunjukkan oleh
kebanjiran pelancong luar negara yang Nasi Lemak mampu membantu menyatukan
melonjak tahun ke tahun. Ini adalah hasil sistem sosial negara. Ia juga boleh
daripada kualiti yang menarik perhatian luar meningkatkan kualiti hidup bagi penduduk
biasa negara yang boleh mencuri hati setempat dan rasa bangga dengan komuniti
pelancong. Para pelancong akan membeli mereka. Ini boleh membuka jalan kepada
makanan-makanan tradisional misalnya, Nasi usaha serius kerajaan untuk mengeratkan
Lemak, Nasi Dagang, untuk mencuba rasa dan hubungan antara rakyat dan masyarakat
menjadi terpersona sehingga membeli lebih berbilang kaum dan agama di Malaysia.
banyak dan membawa pulang ke negara Seperti yang sedia maklum, Nasi Lemak
mereka. Sehubungan itu, mereka membantu bukan sahaja disukai oleh orang Melayu
memartabatkan negara kita ke mata dunia. tetapi juga diminati oleh bangsa lain seperti
Oleh itu, makanan tradisional mempunyai bangsa Cina, India, Iban dan lain-lain.
banyak makna bagi masyarakat Malaysia Terbukti bahawa makanan tradisional adalah
dan ia harus lebih berkualiti serta lebih aset negara yang perlu diberi perhatian dan
mampan kerana ia berharga untuk identiti dititikberatkan elemen budaya serta sejarah
nasional Malaysia. sesuatu tempat.
KUMPULAN 1 15
Makanan turun temurun membantu
untuk membangunkan naratif
kebangsaan yang menarik.
Apabila makanan tradisi seperti Nasi
Lemak dipersembahkan dengan keunikan
tersendiri, dengan “positive influence” yang
memikat, ia akan membangunkan mesej
kepada orang ramai. Negara yang kaya
dengan budaya seperti Malaysia juga
meningkatkan daya saing dengan menarik
bakat dan perniagaan melalui warisan
budaya seperti makanan tradisional. Ini
merupakan faktor dalam pemuliharaan
warisan sejarah, menyokong pelancongan,
pembaharuan komuniti, dan pembangunan
luar bandar. Dalam industri makanan dan
pelancongan, makanan tradisional seperti
Nasi Lemak bukan sahaja merupakan aset
terpenting negara malah dapat
melahirkan modal insan yang beridentiti
nasional dan patriotik. Nasi Lemak juga
mampu menyokong dalam meneruskan
adat dan tradisi budaya untuk diwarisi
secara turun-temurun. Ini boleh
mengelakkan kepupusan dan kehilangan
amalan budaya dalam masyarakat, bak
kata pepatah Melayu "biar mati anak,
jangan mati adat".
KUMPULAN 1 15
16 KUMPULAN 1
Nasi Lemak merupakan salah
satu makanan tradisional orang
Melayu yang
paling popular
di Malaysia
17 KUMPULAN 1
CARA UNTUK MENJAGA KELESTARIAN
Nasi Lemak
Pengusaha perlu mempelbagaikan produk Nasi Lemak yang sedia ada
Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian bagi sesuatu produk akan menarik minat para
pelanggannya. Misalnya, pelbagai produk berasaskan nasi lemak seperti burger nasi
lemak, spaghetti nasi lemak, kek nasi lemak dan nasi lemak dalam bentuk sushi
merupakan antara menu unik yang menarik perhatian pelanggan. Dalam konteks ini,
produk-produk nasi lemak yang mempunyai keunikan dapat memupuk minat masyarakat
terutamanya generasi muda terhadap makanan tradisional ini. Jadi, pengusaha harus
memainkan peranan diri dalam usaha melestarikan nasi lemak sebagai makanan
tradisional Malaysia supaya dapat dirasai oleh generasi yang akan datang.
KUMPULAN 1 18
Golongan tua harus mengajar cara
penyediaan Nasi Lemak kepada
golongan muda
Makanan tradisional seperti nasi lemak dapat
menunjukkan warisan budaya kaum. Warisan
budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai
identiti tersendiri. Oleh itu, golongan tua perlu
mengajar cara penyediaan nasi lemak kepada
golongan muda supaya mereka dapat
mempelajari resepi tersebut. Misalnya, ibu
boleh melakukan aktiviti memasak bersama
dengan anak-anak supaya mereka dapat
mengetahui cara untuk membuat nasi lemak
menjadi enak. Hal ini dapat memupuk minat
mereka terhadap makanan tradisi tersebut dan
juga memastikan makanan tradisional ini
diwarisi secara turun-temurun. Dengan itu,
makanan tradisional ini dapat dikekalkan dan
tidak ditelan zaman. Oleh itu, jelaslah bahawa
golongan tua berperanan untuk
memperkenalkan dan mengajar cara
penyediaan nasi lemak kepada generasi muda
bagi melestarikan dan mengekalkan makanan
tradisional tersebut.
