The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA PENYARAH : ENCIK RASHIDAN BIN BAKRI
KOD SUBJEK : MPU21032

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arabiatul970, 2022-04-13 20:38:52

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA

NAMA PENYARAH : ENCIK RASHIDAN BIN BAKRI
KOD SUBJEK : MPU21032

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ETIKA DAN PERADABAN YANG

MENJADI AMALAN KAUM MELAYU
DI MALAYSIA

ADAT PERKAHWINAN

PERAYAAN KAUM MELAYU

BAHASA YANG
DIGUNAKAN OLEH ORANG MELAYU

TULISAN ORANG MELAYU

MAKANAN TRADISIONAL
PAKAIAN TRADISIONAL

PANTANG LARANG KAUM MELAYU
ADAT ANTARA KAUM YANG LAIN

1

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH:

NUR HAZWANI IZNI BINTI MOHD RIDHWAN HAIKAL
17DIB21F2026

FARISYA ELINA BINTI KAMARUL IKRAM
17DIB21F2012

NUR RABI’ATUL ADAWIYAH BINTI SALIM
17DIB21F2016

NUR HAZIQAH BINTI OTHMAN
17DIB21F2074

NUR FARAHANIS BINTI SAIFUL AFFENDY
17DIB21F2030

2

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 Penghargaan
4
2 Pendahuluan 5
6
3 Adat perkahwinan 9
11
4 Perayaan kaum Melayu 12
16
5 Makanan tradisional kaum Melayu 17
19
6 Pakaian tradisional kaum Melayu
22
7 Bahasa yang digunakan oleh kaum Melayu
23
8 Tulisan kaum Melayu 24
25
9 Pantang larang kaum Melayu

10 Adab antara kaum Melayu dengan kaum yang
lain

11 Cadangan

12 Penutup

13 Rujukan

3

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan semesta alam yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan tugasan untuk menghasilkan E-Majalah yang dapat memberi manfaat dan faedah
kepada individu mahupun masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek
Penghayatan Etika Dan Peradaban, Encik Rashidan Bin Bakri diatas segala ilmu, tunjuk ajar,
bimbingan, idea dan nasihat yang dikongsikan kepada kami untuk menyediakan E-Majalah
ini. Kami berdoa agar beliau mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang telah
bekerjasama, berusaha keras dan memikirkan idea yang bernas untuk menghasilkan E-
Majalah ini yang dapat memberi faedah dan membuka minda individu mahupun masyarakat.
Kami berharap E-Majalah ini dapat memberi ilmu dan pengetahuan yang meluas kepada
setiap individu dan menjadi sumber rujukan kepada masyarakat.

4

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENDAHULUAN

Melayu merupakan bangsa
yang tertinggi jumlahnya yang
tinggal di Malaysia. Bangsa Melayu merupakan
satu bangsa yang kaya dengan adat resam,
akhlak, ilmu, adab dan budaya.
Selain itu, bangsa Melayu mempunyai
Kepercayaan agama tersendiri iaitu
Agama Islam. Agama Islam merupakan
Agama yang istimewa dan tersebar secara
meluas dalam kalangan masyarakat
Melayu. Bangsa Melayu juga mempunyai
pakaian mereka yang tersendiri.
Sebagai contoh, baju Melayu untuk lelaki yang lengkap
dengan songkok, samping, tengkolok dan destar
atau keris. Pakaian untuk perempuan pula
ialah baju kurung yang mempunyai corak
yang cantik. Pakaian ini dapat menunjukkan
bahawa identiti seseorang itu adalah Melayu.

5

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ADAT PERKAHWINAN
Masyarakat melayu masih memelihara adat resam perkahwinan di dalam kehidupan mereka
sehingga kini. Tujuan perkahwinan di antaranya ialah membina rasa kasih saying dan cinta
antara pasangan suami isteri, mendapatkan zuriat yang sah serta mengelak terjadinya maksiat.

