The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GISC1082 Tugasan 1 pembentangan kumpulan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurdianahafizhafazir, 2023-02-07 01:40:54

GISC1082 Tugasan 1 pembentangan kumpulan

GISC1082 Tugasan 1 pembentangan kumpulan

Ekonomi Mampan Kecemrlangan Pendidikan GISC1082 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN GPPP1092 PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN


Ahli Kumpulan NUR FARAH AYUNI BINTI MOHD AZMAN ANGKA GILIRAN:2022172310089 NURDIANA HAFIZHA BINTI FAZIR ANGKA GILIRAN: 2022172310092 NUR SOFEA BINTI MOHD SAFIE ANGKA GILIRAN: 2022172310090


Isi Kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 1.1 Aspirasi 4-5 1.2 Hala Tuju 6 Isu 1: COVID 19 7 2.1 Latar belakang 8 2.2 Punca 9 2.3 Implikasi terhadap PPPM 10-12 2.4 Cadangan penambahbaikan ke atas PPPM 13 Isu 2: Kemelesetan Ekonomi 14 3.1 Latar belakang 15 3.2 Punca 16 3.3 Implikasi terhadap PPPM 17 3.4 Cadangan penambahbaikan ke atas PPPM 18 Rujukan 19 Bil. Perkara Muka surat 1. 2. 3. 4.


Aspirasi sistem pendidikan Malaysia Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masingmasing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. 1 . A K S E S Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa. 2 . K U A L I T I


Aspirasi sistem pendidikan Malaysia Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. 3. E K U I T I Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. 4 . P E R P A D U A N Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. 5 . K E C E K A P A N


HALA TUJU PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA Akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti). Merapatkan jurang pencapaian (ekuiti). Mengukuhkan perpaduan murid. Mengoptimumkan kecekapan sistem. 1.Memahami prestasi dan cabaran sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap: 2.Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas bagi setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan untuk tempoh 13 tahun. Permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat. Mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. 3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif iaitu merangkumi perubahan dalam Kementerian supaya dapat memenuhi: 4.Keputusan ini dibuat supaya generasi muda mampu menghadapi keperluan abad ke-21. 5.Keputusan ini dibuat supaya generasi muda mampu menghadapi keperluan abad ke-21. 6.Bagi mencapai visi yang dihasratkan, Kementerian telah mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi. 7.Pelan ini juga melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid supaya dapat memenuhi keperluan negara pada masa yang akan datang. 8.Hasilnya, pelan ini telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian dahulu dan membuat perbandingan dengan tanda aras antarabangsa.


Isu 1: COVID-19


COVID-19 dikenali juga sebagai novel Coronavirus merupakan sebuah penyakit yang meragut jutaan nyawa manusia dengan menyerang saluran pernafasan manusia. Perkataan novel diletakkan pada virus tersebut berikutan virus ini merupakan spesies virus yang baru dalam famili coronavirus dan tidak pernah dijumpai serta tidak menyerupai virus yang sedia ada sebelum ini. Pada 30 Januari 2020 Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penyakit ini berlaku berpunca daripada novel coronavirus (2019-ncov) serta dikategorikan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Antarabangsa. Sejurus peristiwa tersebut, sekali lagi pada tarikh 11 Februari 2020 WHO telah mengumumkan nama rasmi bagi penyakit ini iaitu COVID-19 manakala pihak ICTV menamakan virus faktor atau penyebab virus ini sebagai SARS-CoV-2 (Severe Acute Respiratory Syndrome-Coronavirus 2). COVID-19 mempunyai nama yang tersirat iaitu CO membawa makna corona manakala VI merujuk kepada virus dan D ditafsirkan sebagai 'disease' atau penyakit. Angka 19 mewakili tahun bagi wabak itu mula tercetus. Maka terhasillah perkataan COVID-19 yang membawa maksud ‘coronavirus disease of 2019’ merujuk kepada penyakit disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 daripada spesies Severe acute respiratory syndrome-related coronavirus. COVID-19 pertama kali direkodkan di Wuhan pada Disember 2019, kemudian telah merebak ke seluruh dunia. Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) telah mengiktiraf penyakit ini sebagai pendemik pada tanggal 11 Mac 2020 berikutan penyebarannya yang berlaku sangat drastik dan meluas sehingga keseluruh dunia. Satu kajian yang mendalam telah diimplementasikan bagi mengenal pasti ciri-ciri khas yang terdapat padanya. Amaran pandemik COVID-19 telah dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sekali gus membawa ekonomi dunia ke tahap yang paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression. Sebanyak 36 juta kes direkodkan yang melibatkan lebih 1,054604 kematian dilaporkan di segenap dunia. Latar belakang cirit-birit sakit dada selsema keletihan demam batuk Memakai pelitup muka Penjarakan sosial 1 meter Membasuh tangan dan guna sanitizer Hindari sentuhan fizikal Hindari tempat sesak Makan makanan yang sudah dimasak Gejala Langkah Pencegahan


