QAWAID FIQHIYYAH PENSYARAH : USTAZAH NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR ASAL KEKAL SESUATU ITU MENGIKUT APA YANG ADA SEBELUMNYA S E S I 2 2 0 2 2 / 2 0 2 3 Kasih KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN 1
ِحْيم ْحَمِن الَّر ِبْســــــــــــــــــِم ِهللا الَّر SEKAPUR SIREH ُه ُت ُة ِهللَا َوَب َركا م َوَرْحَم ُك ْي لَسالُم َعَل َا SYUKUR kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya maka terhasillah sebuah majalah ini di mana mampu memberikan manfaat kepada semua pembaca. Sesungguhnya kami berasa bangga dan berbesar hati melalui coretan pena yang terpahat pada setiap patah perkataan di majalah ini. Setinggitinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah subjek Qawaid Fiqhiyyah, Ustazah Norhafizah Binti Abd Kadir di atas bimbingan, sumbangan pendapat dan idea untuk menghasilkan majalah ini. Tanpa sokongan beliau, maka adalah mustahil bagi kami untuk menghasilkan coretan yang bermakna ini. Terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada semua ahli kumpulan yang telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan output yang terbaik. Segala info dan isi kandungan yang ada dalam naskah majalah ini adalah dipastikan daripada sumber yang sahih dan benar. Semoga majalah ini dapat memberikan panduan dan kesedaran kepada para pembaca dalam menjadi masyarakat yang luas ilmu pengetahuan. 2
NUR FARAHANIS BINTI SAIFUL AFFENDY (17DIB21F2030) NUR RABI'ATUL ADAWIYAH BINTI SALIM (17DIB21F2016) NUR HAZWANIIZNI BINTI MOHD RIDHWAN HAIKAL (17DIB21F2026) SIDANG Editor KETUA EDITOR EDITOR 1 EDITOR 2 3
FARISYA ELINA BINTI KAMARUL IKRAM (17DIB21F2012) PUTRI NUR DINI BINTI HANAFI (17DIB21F2068) LASHINI A/P GENES (17DIB21F2048 SIDANG Editor EDITOR 3 REKA BENTUK JURUGAMBAR 4
ISI KANDUNGAN Visit Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan Sekapur Sireh 02 Sidang Editor 03 - 04 Pantun Ilmu 1 06 Hukum Furu' 16 Pengecualian kaedah Hukum Furu' 17 Pengenalan : 07 Punca dan Penyelesaian Dalil dan Hadis 08 Isu Semasa : 09 - 14 Pantun Ilmu 2 150 KASIHMAGAZINE,COM ASAL KEKAL SESUATU ITU MENGIKUT APA YANG ADA SEBELUMNYA Kesimpulan 18 Rujukan 19 Lampiran 20 - 21 5
Burung merpati di dalam sangkar, Baru sepurnama dapat dijerat, Kalau kita rajin belajar, Ilmu berguna banyak didapat. 6
KEYAKINAN t i d a k b o l e h d i h i l a n g k a n d e n g a n k e r a g u a n Kaedah tersebut bermaksud apabila orang percaya sesuatu itu benar, mereka tidak selalu mempersoalkannya. Ini boleh menyebabkan sukar untuk mengubah fikiran mereka. Adalah penting untuk memastikan sebelum memutuskan sesuatu yang tidak benar. Walaupun terdapat keraguan, kita harus tetap mempertimbangkan apa yang kita fikirkan pada asalnya sehingga kita benarbenar yakin ia tidak benar. Kita tidak sepatutnya meninggalkan perkara penting hanya kerana kita tidak pasti tentang perkara itu. P E N G E N A L A N Dalam erti kata lain, pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnya dengan semata-mata syak. Antara lain ia dibawa dengan lafaz kaedah ; tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin . 7
As-Sunnah Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda, ” Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbul keraguan ke atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka janganlah dia keluar dari masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya ) sehinggalah dia mendengar suara atau merasai angin keluar “ Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi berapa (rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yang syak (ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakini”. (Muslim) DALIL DAN HADIS KAEDAH KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN HADIS Hadis tersebut membawa maksud, jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalam mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah sembahyang, iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, hendaklah ia menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yang meyakinkan, dengan mengira tiga rakaat sahaja. Untuk