The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anis Sofia Abd Hadi, 2020-10-27 01:05:29

EMAJALAH-KESEPADUAN SOSIAL DAN BUDAYA-SOFIA-DINIE-ANNA

E-MAJALAH

KESEPADUAN SOSIAL DAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA
YANG DAPAT MENGGUGAT PERPADUAN

ISI KANDUNGAN

Contents

ISI KANDUNGAN ............................................................................................................................... 2
PENGENALAN TENTANG PENULIS .................................................................................................... 4
ISU-ISU YANG TERDAPAT DI DALAM MAJALAH INI IALAH:........................................................ 5
KATA ALU-ALUAN............................................................................................................................. 6
PENGENALAN E-MAJALAH................................................................................................................ 7
PENGHARGAAN ................................................................................................................................... 8
PENGENALAN TULISAN JAWI............................................................................................................ 9
SEBAB TERCETUS ISU BAHASA JAWI ....................................................................................................10
KESAN TERHADAP ISU TULISAN JAWI ...................................................................................................11
CARA MENYELESAIKAN TENTANG ISU TULISAN JAWI...................................................12
PENGENALAN ISU PERKAUMAN .....................................................................................................13
PUNCA ISU PERKAUMAN ......................................................................................................................14
AKIBAT ISU PERKAUMAN ................................................................................................................15
CARA PENYELESAIAN ISU PERKAUMAN................................................................................................16
PENGENALAN ISU POLITIK ....................................................................................................................17
PUNCA ISU POLITIK............................................................................................................................18
CARA UNTUK MENYELESAIKAN ISU POLITIK ...............................................................................20
INFO BERKAITAN ISU POLITIK..................................................................................................21
INFO BERKAITAN ISU PERKAUMAN .......................................................................................22
INFO BERKAITAN ISU BAHASA (TULISAN JAWI) ................................................................23
PENUTUP ...........................................................................................................................................24

MEMPERSEMBAHKAN BAHAN PENULISAN TERDAPAT 3 ISU YANG AKAN DIBAHASKAN DI DALAM E-
MAJALAH INI,MARILAH KITA SAMA-SAMA MENCARI ILMU

MELALUI E-MAJALAH INI

PENGENALAN TENTANG PENULIS PENULIS PERTAMA

NAMA: ANIS SOFIA BINTI ABD HADI
NO MATRIK: 18DAT20F1001 (DIPLOMA

AKAUNTANSI)
HARAPAN: SAYA BERHARAP AGAR PEMBACA

DAPAT SEDIKIT ILMU DARI BAHAN INI.

PENULIS KEDUA

NAMA: NURDINIE IMTINAN BINTI SHARUDIN
NO MATRIK: 18DAT20F1005 (DIPLOMA
AKAUNTANSI)

HARAPAN: SAYA BERHARAP AGAR PEMBACA
DAPAT MENJADIKAN BAHAN INI SEBAGAI
RUJUKAN.

PENULIS KETIGA

NAMA: ANNAWADEE A/P CHAT
NO MATRIK: 18DAT20F1025 (DIPLOMA

AKAUNTANSI)
HARAPAN: SAYA MENGHARAPKAN
PEMBACA DAPAT MENGHARGAI PENULISAN

BAHAN INI.

ISU-ISU YANG TERDAPAT DI DALAM MAJALAH INI
IALAH:

ISU BAHASA (FOKUS UTAMA KEPADA TULISAN JAWI)
 Punca/sebab timbulnya isu tulisan Jawi
 Kesan kepada isu tulisan Jawi
 Cara untuk menyelesaikan isu tulisan Jawi

ISU PERKAUMAN
Punca/sebab timbulnya isu perkauman
Kesan kepada isu perkauman
Cara untuk menyelesaikan isu perkauman

ISU POLITIK
 Punca/sebab timbulnya isu politik
 Kesan kepada isu politik
 Cara untuk menyelesaikn isu politik

