1 KANDUNGAN Senarai Rajah… 2 Prakata… 3 PENGENALAN… 4 METODOLOGI KAJIAN… 5 PENEMUAN DAN ANALISIS… 8 CADANGAN DAN SYOR… 17 Lampiran… 20 Glosari… 21 Bibliografi… 23 Indeks… 24 Biodata Penulis… 25 Sinopsis Buku… 26
2 SENARAI RAJAH HALAMAN Rajah 1: Alat GPS yang digunakan untuk mengetahui koordinat pillbox. 5 Rajah 2: Pita pengukur untuk mengukur panjang serta lebar pillbox. 6 Rajah 3: Pengkaji melakukan pemerhatian di pillbox dan kawasan sekelilingnya untuk merekodkan kerosakan. 7 Rajah 4: Lokasi pillbox di Kampung Pantai Baru. 8 Rajah 5: Ukuran pillbox Kampung Pantai Baru dalam bentuk lukisan. 10 Rajah 6: Hasil 3D yang menggunakan perisian maya sebagai tarikan pelancong dan pengetahuan kepada masyarakat sekeliling untuk menghargai sejarah tanah air. 18
3 PRAKATA Puji syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan pentaksiran akhir bagi laporan buku bergambar ini dengan tajuk Analisis Kerosakan Pillbox Tinggalan Zaman Perang Dunia II di Kampung Pantai Baru, Bachok, Kelantan sebagai sebahagian daripada program pengajian ini. Tugasan berkumpulan ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan akademik dalam memberi peluang untuk kami mengaplikasikan pengetahuan yang kami peroleh. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah subjek Konservasi II Non Organik kami, Puan Nur Athmar Binti Hashim kerana telah tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan yang tidak terhingga sepanjang penyediaan projek ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti kerana menyediakan peluang ini kepada kami untuk mempelajari dan memperluaskan pengetahuan dalam bidang kami. Sokongan dan kemudahan yang disediakan telah memainkan peranan yang penting. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan kami yang memberikan sokongan moral dan motivasi sepanjang tempoh penyediaan projek ini. Semangat dan dorongan dari mereka amat berharga dalam membantu kami. Akhir sekali, kami mengharapkan bahawa hasil tugasan berkumpulan ini akan memberikan manfaat dan sumbangan dalam bidang konservasi warisan. Kami berharap ia dapat dijadikan asas kepada penyelidikan atau perkembangan masa depan yang lebih mendalam dalam bidang ini. Segala galanya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga usaha dan pengorbanan semua pihak berbaloi dan dapat memberikan impak positif kepada komuniti serta industri yang berkaitan. Sekian, terima kasih.
4 PENGENALAN Pasukan tentera Jepun telah menduduki kawasan Malaysia dalam kejadian Perang Dunia II. Tentera Jepun telah menyerang negeri Kelantan pada 8 Disember dan Singapura pada 10 Disember 1941. Mereka telah menduduki seluruh kawasan Malaysia sepenuhnya pada 15 Februari 1941. Di Kelantan, majoriti pillbox terletak di kawasan berhampiran pantai di Bachok dan ada juga yang terletak di kawasan Kota Bharu, Machang, Tumpat, dan Kuala Krai. Tujuan mereka membina pillbox tersebut adalah untuk membolehkan para tentera British bagi mempertahankan kawasan itu daripada berlakunya sebarang pencerobohan. Ia adalah salah satu bukti kukuh tentang penglibatan Malaysia dalam Perang Dunia II. Menurut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), monumen adalah karya seni bina dan arca atau struktur jenis arkeologi dengan nilai sejagat yang berkaitan dengan sejarah warisan, seni atau sains (AW Kebangsaan, 2006). Pillbox ialah struktur pertahanan yang membolehkan tentera menentang serangan oleh pasukan lawan yang lebih tinggi. Banyak pillbox yang dibina di Malaysia kekal di tempatnya selepas peperangan berlaku. Kajian ini dijalankan adalah untuk memfokuskan kepada pillbox di Pantai Baru tentang Analisis Kerosakan Pillbox Tinggalan Zaman Perang Dunia II di Kampung Pantai Baru, Bachok, Kelantan.
