The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022_2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlizanzainuddinabdullah, 2022-03-17 08:43:05

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022_2023

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022_2023

23

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

3 GELOMBANG ( 13 tahun) PPPM 2013-2025
1. Gelombang 1 (2013 – 2015)
2. Gelombang 2 (2016 – 2020)
3. Gelombang 3 (2021 – 2025)

5 Aspirasi Sistem
1. Akses – 100% enrolmen merentas semua
peringkat pendidikan daripada
Prasekolah hingga menengah atas menjelang
tahun 2020.
2. Kualiti –Negara dalam kelompok sepertiga
teratas dalam pentaksiran
antarabangsaseperti TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun.
3. Ekuiti – 50% pengurangan dalam pencapaian
( luar-bandar, bandar, sosiekonomi,
gender) menjelang tahun 2020.
4. Perpaduan – Sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai
kepelbagaian.
5. Kecekapan – Sistem yang memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut
peruntukansedia ada.

51

24

11 ANJAKAN PPPM

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada 11 ANJAKAN PPPM
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan
penghayatan nilai.
4. Tranfomasi keguruan sebagai profesion
pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan disetiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
8. Mentranfomasi kebolehupayaan dan kepasiti
penyampaian Kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan
sector swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
stiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti
awam secara langsung.

52

CUTI UMUM NEGERI SARAWAK TAHUN 2022/2023 25

CUTI UMUM 2022

53

Pembayaran Gaji 26

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022
(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

PEMBAYARAN GAJI

54

PELAN SEKOLAH KEBANGSAAN ENTUBUH, SERIAN 27

PELAN KAWASAN SEKOLAH

55

PELAN KECEMASAN SK ENTUBUH SERIAN 28

Tapak PELAN KECEMASAN
berkumpul

jika
kecemasan

berlaku

56

29 PENGURUSAN PENTADBIRAN &
JAWATANKUASA INDUK
PENGURUSAN
PENTADBIRAN &
JAWATANKUASA INDUK

PENTADBIRAN

57

58

59

60

61

30DASAR SEKOLAH

DASAR SEKOLAH

62

1. DASAR KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah core business bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar
di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat dan
keperluan
Kementerian Pendidikan Malaysia serta aspirasi Jabatan Pendidikan Selangor.
Dasar
yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada hala tuju dan pengurusan
akademik
sekolah ini dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Mematuhi standard kualiti pengurusan akademik KementerianPendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Selangor dan sekolah.
3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
perdana
sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya progrm akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik diberikan keutamaan.

63

4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum
tarikh
mesyuarat.
4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan
pelepasan dan
kebenaran guru besar.
5.0 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha.
5.2 Semua fail diletakkan di pejabat.
6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
6.1 Sistem KSSR : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan
Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Dunia Sains dan
Teknologi/
Sains, Sejarah, Dunia Muzik/Muzik, Dunia Seni Visual, RBT/TMK dan
Bahasa
Iban.

64

7.0 DSK, DSKP, RANCANGAN TAHUNAN DAN
RANCANGAN PENGAJARAN

HARIAN SERTA BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR.

7.1 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan
Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan dalam fail panitia oleh setiap
guru.
7.2 Semua rancangan tahunan hendaklah disiapkan/dilengkapkan tidak
lewat dari
31 Januari tahun berkenaan.
7.3 Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
7.4 Rancangan pengajaran harian mengandungi 5 perkara asas
i. Tajuk/Isi Pelajaran
ii. Objektif
iii. Aktiviti
iv. KBBK
v. Refleksi
7.5 e-Rekod Pengajaran Harian (e-RPH) perlu dihantar diupload ke dalam
Google Drive SK Entubuh setiap hari Ahad pada setiap persekolahan
minggu berkenaan untuk disemak oleh Guru Besar/PK.
7.6 Semua guru mesti membawa sesalinan RPH setiap kali
masuk ke dalam kelas untuk tujuan PdPc.

65

8.0 JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
8.3 Mengikut dasar panggilan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan
kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
8.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu.
9.0 GURU GANTI
9.1 Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod danmemaklumkan
Guru
Besar dan GPK 1 serta mencatat dalam buku kehadiran guru.
9.2 Mencari pengganti terlebih dahulu.
9.3 Menyediakan bahan pengajaran guru ganti.
9.4 Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
9.5 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh GPK1.
10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
10.1 Isnin dan Selasa - 7.30 – 1.00 petang
10.2 Rabu dan Khamis – 7.30 – 12.30 petang
10.3 Jumaat – 7.30 – 12.00 tengah hari
* Waktu berubah mengikut akta/ Pekeliling Ikhtisas semasa.