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan keizinan-nya, e-majalah kesepaduan sosial dan
kebudayaan di malaysia yang dapat mengugatkan perpaduan kaum di
malaysia. Penerbitan majalah ini diharapkan dapat memperkasakan lagi hasil
penyelidikan ilmiah dan memberi impak kepada pembangunan modal insan
yang holistik.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada
pensyarah bagi mata pelajaran penghayatan etika dan peradaban iaitu encik
burhanudin bin ya serta dua lagi rakan kumpulan saya yang telah memberikan
idea dan kerjasama bagi menghasilkan e-majalah ini dengan baik. Kami
bersepakat untuk memberikan idea untuk menampilkan e-majalah ini lebih
menarik untuk dijadikan sebagai bahan ilmiah kepada semua orang. Kami
mempunyai sifat semangat yang dapat menjadikan kami bersungguh-sungguh
menghasilkan e-majalah ini.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih dan segala tenaga
amatlah saya hargai kepada semua ahli kumpulan sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam penulisan majalah ini. Sebelum saya mengundurkan
diri saya dan ahli kumpulan memohon kemaafan atas kesilapan atau
ketidaksempurnaan semasa menghasilkan bahan penulisan ini dan kami
berharap agar bahan penulisan ini dapat dijadikan bahan rujukan kepada anda
semua.

Sekian,terima kasih.

PENGENALAN E-MAJALAH

Penulisan ini merupakan bahan untuk dijadikan rujuka kepada pembaca
mengenai tentang isu apa yang akan disampaikan melalui e-majalah ini.

Kesepaduan sosial dan kebudayaan di malaysia yang dapat menggugat
perpaduan bermaksud kepelbagaian etnik dan budaya menimbulkan pelbagai
cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti malayasia. Setiap komuniti
misalnya pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun
kesemuanya perlu hidup dalam sesebuah masyarakat malaysia, berkongsi
persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan
tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa
keamanan, ke stabilan dan keharmonian di malaysia semenjak merdeka.dalam
konteks pemantapan kesepaduan nasional di malaysia, terdapat tiga lapisan
perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan,kesepaduan dan
penyatupaduan. Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan
matlamat etnik. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan
yang utuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah keadaan aman, stabil, makmur
dan sejahtera yang dicapai tetapi masih diakui masih terdapat perbezaan
dalam bentuk deficit social yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Oleh itu, perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup
sentiasa harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa
keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak apabila
peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung
kepada bantuan luar.

PENGHARGAAN

Saya anis sofia binti abd hadi serta dua lagi rakan
kumpulan iaitu nurdinie imtinan binti sharudin dan
annawadee a/p chat ingin mengucapkan beribuan
terima kasih kepada pensyarah bagi subjek penghayatan
etika dan peradaban iaitu encik burhanudin bin ya
kerana telah banyak membantu dalam memberikan idea
dan bahan sokongan untuk menghasilkan bahan
penulisan sebaik ini.

Selain itu saya ingin berterima kasih kepada rakan
kumpulan saya yang telah banyak memberikan
kerjasama kepada saya untuk saya menghasilkan e-
majalah ini dengan sebaik mungkin tanpa pensyarah
dan rakan kumpulan mungkin saya tidak menyelesaikan
e-majalah ini.

PENGENALAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi ini mula diperkenalkan sejak 1300M dan digunapakai oleh orang
Melayu pada zaman dahulu kerana tulisan Jawi dianggap seperti tulisan dan
juga bahasa utama mereka. Malah, tulisan Jawi ini digunakan untuk Hal Ehwal
Keagamaan dan Kebudayaan. Tulisan Jawi ini merupakan tulisan yang unik
kerana mencerminkan sebagai corak keislaman. Malah, dokumen
pengisytiharan kemerdekaan turut ditulis dalam tulisan Jawi. Ini bermakna
tulisan Jawi mempunyai asas lebih kukuh daripada sudut sejarah berbanding
tulisan Rumi. Orang Melayu pada zaman itu sangat fasih dan cekap bertulisan
Jawi kerana terdapat pelbagai bahan ilmu yang menggunakan Tulisan Jawi
sebagai perantaraan:

