KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM MATRIKULASI KPM
SESI 2021 /2022 SEMESTER 1
WK002/ KOKURIKULUM
LAPORAN
<FOTOGRAFI NATURE IN PANDEMIC>
<31/8/2021-19/9/2021>
DIKELOLAKAN OLEH
<KELAS: KP5>
UNTUK PERHATIAN
<IKMALHISAM BIN DAROJI
PENSYARAH PENASIHAT>
SENARAI SEMAK KANDUNGAN LAPORAN PROJEK AKHIR
Bil Tajuk Semakan
1.0 Pengenalan
2.0 Maklumat Projek
2.1 Nama projek
2.2 Punca cetusan idea
2.3 Objektif projek
2.4 Hasil projek
2.5 Aktiviti projek
2.5.1 Sebelum
2.5.2 Semasa
2.5.3 Selepas
2.6 Refleksi
2.6.1 Kekuatan
2.6.2 Kelemahan
2.6.3 Cadangan Penambahbaikan/penyelesaian
3.0 Senarai Rujukan
4.0 Lampiran
4.1 Senarai kehadiran
4.2 Gambar aktiviti beserta tajuk kecil
4.3 Kertas kerja
4.4 Surat
4.5 Minit mesyuarat
4.6 Hebahan
4.7 lain-lain yang berkaitan
1.0 PENGENALAN
“Nature in pandemic” merupakan tema bagi sebuah aktiviti fotografi yang
telah dirancang oleh pelajar kelas KP5 bagi projek akhir kali ini.Tujuan utama
aktiviti ini dipilih kerana mudah dilakukan oleh para pelajar di dalam situasi
pandemik ini di mana mereka tidak perlu untuk pergi tempat yang jauh dan
berisiko kerana ia boleh dilakukan sekurang kurangnya disekitar kawasan
perumahan sahaja.Dengan ini, pelajar sedikit sebanyak dapat mengurangkan
tekanan ketika sesi perintah berkurung ini dengan penghayatan alam semula
jadi melalui gambar dan slogan yang akan dilakukan.
2.0 MAKLUMAT PROJEK
2.1 Nama projek :
Pertandingan fotografi “Nature in Pandemic”
2.2 Punca cetusan idea projek :
Punca cetusan idea projek ini adalah kurangnya kesedaran menjaga alam
sekitar yang dapat dilihat di kalangan pelajar kolej Matrikulasi.Selain itu
untuk mencadangkan perlaksanaan serta permohonan daripada Encik
Mohd Ikmalhisam (pensyarah penasihat) bagi menjalankan pertandingan
fotografi ini.
2.3 Objektif projek :
1. Memupuk semangat memulihara alam sekitar di kalangan pelajar
matrikulasi.
2. Pelajar dapat menyumbang markah merit penilaian 10% kokurikulum.
3. Memberi peluang kepada pelajar matrikulasi untuk merasai pengalaman
menyertai aktiviti kokurikulum
4. Memelihara komponen-komponen alam sekitar dan meningkatkan tahap
kesedaran pelajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
5. bakat pelajar dapat dicungkil dan diasah.
6. mengurangkan tekanan pelajar ketika sesi pembelajaran di rumah.
2.4 Hasil Projek
Hasil daripada projek ini ialah dapat memberi kesedaran kepada semua
pihak dan warga Kolej Matrikulasi untuk lebih menghargai alam semula jadi
kita.Pelajar juga dapat menjauhkan diri pelajar daripada stress sepanjang
menjalankan pembelajaran di atas talian di rumah.Bahkan dapat dilihat juga
bakat pelajar dalam seni fotografi ini di mana kekreatifan pelajar dalam
mencari sudut pencahayaan dan pengeditan.
2.5 Aktiviti projek
2.5.1 Sebelum
Semua ahli kelas KP5 merupakan pihak penganjur ditugaskan untuk
membahagi tugas masing-masing dalam menjayakan pertandingan
ini.Sebanyak empat mesyuarat telah dijalankan dalam tempoh masa 20 hari
iaitu dari 2 Ogos 2021 sehingga 21 Ogos 2021.Perbincangan yang dijalankan
adalah melalui medium aplikasi Whatsapp,Telegram dan Google Meet.
Penyertaan
Pertandingan fotografi bertemakan “Nature In Pandemic” ini terbuka kepada
semua pelajar kolej Matrikulasi.Yuran.Bagi yang ingin menyertai pertandingan
peserta harus mengikut beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Bagi pendaftaran telah disediakan “Google Form” dan sebarang butiran lanjut
boleh menghubungi:
1. Nursarah (011163430285)
2. Fatini (0177081050)
Syarat-syarat pertandingan
1. Pertandingan fotografi ini dibuka kepada semua pelajar Matrikulasi.
2. Pertandingan akan bermula pada 30/8/2021
3. Peserta perlu membayar yuran dahulu sebanyak RM3 sebelum mendaftarkan
diri.
4. Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan iaitu “Nature In
Pandemic”.
5. Semua fotografi penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hak milik
penganjur dan penganjur boleh menggunakan foto tersebut untuk apa-apa
tujuan.
6. Semua keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang
perbincangan atau surat menyurat tidak akan diayan.
7. Setiap peserta dibenarkan menghantar hanya SATU (1) penyertaan.
8. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan .Sekiranya didapati foto yang
dihantar bukan asli,penyertaan akan dibatalkan serta merta.
9. Sebaik sahaja peserta mendaftarkan diri,yuran peserta tidak akan
dikembalikan.
10. Setiap penyertaan hendaklah mempunyai watermark,butir tentang watermark
akan dijelaskan kemudian.
11. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan KETERANGAN foto ,butir
tentang keterangan akan dijelaskan setelah peserta mendaftarkan diri dan
menyertai group Telegram kami
12. Link ke group Telegram akan diberikan sebaik sahaja peserta mendaftarkan
diri.
13. Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan .
Hadiah
1. Hadiah (wang tunai)
1) Johan (1 peserta)
2) Naib johan (1 peserta )
3) Ketiga (1 peserta )
4) Saguhati (6 peserta)
2. Sijil Penyertaan (Semua peserta )
2.5.2 Semasa
Aktiviti projek akhir dijalankan selama 3 minggu bermula daripada
23/8/2021 sehingga 12/9/2021.Poster projek akhir serta link pendaftaran
telah disebarkan ke seluruh medium media sosial terutamanya di
Instagram bagi menggalakkan setiap pelajar kolej Matrikulasi menyertai
pertandingan ini.Proses penilaian oleh AJK Kehakiman dan anak buah
telah dijalankan dengan mengikut kriteria yang ditetapkan
Kriteria penilaian
- Komposisi-10
- Pencahayaan-10
- Sudut-10
- Pengeditan-7
- Slogan-3
- Majoriti-10
Pemarkahan Majoriti.
- 1=20 likes
- 10=200 likes
Jumlah markah yang dikumpul akan didarab dengan 2 untuk dijadikan
100 markah.
2.5.3 Selepas
Pengumuman pemenang dilangsungkan menerusi aplikasi
Telegram.Pihak pengurusan hadiah meminta maklumat peribadi
setiap pemenang untuk memberikan hadiah dan saguhati kepada
peserta yang layak.Pemberian sijil yang berbentuk e-certificate telah
diberikan kepada semua peserta.
.
2.6 Refleksi
2.6.1 Kekuatan
Sepanjang pertandingan fotografi ini berlangsung,kami kelas KP5 sebagai
pihak penganjur Berjaya menjalankan pertandingan fotografi dengan lancar .
Meskipun masing-masing sibuk dengan tugasan dan kerja sekolah yang banyak
kami masih dapat menghadiri setiap mesyuarat yang diadakan di dalam Google
Meet,setiap ahli KP5 juga bekerjasama menyumbang idea dan pendapat
masing-masing tanpa ada perbalahan meskipun terdapat ketidak setujuan idea
.Tugas-tugas yang telah diagihkan kepada setiap ahli jawatankuasa Berjaya
dijalankan dengan cemerlang tanpa ada penangguhan.Pensyarah penasihat
juga yang sentiasa memberi tunjuk ajar dalam menjayakan projek ini dan tidak
lokek akan soalan-soalan yang ditanya pelajar.
2.6.2 Kelemahan
Dalam membuat projek pertandingan fotografi ini pastinya terdapat sedikit
kelemahan.Antara kelemahan paling utama yang dapat dikenal pasti antara
kami adalah kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menguruskan
sesuatu projek dengan sempurna,disebabkan ini kami mengambil masa yang
sedikit lama untuk menyelesaikan projek.Selain itu,amat sukar bagi mengenal
pasti keaslian karya foto sama ada foto yang hanya diambil dari dalam “Google”
.
2.6.3 Cadangan Penambah baikan/Penyelesaian
Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan di atas kami telah menjalankan banyak
mesyuarat bagi mengemukakan masalah dan memberi pendapat masing-
masing.Selain itu, kami akan bertanya dan meminta pertolongan daripada
pensyarah kokurikulum kami iaitu Encik Mohd Ikmalhisam berkenaan sesuatu
yang tidak diketahui.Bagi mengatasi masalah penipuan atau menciplak gambar
“Google” kami telah mencadangkan untuk menggunakan “Google Lens” bagi
mengenal pasti gambar yang tidak asli.
3.0 Senarai Rujukan
1. https://www.academia.edu/ (Aqilah, 2020)
2. https://www.contoh-surat.com/
3. https://ms.10steps.org/
4.0 LAMPIRAN
4.1 Senarai Kehadiran
1. AHMAD ARIF HAIKAL BIN AHMAD BASRI
2. AJMAL HAKIM BI RAZMIN
3. MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMARI
4. AINA SOFIYA BINTI AHMAD RAFZI
5. DURRA SHABIRAH BINTI MOHAMAD HAFIZ
6. FATINI IZZATI BINTI AHMAD RAMZI
7. MICHELLE TENG QIAN YING
8. NASUHA BINTI JAFAR RUDIN
9. NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN
10. NUR IRDINA BINTI MOHD NAZRIMAN
11. NUR IZZATUL AISYAH BINTI ZULKAPLI
12. NUR OKTOVYNA HAFIZA BINTI ABDUL
13. NURUL KHALILAH BINTI ZAINAL ARIPIN
14. NURULAIN AQILAH BINTI OMAR
15. SARA ADIBAH BINTI SHARUDIN
16. SARAH NUR IDORA BINTI MOHD SHAHRIL
17. HANIS NAZIRAH BINTI NAZRI
18. SITI NURSARAH BINTI NAZRIN
19. UMI ALEEYA ATILDA BINTI MOHD MAHZLAN
4.2 Gambar Aktiviti beserta tajuk kecil
Mesyuarat projek akhir Karya-karya peserta
Pertama kalinya dijalankan. Di pos di Instagram untuk dinilai
Perbincangan di dalam Karya peserta
Whatsapp
Contoh e-certificate yang diterima setiap peserta
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM MATRIKULASI KPM
SESI 2021 /2022 SEMESTER 1
WK002/ KOKURIKULUM
KERTAS KERJA
<FOTOGRAFI NATURE IN PANDEMIC>
<31/8/2021-19/9/2021>
DIKELOLAKAN OLEH
<KELAS: KP5>
UNTUK PERHATIAN
<IKMALHISAM BIN DAROJI
PENSYARAH PENASIHAT>
1.0 PENGENALAN
“Nature in pandemic” merupakan tema bagi sebuah aktiviti fotografi yang
telah dirancang oleh pelajar kelas KP5 bagi projek akhir kali ini.Tujuan utama
aktiviti ini dipilih kerana mudah dilakukan oleh para pelajar di dalam situasi
pandemik ini di mana mereka tidak perlu untuk pergi tempat yang jauh dan
berisiko kerana ia boleh dilakukan sekurang kurangnya disekitar kawasan
perumahan sahaja.Dengan ini, pelajar sedikit sebanyak dapat mengurangkan
tekanan ketika sesi perintah berkurung ini dengan penghayatan alam semula
jadi melalui gambar dan slogan yang akan dilakukan.