Akad nikah adalah perkara terpenting di dalam ajaran Islam. Namun begitu, adat
perkahwinan orang melayu masih boleh dilakukan, asalkan ianya tidak bertentangan syariat
islam. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, berikut merupakan beberapa peringkat yang

perlu diikuti.
ADAT MERISIK
Peringkat pertama dalam proses perkahwinan adalah merisik. Ianya bermaksud keluarga
pihak lelaki akan bertemu keluarga pihak perempuan. Tujuan pertemuan tersebut adalah
unutk mendapatkan kepastian gadis yang akan dipinang masih belum berpunya. Pihak lelaki
juga akan menyelidik latar belakang keluarga gadis tersebut. Sekiranya gadis tersebut masih
belum berpunya dan bersetuju untuk dipinang, adat seterusnya akan dilakukan.

ADAT MEMINANG
Adat meminang akan dilakukan pihak lelaki oleh kaum keluarga terdekat. Tarikh
pertunangan akan ditetapkan Ketika peminangan dilakukan. Pada kebiasannya, pihak
perempuan akan diberikan tempoh untuk berbincang dan berfikir sesame ahli keluarga
mereka sebelum memberikan kata putus. Jika telah mencapai kata sepakat, pihak lelaki akan
diberitahu dan majlis pertunangan akan dilangsungkan mengikut Tarikh yang ditetapkan. Jika
sebaliknya, perbincangan akan dilakukan semula untuk penetapan tarikh baharu.

6

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ADAT BERTUNANG
Rombongan pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan sebagai tanda ikatan
pertunangan. Cincin,tepak sirih dan sedikit barang hantaran akan dibawa bersama oleh
rombongan pihak lelaki. Biasanya ahli keluarga terdekat shaja yang turut serta rombongan
ini. Tujuan adat pertunangan diadakan antaranya adalah bertujuan menetapkan tarikh
perkahwinan, jumlah wang hantaran, tempoh bertunang dan lain-lain.

AKAD NIKAH
Upacara akad nikahyang paling penting sebagai kaedaah menghalalkan hubungan lelaki dan
Wanita secara rasmi bergelar suami isteri. Majlis akad nikah boleh dilakukan di masjid atau
di rumah pengantin perempuan. Mas kawin pula merupakan syarat wajib pemberian oleh
suami kepada isteri semasa majlis akad nikahh. Perkara lain seperti hantaran dan wang
belanja tertakluk atas persetujuan kedua-dua belah pihak, ianya tidaklah diwajibkan. Bapa
pengantin perempuan akan menjadi wali untuk menikahkan anaknya.

7

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MAJLIS PERKAHWINAN
Ajaran islam amat menggalakkan majlis perkahwinan sebagai salah satu cara mengumumkan
ikatan pernikahan yang sah diantara pasangan suami isteri. Pada hari tersebut semua kaum
keluarga yang dekat dan jauh, jiran tetangga serta rakan dan taulan turut diundang untuk
memeriahkan majlis. Para tetamu akan bergotong-royong dan mencurahkan tenaga bagi
memastikan kelancaran majlis tersebut. Pengantin lelaki dan perempuan akan memakai
pakaian khas yang cantik dan pengantin lelaki diarak ke rumah pengantin perempuan diiringi
paluan kompang serta bunga manggar.

8

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PERAYAAN MASYARAKAT MELAYU
Bagi umat islam, dua perayaan utama diraikan iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari
Raya Haji (Aidiladha).

HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI)
Hari Raya Puasa juga digelar dengan panggilan hari raya aidilfitri atau hari lebaran. Dari segi
Bahasa, perkataan Aidilfitri bermaksud Kembali kepada fitrah iaitu Kembali kepada asal
kejadian manusia yang suci,bersih dari dosa ibarat bayi baru lahir.
Hari raya ini disambut sekali sahaja dalam setahun mengikut calendar Hijrah iaitu pada bulan
Syawal. Perayaan ini menandakan hari kemenangan dan kegembiraan setelah umat islam
selesai mengerjakan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan iaitu bulan
sebelum bulan Syawal. Sempena perayaan ini, zakat fitrah wajib ditunaikan ke atas setiap
orang islam mengikut syarat tertentu. Umat islam disunatkan mandi, memakai pakaian baru
dan bersih serta bersarapan di awal pagi sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di
masjid. Setelah selesai solat sunat tersebut umat islam digalakkan untuk bersalaman, saling
bermaafan, ziarah menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Pelbagai
juadah yang enak disediakan untuk menyambut kedatangan tetamu ke rumah masing-masing.
Mereka juga disunatkan berzikir dengan memuji kebesaran Allah di hari raya sebagai tanda
mensyukuri nikmat Allah.

9

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Haji atau Aidiladha juga dikenali sebagai Hari raya korban disambut oleh seluruh
umat Islam pada tarikh 10 zulhijjah mengikut kiraan calendar hijrah setiap tahun. Ibadah
korban yang dikerjakan pada Hari raya haji adalah bagi memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap
Allah. Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun perayaan Aidiladha maka umat islam
menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang
bernasib baik. Seperti Hari Raya Aidilfitri, pada Hari Raya Korban ini juga orang islam
disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, bersih dan juga mengenakan wangi-
wangian. Umat islam akan mengerjakan solat sunat Hari Raya dan kebiasaannya solat sunat
Aidilfitri. Hikmah dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih
banyak masa untuk penyembelihan korban. Selepas bersembahyang, upacara korban akan
dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-
ramai di Kawasan masjid sebelum dibahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan
fakir miskin.

10

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU DI MALAYSIA
Pada waktu yang sama, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional kaum Melayu di
Malaysia yang menjadi warisan zaman dahulu. Masyarakat Melayu zaman dahulu sering
menggunakan bahan yang bersumberkan alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, daun-
daun kayu dan sebagainya untuk dijadikan bahan masakan. Tanpa disedari, makanan
tradisional Melayu tercipta berdasarkan bahan-bahan tersebut sehingga menjadi kegilaan
masyarakat Malaysia. Adakalanya juga, makanan ini hanya dihidang pada musim perayaan
atau majlis tertentu sahaja.

Antara makanan tradisional Melayu ialah Nasi Lemak. Nasi Lemak adalah makanan
tradisional Melayu yang paling menjadi kegemaran orang ramai dan terkenal bukan sahaja di
Malaysia bahkan di seluruh dunia. Pelancong asing yang berkunjung di negara kita juga akan
memilih Nasi Lemak sebagai sarapan pagi mereka. Kebiasaannya, Nasi Lemak dijadikan
sarapan pagi namun disebabkan peredaran zaman sekarang ianya boleh dimakan pada bila-
bila waktu. Nasi Lemak dimasak tidak lengkap jika dimakan tanpa adanya sambal, telur rebus
dan ikan bilis goreng. Namun, ianya juga boleh dimakan bersama lauk-pauk lain seperti
rendang ayam, ayam goreng dan sebagainya.

Seterusnya, satay atau sate ialah sajian daging yang telah diperap dengan rempah dan
kemudiannya dipanggang di atas api arang sehingga garing. Terdapat banyak jenis sate yang
ada di Malaysia, antaranya ialah sate daging, sate ayam, sate ikan dan sate arnab. Sate selalu
dihidang bersama kuah kacang, timun dan nasi impit. Selain terkenal di kalangan penduduk

tempatan, sate juga amat digemari oleh pelancong luar.
11

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI MELAYU DI MALAYSIA
Selain daripada itu, pakaian tradisional kaum lelaki Melayu di Malaysia ialah baju
Melayu. Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu
kebiasaannya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk sembahyang, ke pejabat,
majlis formal dan sebagainya. Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia. Baju
Melayu berwarna hitam dengan kain songket hitam bersulam benang emas dianggap satu
bentuk pakaian rasmi dan pakaian rasmi diperlukan semasa acara-acara rasmi negara seperti
menyambut hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia. Baju Melayu berwarna
putih dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung lulus daripada ahli keluarga
diraja.