 Surat khabar
 Majalah

Pada zaman era modenisasi ini, orang Melayu sudah tidak lagi mementingkan
tulisan Jawi kerana sudah wujud Tulisan Rumi (Bahasa Melayu) yang telah
memudahkan orang Melayu untuk membaca. Terdapat pihak yang mahu
melaksanakan Tulisan Jawi ini untuk dipelajari oleh anak muda terutamanya
murid sekolah. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia mahu
melaksanakan pembelajaran Tulisan Jawi kepada murid sekolah. Justeru,
bahasa Melayu dalam tulisan jawi adalah bahasa perantaraan seluruh lapisan
masyarakat ketika itu sama ada raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun
rakyat biasa selain menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu.
Namun ada sesetengah pihak yang menentang pelaksanaan Tulisan Jawi ini,
namun mereka harus melihat tulisan Jawi ini dari perspektif yang lain kerana
tulisan Jawi ini melambangkan seni tulisan Jawi seperti tulisan Kaligrafi Cina.
Akan tetapi Tulisan Jawi ini masih mendapat tentangan yang hebat dari pihak
yang lain maka dengan itu wujudlah masalah atau isu Tulisan Jawi.

 Menganggap bahawa tulisan Jawi ini akan pembelajaran
menyebabkan agama seseorang tergugat atau
terancam kerana tulisan Jawi ini merupakan tulisan tersebut dan
yang diterjemahkan kepada tulisan Rumi.
Pelaksanaan tulisan Jawi ini tidak akan melibatkan menunjukkan
agama kerana tulisan ini hanya untuk
memartabatkan lagi tulisan ini kerana sudah bahawa tulisan
sekian lama ditinggalkan.
Jawi ini mampu
 Ibu bapa bimbang tulisan Jawi akan
membawa pengaruh islaminasi dalam diri menyebabkan
anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana
SEBAB TERCETUS ISU BAHASA JAWI tulisan ini melambangkan agama Islam. Tetapi mereka terpesong.
tidak menjadi masalah atau kesalahan untuk
anak muda mempelajari tulisan Jawi kerana
merupakan sebahagian seni tulisan juga sama
seperti tulisan Kaligrafi Cina.

 Menganggap tulisan jawi ini menjadi
satu beban kepada murid sekolah,
pembelajaran Tulisan Jawi ini dilaksanakan di
sekolah vernikular iaitu sekolah yang
menggunakan bahasa perantaraan mereka ialah
Bahasa Melayu Malahan tiada ujian yang bakal
dilakukan kepada murid-murid di sekolah itu
sekadar hanya untuk mengenali Tulisan Jawi dan
belajar menulis Jawi yang asas sahaja.

 Pihak yang tidak bersetuju seperti
orang politik yang menjadikan masyarakat Cina
turut menentang tentang pelaksanaan
pembelajaran tulisan Jawi. Malah ada pihak politik
Cina yang mengadakan Kongres Organisasi Cina
untuk membantah garis panduan tentang
pelaksanaan Tulisan Jawi dan ini menunjukkan
bahawa mereka telah salah faham tentang

 Akan berlaku pergaduhan antara kaum. Hal tentang tulisan Jawi ini.
ini boleh terjadi akibat tidak menyoal selidik
tentang kebaikan pembelajaran Tulisan Jawi ini. Malahan mereka tidak
Tulisan Jawi ini hanya untuk menyambung
generasi yang terdahulu supaya tulisan akan berasa berminat
tersebut kekal diingatan orang Melayu dan
masyarakat di dunia lain kerana untuk mempelajari
melambangkan sebagai sebuah warisan.
tulisan Jawi ini dengan
 Anak muda sama ada kaum Melayu,
India atau Cina tidak akan mahir atau tidak lebih mendalam oleh
dapat membaca tulisan Jawi walaupun
hanya tulisan yang mudah. Hal ini terjadiKESAN TERHADAP ISU TULISAN JAWIkerana pelaksanaan ini
kerana sikap ibu bapa mereka yang menentang
pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi. Malah, tidak mendapat sokongan
generasi akan datang seharusnya kita didik
untuk menghargai warisan Melayu. dari masyarakat.