66

31
67
JAWATANKUASA KURIKULUM

32
68
JAWATANKUASA PANITIA
MATA PELAJARAN

Pengurusan Panitia

12.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah
pengawasan
Ketua Panitia mata pelajaran.
12.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
12.2.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik,
Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi.
12.2.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan
TOV/ETR kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kiraOT1 dan
headcount murid.
12.2.5 Ketua Panitia bertanggyngjawab menyediakan anggaran
belanjawan tahunan bagi tahun berikutnya.
12.2.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi
peraturan kewangan.

69

TAKWIM MEMPERKASAKAN PANITIA SK ENTUBUH 2022/2023

70

71

72

32
73
JAWATANKUASA PENGESANAN DLP

74

11.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

11.1 Bagi sistem KSSR kaedah Pentaksiran Kendiri Berasaskan Sekolah
PKBS dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – KSSR dijalankan dengan
instrumen yang di khususkan. Pentaksiran dijalankan dan dilaporkan
sebanyak 3 kali setahun.
11.2 Bagi murid di tahun 6 semua murid akan menduduki Pentaksiran
Kendiri Berasaskan Sekolah PKBS yang mengandungi beberapa elemen
pentaksiran antaranya:

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
2.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
3.Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)
11.3 Bagi murid di tahun 5 pentaksiran akhir tahun diselaraskan soalannya
oleh Majlis Guru Besar dijadikan TOV untuk tahun 6.
11.4 Format Peperiksaan
11.4.1 Format – mengikut kesesuaian dan tahap murid.
11.4.2 Semua pengendalian mengikut standard pentaksiran yang sebenar.
11.4.3 Masa mengikut pentaksiran kendiri dan kesesuaian sekolah.
11.5 Jadual Pengawasan Pentaksiran.
11.5.1 Disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan PK
Pentadbiran.
11.5.2 Jadual Pengawasan mengikut jadual peribadi.
11.5.3 Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.
11.6 Rekod Markah
11.6.1 Skor Tahap Penguasaan pentaksiran direkodkan dalam borang PBD
mengikut mata pelajaran masing-masing.
11.6.2 Markah skor pentaksirandimasukkan ke dalam rumusan skor PBD
secara atas talian Google Drive Sekolah mengikut tarikh yang ditentukan.
11.6.3 Slip keputusan pentaksiran PBD yang lengkap diserahkan kepada ibu
bapa murid bagi pentaksiran fasa 1 dan fasa 2.

75

12.0 PEMANTAUAN

12.1 Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan
dicerap sebanyak 2 kalisetahun secara rasmi.
12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/ PK/Ketua Panitia
mengikut
Jadual Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan
masa
yang sesuai untuk dicerap.
12.1.4 Ketua-ketua panatia juga digalakkan mencerap guru-guru di
bawah
panitia masing-masing.
12.1.5 Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.

76

12.3 Bilik-bilik Khas

12.3.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan sekolah.
12.3.2 Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatan kuasa mesti
diujudkan.
12.3.3 Keselamatan bahan dan perlatan hendaklah diutamakan pada
setiap masa.

77

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
TAHUNAN PANITIA

13.1 Dasar Perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa
mesyuarat
Kewangan setiap panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian
buku
dan peralatan bantu belajar kepada GPK 1.
13.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaran dan verifikasi
tahunan
mesti mengikut arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
13.3 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang
suwa yang sedia ada.

78

14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER
DAN BAHAN BACAAN

14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program Nilam.
14.4 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
14.5 Waktu ketiadaan guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk
mencari maklumat.
14.6 Program Nilam Pusat Sumber akan diselia oleh sepenuhnya oleh
guru-guru bahasa.
14.7 Penyemakan Buku Nilam murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru
bahasa bagi 3 bahasa.
14.8 Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh guru PSS.
14.9 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset
panitia.

79

15.0 PROGRAM PENINGKATAN
AKADEMIK

15.1 Semua program utama yang berlangsung
dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan
panitia.
15.2 Dasar kurikulum menyokong penuh
semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik
adalah nadi membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program
akademik.
15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas
cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.
15.5 Penglibatan semua penolong kanan
adalah wajib bagi penyelarasan Program
Akademik.

80

16.0 PERKEMBANGAN STAF

16.1 Kursus Dalaman
16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas menyerahkan minit curai kepada Guru Besar dan Penolong
Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus.
16.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila
dirasakan perlu atau atas penganjur kursus.
16.1.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan
untuk keperluan sendiri.

81

17.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

17.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akadmik di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
17.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjur oleh agensi-agensi luar ke arah memertabatkan
nama sekolah.
18.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
18.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akanberubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan negara.
18.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut
keputusan melalui mesyuarat pengurusan kurikulum.