Punca J U N I O R G A R D E N I N G C L A S S 2 0 2 0 Tarikh 31 Disember 2019 merupakan permulaan sejarah hitam dunia apabila terdapat sekumpulan pesakit yang diagnosis mengalami gejala radang paru-paru. Berdasarkan kajian klinikal yang dibuat terhadap pesakit tersebut, didapati pesakit mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan pasar basah di Wuhan iaitu sebuah pasar borong iaitu Pasar Makanan Laut Borong Huanan di Bandar Wuhan yang melakukan aktiviti menjual ayam, daging, makanan laut serta didapati terdapat gerai yang menjual haiwan eksotik seperti kelawar, ular dan buaya. Pada 7 Januari 2020 teka teki mula terjawab apabila sekumpulan penyelidik berhasil mengisolasi novel coronavirus daripada pesakit Pada Januari 2021 terdapat sepasukan pakar antarabangsa telah pergi ke Wuhan China dan memutuskan punca COVID-19 berkemungkinan besar berpunca daripada kelawar dan merebak kepada manusia merupakan punca berlakunya COVID-19. Namun, pada 9 Februari 2021 telah diadakan satu sidang media bersama pakar antarabangsa dan pakar China menegaskan asal usul COVID-19 masih belum dapat dirungkai sepenuhnya. Namun kedua-duapasukan pakar ini percaya virus SARS-Co-V-2 yang menyebabkan berlakunya C)VID-19 berpunca daripada kelawar. Ini kerana, kelawar merupakan suspek utama kemunculan penyakit ebola, SARS dan hendra. Selain itu, terdapat teori yang mengatakan virus berkenaan merebak secara langsung daripada kelawar kepada manusia. Tinggal di tempat tertutup. Merupakan haiwan yang hidup berkongsi dengan spesies kelawar yang berbeza Setiap spesies kelawar mempunyai virus yang berbeza dan menjangkiti antara satu sama lain. Sifat kelawar Sehingga kini, punca berlakunya COVID-19 ini masih belum dapat dirungkai dan diketahui. Namun, terdapat dua teori yang berkemungkinan merupakan punca berlakunya COVID-19 Info tambahan


-Perpaduan dalam kalangan murid sekolah tidak dapat dipupuk berikutan pelajar tidak mampu berinteraksi secara langsung kesan daripada virus COVID-19 yang menyerang dunia. Penyebaran virus COVID-19 memaksa kerajaan untuk menutup kesemua institusi pendidikan di Malaysia. Pelajaran dalam talian telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menggantikan pembelajaran secara konvensional sekali gus memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam aktiviti pembelajaran serta menjaga kelestarian sistem pendidikan negara. Namun begitu, pembelajaran dalam talian ini tidak mampu memupuk semangat perpaduan antara murid yang berbilang kaum. Jika di sekolah, para pelajar mampu bekerjasama dan berinteraksi tidak kira kaum menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru yang perlu dibuat secara berkumpulan. Dari situ semangat perpaduan dapat dipupuk. Jika di rumah aktiviti berkumpulan tidak dapat dijalankan dan para pelajar dibekalkan dengan tugasan secara individu. Keadaan ini mengakibatkan mereka tidak mampu melatih kemahiran sosial yang membantu mereka hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni tanpa mengira kaumdan bangsa pada masa akan datang. Tambahan pula, menurut Simon Burgess dan Hans Henrik Sievertsen (2020), dalam artikelnya yang bertajuk School, skills, and learning: The effect of COVID-19 one ducation menjelaskan bahawa institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah yang terbaik dalam meningkatkan kemahiran sosial dan kesedaran sosial. Pembelajaran dalam talian meyukarkan semangat perpaduan dipupuk seperti mana yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Asas perpaduan rakyat Malaysia dapat dibentuk dan diperkukuhkan melalui pembelajaran di sekolah kerana murid-murid menghabiskan lebih daripada satu perempat masa mereka disekolah. 1.Perpaduan Implikasi wabak Covid-19 terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