KUMPULAN 1 19
Usaha untuk mempromosikan
Nasi Lemak
Selain itu, usaha untuk mempromosikan
makanan tersebut juga perlu diutamakan
oleh semua pihak. Bagi pihak kerajaan,
pihak tersebut boleh menganjurkan
program seperti pesta dan kongres
mengenai nasi lemak melalui pakej
pelancongan. Melalui pakej
pelancongan tersebut, semua pelancong
akan tertarik dengan keunikan nasi lemak
lalu kelestarian makanan tersebut dijaga.
Bagi pihak media massa, media
elektronik pada masa kini amat selaras
dengan pemikiran generasi belia
sekarang, dan media ini
bertanggungjawab untuk menghebahkan
dan menyebarkan maklumat tentang
keunikan nasi lemak. Rancangan media
massa seperti TV3 sebagai platform untuk
membuat pengiklanan terhadap industri
tersebut selari dengan gaya hidup
generasi belia pada alaf baru ini.
KUMPULAN 1 20
Bantuan dan galakan kepada industri Nasi Lemak
Seterusnya, pihak kerajaan juga merupakan peranan yang penting dalam menjaga
kelestarian makanan tersebut. Pihak kerajaan boleh memberi bantuan dan galakan
yang berkesan kepada industri nasi lemak. Pengusaha baharu yang menceburi industri
tersebut sangat memerlukan bantuan dan dorongan yang berterusan untuk meneruskan
perniagaannya. Bagi pihak kerajaan, pihak tersebut boleh menyumbangkan bantuan
modal memulakan industri dan khidmat nasihat yang berterusan untuk melangsungkan
perniagaannya. Sebagai contoh, kerajaan sepatutnya membuka banyak kursus
berkaitan industri makanan tradisional seperti Kursus Pengendali Makanan 2022 (Kursus
Di Mana-mana Sahaja). Kerajaan juga perlu menyediakan alat teknologi moden yang
penting untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti industri nasi lemak. Hal ini demikian
pengeluaran produk industri nasi lemak yang semakin meningkat dan bermutu penting
untuk mewujudkan daya saing antara pengusaha industri tersebut supaya pengguna
dapat menikmati nasi lemak lebih enak. Penggunaan jentera yang moden amat penting
untuk penghasilan produk industri makanan tradisional yang berkaitan dengan
pembuatan produk nasi lemak supaya dapat menarik lebih ramai pengusaha yang
berminat menceburkan diri dalam industri tersebut.
KUMPULAN 1 21
MAKANAN TRADISIONAL
Nasi Lemak
Malaysia merupakan sebuah negara yang
terdiri daripada rakyat yang berbilang
kaum. Negara kita kaya dengan pelbagai
jenis makanan tradisional mengikut kaum
di Malaysia. Keistimewaan dan keenakan
makanan tradisional ini bukan sahaja
sekadar memenuhi selera sesetengah
individu, malah sebenarnya nasi lemak
juga mampu bertindak sebagai satu
identiti Malaysia.
22 KUMPULAN 1
A k h i r k a t a n y a , kami berasa amat bangga untuk
membentuk sebuah kesimpulan bagi menggambarkan penyatupaduan etnik di
Malaysia melalui makanan tradisional iaitu nasi lemak. Kalau kita hidangkan
beberapa bungkus nasi lemak di atas meja, kita dapat melihat hasilnya dimana
semua kaum akan duduk semeja yang sama sambil menikmati nasi lemak yang
dihidangkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya ‘makan nasi lemak’
mampu menguatkan integrasi antara kaum walaupun mereka mempunyai pemikiran,
agama, kaum, latar belakang, generasi, etnik serta politik yang berbeza.
Sebenarnya, nasi lemak itu menjadi kuasa penyatuan rakyat dan membina identiti
rakyat kerana di meja itulah mereka gelak ketawa dan berbual-bual.
Makanan tradisional seperti nasi lemak yang membantu memaparkan senario ini
merupakan sesuatu yang istimewa dan tidak senang untuk difahami dan diterangkan.