2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan pihak
pengurusan KMS bagi menganjurkan aktiviti fotografi “nature in
pandemic”bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan
memudahkan urusan penganjuran. Di harap pihak kolej dapat
mempertimbangkan permohonan ini sebaiknya.
.
3.0 OBJEKTIF
3.1 - Memupuk semangat memulihara alam sekitar di kalangan pelajar
matrikulasi.
3.2 - Pelajar dapat menyumbang markah merit penilaian 10% kokurikulum.
3.3 - Memberi peluang kepada pelajar matrikulasi untuk merasai pengalaman
menyertai aktiviti kokurikulum
3.4 - Memelihara komponen-komponen alam sekitar.
3.5 - Meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai kepentingan menjaga
alam sekitar.
3.6 - bakat pelajar dapat dicungkil dan diasah.
3.7 - mengurangkan tekanan pelajar ketika sesi pembelajaran di rumah.
4.0 PENGLIBATAN / PENYERTAAN
Kumpulan Sasaran : Semua Pelajar Kolej Matrikulasi Semester 1
Terbuka Kepada : Semua Pelajar Kolej Matrikulasi Semester 1
Jantina Peserta : Lelaki Dan Perempuan
Bilangan Dalam Peserta : 100 orang
5.0 MAKLUMAT PROJEK
5.1 Nama Projek : Pertandingan fotografi
5.2 Tarikh perlaksanaan : 23/8/2021
5.3 Masa : 8.00 malam
5.4 Tempat : Diperkarangan kawasan tempat tinggal
6.0 JAWATANKUASA
NAMA DAN JAWATAN 6.3 PERINCIAN TUGAS
En. Ikmalhisam Bin Daroji
● Memberi garis panduan dan menentukan
(Pensyarah Penasihat) projek akhir yang akan dijalankan
Muhammad Taufiq bin Jamari ● Memantau dan menasihati perkara
(Pengerusi) berkaitan projek akhir yang akan dijalankan
Michelle Teng Qian Ying ● Memastikan semua pelajar memberi
(Naib Pengerusi) komitmen dan kerjasama dalam
menjayakan projek akhir ini
● Mendengar cadangan dan idea dari
kalangan pelajar
● Memastikan program yang dirancang
berjalan dengan lancar dengan memastikan
dengan AJK memaklumkan perkembangan
terkini.
● Bersama-sama membantu AJK dalam
menambah baik sesuatu cadangan.
● Mempengerusikan mesyuarat bagi
memutuskan keputusan baginsesuatu
cadangan.
● Menganalisiskan projek yang akan
dijalankan
● Membantu pengerusi dalam merangka
projek
● Membantu dalam merancang dan
menganalisis projek akhir yang akan
dijalankan
● Membantu pengerusi dalam melicinkan
pelaksanaan program
● Menggantikan tempat pengerusi sewaktu
ketiadaan pengerusi dalam mesyuarat
Nur Izzatul Aisya bt Zulkapli ● Menyediakan kertas kerja program
(Setiausaha) ● Membuat laporan program
● Mengurus urusan surat menyurat kepada
Norliyana binti Kamarulzaman
(Naib Setiausaha) pihak yang berkenaan
● Mengumpul semua maklumat seperti
merekod semua fail-fail untuk rujukan
● Mencatat minit mesyuarat
● Membantu menyediakan bahan yang
diperlukan
● Menyediakan dokumentasi
● Membantu setiausaha membuat kertas
kerja
Nurul Khalilah bt Zainal Aripin ● Membuat anggaran perbelanjaan untuk
(Bendahari) program
● Membuat laporan kewangan
● Menerima dan menyimpan wang tunai milik
program
● Menyimpan semua resit-resit, baucar-
baucar, buku rekod wang keluar masuk dan
lain-lain.
Hanis Nazirah binti Nazri ● Membantu bendahari membuat anggaran
(Naib Bendahari) perbelanjaan
Sarah Nur Idora bt Mohd ● Membantu menguruskan kewangan projek
Shahril akhir
(AJK Iklan) ● Membantu membuat laporan kewangan
● Membantu bendahari dalam urusan kutipan
duit dan menyimpan duit
● Mempromosi program melalui hebahan dan
juga mereka poster grafik projek akhir
● Mendapatkan maklumat keseluruhan
tentang program bagi menerbitkan poster.
● Menerbit poster dan menyerahkannya
kepada para jemputan
● Sentiasa mendapatkan maklum balas
daripada para jemputan
Sara Adibah binti Sharudin ● Menyediakan hadiah kepada pemenang-
(AJK Hadiah) pemenang berdasarkan bajet yang telah
disediakan oleh bendahari.
Siti Nursarah binti Nazrin
(AJK pendaftaran) ● Memberikan hadiah kepada pemenang-
pemenang melalui akaun bank.
Aina Sofiya binti Ahmad Rafzi
(AJK multimedia) ● Memastikan hadiah selamat sampai kepad
● Menyediakan segala keperluan pendaftaran
NurulAin Aqilah binti Omar
(AJK sijil) dalam bentuk google form melalui aplikasi
Whatsapp,Telegram,Email.