Apabila tercetusnya wabak COVID-19 pelajar sekolah merupakan golongan yang paling terkesan berikutan mereka terpaksa beradaptasi dengan landskap baru dunia pendidikan. Masalah ini mungkin tidak memberi sebarang impak yang begitu besar kepada pelajar yang datang dari keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik. Ini kerana, mereka mempunyai kelengkapan peranti seperti telefon dan komputer serta mempunyai kemudahan capaian Internet yang stabil untuk mengakses pembelajaran secara dalam talian agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Namun penggunaan pedagogi norma baharu ini merupakan cabaran besar bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah. Keluarga mereka tidak mampu menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi memastikan anakanak mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran seperti kanak-kanak yang lain. Ketiadaan kelengkapan peranti dan capaian internet akan merencatkan proses pembelajaran dalam talian. Selain itu, kanak-kanak yang berada di bandar lebih mudah mengakses capaian Internet berbanding kanak-kanak yang berada di luar bandar. Faktor geografi menjadi punca gangguan capaian Internet lemah dan tidak stabil bagi kanak-kanak yang tinggal di luar bandar. Keadaan ini akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi tidak efektif dan melebarkan jurang pencapaian antara murid yang berada di bandar dan di luar bandar. Keadaan ini perlu dibendung dengan segera supaya kesemua murid memperoleh pembelajaran yang sama rata sekali gus mencapai standard pendidikan antarabangsa dan mampu memajukan negara. Sejak pembelajaran dalam talian dilaksanakan dapat diperhatikan dengan jelas daya kognitif para pelajar semakin morosot. Ini kerana, daya keaktifan kognitif bagi pelajar yang melakukan pembelajaran secara dalam talian jauh lebih lemah berbanding daya kognitif pelajar yang melakukan pembelajaran secara bersemuka. Daya kognitif memerlukan pelajar melakukan tindakan mental untuk mentafsir, mempelajari serta memahami sesuatu perkara dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan aktiviti ini. Mereka juga dilihat tidak mampu merangsang daya kognitif berikutan mereka tidak bermotivasi dalam pelajaran dan tiada sokongan yang diberi kepada mereka bagi meneruskan aktiviti pembelajaran. Semasa tempoh pembelajaran dalam talian dilaksanakan mereka hanya mengisi kehadiran namun tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar berikutan mereka tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Jika disekolah murid boleh bertanyakan secara langsung apa yang mereka tidak faham dan guru mampu menerangkan dengan jelas tentang perkara yang tidak difahami oleh murid tetapi interaksi maya membataskan perkara ini. Tambahan pula, pada 28 April 2021 sebuah pengumuman telah dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkaitan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya menyebabkan pelajar tidak bersungguh- sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, keberhasilan membentuk pelajar yang kaya dengan ilmu pengetahuan tidak dapat dicapai. Dengan ini hancurlah hasrat PPPM yang ingin menjadikan pendidikan Malaysia setaraf dengan pendidikan negara-negara maju seperti Korea dan Jepun yang jauh maju kehadapan serta melahirkan insan-insan yang cemerlang dari segi akademik. 2. Ekuiti 3.Daya Kognitif