 Warisan seni Melayu tidak
dimartabatkan dan dipandang tinggi oleh
Negara lain kerana rakyat Malaysia sendiri
menolak dan menggangap pembelajaran ini
sebahagian satu bebanan kepada mereka
sedangkan pembelajaran ini terdapat di dalam
Buku Teks Bahasa Melayu iaitu sebanyak 6
muka surat sahaja. Hal ini demikian untuk
menambah ilmu pengetahuan.

 Penggunaan tulisan tersebut
tidak dapat diperkenalkan kepada khalayak ramai
melalui surat khabar atau majalah yang bertulisan
Jawi. Hal ini demikian akan mengakibatkan Tulisan dan
Bahasa Jawi semakin pudar dari ingatan masyarakat dan
mereka tidak akan bersifat terbuka untuk mempelajari

CARA MENYELESAIKAN TENTANG ISU TULISAN JAWI  Ibu bapa seharusnya berfikiran terbuka dan memberikan pendapat
yang baik kepada pihak kementerian apabila mereka mahu melaksanakan
pembelajaran Tulisan Jawi. Ibu bapa juga perlu menyokong sekiranya
pelaksanaan adalah yang baik supaya anak-anak lebih mengetahui tentang
pelajaran dan belajar menulis, membaca dan menyertai apa sahaja
pertandingan di peringkat sekolah.

 Pihak kerajaan boleh menganjurkan pelbagai pertandingan atau
pameran tentang tulisan Jawi ini. Hal ini demikian untuk memberikan
pengetahuan awal kepada anak muda pada zaman sekarang supaya tidak ada
pihak yang menolak pandangan dan pendapat pihak kerajaan jika kerajaan
mahu melaksanakan pembelajaran tentang tulisan Jawi ini. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu bersungguh-sungguh untuk menganjurkan pertandingan atau
pameran itu bila-bila sahaja demi kebaikan anak muda dan juga ibu bapa.

 Memperkasakan pembelajaran j-QAF di sekolah. Pembelajaran ini
akan menjadikan murid atau pelajar sekolah belajar tentang kemahiran
membaca, mengeja dan menulis jawi untuk mengasah kemahiran asas tentang
tulisan tersebut. Pihak sekolah perlu memantau pelaksanaan ini di sekolah
supaya berjalan dengan lancar. Implikasinya, pengukuhan kemahiran dalam
tulisan Jawi akan menggambarkan masa depan warisan bangsa tersebut
setelah pelajar melangkah keluar dari sekolah.

 Pendedahan semula warisan Tulisan Jawi di dalam media sosial. Pada
zaman sekarang adalah zaman yang dikatakan “segalanya dihujung jari”,
disebabkan itu Dewan Pustaka dan Bahasa perlu menerbitkan satu bahan
yang bercetak tulisan Jawi. Pihak Dewan Pustaka dan Bahasa perlu menulis
artikel dalam tulisan Jawi agar dapat menghidupkan semula sanubari
masyarakat nilai etika warisan bangsa.

PENGENALAN ISU PERKAUMAN

Perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum
dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial,
perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan
literature, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu
sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang
sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu,
status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara
terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada
perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api
dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa
kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa
kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman
dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan
merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain.
Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif
ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang
boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut.

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan
kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman
ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan
konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan
hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi,
menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman
bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan
mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga
menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan
hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum
agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi
antara agama dan budaya.

