The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 PAKK3424-NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN (PAKK A)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnaa, 2024-04-01 10:53:30

TUGASAN 2 PAKK3424-NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN (PAKK A)

TUGASAN 2 PAKK3424-NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN (PAKK A)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER : 2 TAHUN : 1 PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TUGASAN 2 : PENULISAN NAMA PELAJAR NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN ANGKA GILIRAN 2022232440145 NOMBOR KAD PENGENALAN 041110-02-0602 KUMPULAN/UNIT PAKK A NAMA PENSYARAH ENCIK ZAINUDIN BIN RAMLI TARIKH HANTAR 09/03/2024


BORANG AKUAN PELAJAR NAMA NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN NO. KAD PENGENALAN 041110020602 TAJUK PROGRAM PISMP KOD DAN NAMA KURSUS PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK SEMESTER 2 / 2024 – JAN – MEI 2024 Saya, dengan ini mengaku tugasan PAKK3424 (Perkembangan Fizikal Kanak-kanak) yang saya hasilkan ini adalah asli dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa menyalin atau meniru mana-mana tugasan lain. Dengan ini saya mengaku bahawa : 1. Dengan ini dimaklumkan bahawa hasil idea dalam tugasan ini dirujuk kepada bahan-bahan bercetak. 2. Tidak meniru daripada tugasan atau pelajar lain. 3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan. 4. Telah membuat rujukan daripada pelbagai bahan rujukan seperti yang dilampirkan. Dengan ini saya memahami bahawa sekiranya terdapat peniruan atau penipuan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis berhak mengenakan tindakan disiplin kepada Buku Panduan Pelajar terkini. Disediakan oleh, Disahkan oleh, Tandatangan Pelajar Tandatangan Pensyarah NAMA : NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN NAMA : ZAINUDIN BIN RAMLI TARIKH : 09/03/2024 TARIKH :


TUGASAN 2 : PENULISAN PAKK3424 - PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK NUR HUSNA LIYANA BINTI NOOR DIN 041110020602 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (A) 2022232440145


ISI KANDUNGAN PEMILIHAN BAHAN JENIS-JENIS BAHAN KESESUAIAN BAHAN CIRI-CIRI BAHAN APLIKASI DIGITAL KEPENTINGAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEBOLEHPASARAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN Perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan dan fungsi anggota badan. Perkembangan fizikal merupakan perkembangan motor yang merangkumi kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya, aktiviti berlari, melukis, melompat dan berjalan. Setiap kanakkanak mempunyai corak perkembangan yang unik. Jadi, aktiviti fizikal dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik kanak-kanak. Menurut Halina Mohd Noor dalam Berita Harian Online (2015), ibu bapa juga perlu peka dengan perkembangan fizikal anak mereka mengikut kesesuaian usia bagi mengelakkan proses tumbesaran terencat pada masa hadapan. Melalui aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa atau guru-guru pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) mestilah mementingkan pembangunan kemahiran motor halus dan kasar. Hal ini bertujuan untuk mencapai kemajuan fizikal yang seimbang dan membangunkan asas yang kukuh untuk pembelajaran dan perkembangan lain. Berikut merupakan contoh atau idea yang dapat diaplikasikan sebagai aktiviti yang mampu memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak.


Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasi mata. Menurut Siti Nadirah Hafidzin dalam MyMetro (2019), perkembangan motor halus yang baik penting bagi kanak-kanak untuk membuat pergerakan malah sebagai keperluan asas si kecil. AKTIVITI Motor Halus “MEMBUAT ORIGAMI” Origami merupakan seni lipatan kertas yang berasal dari Jepun, yang melibatkan membuat bentuk-bentuk geometri atau objek menggunakan teknik lipatan yang tepat. Aktiviti origami sederhana sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak hanya menggalakkan kreativiti, tetapi juga membina kemahiran motor halus dan ketelitian. Tradisi melipat kertas telah diperturunkan dari generasi ke generasi dan seterusnya menjadi sebahagian daripada pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak.


Langkah-langkah Membuat origami burung 1. Sediakan sehelai kertas origami atau kertas berwarna. 2. Lipat kertas menjadi dua secara diagonal untuk membentuk segitiga dan kemudian buka semula. 3. Lipat kedua-dua sudut segitiga ke tengah untuk membentuk bentuk segitiga yang lebih kecil. 4. Lipat bahagian atas segitiga ke bawah, bahagian atasnya bertemu dengan bahagian bawah dan terbentuk segitiga yang lebih kecil. 5. Lipat sudut atas segitiga ke bawah sehingga bertemu dengan bahagian bawah. 6. Lipat kedua-dua sudut segitiga ke bawah dan ke tengah, membentuk dua sudut kecil yang berdekatan. 7. Putar kertas dan lipat kedua-dua sudut kecil ke atas, membentuk kepak burung. 8. Setelah siap, kanak-kanak boleh menghias mengikut kreativiti mereka.