5 METODOLOGI KAJIAN Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis secara pemerhatian untuk tindakan pemeliharaan dan pemulihan pillbox. Data yang diambil melalui kajian in-situ adalah koordinat, pengukuran, dan keadaan kerosakan pillbox. a. Koordinat Lokasi pillbox berada di D5 Jalan Bachok, Kampung Ummi, 16300 Bachok, Kelantan Penggunaan Global Positioning System (GPS) digunakan dalam menentukan koordinat pillbox di Pantai Baru, Bachok, Kelantan. Rajah 1: Alat GPS yang digunakan untuk mengetahui koordinat pillbox.
6 b. Ukuran Pengukuran pillbox ini diambil dengan menggunakan pita pengukur. Ketika pengkaji di tempat kajian lapangan, keadaan pillbox telah tenggelam separuh kerana persekitaran semula jadi seperti pasir di persisiran pantai. Keadaan pillbox tersebut diambil ukuran dengan keadaan yang sedia ada tanpa mengganggu struktur pasir yang menyebabkan ia tenggelam. Ketebalan bagi dinding pillbox berikut adalah 31cm sebanyak empat lapisan ketebalan. Struktur yang tebal membantu menghalang serangan musuh terhadap askar yang berada di dalam pillbox dan mampu melawan semula. Hasil pengukuran yang telah dibuat dan dijelaskan ke dalam bentuk 2D dan ukurunnya. Setiap dinding dikategorikan kepada dinding A, dinding B, dinding C, dinding D, dinding E, dinding. F, dinding G, dinding H, dan dinding I. Rajah 2: Pita pengukur untuk mengukur panjang serta lebar pillbox.
7 c. Kerosakan Penelitian secara kajian in-situ dilakukan untuk mengambil gambar kerosakan serta mencatat kerosakan pillbox. Struktur pillbox tersebut dalam keadaan sederhana kerana terdapat beberapa kerosakan seperti permukaan dan dalaman pillbox itu sendiri. Permukaan luaran pillbox mempunyai rekahan pada bahagian bucu dan bahan pembuatan seperti batu-batu sungai yang telah terkeluar dari tempatnya. Tambahan pula, bahagian dalaman pillbox terdiri daripada struktur kayu dan kerawat besi. Kerawat besi telah rapuh akibat proses pengaratan dan faktor kawasan yang berdekatan dengan air laut. Rajah 3: Pengkaji melakukan pemerhatian di pillbox dan kawasan sekelilingnya untuk merekodkan kerosakan.
8 PENEMUAN DAN ANALISIS a. Lokasi Kajian Pillbox Laporan lapangan ini berfokuskan terhadap konservasi monumen di Kampung Pantai Baru, Bachok. Kawasan sekeliling pillbox tersebut telah menjadi penempatan bagi masyarakat di sana. Kawasan Kampung Pantai Baru merupakan kawasan persisiran pantai yang menjadi antara sumber utama kepada masayarakat setempat untuk menjalankan aktiviti nelayan. Koordinat bagi kawasan pillbox tersebut ialah N 06°01.6655´, E 102°25.0123´. Bacaan koordinat ini diambil pada 17 Mei 2023. Pillbox berada di kawasan darat yang dikelilingi sumber semula jadi seperti semak belukar. Rajah 4: Lokasi pillbox di Kampung Pantai Baru.
9 b. Saiz Pillbox Kampung Pantai Baru Pengukuran pillbox ini diambil dengan menggunakan pita pengukur. Ketika pengkaji di tempat kajian lapangan, keadaan pillbox telah tenggelam separuh kerana persekitaran semula jadi seperti pasir di persisiran pantai. Keadaan pillbox tersebut diambil ukuran dengan keadaan yang sedia ada tanpa mengganggu struktur pasir yang menyebabkan ia tenggelam. Ketebalan bagi dinding pillbox berikut adalah 31cm sebanyak empat lapisan ketebalan. Struktur yang tebal membantu menghalang serangan musuh terhadap askar yang berada di dalam pillbox dan mampu melawan semula.