Nasuha binti Jafar Rudin ● Menyerahkan senarai nama kepada
(AJK kehakiman) setiausaha.
● Menyediakan senarai nama peserta kontes.
● Memastikan urusan pendaftaran berjalan
dengan lancar.
● Berkolaborasi dengan AJK iklan untuk
menyebarkan maklumat tentang
pertandingan yang dianjurkan. bagi
● Membuat akaun Instagram
mempromosikan dan menyebarkan karya-
karya peserta pertandingan.
● Mengwarwarkan pertandingan tersebut
secara lebih meluas ke seluruh platform
media sosial seperti
dan juga
Facebook,Twitter,Instagram
Telegram.
● Menyediakan dan menyiapkan sijil dalam
bentuk e-certificate untuk diberikan kepada
semua peserta sebagai bukti mereka telah
menyertai program ini.
● Menghantar e-certificate kepada email
peserta-peserta.
● Memastikan sijil diterima ke akaun email
peserta dengan selamat.
● Menilai hasil karya peserta mengikut kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan.
● Kriteria penilaian :
*komposisi-10
*pencahayaan-10
*angle-10
*pengeditan-7
*slogan-3
*majoriti-10
● Pemarkahan majoriti.
*1=20 likes
*10=200 likes
● jumlah markah yang dikumpul akan didarab
dengan 2 untuk dijadikan 100 markah.
7.0 TENTATIF Aktiviti
Tarikh
⮚ Hebahan poster grafik
31/8/2021 - 5/9/2021 ⮚ Pendaftaran dijalankan
⮚ Taklimat ringkas diberikan tentang
6/9/2021 - 9/9/2021
peraturan permainan
⮚ Penghantaran foto yang dihasilkan
10/9/2021 - 18/9/2021 ⮚ Penilaian foto mengikut kriteria
19/9/2021 yang telah ditetapkan.
⮚ Pengumuman pemenang
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Pendapatan
Bil. Perkara Perincian Kadar Jumlah
1. Yuran pendaftaran seunit (RM) (RM)
2. Sumbangan AJK RM 3.00 X
100peserta 3.00 300.00
RM 3.00 X 19
3.00 57.00
Jumlah 357.00
8.2 PERBELANJAAN
Bil. Perkara Perincian Kadar seunit Jumlah
(RM)
1. Hadiah (wang tunai) 1) RM 100 X 1 (RM) 350.00
2) RM 75 X1
1) Johan 3) RM 50 X 1 100.00 1.00
2) Naib Johan 4) RM 35 X 1 75.00 351.00
3) Ketiga 5) RM 15 X 6 50.00
4) Keempat 1) RM 0.10 X 10 35.00
5) Saguhati 90.00
Jumlah
2 1) Cas transaksi 1.00
… perbankan
.
.
9.0 PENUTUP
Kami dari ahli kelas KP5 berharap projek akhir yang telah dirancang ini iaitu
Pertandingan fotografi, akan berjalan dengan lancar dan baik seterusnya dapat
mencapai objektif yang disasarkan. Justeru pihak kami ingin meminta jasa baik dari
pihak Kolej Matrikulasi Selangor supaya dapat meluluskan kertas kerja projek akhir
kokurikulum kami dengan jayanya. Pihak kami juga ingin meminta maaf sekiranya
ada kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang kertas kerja ini dipersembahkan
Sekian terima kasih..
PENGESAHAN Tarikh:
Disediakan oleh Tarikh :
Tarikh :
………………………………………..
(Nur Izzatul Aisya bt Zulkapli)
Setiausaha Projek Akhir
Disemak oleh,
………………………………….
(Ikmalhisam Bin Daroji)
Pensyarah Penasihat
Projek Akhir KP5
Disokong oleh,
................................................
(Ahmad Nazir Bin Abdullah)
Ketua Unit
Unit Kokurikulum
Catatan : .................................................................................................
.................................................................................................
* Diluluskan / Tidak diluluskan
.................................................. Tarikh :
( Saipudin Bin Hasnon)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengurusan Pelajar
4.4 Surat menyurat
Surat jemputan mesyuarat
Tarikh:1 Ogos 2021
Tuan,
Mesyuarat: perbincangan projek akhir
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
ketentuan berikut :
Tarikh: 2 Ogos 2021
Masa : 1.00-4.00 pm
Tempat : Google Meet
Disampaikan : Encik Ikmalhisam
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut ;
3.1 Penerangan secara terperinci tentang projek akhir
3.2 Pelantikan ahli-ahli jawatankuasa projek akhir
3.3 Pembahagian tugas kepada ahli jawatankuasa projek akhir
3.4 Hal-hal lain
3.5 Penutup
Kehadiran dan Kerjasama daripada pihak tuab didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan Amanah
………………………………………..
(Nur Izzatul Aisya bt Zulkapli)
Setiausaha
Kolej Matrikulasi Selangor
4.5 Minit mesyuarat
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK AKHIR KP5
BILANGAN 1 2021
Tarikh : 2 Ogos 2021
Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang (Google Meet)
Kehadiran:
1. AHMAD ARIF HAIKAL BIN AHMAD BASRI
2. AJMAL HAKIM BI RAZMIN
3. MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMARI
4. AINA SOFIYA BINTI AHMAD RAFZI
5. DURRA SHABIRAH BINTI MOHAMAD HAFIZ
6. FATINI IZZATI BINTI AHMAD RAMZI
7. MICHELLE TENG QIAN YING
8. NASUHA BINTI JAFAR RUDIN
9. NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN
10. NUR IRDINA BINTI MOHD NAZRIMAN
11. NUR IZZATUL AISYAH BINTI ZULKAPLI
12. NUR OKTOVYNA HAFIZA BINTI ABDUL MAJID
13. NURUL KHALILAH BINTI ZAINAL ARIPIN
14. NURULAIN AQILAH BINTI OMAR
15. SARA ADIBAH BINTI SHARUDIN
16. SARAH NUR IDORA BINTI MOHD SHAHRIL
17. HANIS NAZIRAH BINTI NAZRI
18. SITI NURSARAH BINTI NAZRIN
19. UMI ALEEYA ATILDA BINTI MOHD MAHZLAN
Tidak Hadir:
Tiada
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi KP5
2. Perlantikan ahli jawatankuasa projek akhir KP5
3. Pembahagian tugasan
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI KP5
• Ajmal Hakim mempengerusikan mesyuarat dan meseyuarat dimulakan dengan bacaan doa.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli dan penasihat untuk
mesyuarat kali pertama tahun 2021.