Antara contoh jenis pakaian baju Melayu di Malaysia ialah baju Melayu Teluk Belanga.
Baju Melayu Teluk Belanga mula diperkenalkan semasa almarhum Sultan Abu Bakar tatkala
almarhum bersemayam di Teluk Belanga, Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada
tahun 1866. baju Melayu Teluk Belanga atau dikenali sebagai baju Melayu Johor mempunyai
bahagian leher yang disulam dengan ringkas di sekelilingnya. Ia juga hanya dibelah pendek
di hadapan dan mempunyai satu butang sahaja. Walaubagaimanapun, istilah ini akhirnya
menjadi ciri khas masyarakat Melayu sehingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

12

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Selain itu, baju Melayu Cekak Musang yang terkenal dengan kolar lehernya yang
tinggi dan mencekak tengkuk. Biasanya terdapat lima kancing pada baju Melayu Cekak
Musang iatu dua di bahagian leher dan tiga di bawahnya. Baju Melayu ini dipakai di Brunei
dan juga sering diubah suai untuk menjadikan satu fesyen yang mengikuti trend dari masa ke
semasa dan kelihatan lebih moden.

13

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN MELAYU DI MALAYSIA
Di samping itu, baju Kurung adalah baju tradisional Melayu di Malaysia yang
dimaksudkan sebagai pakaian tertutup oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. Baju Kurung
ialah baju rasmi dan baju kebangsaan Malaysia yang sering juga dipakai sewaktu upacara
rasmi dan penting. Baju Kurung ini dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Johor iaitu
almarhum Sultan Abu Bakar. Baju Kurung juga telah dikhabarkan menjadi sangat terkenal
semasa Islamisasi Malaysia pada tahun 1970 an dan 1980 an.

Terdapat pelbagai jenis baju Kurung tradisional Melayu di Malaysia antaranya ialah baju
Kurung Pahang. Jenis baju Kurung ini dikenali sebagai baju Kurung Riau Pahang yang
dikatakan sebagai simbolik menyingkap sejarah pertalian antara kedua negeri Riau dan
Pahang. Hubungan politik dan sosiobudaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu
Melaka terselah walaupun dua negeri ini berjauhan. Dengan ini maka terciptalah jenis baju
Kurung Riau Pahang.

14

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Selain daripada itu, terdapat juga jenis baju Kurung Kedah yang dipercayai berasal daripada
selatan Thailand kerana baju kurung ini menyerupai baju blaus pendek yang singkat sehingga
paras punggung. Baju Kurung Kedai merupakan jenis baju kurung yang longgar dan tidak
menampakkan bentuk tubuh badan dan diperbuat daripada kain kapas atau kain kasar yang
tebal mahupun nipis. Ia bergantung terhadap corak yang dipilih dan bentuk bahagian lehernya
dibuat bentuk potongan bujur sireh. Baju Kurung Kedah kebiasaannya dipakai bersama kain
sarung dan diikat secara ambak mengalur dan di masukkan ke sebelah kiri atau kanan kain.
Baju Kurung Kedah boleh dijadikan baju harian mahupun baju basahan.

15

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG MELAYU
Bahasa Melayu ialah dari aspek sejarahnya Berasal daripada rumpun bahasa Austronesia
yang dikenali juga sebagai bahasa melayu Polinesia ia telah digunakan di wilayah Indonesia,
Malaysia, dan persekitarannya. Asal usul pertumbuhan bahasa Melayu berasal dari Sumatera
Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Sebelum kedatangan british, bahasa melayu menjadi
bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusteraan dan pengantar sekolah agama islam .

Pada zaman Pemerintahan British, Bahasa melayu telah dipinggirkan. Selepas merdeka,
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Seterusnya, sejarah telah membuktikan bahawa
Bahasa Melayu mampu menjadi Bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka bahasa melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, Cina, India dan
juga Eropah. Pada ketika itu, bahasa melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa
komunikasi antarabangsa. Selain itu, telah dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia
boleh bertutur dalam bahasa melayu dan berkembang menjadi pelbagai dialek.