10 Rajah 5: Ukuran pillbox Kampung Pantai Baru dalam bentuk lukisan.
11 c. Kerosakan Pillbox Pantai Baru. Struktur pillbox tersebut dalam keadaan sederhana kerana terdapat beberapa kerosakan seperti permukaan dan dalaman pillbox itu sendiri. Permukaan luaran pillbox mempunyai rekahan pada bahagian bucu dan bahan pembuatan seperti batu-batu sungai yang telah terkeluar dari tempatnya. Tambahan pula, bahagian dalaman pillbox terdiri daripada struktur kayu dan kerawat besi. Kerawat besi telah rapuh akibat proses pengaratan dan faktor kawasan yang berdekatan dengan air laut. • Faktor manusia Bahagian Kerosakan Jenis Kerosakan Sebuah pondok didirikan di kawasan berdekatan pillbox sebagai kawasan istirehat untuk masyarakat setempat. Keadaan dalam pillbox yang dipenuhi timbunan sampah
12 Haiwan ternakan berkeliaran di kawasan pillbox tanpa pengawasan pengembala Kesan vandalisme pada bulatan merah yang dibuat bentuk “X”.
13 • Faktor Semula Jadi Bahagian Kerosakan Jenis Kerosakan Pemedapan pillbox yang menyebabkan kondisi pillbox dalam posisi senget. Pertumbuhan lumut di bahagian luar dinding pillbox.
14 • Faktor Fizikal Bahagian Kerosakan Jenis Kerosakan Kesan rekahan pada bucu dinding E dan dinding F. Keadaan kerawat besi yang berkarat dan dinding di sekelilingnya telah retak.
15 d. Analisis keadaan pillbox di Pantai Baru secara digital. Melalui penerangan grafik melalui penggunaan software “SketchUp”, penghasilan grafik ini dapat membantu pemahaman terhadap fizikal monumen kajian secara terperinci. SketchUp merupakan sebuah program yang mampu menghasilkan grafik 3D terhadap sesuatu struktur benda seperti rumah, bilik kereta dan juga monumen. Analisis Kerosakan Penerangan Penghasilan grafik pillbox Kampung Pantai Baru secara SketchUP ini dimulakan dengan membuat tapak Tapak yang dibuat seakan-akan pasir yang terdapat perubahan pasir yang terpadat pada permukaan kawasan sekitar pillbox. Penambahan bagi komponen grafik adalah pillbox berbentuk nonagon, pokok kelapa, dan bot-bot nelayan.
16 Melalui pandangan sisi, dapat dilihat permukaan pasir yang menurun apabila mendekati arah laut di tempat bot-bot nelayan tersebut. Posisi pillbox adalah senget dan bagi struktur dinding E dan dinding F mendap sehingga paras siling pillbox. Keadaan pillbox di bahagian dalam yang dipenuhi timbunan sampah.
17 CADANGAN DAN SYOR i. Pemuliharaan dan Pemeliharaan Pillbox Garis panduan bagi langkah pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan telah digariskan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) dalam melengkapi keperluan penjagaan nilai sejarah secara berterusan. Mengikut proses pemuliharaan ini berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pertama sekali perlu menyenaraikan nilai warisan yang terdapat pada pillbox Kampung Pantai Baru dan membuktikan ia sebagai warisan kebudayaan ketara. Nilai sejarah adalah termasuk proses pembuatan, keutamaan pembinaan dan sebagainya. Seterusnya setelah mendapatkan keputusan daripada JWN, proses pemuliharaan dijalankan mengikut prinsip yang digariskan seperti memanjangkan usia monumen, menghormati kualiti pillbox dan memberi peneguhan yang maksima terhadap struktur asal. Pelaksanaan ini adalah berkenaan proses bagi setiap prosedur seperti pemerhatian dalam tindakan konservasi, keperluan penambahbaikan dan sebagainya. Proses terakhir adalah mengikut garis panduan dokumentasi yang terbahagi kepada tiga bahagian. Tiga bahagian tersebut adalah sebelum pemuliharaan, semasa dan selepas. Setiap tindakan perlu dicatat untuk menjadi rekod sebagai rujukan pemuliharaan semula pada masa akan datang.