82

DASAR HAL EHWAL
MURID (HEM)

83

2.1 PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai komitmen dan tekad terhadap prestasi murid
khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka, atas dasar inilah
matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan
akhlak serta diisiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga
mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan yang cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana
sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-
muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program
yang dianjurkan oleh Unit HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai.
Kerjasamayang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan
ini.
2.2 MATLAMAT PROGRAM HEM
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsia murid supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif
dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima bagi mennyuburkan
potensi kepimpinan.

84

2.3 OBJEKTIF
• Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Peengurusan Hal
Ehwal Murid.
• Menghasilkan satu program Hal Ehwal murid yang dapat membantu
kecemerlangan
di peringkat sekolah.
• Membantu dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan.

85

2.4 STRATEGI PELAKSANAAN BAGI
MENCAPAI MATLAMAT

2.4.1 Sistem Pendaftaran Murid.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti
berikut:
- Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
- Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.
- Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan
maklumat murid sebelum akhir Februari.
2.4.2 Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
- Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah.
- Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah tanda nama.
- Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid
Tahun 3 hingga Tahun 6.
- Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
a. Pencalonan oleh guru kelas
b. Kursus pelaksanaan tugas dan anggungjawab.
c. Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
d. Majliis watikah pelantikan.

86

2.4.3 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar
peraturan.

2.4.4 Pelaksanaan Program-program Kesihatan
 Memastikan pelaksanaan Rancangan makanan Tambahan (RMT) mencapai sasaran
dan matlamat pelaksanaan seperti berikut:
o Bilangan murid yang terlibat.
o Pemilihan murid yang tepat
o menu yang berkhasiat.
 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara
berfaedah.
o Cukup masa membeli makanan dan minumanberinteraksi dengan
kawan-kawannya.
o Bersedia untuk sesi pembelajaran yang seterusnya.
 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti;
o Pemeriksaan mata
o Pemeriksaan kuku dan rambut
o kesihatan dan kebersihan diri.
 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
o Pekerja kantin medapat suntikan dari Jabatan Kesihatan.
o Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.

o Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
o Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan
 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut:
o Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
o Gotong-royong
o Mengutip sampah dan memasukkan ke tong sampah secara spontan
bila menjumpainya.
o Tidak membuang sampah merata-rata.
 Mempertingkatkan Peranan Gru-guru
o Guru sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid
dalam sebarang tindakan yang diambil.
o Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK BUKAN
MENGHUKUM“.
o Semua guru pelu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
 Melaksanakan Sesi Kaunseling dan Motivasi
o Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak

akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti:
a. Sesi kaunseling individu
b. Sesi kaunseling kelompok
c. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah
d. Kem Jati Diri

87

 Pelaksanaan Modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat
o Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan
seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN“.
o Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan
perkara berikut:
a. Keselamatan jalan raya
b. Jenayah Juvana
c. Pertolongan cemas
d. Penyalahgunaan dadah

 Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar
o Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti:
a. Menyertai pertandingan melukis dan mewarna
b. Menyertai rombongan atau lawatansambil belajar
c. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik
d. Menyertai pertandingan sukan dan permainan

88

AKTIVITI- AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2021

1. Pendaftaran Prasekolah dan Tahun Sebelum sesi persekolahan awal
tahun bermula.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Memberi pendedahan ciri-ciri
pemimpin. Ketua Darjah dan P. Ketua Darjah
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Pada awal tahun sesi persekolahan.
Ketua Darjah dan P. Ketua Darjah
4. Sambutan Hari Guru Memberi peluang kepada murid mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran Dibuat 2 kali setahun, sekali pada penggal
pertama,sekali pada penggal kedua.
6. Sambutan Bulan Kemerdekaan Bermula pada 30 Ogos hingga 17
September.
7. Sambutan Hari Kanak-kanak Bergabung dengan Hari Kokurikulum
melakukan
aktiviti sukanneka, sukan, persembahan.
8. RMT Semua murid yang layak akan diberikan makanan pada waktu
rehat di kantin.
9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 Pada pertengahan Tahun. Kedua-
dua imunisasi ini dan 6 diberi oleh Klinik Kesihatan yang berhampiran.