2.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PROJEK AKHIR KP5
• Ajmal mengetuai pemilihan ahli jawatankuasa Projek Akhir KP5. Berikut adalah ahli-ahli yang
terpilih:-
i. Pengerusi : Taufiq
ii. Naib pengerusi : Michelle
iii. Setiausaha : Aisyah
iv. Naib setiausaha : Norliyana
v. Bendahari : Khalilah
vi. Naib bendahari : Hanis
vii. AJK hadiah : Sara Adibah
viii. AJK iklan : Sarah Nur Idora
ix. AJK pendaftaran : Siti Nursarah
x. AJK kehakiman : Nasuha
xi. AJK sijil : Nurulain Aqilah
xii. AJK multimedia : Aina Sofiya
3.0 PEMBAHAGIAN TUGAS
• Taufiq sebagai pengerusi Projek Akhir KP5 telah membahagikan tugas yang bersesuain
dengan jawatan kepada semua ahli jawatankuasa.
4.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan merakam ucapan terima kasih semua ahli jawatankuasa
dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.46 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
(NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN) (IKMALHISHAM BIN HJ.DAROJI)
NAIB SETIAUSAHA PROJEK AKHIR KP5 PENYELARAS PROJEK AKHIR KP5
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK AKHIR KP5
BILANGAN 2 2021
Tarikh : 7 Ogos 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.04 malam (Google Meet)
Kehadiran:
1. MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMARI
2. AINA SOFIYA BINTI AHMAD RAFZI
3.HANIS NAZIRAH BINTI NAZRI
4. MICHELLE TENG QIAN YING
5. NASUHA BINTI JAFAR RUDIN
6. NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN
7. NUR IZZATUL AISYAH BINTI ZULKAPLI
8. NURUL KHALILAH BINTI ZAINAL ARIPIN
9. NURULAIN AQILAH BINTI OMAR
10. SARA ADIBAH BINTI SHARUDIN
11. SARAH NUR IDORA BINTI MOHD SHAHRIL
12. SITI NURSARAH BINTI NAZRIN
Tidak Hadir:
Tiada
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi Projek Akhir KP5
2. Pemilihan tema Projek Akhir KP5
3. Perbincangan menyeluruh Projek Akhir KP5
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI KP5
• Taufiq mempengerusikan mesyuarat dan meseyuarat dimulakan dengan bacaan
doa. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
jawatankuasa Projek Akhir.
2.0 PEMILIHAN TEMA PROJEK AKHIR KP5
• 2.1 Beberapa cadangan tema telah disenaraikan. Undian antara ahli jawatankuasa telah
dijalankan. Tema yang mendapat majoriti undian dipilih , iaitu NATURE.
3.0 PERBINCANGAN MENYELURUH PROJEK AKHIR KP5
• 3.1 Cadangan awal perbelanjaan projek telah dibentangkan oleh bendahari (Khalilah).
Cara pendaftaran juga telah diterangkan oleh ajk pendaftaran ( Siti Nur Sarah). Seterusnya ,
cara pemarkahan diambil telah ditetapkan oleh Nasuha. Selain itu, pelbagai alternatif yang
dicadangkan untuk pemberian hadiah bagi pemenang oleh Sara Adibah. Sijil penyertaan
akan diberikan oleh ajk sijil (Aqilah) kepada semua peserta . Akhir sekali, ajk multimedia(
Sofiya) telah menubuhkan satu akaun ‘ Instagram ‘ khas bagi tujuan projek ini.
4.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan merakam ucapan terima kasih semua ahli jawatankuasa
dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:56 malam.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
(NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN) (IKMALHISHAM BIN HJ.DAROJI)
NAIB SETIAUSAHA PROJEK AKHIR KP5 PENYELARAS PROJEK AKHIR KP5
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK AKHIR KP5
BILANGAN 3 2021
Tarikh : 16 ogos 2021
Hari : Isnin
Masa : 2:00 petang (Google Meet)
Kehadiran:
1. AHMAD ARIF HAIKAL BIN AHMAD BASRI
2. AJMAL HAKIM BI RAZMIN
3. MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMARI
4. AINA SOFIYA BINTI AHMAD RAFZI
5. DURRA SHABIRAH BINTI MOHAMAD HAFIZ
6. FATINI IZZATI BINTI AHMAD RAMZI
7. MICHELLE TENG QIAN YING
8. NASUHA BINTI JAFAR RUDIN
9. NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN
10. NUR IRDINA BINTI MOHD NAZRIMAN
11. NUR IZZATUL AISYAH BINTI ZULKAPLI
12. NUR OKTOVYNA HAFIZA BINTI ABDUL MAJID
13. NURUL KHALILAH BINTI ZAINAL ARIPIN
14. NURULAIN AQILAH BINTI OMAR
15. SARA ADIBAH BINTI SHARUDIN
16. SARAH NUR IDORA BINTI MOHD SHAHRIL
17. HANIS NAZIRAH BINTI NAZRI
18. SITI NURSARAH BINTI NAZRIN
19. UMI ALEEYA ATILDA BINTI MOHD MAHZLAN
Tidak Hadir:
Tiada
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi Projek Akhir KP5
2. Pembentangan bidang tugas setiap AJK Projek Akhir KP5
3. Pemilihan penolong bagi setiap AJK
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI KP5
● Taufiq mempengerusikan mesyuarat dan meseyuarat dimulakan dengan bacaan
doa. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
jawatankuasa Projek Akhir.