PEMILIHAN BAHAN DAN JENIS BAHAN KERTAS ORIGAMI ATAU KERTAS WARNA Kertas origami adalah pilihan yang ideal kerana ia telah direka khas untuk lipatan yang halus dan kuat. Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak untuk mencipta burung origami yang menarik. PENSIL WARNA Beads atau Manik Penggunaan pensil warna membolehkan kanak-kanak mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap warna yang mereka aplikasikan pada origami burung. Pensil warna adalah bahan yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Mereka tidak memerlukan kemahiran yang sangat rumit dan boleh mengendalikan pensil warna dengan mudah. Manik-manik kecil boleh digunakan untuk menambah dimensi pada origami burung dengan menampalkannya sebagai mata atau hiasan tambahan pada tubuh burung. Ini memberi sentuhan realistik kepada karya origami.


CIRI-CIRI DAN KESESUAIAN BAHAN KERTAS ORIGAMI ATAU KERTAS WARNA Kertas origami adalah kertas yang ringkas dan kuat, biasanya berbentuk persegi. Kertas ini direka khas untuk lipatan yang halus dan tahan lama. Kertas origami sangat sesuai untuk membuat burung origami kerana ia membolehkan lipatan yang rapi dan tahan lama. PENSIL WARNA Beads atau Manik Pensil warna sesuai digunakan untuk menghias burung origami kerana dapat memberikan warna secara tepat dan detail. Terdapat pelbagai warna yang berbeza, dapat digunakan untuk menambah atau mencipta corak. Manik-manik adalah biji-biji kecil yang biasanya diperbuat daripada plastik, kaca, atau bahan-bahan lain.Terdapat pelbagai saiz, bentuk, dan warna. Manik-manik ini boleh digunakan sebagai mata burung, bulu atau hiasan di bahagian ekor burung.


APLIKASI DIGITAL Melalui aktiviti membuat origami burung ini, guru boleh menerapkan penggunaan aplikasi digital dengan cara menayangkan video tatacara atau langkah membuat origami burung. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid. Menurut Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah (1999), pengunaan video dapat disaksikan berulang-kali sehingga sampai ke tahap penguasaan. KEPENTINGAN BAHAN DALAM PdP Pembangunan Kemahiran Motor Halus : Aktiviti melipat kertas dalam origami memerlukan kawalan halus tangan yang membantu dalam pembangunan kemahiran motor halus kanak-kanak. Merangsang Kreativiti : Origami membolehkan kanakkanak menggunakan imaginasi mereka untuk menghasilkan bentuk-bentuk dan rekaan yang unik. Meningkatkan fokus : Proses melipat kertas untuk membentuk origami memerlukan kesabaran dan fokus. Hal ini membantu melatih kemahiran kognitif kanak-kanak dalam mematuhi arahan dan menyelesaikan tugas dengan teliti. KEBOLEHPASARAN BAHAN Bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang relevan dan boleh dipasarkan. Contohnya, menawarkan kertas origami yang berkualiti akan menarik minat masyarakat dalam membuat origami.


KEMAHIRAN MOTOR KASAR Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan badan. Aktiviti motor kasar seharusnya melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya. Menurut Norliyana Raya dalam penulisan Siti Nadirah Hafidzin dalam MyMetro (2018), motor kasar merupakan kemahiran pergerakan yang membabitkan sendi-sendi besar iaitu sendi di bahagian atas badan dan sendi di bahagian bawah badan. Aktiviti motor kasar “SPIDER WEB” Aktiviti "Spider Web" merupakan satu kaedah yang popular dalam sesi pembelajaran dan pembangunan kumpulan. Aktiviti ini biasanya dilakukan dalam sesi pembelajaran yang melibatkan kerjasama, komunikasi dan penyelesaian masalah. Dalam aktiviti ini, peserta berkumpul bersama untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan dengan cara melalui "jaring labah-labah" yang dicipta dengan tali atau tali rafia.


Langkah-langkah Bermain Spider Web Tentukan kawasan permainan seperti dewan atau padang. 1. Sediakan tali yang cukup panjang untuk mencipta jaring labah-labah. 2. Guru boleh mula menetapkan titik-titik disekitar kawasan bermain untuk menanda bahagian tali diikat. 3. Berikan arahan kepada kanak-kanak untuk membentuk corak yang rumit. 4. Terangkan kepada kanak-kanak bahawa mereka perlu melalui jaring ini tanpa menyentuh tali. 5. 6.Giliran bermain diatur secara bergilir-gilir. Guru juga boleh menambah objek seperti bola untuk memastikan keseronokan dan pembelajaran yang optimum dapat dicapai. 7.