 Aspek Individu tanda-tanda yang ia

Apabila seseorang terpengaruh dengan kata- akan berlaku sekali
kata palsu wartawan yang dahaga akan
maklumat sensasi, mereka akan cepat lagi. Tragedi ini
mempercayainya lalu bermulalah adegan
bermasam muka dengan individu lain. Dengan bukan sahaja

alasan individu tersebut menyokong fakta menyebabkan
yang salah tanpa mengkaji terlebih
dahulu kebenarannya. hilangnya

 Aspek Kerajaan perpaduan kaum

Pihak kerajaan juga merupakan antara tetapi juga
penyebab utama kemeruduman
perpaduan kaum. Isu politik, isu rakyat kehilangan nyawa
dan isu perkauman yang terpapar di kaca
televisyen dan dada akhbar seringPUNCA ISU PERKAUMANorang tersayang.
dikaitkan dengan kegagalan kerajaan
membentuk negara yang penuh Sebagai generasi
perpaduan. Contohnya, pihak kerajaan
bertengkar tentang kedudukan masing- Wawasan 2020,
masing dalam cabinet kerajaan dan ingin
membubarkan supaya pihak lain yang marilah kita berikrar
menduduki cabinet kerajaan, malah kebanyakan
cabinet kerajaan kita terdiri dari orang Cina dan dengan Rukun
India.
Negara iaitu:
Masihkah anda ingat pada tarikh 13 Mei 1969?
Ia merupakan tarikh berdarah buat tragedi  Kepercayaan
rusuhan perkauman yang menyedihkan ramai kepada Tuhan
pihak. Selepas 47 tahun ia berlaku, terdapat  Kesetiaan
kepada Raja dan
Negara
 Keluhuran
Perlembagaan
 Kedaulatan
Undang-undang
 Kesopanan
dan Kesusilaan

AKIBAT ISU PERKAUMAN

 Ekonomi menjadi mundur

Akibat yang amat nyata apabila berlaku perbalahan dalam kalangan
masyarakat sudah pasti menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan
kemajuan negara. Ekonomi ialah tiang seri dan pasak kekuatan
kepada sesebuah negara. Tanpa sokongan ekonomi yang mapan,
kemajuan negara akan terbantut. Apabila kita menoleh kepada
negara-negara yang aman seperti Jepun, Norway, dan Hong Kong,
justeru potensi ekonomi mereka berjaya dibangunkan sehingga
menjadi kuasa ekonomi yang tersohor. Sesungguhnya, Malaysia juga
tidak terkecuali sekiranya acuan perpaduan berjaya direalisasikan
dalam kalangan rakyat pelbagai kaum nescaya potensi ekonomi
negara bertuah ini dapat dimanfaatkan.

Kita hendaklah menjadi rakyat yang berfikiran rasional dan dingin
dalam menghadapi sesuatu masalah. Kita perlu bersatu di bawah
panji-panji negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya, kita
wajar menilai semula akan harga kemerdekaan dan kebebasan yang
kita kecapi kini adalah terlalu mahal. Demi negara, kita hendaklah
menyanjung tinggi kedaulatan watan dengan menghayati sedalam-
dalamnya wadah. Kita khuatir akan kesudahannya, kalah jadi abu
menang jadi arang apabila berbalah sesama kita.

CARA PENYELESAIAN ISU PERKAUMAN Konsep 1 Malaysia

Datuk Seri Mohd Najib telah memperkenalkan Konsep 1 Malaysia pada 3 April 2009.
Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih eratUntuk

mencapai kemajuan bagi negara, sikap penerimaan antara kaum membawa
kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai,
maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Pendidikan

Antara langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan.
Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses
integrasi antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang
untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana
mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di
sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara
satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi
dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain.

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN dapat memupuk perpaduan nasional. Melaluinya, remaja pelbagai
kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan
bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan
bergaul mesra. Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup
masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih
erat akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang
bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu turut
memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan.