2.0 PEMBENTANGAN BIDANG TUGAS SETIAP AJK PROJEK AKHIR KP5
● Setiap ahli jawatankuasa membentangkan semua skop tugas jawatan masing-
masing. Antaranya ialah:-
i. Pengerusi ( Taufiq) harus memastikan program yang dirancang berjalan
lancer
ii. Naib pengerusi ( Michelle) akan membantu penegerusi dalam merangka
projek
iii. Setiausaha ( Aisyah) perlu menyediakan kertas kerja program
iv. Naib setiausah (Liyana) mencatat minit mesyuarat
v. Bendahari (Khalilah) membuat anggaran perbelanjaan
vi. Naib bendahari ( Hanis) membantu bendahari membuat aggaran
perbelanjaan
dan AJK-AJK yang lain.
3.0 PEMILIHAN PENOLONG BAGI SETIAP AJK
● Pemilihan penolong bagi setiap ajak ini bagi meringankan beban AJK. Penolong yang
telah dipilih bagi setiap AJK ialah:-
i. Ajmal dan Arif – AJK kehakiman
ii. Irdina – AJK sijil
iii. Fatini – AJK pendaftaran
iv. Durra – AJK iklan
v. Umi – AJK hadiah
vi. Oktovyna - AJK multimedia
4.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan merakam ucapan terima kasih semua ahli jawatankuasa
dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.27 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
(NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN) (IKMALHISHAM BIN HJ.DAROJI)
NAIB SETIAUSAHA PROJEK AKHIR KP5 PENYELARAS PROJEK AKHIR KP5
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK AKHIR KP5
BILANGAN 4 2021
Tarikh : 21 OGOS 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.03 malam (Google Meet)
Kehadiran:
1. AHMAD ARIF HAIKAL BIN AHMAD BASRI
2. AJMAL HAKIM BI RAZMIN
3. MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMARI
4. AINA SOFIYA BINTI AHMAD RAFZI
5. DURRA SHABIRAH BINTI MOHAMAD HAFIZ
6. FATINI IZZATI BINTI AHMAD RAMZI
7. MICHELLE TENG QIAN YING
8. NASUHA BINTI JAFAR RUDIN
9. NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN
10. NUR IRDINA BINTI MOHD NAZRIMAN
11. NUR IZZATUL AISYAH BINTI ZULKAPLI
12. NUR OKTOVYNA HAFIZA BINTI ABDUL MAJID
13. NURUL KHALILAH BINTI ZAINAL ARIPIN
14. NURULAIN AQILAH BINTI OMAR
15. SARA ADIBAH BINTI SHARUDIN
16. SARAH NUR IDORA BINTI MOHD SHAHRIL
17. HANIS NAZIRAH BINTI NAZRI
18. SITI NURSARAH BINTI NAZRIN
19. UMI ALEEYA ATILDA BINTI MOHD MAHZLAN
Tidak Hadir:
Tiada
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi Projek Akhir KP5
2. Perincian tentang tugas setiap AJK sebelum Projek Akhir KP5 bermula
3. Pemilihan tarikh-tarikh penting Projek Akhir KP5
4. Perincian poster
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI KP5
• Taufiq mempengerusikan mesyuarat dan meseyuarat dimulakan dengan bacaan
doa. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
jawatankuasa Projek Akhir.
2.0 PERINCIAN TENTANG TUGAS SETIAP AJK SEBELUM PROJEK AKHIR KP5 BERMULA
• Setiap ahli jawatankuasa diberikan taklimat oleh Taufiq tentang bidang tugas
masing-masing.
3.0 PEMILIHAN TARIKH-TARIKH PENTING PROJEK AKHIR KP5
• Tarikh-tarikh berikut telah mendapat persetujuan semua pihak. Berikut adalah
tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Projek Akhir ini berlangsung
ialah:
i. 31/8 - 5/9 ialah tarikh bagi peserta untuk mula mendaftar
ii. 6/9 - 9/9 ialah tarikh bagi peserta untuk menghatar foto
iii. 10/9 - 18/9 ialah tarikh untuk semua peserta mempromosikan gambar
untuk mendapatkan “like”
iv. 19/9 - pengumuman pemenang
4.0 PERINCIAN POSTER
• Semua ahli mengucap kata sepakat untuk mempromosikan poster pada 27/8/2021.
Seterusnya, Sarah Nur Idora (AJK iklan) telah membentangkan poster kepada semua
ahli sebelum di uar-uarkan di semua platform media sosial.