18 ii. Konsep 3D Sebagai Tarikan Pelancong Proses kelulusan bagi kenamaan pillbox perlu diteruskan dengan konsep tarikan pelancong. Keutamaan bagi kebanyakan tempat bersejarah haruslah menjemput masyarakat untuk mengetahui akan keunikan pillbox ini. Penghasilan 3D mempunyai beberapa kelebihan dalam mempromosikan pillbox sebagai warisan dan destinasi pelancongan. Dengan visualisasi yang realistik, pelawat dapat melihat dengan jelas penampilan dan butiran pillbox, manakala pembinaan semula sejarah membolehkan pemahaman yang lebih baik tentang nilai sejarahnya. Pengalaman interaktif dan keboleh capaian luas melalui pengeluaran 3D mengembangkan potensi lawatan dan penyebaran maklumat, manakala peningkatan pendidikan dan kesedaran mewujudkan rasa hormat dan keprihatinan terhadap pillbox sebagai destinasi pelancongan yang penting. Rajah 6: Hasil 3D yang menggunakan perisian maya sebagai tarikan pelancong dan pengetahuan kepada masyarakat sekeliling untuk menghargai sejarah tanah air.
19 iii. Keutamaan Persekitaran Mesra Pengunjung Tarikan pelancong yang dibuat perlu disediakan kawasan sekitar yang selesa untuk pelancong hadir dan meneliti keunikan pillbox. Penambahbaikan jalan raya untuk laluan masuk ke kawasan pillbox perlu dipertingkatkan untuk membantu pelancong berasa selesa dan mudah untuk melawat pillbox. Oleh kerana ketika ini hanya masyarakat setempat yang telah menetap lama sudah mendirikan kawasan perumahan. Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan pillbox mengikut syarat JWN, pastinya masyarakat yang berada di sana mampu menjalan aktiviti penginapan secara perniagaan dan kedai makan. Keperluan untuk meneruskan kehidupan bagi masyarakat yang telah lama berada di sana mampu mengaut keuntungan dengan kaedah tarikan pelancong dan penyediaan kawasan yang mesra pengunjung.
20 LAMPIRAN Pillbox Kampung Pantai Baru, Bachok, Kelantan
21 GLOSARI A Analisis ialah proses memecahkan topik atau bahan yang kompleks kepada bahagian yang lebih kecil untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenainya. Arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat membongkar tinggalan budaya masyarakat masa silam. B Budaya adalah cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. I In- situ ialah berada pada kedudukan yang asal atau normal. J Jabatan Warisan Negara adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga khazanah negara untuk dilindungi dan dikekalkan. K Koordinat ialah sebuah sistem untuk memberikan jujukan terhingga nombor kepada setiap titik dalam ruang dan dimensi. Konservasi adalah pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. M Monumen bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa yang penting.
22 Melestarikan mengekalkan perubahan dalam cara yang seimbang, di mana ekspoloitasi sumber semula jadi dan meningkatkan potensi masa kini dan masa depan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi manusia. P Pillbox sebuah kubu bulat yang diperbuat daripada simen untuk mesin- gan, anti kereta kebal dan sebagainya. Prosedur adalah cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu. Pelestarian ialah lestari yang membawa maksud tidak berubah- ubah, kekal atau tetap. Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan orang, institusi, tempat, atau fenomena yang ingin dikaji oleh pengkaji. Pendokumentasian satu laporan bertulis menghuraikan perincian reka ciptaan berkaitan pembinaan idea hingga penghasilan prototaip. R Realistik bersifat atau menunjukkan keadaan yang sebenar, gambaran yang diberikan dapat dikatakan. T Topografi ialah satu bidang sains planet terdiri daripada kajian bentuk dan ciri permukaan bumi dan objek astronomi boleh cerap lain termasuk planet, bulan dan asteroid. V Visualisasi adalah kejuruteraan dalam pembuatan gambar, carta atau animasi untuk penampilan suatu maklumat. W Warisan budaya ketara misalnya bangunan, monumen, buku, hasil seni dan artifak.