16

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TULISAN KAUM MELAYU

Sejarah sistem tulisan orang melayu lama sebelum wujudnya rumi dan jawi yang diguna
pakai sehingga pada hari ini mempunyai sejarah yang panjang. Selain itu, ia terbahagi kepada
beberapa bahagian fasa perubahan sistem tulisan orang melayu. Bermula dari era melayu
lama, era melayu moden awal, melayu moden akhir dan era melayu kontemporari yang
merupakan era kita sekarang .

Tulisan Kawi, tulisan kawi adalah sistem tulisan yang digunakan oleh orang melayu sejak
abad- ke 8. Ia digunakan serentak dengan bermulanya era permulaan tulisan jawi di kalangan
orang melayu. Seterusnya, tulisan kawi ini diasaskan oleh orang jawa. Maka tulisan ini turut
dikenali dengan tulisan lama jawa .

17

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Tulisan Rencong ialah sistem tulisan yang merupakan satu sistem tulisan yang digunakan
oleh orang melayu di sekitar kawasan Sumatera, Kerinci, Bengkulu, Palembang dan juga
Lampung. Ia digunakan ketika era melayu lama. Secara rasminya iaitu pada tahun 682M
himgga sekitar 1500M dan tulisan ini telah pupus pada abad ke-18.

18

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PANTANG LARANG KAUM MELAYU

PENGENALAN
Pantang larang kaum Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman dahulu
berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Menurut Ami Binti Johan, pantang
larang ini dikenali sebagai khazanah budaya yang terbina daripada pengalaman hidup yang
lalu. Pengalaman dapat mendukung nilai yang tinggi kerana dari pengalaman jugalah kita
dapat menjadikan sebagai panduan, pedoman atau contoh teladan pada kehidupan kini.
Pantang larang juga merupakan salah satu bentuk “disiplin lisan” yang dipraktikkan oleh
sebahagian besar kaum melayu terutamanya ketika zaman perkampungan dan pertanian yang
merupakan asas kehidupan mereka.

TUJUAN PANTANG LARANG
Kebanyakan tujuan pantang larang adalah bertujuan mendidik masyarakat dahulu dan kini agar
mengamalkan nilia-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai
mahupun menakutkan tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang
yang turun-temurun secara lisan sejak zaman berzaman.

19

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

CONTOH PANTANG LARANG KAUM MELAYU

 Anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua
Maksud sebenar dari ayat ini ialah agar anak dara tidak terleka sewaktu di dapur. Masakan
atau nasi yang dimasak mungkin akan hangus kerana terlalu leka dan asyik menyanyi. Dari
segi kebersihan pula, masakan yang disediakan sambil menyanyi mungkin terdedah kepada
titisan air liur yang mengandungi sesetengah organisma yang boleh menyebabkan penyakit.

 Anak dara tidak elok duduk di tangga, nanti jodoh lambat sampai
Maksud tersirat adalah ia menyukarkan orang yang ingi menaiki atau menurun tangga malah
jika tersilap langkah, seseorang boleh mengalami kecederaan.

20

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 Jangan duduk di atas bantal, nanti bisul
Pantang larang ini bertujuan untuk menghormati anggota kepala dan tiada kaitan langsung
dengan bisul. Menurut Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM), bisul sering terjadi
disebabkan bakteria pada rambut folikel di sekeliling kulit yang pada mulanya muncul
sebagai jerawat dan mereka yang berisiko mendapat bisul adalah yang kurang menjaga
kebersihan diri.