5.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan merakam ucapan terima kasih semua ahli jawatankuasa
dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 malam.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
(NORLIYANA BINTI KAMARULZAMAN) (IKMALHISHAM BIN HJ.DAROJI)
NAIB SETIAUSAHA PROJEK AKHIR KP5 PENYELARAS PROJEK AKHIR KP5
4.6 Hebahan
4.7 Keputusan Rasmi
Nama aktiviti : Pertandingan Fotografi “Nature In Pandemic”
Tarikh aktiviti : 31/8/2021 – 19/9/2021
Anjuran : KP5
BIL NAMA NO MATRIK PENCAPAIAN
1 ISYRAF SYAHMI BIN AZAHAR MS2023177880 JOHAN
2 NURUL AINA FAKHIRAH BINTI RUSLI MS2123180407 NAIB JOHAN
3 CHIA KELLY MS2111100300 KETIGA
4 JACQUELINE NYAIE ANAK MS2023177671 SAGUHATI
JONATHAN JAMBA MS2111100038 SAGUHATI
5 TEE YI CHEN MS2117120501 SAGUHATI
6 NUR FATIN DALILA BINTI MAHADHIR MS2023471639 SAGUHATI
7 YASMIN BATRISYEA BINTI ADELI MS2123132984 SAGUHATI
8 NURUL HANI MAISARAH BINTI
MS2023177410 SAGUHATI
SUHAIZIE
9 NUR ATHIRAH IRDINA BINTI MS2123133501 SAGUHATI
RULHASSAN
10 MOHAMMAD HAFIZI BIN ABU BAKAR
4.8 Lain-lain yang berkaitan
Laporan spesifik setiap ahli jawatankuasa projek akhir
LAPORAN AJK PROJEK AKHIR
1. PENGERUSI : MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMARI
2. N. PENGERUSI : MICHELLE TENG QIAN YING
Saya, Muhammad Taufiq dan Michelle telah dilantik sebagai AJK tertinggi dalam
projek akhir kelas KP5 iaitu sebagai pengerusi dan naib pengerusi pada satu mesyuarat yang
dijalankan bersama semua ahli kelas secara undian majoriti. Seterusnya, kami berdua telah
bersetuju untuk menjalankan satu mesyuarat untuk membincangkan projek yang ingin
dijalankan berserta tema yang akan digunakan. Setelah bermesyuarat, seluruh ahli kelas KP5
bersetuju untuk menjalankan pertandingan fotografi dengan membawa tema “Nature in
Pandemic”. Tema ini dipilih untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kini tentang
pentingnya menghargai alam sekitar kerana sifat itu semakin pudar dalam diri setiap
masyarakat terutama di Malaysia sendiri. Dengan adanya pertandingan ini diharapkan agar
sifat mencitai dan menhargai alam sekitar dapat kembali menjadi aspek utama dalam
kehidupan seharian kita.
Selain itu, kami juga telah menjalankan mesyuarat khas bersama AJK tertinggi yang
juga dilantik pada sesi mesyuarat kali pertama bagi memberi perincian tentang bidang tugas
yang akan mereka lakukan. Pada mesyuarat tersebut, pelbagai idea telah dicadangkan oleh
setiap AJK yang menunjukkan semangat mereka di dalam penglibatan projek akhir ini.
Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang projek akhir ini berlangsung, semua AJK
bersama anak buah mereka memberikan komitmen yang sangat bagus dimana mereka
sering bertanya jika terdapat kekeliruan. Kami juga mendapati bahawa setiap AJK mampu
menyelesaikan masalah masalah yang timbul sepanjang tempoh berlangsungnya projek akhir
ini. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sangat memahami bidang tugas yang ditetapkan.
Projek akhir ini berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan yang diberikan oleh setiap
AJK walaupun pada awalnya ada berlaku sedikit kelewatan untuk melangsungkan projek
akhir ini kerana kekangan masa dan jadual yang sangat padat.
Sambutan yang diberikan oleh peserta juga memberangsangkan di mana mereka
mematuhi segala syarat yang ditetapkan walaupun pertandingan ini dijalankan lebih daripada
2 minggu. Secara keseluruhannya, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak kerana telah bekerjasama dalam
menjayakan projek akhir ini. Tidak lupa juga kepada Sir Ikmal yang merupakan penasihat
bagi projek akhir ini kerana banyak memberikan bantuan idea dan nasihat yang bermanfaat
kepada setiap AJK bagi melancarkan projek akhir ini.
Laporan Projek Akhir Setiausaha
Setiausaha : Nur Izzatul Aisya bt Zulkapli
Naib Setiausaha : Norliyana bt Kamarulzaman
Pada hari Isnin bertarikh 2 Ogos 2021,mesyuarat projek akhir pertama kalinya
diadakan bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa projek akhir KP5.Saya Nur Izzatul
Aisya mendapat undian majoriti dan dilantik menjadi setiausaha manakala Norliyana
sebagai naib setiausaha.
Sepanjang projek akhir dijalankan sebanyak 4 mesyuarat telah diadakan iaitu
pada 2 Ogos, 7 Ogos, 16 Ogos dan juga 21 Ogos.Saya telah mencatat segala
perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung seperti ketetapan
Tarikh dan masa program yang ingin dilaksanaka.Saya juga banyak dibantu oleh
naib setiausaha,Norliyana dalam mencatat sesuatu perkara yang penting dan juga
melakukan tugas yang diberitahu oleh setiausaha.Naib setiausaha juga telah
Berjaya menyiapkan keempat-empat minit mesyuarat yang telah dijalankan,pada
masa yang ditetapkan.
Sebelum mendapat pengesahan daripada pensyarah kokurikulum kami iaitu
Encik Mohd Ikmalhisam,saya dipertanggungjawabkan untuk membuat kertas
cadangan untuk mendapat kelepasan dari pensyarah untuk meneruskan projek
akhir.Semasa projek akhir sedang dilangsungkan saya telah mengumpul semua
maklumat seperti merekod semua fail-fail rujukan.
Selepas berakhirnya projek akhir pada 19/9/2021 saya dibantu dengan naib
setiausaha dipertanggungjawabkan lagi untuk menyiapkan kertas kerja dan juga
laporan bagi projek akhir ini.Naib setiausaha juga telah menyiapkan dokumentasi
sepanjang projek akhir ini dijalankan.