23 BIBLIOGRAFI 1. Artikel Jurnal Utusan Malaysia 2021 Enam kubu tentera Britis ada di dalam dasar laut Kelantan https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/enam-kubu-tentera-british-ada-didasar-laut-kelantan/ 2. Buku Crowley Roger, Empire of the Seas: How the Nevy Forged the Modern World, Faber, 2008 Ferguson, Niall, Empire: The Rise and Demise of the British World Order and the Lessons for Global Power, Basic Books, 2004 3. Tesis Nuraida Krim (2011) Kajian terhadap empat buah kubu Britsh di persiaran pantai Bachok, Kelantan. Undergraduate Final Project Report thesis. Loiziana Ak Richard (2012) Pemuliharaan Bangunan Bersejarah “Kubu Alice” bagi menyokong industri pelancongan warisan. 4. Artikel Intan Masliza Mohd Ali 2017 Kubu Britis, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan https://www.flickr.com/photos/151612630@N07/23954682278
24 INDEKS Analis, 9 Arkeologi, 4,5,6,7,8 Budaya, 8 In- situ,12,15 Jabatan Warisan Negara,5 Koordinat,5,11,13,15,20 Konservasi,8,9,11 Monumen,24,27,32 Melestarikan, 7,13,14 Pillbox,6,9,18 Prosedur 20,24,26,32 Persampelan, 9,25,37 Pendokumetasian,5,7,9,10,12,15,18,20,39 Realistik,7,21,32,45 Topografi,3,6,9 Visualisasi,7,45,13 Warisan budaya ketara,6,12,18,21,24,32,36
25 BIODATA PENULIS ADIBA BINTI ABD HAMID Lulusan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Serdang di Selangor pada peringkat rendah, lulusan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang di Selangor pada peringkat menengah, telah mendapatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang di Selangor dalam aliran Sejarah, saat ini sedang menyambung pengajian di tahap ijazah di Universiti Malaysia Kelantan dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MANSOR Lulusan Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Hassan Itam di Kedah pada peringkat rendah, lulusan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary di Kedah pada peringkat menengah, telah mendapatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah di Kedah dalam aliran Sejarah, saat ini sedang menyambung pengajian di tahap ijazah di Universiti Malaysia Kelantan dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. MUHAMMAD IMRAN BIN ISHAK Lulusan Sekolah Kebangsaan St. Paul, Tanjung Tualang, Perak pada peringkat rendah, lulusan Sekolah Menengah Agama Maahad Al Aziz, Parit di Perak, seterusnya mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit dalam aliran Sejarah. Seterusnya, menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kelantan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dalam elektif Konservasi. NURUL ALIYAH HANI BINTI NAZRI Lulusan Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat pada peringkat rendah, lulusan Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa di Negeri Sembilan pada peringkat menengah, telah mendapatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah di Kajang, Selangor dalam aliran Sejarah, saat ini sedang menyambung pengajian di tahap ijazah di Universiti Malaysia Kelantan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian.
26 SINOPSIS Buku bergambar ini dihasilkan untuk mendalami kajian yang berteraskan pillbox atau kubu peperangan yang berlokasi di Pantai Baru, Bachok, Kelantan tentang keupayaan pemulihan dan pelestarian sebuah pillbox yang sangat ternilai pada kejadian perang dunia II. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpul segala data-data yang terdapat pada pillbox berkenaan untuk dijadikan sebagai persampelan pada masa akan datang. Hal ini kerana pillbox yang dikaji ini mengandungi nilai-nilai sejarah yang sangat berharga dan harus dipulihkan agar dapat diwariskan kepada generasi mendatang. Kajian ini telah mengumpul sebanyak mungkin data dan ia membolehkan proses pendokumentasian data berkenaan dengan pillbox ini. Kesan daripada kajian ini akan dapat memberikan sumber kekuatan sejarah dan kepentingan dalam melestarikan warisan kita. Kajian ini penting untuk dilakukan adalah bagi menjaga dan merawat tapak atau monumen bersejarah supaya dapat dijadikan sebagai satu pendekatan dalam memahami dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat dalam kejadian perang dunia ke II yang terjadi di masa lalu.