4. Pencapaian Akademik Sejak kebelakangan ini, prestasi pelajar menunjukkan penurunan yang sangat ketara dan perkara ini merunsingkan banyak pihak. Pembelajaran dalam talian menjadi punca utama tercetusnya permasalahan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembelajaran dalam talian tidak efektif terhadap sebahagian besar pelajar. Kesannya, ramai pelajar yang tidak mampu menguasai tajuk yang diajarkan oleh guru. Malah, terdapat sesetengah murid terutamanya murid tahap satu yang masih tidak menguasai kemahiran asas seperti kemahiran literasi dan numerasi. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua pelajar sebelum mereka melangkah ke fasa pendidikan yang lebih mencabar. Jika dahulu pembelajaran secara konvensional membolehkan guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara berpusat kepada murid secara "one to one" d imana kaedah ini sangat membantu guru mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan tambahan dalam meningkatkan pembelajaran mereka serta menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Malangnya, pembelajaran norma baharu ini memaksa guru menyelaraskan kesemua aktiviti pengajaran secara selaras atau sama rata terhadap semua murid tanpa mengukur tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang diajar. Perkara ini akan memberi impak yang besar terhadap pelajar dalam menghadapi keperluan abad ke-21 jika standard pendidikan tidak mampu dikuasai dengan baik oleh pelajar. Hal ini sangat mengganggu objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mana plan ini direka khas bagi menaik taraf sistem pendidikan negara selaras dengan konteks pendidikan antarabangsa yang kian meningkat. Jika masalah ini terus berlarutan sudah pasti pendidikan negara semakin terjejas dan mengancam negara ke lembah kehancuran kerana melalui pendidikan sesuatu bangsa dan negara itu akan mencapai kemajuan dan berupaya meningkatkan martabat mereka. 5. Kemahiran memimpin Murid-murid tidak mampu berinteraksi antara satu sama lain apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan untuk menghentikan pengoperasian institusi pendidikan setelah kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian C)VID-19. Akibatnya, penerapan elemen kepimpinan yang berkualiti tidak mampu disemai dalam diri pelajar sekolah yang sepatutnya dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Jika di sekolah, kursus kepimpinan murid yang melibatkan pemimpin muda sekolah seperti Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Pengawas Pusat Sumber diadakan. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk membentuk murid-murid yang berketerampilan serta memiliki daya kepimpinan yang tinggi. Melalui anjuran kursus ini murid-murid berpeluang menyelami ilmu pengetahuan berkaitan kepimpinan dengan lebih mendalam. Dalam masa yang sama, murid-murid mampu memperbaiki akhlak, disiplin dan sahsiah sekali gus mengilap bakat dan jiwa kepimpinan dalam diri pelajar. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, kursus ini melatih pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dan melatih kemahiran asas komunikasi serta berfikiran secara konstruktif yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan. Dengan latihan yang dibekalkan sejak dibangku sekolah mampu menghasilkan pemimpin yang akan memimpin negara dengan baik serta membawa negara ke arah kemajuan yang berterusan. Namun perkara ini tidak dapat direalisasikan berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang melanda negara.


Cadangan penambahbaikan ke atas PPPM M E M A N D A N G K A N P O T E N S I N E G A T I F A K I B A T D A R I P A D A P E N U T U P A N S E K O L A H , B A N Y A K N E G A R A T E L A H M E M B U K A K E M B A L I S E K O L A H . U N T U K M E N G E L A K K A N P E N U L A R A N P E N Y A K I T D A L A M K A L A N G A N P E L A J A R , A N T A R A S T A F D A N P E L A J A R , D A N S E T E R U S N Y A , P E L B A G A I J E N I S L A N G K A H B E R A S A S K A N S E K O L A H T E L A H D I L A K S A N A K A N . I N I T E R M A S U K : - pemakaian topeng muka dan pencucian tangan yang kerap dalam kalangan pelajar dan staf; - menyesuaikan aktiviti sekolah (contohnya, tidak menyanyi di kelas muzik); - meningkatkan sistem pengudaraan; dan - menyaring kes jangkitan yang disyaki. Mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan program pemulihan pembelajaran yang efektif dan perlu meningkatkan lagi belanjawan pendidikan dari segi beberapa aspek dengan menjadikan negara-negara barat sebagai modal dalam merangka dasar pemulihan sistem pendidikan negara. KPM harus pastikan pelajar yang ketinggalan menerima sokongan/bantuan yang mereka perlukan untuk mencapai sasaran pembelajaran yang dijangkakan. Seterusnya kaedah pemulihan keduanya adalah dengan melaksanakan program kesinambungan pembelajaran (learning continuity programme) untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran teradun untuk pelajar. Program ini juga dapat membantu tingkatkan komunikasi antara guru dan pelajar, mendapat akses kepada bahan pendidikan dan pelajar dapat meneruskan persekolahan semasa tempoh kuarantin dipertingkatkan apabila sekolah ditutup. Program pemulihan pembelajaran seperti ini boleh membantu menangani jurang pembelajaran. Kerajaan juga perlu memantau dengan teliti tahap pembiayaan secara keseluruhan untuk pendidikan bagi memastikan dana yang diperuntukkan disalurkan dengan cekap terutamanya bagi pelajar yang paling memerlukannya. Walaupun ini adalah satu proses jangka yang panjang, saya berharap usaha ini akan membantu sistem pendidikan negara pulih daripada kesan Covid-19 di samping menyesuaikan diri dengan pendekatan yang lebih efektif dan fleksibel pada masa hadapan.