PEMILIHAN BAHAN DAN JENIS BAHAN TALI Pilihan bahan utama untuk membuat jaring labah-labah. Pastikan tali cukup kuat dan tahan lama untuk menahan berat badan peserta. KON Pita berwarna Digunakan untuk menandakan titik-titik penahan di sekitar kawasan bermain. Kon dipilih kerana ia merupakan objek yang senang dilihat. Pita berwarna boleh digunakan untuk menandakan corak jaring labah-labah atau menambahkan elemen estetika yang menarik. Pastikan pita berwarna yang digunakan adalah cukup jelas untuk dilihat oleh peserta.


CIRI-CIRI DAN KESESUAIAN BAHAN TALI Tali yang biasa digunakan adalah tali yang kuat dan tahan lama seperti tali rafia, tali nilon atau tali rami. Tali adalah bahan yang sangat sesuai untuk membuat jaring labah-labah kerana kekuatan dan ketahanannya. Ia mudah diikat dan boleh membentuk corak yang rumit, menjadikannya pilihan yang baik untuk mencipta jaring yang menarik. KON Pita berwarna Kon biasanya terbuat daripada bahan plastik atau logam yang kukuh dan tahan lama. Kon digunakan sebagai penahan untuk mengikat tali. Kon memberikan struktur yang kukuh dan stabil untuk jaring labah-labah, memastikan bahawa jaring tidak roboh semasa kanakkanak bermain. Pita berwarna adalah pilihan tambahan untuk menambah keceriaan kepada jaring labah-labah. Terdapat dalam pelbagai warna untuk mencipta corak yang menarik. Pita berwarna sesuai digunakan untuk menandakan corak jaring labah-labah atau menambahkan unsur visual yang menarik kepada aktiviti. Ia dapat membantu menarik perhatian kanak-kanak dan membuat aktiviti menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.


APLIKASI DIGITAL Melalui aktiviti spider web ini, guru boleh menggunakan platform “YouTube“ untuk memainkan beberapa lagu semasa kanak-kanak sedang bermain didalam jaring. Hal ini bertujuan menambahkan lagi keseronokan ketika permainan tersebut berlangsung. KEPENTINGAN BAHAN DALAM PdP Pengalaman Praktikal : Melalui penggunaan bahan seperti tali, kon, dan pita berwarna, kanak-kanak dapat belajar dengan cara yang praktikal dan menyeronokkan. Mereka dapat merasai secara langsung proses pembuatan jaring labah-labah dan kesan daripada keputusan mereka dalam menggunakan bahan tersebut. Pembelajaran Kolaboratif: Aktiviti Spider Web memerlukan kerjasama dalam kumpulan untuk mencipta dan melalui jaring labah-labah. Penggunaan bahan memperkuatkan konsep kerjasama dan peranan setiap individu dalam mencapai matlamat kumpulan. KEBOLEHPASARAN BAHAN Terdapat potensi untuk menjual bahan-bahan seperti tali, kon, dan pita berwarna kepada organisasi, sekolah, atau pusat aktiviti untuk digunakan dalam aktiviti Spider Web mereka sendiri.


RUMUSAN Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti motor halus dan kasar merupaka perkara penting dalam pembangunan perkembangan kanak-kanak. Menurut Dr. Hasmawati Hassan dalam penulisan Fairul Asmaini dalam MyMetro (2021), terdapat empat aspek penting perkembangan kanak-kanak iaitu motor kasar, motor halus, kelakuan dan pembangunan sosial serta pertuturan dan pendengaran. Oleh itu, melalui aktiviti-aktiviti ini kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran mereka melalui aktiviti melompat, berjalan, melipat kertas dan menggunting kertas. Aktiviti motor halus dan kasar ini telah memberi peluang kepada kanakkanak untuk mengeksplorasi dunia mereka, memperbaiki kemahiran, meningkatkan koordinasi dan kekuatan fizikal secara menyeluruh.


Rujukan Halina Mohd Noor (2015, November 21). Pantau perkembangan fizikal anak. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bhplusold/2015/11/98765/pantau-perkembangan-fizikal-anak Siti Nadirah Hafidzin (2019, March 28). Ajar anak meniup. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/amp/hati/2019/03/438296/ajar-anakmeniup Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff (1999), "Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan Amalan, " Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Nadirah Hafidzin (2018, Oktober 5). Kemahiran motor kasar. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/amp/hati/2018/10/383629/kemahiranmotor-kasar Fairul Asmaini Mohd Pilus (2021, March 4). 4 aspek perkembangan kanak-kanak. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/amp/WM/2021/03/680402/4-aspekperkembangan-kanak-kanak


Click to View FlipBook Version