MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
SESI 2 2021/2022
PERISTIWA 13 MEI
EN PIKRI BIN HJ. MOHAMAD
NUR AMALINA HUDA
(03DSB21F2011)
ANNYRA SYAMIMI ELYA
(03DSB21F2004)
NUR IZAWAFA (03DSB21F2009)
FARAH ASYIKIN (03DSB21F2016)
PENGENALAN`
ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik
dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah
daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA,
dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang
sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi
Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya
telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan
tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun,
terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti)
telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman
semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi
kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian
tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti
Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui
kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu
keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.Ia berlarutan hingga ke 13
Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13
Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris
telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10
Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti
tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke
Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah
Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi
sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari
Kuala Lumpur] Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang
negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di
tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang
besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi permohonan sudah terlambat.
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR DAN RUSUHAN PERTAMA
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari
Selasa, tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri
besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta
dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan
rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak
dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa
orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan
UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka. Pergaduhan ini
diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda.
Dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan
menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar
rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang Cina
yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya 8
orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.
Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan
Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk Keramat,
Kampung Pandan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul.Tentera dari Askar Melayu
lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
.
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk
mengambil alih kawalan. Rusuhan dapat dikawal dengan mengunakan gas pemedih
mata, perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh radio pada pukul
7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar mula
meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang tidak
tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak kerana
berdiri di depan koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing[nyatakan menurut
siapa?] menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke
arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.
Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80
orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah
orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan
juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat
dihantar untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh
pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam
keadaan yang tidak sempurna.
PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina
di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan
bahasa Cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu
masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada
dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung
tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang
Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar
Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan
kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung
Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuh raya tersebut dan mengakibatkan
kesesakan lalulintas dan kemalangan.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan
kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di
Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga
sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam
Federal, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob
Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala
Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-
sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah
terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari
Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan
Cheras.Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di
Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak,
Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan
Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM.
Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh
PKM.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik".
Seperti yang dinyatakan pergaduhan tidak berlaku di negeri seperti Kelantan,
Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, sudah tentu pada hari itu
orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri-negeri tersebut
seperti di selatan Thai.
PERSEPSI
Kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum Cina
yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan
pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat Melayu terhadap
kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai
pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis
berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian
Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan
bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan
dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut
mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang
sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh
"ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk
menumbangkan Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari
sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau
sebaliknya.Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit
Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di
Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di
Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya
kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata
Lim.
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka
untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih
kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih
kepada pengundi pada sebelah malamnya. Kedua-dua acara itu katanya telah
berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang
sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi
selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah
pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen
pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah
dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan
di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah
saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata
Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari
1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas
Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan
Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen
ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli
Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain,
'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk
mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13' di masa depan, dan menghentikan
masalah polarisasi kaum di Malaysia'," kata Lim.
ANGKA TERKORBAN
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran
rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211
kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
● Melayu : 86 orang
● Cina : 342 orang
● Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang
menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak
sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
LOKASI TUNKU ABDUL RAHMAN SEMASA PERISTIWA 13 MEI
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan
kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam
7.00 malam 13 Mei 1969.
MAGERAN
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini,
Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh
Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis
Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri
dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara
tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan
kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan
Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti
ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
PUNCA
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei
1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu
antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat
ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’
dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan
rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman
kepada semua.
Antara punca konflik adalah:
2.1 LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2.2
DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah
Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada
dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal
di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong
sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar
ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang
dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari
petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan
secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja
sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi
mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang
tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya
terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara
kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana
yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini
menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk
mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang
tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan .
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat
daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa
menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan
keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak
seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
2.3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di
bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional,
wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan
india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan
ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya
pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di
Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-
dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar
dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran
1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka
merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan
Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir
bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi,
termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin
Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah
mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan
pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat
reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana
pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa
sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi
keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan
telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA
menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila
kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang
bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan
sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa.
2.4 PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu
tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung
PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku
membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam
perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak
kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya
sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti
Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak
orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan . Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM
itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia
yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang
telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963.
Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai
secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk
memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh
tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah
menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini
sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-
parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat
malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman
antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas
Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan
PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan
hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang
sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi
suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka
sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka
berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO
dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan
kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak
dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak
polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang
didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh
ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang
terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-
kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini
negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina
juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk
menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang
13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan
berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk
mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi
sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut
laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari
Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada
sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke
rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang
Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka
bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa
sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama
sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati
golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.
2.5 PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA
ORANG MELAYU
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang
didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa
orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di
sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan
raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini,
Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia
pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk
cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti
baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti
baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya
1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif
dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan
perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk
mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan
sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
2.6 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan
bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan,
Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
2.7 PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha,
Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu
terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan
yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain
tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara
yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama
lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
2.8 MASALAH EKONOMI
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara
kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak
sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu
sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina
manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
2.9 PERSATUAN-PERSATUAN ETNIK
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan
politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007)
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh
Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah,
dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu
telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak
pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah
peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan
antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum
ini.
PERISTIWA 13 MEI 1969 JADI PENGAJARAN
Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam
dalam sejarah negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di
negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan
harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan
satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan
falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak
betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat
Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh
kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau
ringkas ‘MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.
Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik
sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di
Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA
pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan
masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara
semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap
perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan
yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti
masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan,
maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.
Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969,
adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-
menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan
kesejahteraan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum. Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam
lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda juga
hampir menhancurkan negara.
Peristiwa ini memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa pentingnya
sesebuah negara itu untuk bekerjasama untuk memberi pendapat sesama sendiri
ketika membuat perbincangan. Sehubungan dengan itu, amatlah penting sokongan
dan bantuan daripada rakyat kepada para pemimpin untuk menegakkan keadilan
yang terbatas.
Pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan
datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi
masyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak
pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum
dan setiap kaum pula saling tuduh menuduhfitnah.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita
semua lupakan buat selama-lamanya. Kita seharusnya bangga dengan apa yang
telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama
dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai
kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Dalam era serba maju ini, amatlah penting untuk kita bekerjasama berganding bahu
dalam membuat segala keputusan. Tidaklah terhasil sesuatu perkara jika tiada
sokongan dan bantuan antara kaum sama ada Melayu, Cina, India, Siam mahupun
Kristian. Perpaduan kaum dapat dibina sekiranya mempunyai sikap tolong-menolong
dan bertanggungjawab satu sama lain.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup
bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat
persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan
keamanan negara. Oleh sedemikian, marilah kita bersama-sama membantu negara
untuk bergerak lebih maju kehadapan tanpa bermusuh-musuhan diantara negara
jiran yang boleh menyebabkan berlakunya kesalahfahaman seperti peristiwa hitam
13 Mei.
RUJUKAN
● http://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogspot.com/2015/09/peristiwa-13-
mei.html?m=1
● The May 13 Tragedy: A Report, Majlis Gerakan Negara, Kuala Lumpur, 1969
● https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
● http://my13mei.blogspot.com/p/kesimpulan.html
● http://peristiwa13mei1969.blogspot.com/2015/09/kesimpulan_12.html
● https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-
mei