Begitu juga sebaliknya ketika makanan tradisional berbagai kaum diterima oleh
semua lapisan masyarakt dan menjadi makanan kegemaran masyarakat dan etnik
yang lain contohnya char kuey tiow, roti canai dan nasi dagang. Sikap keterbukaan
dan kompromi kita untuk menerima keunikan masing-masing jelas ditunjukkan melalui
makanan tradisional. Sebagai impaknya, kami telah menganggap makanan
tradisional sebagai identiti rakyat Malaysia dan kami berasa amat bangga dan
besar hati untuk menikmati bersama sahabat-sahabat yang lain.
Begitulah Malaysia, sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik tetapi
masih menghidupkan suasana harmoni dan aman damai yang jarang dilihat di
negara lain. Kita masih bersikap syukur terhadap setiap rakyat melalui perkongsian
budaya dengan mengekalkan penghormatian agama masing-masing. Asimilasi
setiap kaum di Malaysia dalam segi cara hidup dan makanan harian telah
membentuk komuniti yang istimewa dan bersatu. Bukan sahaja kita dapat
mewujudkan keamanan dalam masyarakat berbagai kaum dan etnik, keenakan
makanan itu juga dinikmati oleh semua orang sehingga menjadi kebanggaan
Malaysia dan dicemburui oleh kebanyakan negara di dunia ini.
KUMPULAN 1
23
rujukan
NASI LEMAK
Syafiq Syazwan. (2020, May 30). Cara mengekalkan makanan tradisional. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=-XOhZxWALF0
Khai Azfar. (2020, September 25). Pelik Atau Menarik? Ini 13 Ciptaan Unik Berasaskan Nasi Lemak. Murai
MY.
https://murai.my/2020/88149/pelik-atau-menarik-ini-13-ciptaan-unik-berasaskan-nasi-lemak/
Cabaran Cabaran. (2021, May 7). Cara Mengekalkan Makanan Tradisional. Cabaran Cabaran.
https://cabaran-cabaran.blogspot.com/2021/05/cara-mengekalkan-makanan-tradisional.html?m=1
Sakinah. (2021, April 30) Cara mempromosikan Makanan Tradisional. Site Title.
https://caramempromosikanmakanantradisional.car.blog/2021/04/30/cara-mempromosikan-makanan-
tradisional/
Mudiana Mokhsin. (2021, May 10). Kuih Tradisional Tempatan Diancam Kepupusan. Dewan Budaya.
https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2021/05/10/232/
Buletin TV3. (2019, May 5). Usaha Pelihara Makanan Tradisi. YouTube. https://www.youtube.com/watch?
v=UKL1MpTUzYg
Bernama. (2019, April 23). Tengku Permaisuri Selangor rasmi Kongres Makanan Warisan 2019. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/04/556422/tengku-permaisuri-selangor-
rasmi-kongres-makanan-warisan-2019
SLPM Bersih Berseri. (2006). KURSUS PENGENDALI MAKANAN ONLINE DIIKTIRAF (KKM).
https://bersihberseri.com/perkhidmatan/
Wong Li Ting. (2011, November 14). USAHA-USAHA MENJAYAKAN INDUSTRI TRADISIONAL
http://bmngaifen.blogspot.com/2011/11/usaha-usaha-menjayakan-industri.html?m=1
Zainudin, D. Z. (2015, April 21). Itqan: Nasi Lemak promosi perpaduan etnik di Malaysia. Nasi lemak
promosi perpaduan etnik di Malaysia. Retrieved December 28, 2022, from
http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/04/nasi-lemak-promosi-perpaduan-etnik-di.html
Jamiyil, N. H. B. (2017, November 22). Warisan Budaya, Dilupa Jangan : Klik web DBP. Klik Web DBP RSS.
Retrieved December 28, 2022, from http://klikweb.dbp.my/?p=12510
dapuribu.co. (2020, December 28). Facebook. Didapatkan dari Facebook:
https://www.facebook.com/119057576674482/posts/kepentingan-mengekalkan-makanan-
tradisionalmalaysia-merupakan-sebuah-nagara-terc/154762549770651/
Fauzi, S. N. (2022, Februari 27). umk.edu.my. Didapatkan dari emk.edu.my:
http://umkeprints.umk.edu.my/12475/1/SITI%20NURFARHANAH%20BINTI%20CHE%20FAUZI%20C18A0420.pdf
Ontario, K. P. (2022, Jun 2). Ontario. Didapatkan dari Ontario:
https://www.ontario.ca/document/environmental-scan-culture-sector-ontario-culture-strategy-
background-document/importance-culture
24 KUMPULAN 1
KUMPULAN 1 - NASI LEMAK