Isu 2: Kemelesetan Ekonomi


Isu kemelesetan ekonomi Kemelesetan ekonomi telah mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan.Kemelesetan ekonomi merupakan keadaan di mana sesebuah ekonomi negara mengalami penurunan yang disebabkan oleh suatu krisis kewangan. Keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan daripada kemerosotan ekonomi global pada tahun 2009. Kemelesetan ekonomi merupakan salah satu daripada isu atau masalah ekonomi yang sering kali dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi. Dari segi ekonomi, kemelesetan ekonomi didefinasikan sebagai jumlah permintaan dalam neger sangat tidak berkesan dan tingkat harga umum wang semakin turun. Ekonomi Malaysia sejak tahun 1970, telah mengalami pasang surut beberapa kali disebabkan oleh pelbagai faktor yang sebahagian besarnya berpunca daripada faktor luaran memandangkan keterbukaan ekonomi Malaysia.Berikutan itu, ekonomi negara-negara perindustrian mengalami kemelesetan yang turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada tahun 1985, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi akibat daripada kejatuhan harga komoditi.Malaysia mengalami krisis ekonomi yang paling ketara sejak tahun 1970.Iaitu krisis kewangan Asia atau dikenali sebagai krisis kewangan serantau.Akhir sekali, penguncupan ekonomi Malaysia yang telah berlaku pada tahun 2008 dan 2009 adalah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi global.


Punca Berlakunya Kemelesetan Ekonomi Bermula dengan peningkatan harga minyak mentah iaitu daripada USD147 setong (Julai 2008) kemudian menurun kepada USD51 setong. Hal ini akan menjejaskan ekonomi negara kerana jika harga kelapa sawit menurun, maka keuntungan negara berkurang. Berlakunya bankrupsi bank utama dunia. Penurunan harga komoditi minyak Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu Berlakunya krisis kewangan dalam Sistem Kewangan Amerika Syarikat pada tahun 2008. Hal ini menjejaskan ekonomi negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Eropah, China , Singapura dan kemelesetan ekonomi di Asia Tenggara. Malaysia juga telah menerima kesan daripada krisis ekonomi global ini. Buktinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku keempat hanya 0.1% berbanding 4.7% pada suku ketiga tahun 2008. Peningkatan Kadar inflasi OECD Outlook melaporkan bahawa inflasi di peringkat global telah menceceah paras tertinggi dalam sejarah. (Februari 2008) Antara punca berlakunya inflasi global ini: peningkatan kos import dari China kegagalan pertanian lebihan penawaran kewangan di kebanyakan negara spekulasi ke atas komoditi 1. 2. 3. 4.


Implikasi Isu Kemelesetan Ekonomi terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya keluarga mengalami masalah kewangan serta perbelanjaan yang serius berkaitan dengan pendapatan isi rumah. Hal ini menyebabkan kurangnya penyertaan anak-anak mereka dalam bidang akademik. Perbelanjaan kerajaan dalam bidang pendidikan akan melebihi KDNK. Contoh: Perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan negara telah melebihi 4% daripada KDNK pada tahun 1990-an (Booth, 1999). Kerajaan menghadapi cabaran dalam meningkatkan tahap perbelanjaan pendidikan seperti menarik semula program tahaan pendidikan ke luar negara. Isu kemelesetan ekonomi menyebabkan pembangunan sekolah tidak dapat ditingkatkan serta dibangunkan. Contoh: Kelas, bangunan dan keperluan asas teknologi sekolah tidak boleh dinaik taraf. Kesan: Keselesaan warga sekolah terutamanya pelajar untuk belajar di sekolah akan terjejas dan kurangnya bahan pengurusan pembelajaran dalam talian. Bajet pendidikan dan pendapatan berkurang. Oleh itu, kerajaan tidak dapat membatu para pelajar yang miskin. Contoh: Bekalan bantuan RMT kepada pelajar sekolah seperti susu kotak akan berkurang.