itu, apa yang dimaksudkan dengan keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itu sebelum empat. Daripada Abd Rahman bin ‘Auf, sabda Rasulullah s.a.w , “ Sekiranya salah seorang di antara kamu lupa dalam sembahyangnya hingga ia tidak mengetahui ia telah sembahyang satu atau dua rakaat, hendaklah ia kira satu rakaat. Jika ia tidak yakin dia telah sembahyang dua atau tiga rakaat, kiralah dua rakaat. Dan jika ia tidak mengetahui dia telah sembahyang tiga atau empat rakat, kira lah tiga rakaat dan hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam” Kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil hadis dan kaedah tersebut di atas dapat dijelaskan di sini, yang mana segala sesuatu yang telah di dapati meyakinkan itu sama sekali tidak dapat diubah atau dirosakkan oleh sesuatu yang meragukan yang muncul selepasnya. Ia dikecualikan apabila keraguan itu dibina atas keyakinan. Oleh itu , segala perbuatan dan tindakan seseorang hendaklah berdasarkan apa yang diyakini dan keyakinannya. Al-Quran “ Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaja (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak sesuatu kebenaran (iktiqad) ” ( Surah Yunus : 36 ) Maka al-haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin . DALIL 8
5 Isu Semasa, Punca dan Penyelesaian 9
Keraguan atau syak yang lahir daripada atau sumber yang haram Sebagai contoh ialah binatang sembelihan yang di dapati dalam negara yang mana penduduknya bercampur antara orang Islam dengan Majusi atau Wathani , binatang sembelihan adalah tidak halal di negara tersebut, sehingga binatang tersebut menggunakan cara penyembelihan Orang Islam. Hal tersebut kerana asalnya daripada yang haram atau diragui atau syak berkaitan dengan sembelihan yang halal dimakan, melainkan di negara tersebut sembelihannya dilakukan oleh orang Islam. Yang mana ia menunjukkan keadaan yang jelas dan yakin untuk dimakan. Isu Semasa 10
KERAGUAN YANG TERBENTUK ATAU LAHIR DARIPADA ASAL ATAU DASAR YANG HARUS Isu Semasa Seperti contoh seseorang mendapati air yang berada dalam sesuatu bekas yang telah berubah warna dan baunya. Ini berkemungkinan ia disebabkan najis atau air itu sudah lama dibiarkan dan tidak digunakan. Justeru itu, ia boleh bersuci dengan menggunakan air tersebut berdasarkan anggapan atau ijtihad bahawa air itu pada asalnya adalah suci dan tidak bernajis 11
Misalnya, ada sesesorang yang berurusan dengan orang yang mana majoriti sumber pendapatannya daripada sumber yang haram, namun masih tidak dapat dipastikan serta tidak boleh dibezakan serta tidak jelas sama ada wang atau harta yang diambil itu sumbernya haram atau halal. Justeru itu, hukum berurusan dengannya adalah harus, namun makruh hukumnya kerana dibimbangi terjerumus kepada perkara yang haram. Walau bagaimanapun, mereka yang warak lebih suka menjauhinya dengan alasan bimbang terhadap sumber yang halal dan haram. QAWAID FIQHIYYAH DPD30082 KERAGUAN ATAU SYAK YANG TIDAK DAPAT DIPASTIKAN ASAL ATAU SUMBERNYA, SAMA ADA YANG HARAM ATAU YANG HARUS Isu Semasa 12
Apabila seorang perempuan melihat naqa’(tiada keluar darah), maka wajib ke atasnya mandi, solat, puasa dan harus bagi suaminya untuk menyetubuhinya. Hal ini kerana, apa yang zahirnya ialah berkekalan suci itu dan darah tidak akan kembali. Dalam situasi ini, apabila seorang perempuan melihat naqa’ , maka wajib ke atasnya mandi, solat dan puasa. Hal ini kerana, walaupun ada kemungkinan darah haid datang semula, namun ia hanya kemungkinan dan padanya ada keraguan. Justeru, keraguan tersebut tidak dapat menghilangkan asal kewajipan solat dan puasa atas setiap mukallaf kerana kewajipan tersebut adalah suatu perkara yang yakin QAWAID FIQHIYYAH 13
DPD30082 Qawaid Fiqhiyyah Keraguan atau syak tentang bilangan solat Jika sesorang itu berasa syak tentang bilangan solatnya maka hendaklah dia menghilangkan syak dengan mengambil pendapat yang paling yakin dan pasti. Justeru itu, dalam kes kekeliruan antara dua atau tiga rakaat, maka seseorang itu perlu menghilangkan syak dengan mengambil dua rakaat yang pasti Lalu di penghujung solat, dia perlu melakukan sujud sahwi. 14