21

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ADAB ANTARA KAUM MELAYU DENGAN KAUM YANG LAIN

Malaysia pada hari ini terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik ini pula wujudlah kepelbagaian budaya, bahasa, agama
dan adat resam. Asas pemikiran Islam kepada hubungan etnik ialah persamaan antara sesama
manusia. Semua manusia, biar dari mana asal mahupun keturunan adalah sama kejadiannya.
Manusia diciptakan Allah S.W.T dengan sebaik-baik ciptaanNYA berbanding makhluk lain,
bebas hidup dan dapat meneruskan kehidupan. Manusia juga dicipta dengan serba sempurna.
Dengan hak itu, manusia tidak sedikit pon terhalang kerana berbeza agama, bangsa,
keturunan atau minoriti dala sesebuah negara.
Hak persamaan diletakkan oleh Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan mengikut jantina,
keturunan atau bangsa. Setiap orang sama ada lelaki atau perempuan, Islam atau bukan Islam
serta kaya atau miskin adalah sama. Mereka juga mempunyai hak sama untuk hidup sebagai
manusia bermaruah, peluang yang sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, peluang
sama untuk untuk mencari rezeki dan kekayaan di bumi Allah yang luas ini. Juga berhak
mendapat hak untuk pendidikan, dan hak di sisi undang-undang serta peluang sama untuk
menjalankan ibadat kepada Allah.

22

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

CADANGAN

♦ Pihak kerajaan Malaysia mempunyai peranan penting dalam merealisasikan
perpaduan antara kaum. Antara usaha kerajaan yang dapat dilakukan ialah dengan
mengadakan Majlis Rumah Terbuka iaitu rumah terbuka peringkat kebangsaan yang
melibatkan semua kaum di Malaysia.

♦ Aktiviti kemasyarakatan juga dapat mengeratkan silaturahim antara kaum serta setiap
kaum dapat melibatkan diri mereka dalam aktiviti yang dianjurkan seperti gotong-
royong.

♦ Masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan menerapkan nilai murni dalam
kehidupan seharian seperti bekerjasama serta bertolak ansur.

♦ Meraikan hari perayaan setiap kaum di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Raya Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya.

23

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENUTUP

Kesimpulannya, bangsa Melayu merupakan bangsa yang kaya dengan sopan santun, adat
resam, nilai murni, adab dan budaya sejak dahulu lagi. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah belajar dan mengamalkan adat resam oleh nenek moyang kita agar adat resam dapat
dikekalkan oleh generasi yang akan datang untuk melahirkan generasi yang mempunyai
pengetahuan tentang adat resam bangsa tersendiri. Sebagai contoh adat masyarakat Melayu
seperti adat perkahwinan, merisik dan cukur jambul. Masyarakat Melayu mempunyai adat
resam ini sejak turun temurun dan kita sebagai masyarakat perlulah belajar dan mengamalkan
adat resam ini. Kesannya, masyarakat pada generasi yang akan datang dapat mengamalkan
adat resam bangsa tersendiri untuk mengekalkan adat resam nenek moyang kita.
Sebagai masyarakat Malaysia, ia merupakan tanggungungjawab kita untuk belajar sejarah
bangsa-bangsa yang ada di Malaysia dan kita harus mempunyai rasa hormat kepada semua
orang supaya negara Malaysia akan maju dan ekonomi Malaysia terus meningkat. Selain itu,
masyarakat Malaysia perlulah menanam etika dan peradaban di dalam diri agar masyarakat
dapat bekerjasama dalam membangunkan negara dan dapat melahirkan generasi yang bijak.

24

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 RUJUKAN
Siti Zainon Ismail (2006). Pakaian Cara Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

 Ramlah Abas et.al (2003). Busana Melayu Melaka Warisan Bangsa . Melaka: Institut
Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

 Mohd Said Sulaiman (2008). Pakai Patut Melayu. Bangi: Penerbit UKM.
 Pantang larang kaum melayu. (September 30, 2019). https://www.iproperty.com.my
 Adab kaum Melayu terhadap kaum lain.(April 13, 2022).

https://www.sinarharian.com.my
 Adat perkahwinan Adat_Resam_Masyarakat_Malaysia.pdf (ptsb.edu.my)
 Perayaan kaum melayu Mari belajar: Budaya Kaum Melayu (rafidah-

maribelajar.blogspot.com)

25


Click to View FlipBook Version