Cadangan Penambahbaikan ke atas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Meningkatkan kualiti dan keupayaan program TVET bagi menambah baik keboleh pasaran para graduan. Meningkatkan penjenamaan dan mempromosikan TVET sebagai laluan pilihan kerjaya untuk menarik minat lebih ramai pelajar terhadap TVET. Guru memerlukan wawasan yang lebih tinggi untuk mentransformasikan semua aspek pendidikan, pemikiran aras tinggi dan inovasi demi meningkatkan prestasi sekolah dan pembangunan pelajar. Guru perlu terlebih dahulu mencapai standard ke peringkat global agar ilmu yang dicurahkan seperti acuan dapat dicerminkan dalam PPPM. Kerajaan haruslah meningkatkan perbelanjaan pendidikan agar keperluan sekolah dipenuhi. Contoh: Kerajaan memberi sumbangan kepada pihak sekolah bagi menambahkan keperluan seperti komputer dan laptop untuk kegunaan pelajar dalam mempelajari kemahiran digital. Kerajaan juga perlu memastikan dana yang diberikan kepada pihak sekolah digunakan dengan baik. Contohnya, dana dalam bentuk wang atau bantuan bekalan RMT diberikan kepada pelajar yang memerlukan . Mentransformasikan TVET untuk memenuhi permintaan industri. PPPM perlu meningkatkan taraf pendidikan negara di mata dunia, sejajar dengan pembangunan Malaysia. Meningkatkan perbelanjaan pendidikan Memantau penggunaan dana sekolah


Abdul Rashid Mohamed et al (2011), Penilaian Terhadap Struktur Persekolahan Dan Jenis Sekolah di Malaysia Ann, W. (2018, March 25). Kesan Ekonomi Malaysia Terhadap pendidikan Perbelanjaan Malaysia. Academia.edu. https://www.academia.edu/36248916/Kesan_Ekonomi_Malaysia_Terhadap_Pendidikan_Perbelanjaan_Malaysia Esei Cabaran Pendidikan Dalam Talian (K2) - usk 10102 Falsafah Dan Isu Semasa Tajuk Laporan: Cabaran. Studocu. (n.d.). https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaysia-kelantan/bachelor-of-entrepreneurship/esei-cabaran-pendidikan-dalam-talian-k2/27121852 Faktor / Punca Berlakunya Kemelesetan Ekonomi Malaysia. histats. (n.d.). https://eseistpm.blogspot.com/2017/03/faktor-punca-berlakunya-kemelesetan.html Ismail Said, Jauriah Md Azali & Nor Anita Mat Isa, (Eds). (2023). Isu semasa dan cabaran masa depan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Kesan Pandemik covid 19 Kepada Perkemban - TAJUK : Karangan: Kesan Pandemik Covid-19 Kepada. Studocu. (n.d.). https://www.studocu.com/my/document/asia-e-university/law-and-ethics/kesan-pandemik-covid-19-kepada-perkemban/30840441 Mohd. Majid K., et al. (2012), Penilaian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sistem Pendidikan Negara, Kumpulan Penyelidik Institusi Pengajian Tinggi Awam Pelan Pembangunan pendidikan Msia Dan falsafah pendidikan kebangsaan. anyflip. (n.d.) https://online.anyflip.com/dzzge/ckzs/mobile/ Siti Hawa Dalila Binti Mohd Shukri, & Yunus, M. M. (n.d.). Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap pencapaian tahap akademik murid. JURNAL MELAYU SEDU https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34295 Shamsiah binti Md Nasir, Mahani binti Ibrahim, Anida binti Idrus (2022), Pengatar Pengajian Pendidikan, Local Publication (M) Sdn Bhd Rujukan


Sekian, terima kasih!


Click to View FlipBook Version