Ada kertas di pohon meranti, Penjual jamu membawa peti, Dengan ikhlas pahala menanti, Dengan ilmu akan dihormati. 15
HUKUM FURU' Di antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah , khasnya dalam masalah yang berkaitan dengan syak serta zann ialah : HUKUM FURU' 1. Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan dengan binatang yang ia sembelih, iaitu apakah binatang tersebut masih ada tempoh hidup yang berterusan , iaitu hayat mustaqirrah atau sudah tidak ada. Hukum sembelihan tersebut adalah haram dimakan. Sekiranya keraguan itu adalah mirip kepada zann, iaitu lebih kukuh kepada masih ada hayat mustaqirrah, ia halal dimakan. 2. Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain, seandainya ia syak bahawa pemiliknya merelakan atau tidak, hukumnya ia haram menggunakan. Sekiranya ia zann dan menduga pemiliknya merelakan, hukumnya adalah harus menggunakannya. Q A W AID FIQ HIY Y A H | D P D 3 0 0 8 2 3. Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan ibadat haji, namun ia syak samada selamat atau tidak di perjalanan, tidak wajib hukumnya ia menunaikan haji tahun tersebut. Sekiranya ia zann selamat di perjalanan, wajib ia menunaikan haji pada tahun tersebut. 16
Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua kolah, selepas itu seseorang mendapati air tersebut berubah, tetapi ia tidak pasti samada perubahan itu disebabkan najis kencing kucing tersebut atau benda lain. Dalam keadaan ini , air itu dikira najis. 1. 2. Seorang pemburu melepaskan anak panah atau tombak yang mengenai sasaran binatang buruan, tetapi binatang tersebut melarikan diri ke kawasan curam.. Kemudian ia menemui binatang tersebut mati dan ia syak samada binatang itu mati kerana senjatanya atau terjatuh dari atas bukit. Binatang tersebut tidak halal dimakan. 3. Seseorang yang musafir syak samada ia telah sampai di tempat ia bermukim atau belum, ia tidak boleh mengambil rukhsah seperti sembahyang qasar dan jama’. PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH DI ANTARA HUKUM FURU’ YANG TERKECUALI DARIPADA KAEDAH IALAH : 17
Kesimpulan daripada tajuk "Keyakinan tidak boleh hilang dengan keraguan" ini telah memberi pengetahuan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikan semata-mata timbul syak atau keraguan. Ini kerana syak itu yakin adalah sesuatu uang kita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara yang kita telah yakini keadaannya. Sebagai contoh, seseorang yang yakin dalam keadaan berhadas, kemudian timbul rasa keraguan sama ada telah bersuci. Dalam keadaan ini maka ia masih dianggap berhadas. Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini, maka sudah tentu syaitan amat mudah untuk mempermainkan keraguannya. Maka sebab itu kaedah ini berserta kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari dari menghadapi situasi-situasi yang perlbagai. 18
RUJUKAN Kaedah Keyakinan Tidak Hilang dengan Keraguan https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/3917- irsyad-usul-al-feqh-siri-ke-43-makna-dan-aplikasi-kaedahkeyakinan-tidak-hilang-dengan-syak https://www.studocu.com/my/document/kolej-universitiislam-melaka/kaedah-fiqh/keyakinan-tidak-bolehdihilangkan-dengan-hanya-sekadar-syak-minggu-ke7/17124413 https://prezi.com/d_mesxfznvy4/keyakinan-tidak-bolehdihilangkan-dengan-keraguan/ https://www.scribd.com/doc/35147266/Qawaidh-FiqhKeyakinan-Tidak-Hilang-Dgn-Keraguan# http://wandastpm.blogspot.com/2013/12/kaedah-keduakeyakinan-tidak-boleh_14.html 19
LAMPIRAN 20
TIDAK BOL EH HI LANG DENGAN KERAGUAN KEYAKINAN Kasih Disediakan oleh Hazwani Izni Farahanis Nur Rabi'atul Qawaid Fiqhiyyah DPD30082 Putri Nur DIni Farisya Elina Lashini ٍن" ْي ِق َي ِب َّال ُأ ِإ َر ْب ٍن َفاَل َت ْي ِق َي َّمُة َإ َذ ا ُعِّم َر ْت ِب " ِّذ ٍن "َال ْي ِق َي ِب َّال ُأ ِإ َر ْب ٍن َفاَل َت ْي ِق َي َّمُة َإ َذ ا ُعِّم َر ْت ِب ِّذ "َال ma k sud n y a : "T a n ggu n gj awa b a p a bil a dibi n a a t a s k e y a k i n a n . i a tid a k terlep a s k ecu a li de n g a n y a k i n " 21