PENGENALAN ISU POLITIK

Politik Malaysia kini sedang menghadapi cabaran perpaduan
yang meruncing terutama politik Melayu.

Pergolakan dalam politik Melayu dikesan semakin parah selepas
pilihan raya umum 2008.

Sebanyak lima buah negeri yang dikuasai oleh parti pemerintah
iaitu Barisan Nasional terdiri daripada gabungan tiga parti
terbesar mewakili etnik Melayu, Cina dan India seperti UMNO,
MCA, MIC dan parti-parti di Sabah dan Sarawak yang mewakili
kaum di sana telah jatuh ke tangan pembangkang.

UMNO yang merupakan parti terbesar orang Melayu hilang
banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
kerana ramai orang Melayu yang menyokong UMNO berpihak
kepada pembangkang.

Parti Melayu lain dalam pembangkang atau dikenali sebagai
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR juga mengalami
krisis perpecahan dan kepimpinan yang meruncing.

Kajian ini ingin mengenalpasti pergolakan dalam politik Melayu
selepas tahun 2008 dan cabaran yang harus ditangani untuk
mencapai sebuah negara bangsa.

Sumber kualitatif telah digunakan untuk mengupas isu ini.

PUNCA ISU POLITIK

 Punca yang menyebabkan berlakunya isu politik antara
sebab utama adalah ketidakseimbangan pembangunan
ekonomi dan pengagihan kuasa.

 Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan
dipegang oleh orang cina manakala politik banyak
didominasikan oleh orang melayu.

 Hal ini disebabkan pada zaman penjajahan british di tanah
melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi dan
penempatan mengikut kaum-kaum masing.

 Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan
tinggal di Bandar, manakala orang melayu tinggal di
Kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian

 Orang india pula ditempatkan di Kawasan lading bagi
kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal
yang banyak serta berpengalaman dalam perniagaan,
mereka terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga
sekarang.

 Pengasingan ini wujud di antara etnik sememjak zaman
penjajahan.

KESAN ISU POLITIK

 Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia
ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan
menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan
lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta.

 Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila
berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan
meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang
lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit
Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.

 Pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan
mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan
pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan
membatalkan hasrat mereka.

 Apabila berlaku rusuhan kaum, kerajaan terpaksa
membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara
dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan
berkurang disebabkan ekonomi terbantut.

 Negara mengalami kerugian atau defisit dimana
perbelanjaan melebihi pendapatan.

CARA UNTUK MENYELESAIKAN ISU POLITIK

 Membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan
etnik dan kaum.

 Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam
sesebuah negara akan dijamin dalam
perlembagaannya.

 Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk
bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari
pelbagai etnik.

 Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-
perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam negara
kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh negara.

INFO BERKAITAN ISU POLITIK

INFO BERKAITAN ISU PERKAUMAN

INFO BERKAITAN ISU BAHASA (TULISAN JAWI)

PENUTUP

MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA YANG DIPANDANG TINGGI OLEH
SEMUA NEGARA KERANA MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA YANG
MEMPUNYAI SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN. SISTEM RAJA
BERPELEMBAGAAN MENUNJUKKAN BAHAWA SEMUA RAKYAT HARUS
PATUH DAN MENERIMA PENDAPAT RAJA DAN JUGA BOLEH
MEMBERIKAN SUARA PENDAPAT.MALAYSIA SEHARUSNYA MENJADIKAN
RAKYATNYA JUGA BERSATU PADU BAGI MENGEKALKAN
KESEJAHTERAAN NEGARA.HAL INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PENJAJAH
BRITISH TELAH MEMBAWA MASUK IMIGRAN CINA DAN INDIA TELAH
MEWUJUDKAN JURANG POLITIK,SOSIAL,DAN EKONOMI YANG BESAR.
OLEH YANG DEMIKIAN, KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA
BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA DAN MENJADIKAN MALAYSIA DI
TEMPAT PERTAMA SELURUH NEGARA.


Click to View FlipBook Version