89

10. Rawatan Pergigian Diberikan oleh Klinik Pergigian yang berhampiran.
Pihak sekolah perlu menyediakan bilik khas untuk doktor memberi
rawatan.
11. Pendaftaran murid Tahun 6 ke Pihak sekolah menyediakan dan
mendaftarkan selepas Tingkatan 1 peperiksaan UPSR. Murid-murid yang
layak dan ingin
memohon ke sekolah berasrama penuh juga diuruskan sekiranya ada
yang berminat.
12. Gotong-royong Perdana Peringkat Bekerjasama dengan pihak PIBG
dan pelbagai pihak Sekolah bagi memastikan persekitaran sekolah
selalu bersih
13. Bantuan Kebajikan Murid Murid-murid yang layak dibantu
berdasarkan gaji isi
(KWAPM, e-Damak, e-Kasih) rumah.
14. Sesi Kaunseling Menjalanlan programkaunseling bagi membantu
murid-
murid terutama yang bermasalah.
15 Program Maju Diri Dijalankan pada minggu keduasesi persekolahan
bermula. Murid-murid yang terlibat adalah dalam
kalangan murid Tahun 4, 5 dan 5.
16. Ceramah Keselamatan Bersama Bersama pihak polis bagi menjamin
keselamatan murid-
Murid. murid.

90

8 DASAR KOKURIKULUM
0

DASAR
KOKURIKULUM

91

DASAR 1

Tenaga Pengajar
1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan ataunaktiviti kokurikulum
dikenali sebagai guru penasihat.
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap
bidang berikut:
a. Persatuan
b. Beruniform
c. Sukan dan permainan
d. Satu murid satu sukan
1.3 semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan
seperti berikut:
a. menggubal perlembagaan
b. melantik jawatankuasa
c. merekod kehadiran murid
d. melaksanakan aktiviti harian
e. membuat penilaian
f. menyediakan laporan

92

DASAR 2

Penyertaan Pelajar
2.1 Semua pelajar Tahap 2 dimestikan menyertai setiap satu kegiatan bagi
ketiga-tiga bidang
berikut:
a. persatuan
b. beruniform
c. sukan dan permainan
d. satu murid satu sukan
2.2 Semua pelajar diberi kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin
disertai berdasarkan kegiatan-kegiatan yang ditawarkan oleh sekolah.

93

DASAR 3

Penjadualan Kegiatan
3.1 Kegiatan beruniform dan persatuan dijalankan pada setiap Rabu
secara bergilir.
3.2 Kegiatan sukan dan permainan serta 1Murid 1 Sukan di bawah
pengawasan penyelaras
masing-masing dan dijalankan mengikut jadual.
3.3 Semua kegiatan akan dijalankan mulai pukul 3,00 petang hingga
5.30 petang.
3.4 Kegiatan hanya boleh dibatalkan atas sebab-sebab berikut:
a. cuaca buruk
b. ada aktivti besar berlangsung di sekolah
c. atas arahan/kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan
Kokurikulum sahaja.

94

Dasar 4

Penghargaan
4.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan
kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah melalui kegiatan kokurikulum berbentuk:
a. barangan atau wang tunai
b. sijil penghargaan
4.2 Mewujudkan anugerah khas atlit harapan
kepada pelajar yang cemerlang dalam
kokurikulum.

95

PANDUAN TUGASAN
STAF SEKOLAH

96

1. Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada
segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.
Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan
juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya
membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat
akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion
keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan
bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencariaan semata-
mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan
dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih
daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan
murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda
sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan
dinamik serta cekap menjalankan tugas.

97

2. Kedatangan
2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu
belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan waktu balik
dari sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu
pihak sekolah
secepat mungkin.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah dalam
keadaan
kecemasan.

3. Keluar Waktu Mengajar
3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa mengajar
kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
daripada Guru Besar / Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalm
Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan
sebelum keluar.
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk murid
melalui Penolong Kanan.

98

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
4.1.1 Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Walaubagaimanapun, guru boleh
dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi daripada sepertiga jumlah
cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas
mengajar.
4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau
klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ialah
tidak melebihi 15 hari setahun.
4.2.2 Pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau
klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Kerajaan ialah tidak melebihi 180 hari dalam setahun.
4.2.3 Jumlah cuti sakit samada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit
kerajaan yang
boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam setahun di mana 90 hari
pertama diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya diluluskan oleh
Ketua Setiausaha.
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi
selepas
habis semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali
dalam
masa 4 tahun.
4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan
hendaklah
dihatar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
4.4 Cuti Rehat Khas
4.4.1 Cuti Rehat Khas sebanyak 7 hari bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.42 Cuti Rehat Khas bukanlah hak guru tetapi adalah merupakan kemudahan.

99

5. Pakaian

5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion Perguruan
dan
masyarakat timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi
guru
perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian
yang sesuai :-
5.4.1 Guru Perempuan – seluar trek / panjang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju
trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit.
5.4.2 Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang
sesuai,
kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah
tanpa tumit.

100


Click to View FlipBook Version