Laporan Projek Akhir Bendahari
Bendahari:Nurul Khalilah Binti Zainal Aripin
Naib bendahari: Hanis Nazirah Binti Nazri
Pada 16 Ogos 2021, saya Nurul Khalilah Binti Zainal Aripin selaku bendahari untuk
projek akhir bersama naib bendahari, iaitu Hanis Nazirah Binti Nazri telah
bermesyuarat untuk menetapkan dan menganggar jumlah perbelanjaan dan
pendapatan untuk projek akhir ini. Dengan itu, kami bekerjasama dengan AJK hadiah
untuk menetapkan jumlah wang yang bakal diberikan kepada pemenang-pemenang
yang memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh kelas kami. Selepas berbincang
Bersama mereka, kami semua telah sebulat suara untuk memberikan RM100 kepada
johan, RM75 kepada naib johan,RM 50 kepada pemenang tempat ketiga, RM35
kepada pemenang tempat keempat dan RM15 kepada pemenang tempat ke-5 hingga
ke-10.
Saya telah berbincang dengan semua pihak yang terlibat dengan pertandingan ini,
kami telah bersetuju untuk menetapkan hanya 100 peserta sahaja yang bakal diambil
untuk menyertai pertandingan ini. Setelah mengambil kira pandangan Sir Ikmalhisam
Daroji serta pengerusi projek akhir ini iaitu Muhammad Taufiq Bin Jamari, yuran
pendaftaran yang dikenakan untuk projek akhir ini hanyalah RM3. Selain itu, seluruh
jawatankuasa telah bersependapat untuk menyumbang RM3 setiap seorang untuk
melancarkan lagi pelaksanaan projek akhir ini. Kesimpulannya, jumlah pendapatan
yang diterima adalah RM357.00.
Pada minggu pendaftaran yang berlaku pada 31 Ogos 2021 sehingga 6 September
2021, seramai 98 orang telah berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta. Walaupun
jumlah penyertaan tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan, pertandingan tetap akan
dijalankan. Dengan itu, saya telah bekerjasama dengan AJK pendaftaran iaitu Siti
NurSarah Binti Nazrin untuk meminta kebenaran mengakses resit-resit yang telah
diberikan oleh semua peserta sebagai bukti pembayaran melalui Google Form yang
telah dibuat oleh pihak mereka.
Selepas tamat minggu pendaftaran, pertandingan ini telahpun bermula. Saya dan naib
bendahari telah mula membuat persiapan untuk mengira dan mengagihkan jumlah
hadiah untuk diberikan dengan pemenang. Pada 18 September 2021, saya telah
memindahkan sejumlah RM351 kepada AJK Hadiah iaitu Sara Adibah Binti Sharuddin
untuk diberikan kepada para pemenang. Jumlah tersebut termasuklah RM0.10 untuk
caj transaksi setiap pemenang.
Secara keseluruhannya, saya dan naib bendahari telah menjalankan tanggungjawab
kami secara baik dan bersyukur tiada apa-apa halangan yang menimpa sepanjang
melaksanakan tugas kami sebagai bendahari dan naib bendahari.
LAPORAN PROJEK AKHIR AJK IKLAN
Pada 20 Ogos 2021, saya Sarah Nur Idora selaku Ahli Jawatankuasa iklan bersama dengan anak buah
saya iaitu Durrra Shabirah telah mengadakan suatu mesyuarat dengan menggunakan platform
whatsapp sebagai medium diskusi kami. Dalam perbincangan ini, kami menbahagikan tugas antara
kami untuk melicinkan proses kami. Kami Berjaya mengumpul segala maklumat penting tentang
pertangdingan fotografi ‘Nature in Pandemik’ dengan bantuan ajk lain yang turut memberikan
kerjasama kepada kami. Antara maklumat yang kami kumpul ialah Tarikh pertandingan,Tema
pertandingan,yuran pendaftaran, nombor akaun bendahari untuk tujuan pembayaran yuran
pendaftaran oleh peserta, hadiah yang bakal dimenangi dan akhirnya nombor telefon ajk pendaftaran
bagi tujuan melicinkan proses pendaftaran. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan ajk kehakiman
untuk membuat sebuah poster tentang syarat-syarat pertandingan tersebut bagi mengelakkan masalah
ketidakfahaman antara peserta.
Saya selaku Ahli Jawatankuasa Iklan telah menghebahkan notis perlaksanaaan program kami kepada
Ketua projek kami iaitu Taufiq serta penolong ketua projek iaitu Michelle sebelum dihantar kepada
Encik Ikmalhisam Bin Daroji untuk menyemak kali terakhir sebelum dihebahkan kepada semua
pelajar kolej matrikulasi.
Setelah Encik Ikmalhisam puas dengan poster kami, Poster tersebut diberi kepada Aina Sofiya untuk
melanjutkan tugasnya iaitu mempamerkan poster tersebut di platform Instagram serta Telegram.
Semua ahli Jawatankuasa yang lain turut berganding bahu mempamerkan poster kepada rakan-rakan
mereka. Saya amat berpuas hati dengan bilangan peserta yang menyertai pertandingan ini iaitu 98
peserta daripada 100 yang kami jangkakan. Ini bermaksud proses pengiklanan kami berjaya kerana
peratusan pendaftaran ialah sebanyak 98%.
LAPORAN PROJECT AKHIR AJK PENDAFTARAN
NAMA AJK PENDAFTARAN
1. SITI NURSARAH BT NAZRIN
2. FATINI IZZATI BT AHMAD RAMZI
Pada hari ahad iaitu 22 August 2021, saya Siti Nursarah sebagai ketua ajk pendaftaran telah
melaksanakan mesyuarat bersama anak buah saya iaitu Fatini Izzati untuk menyediakan borang
pendaftaran melalui google form kerana cara ini adalah cara yang lebih mudah untuk mendaftar. Di
dalam google form itu terdapat maklumat terperinci bagi setiap pelajar seperti Nama, Nombor
matriks, Nombor Telefon dan sebagainya. Dan sepanjang mesyuarat itu saya bersama sama dengan
Fatini untuk menyediakan google form supaya setiap pelajar dapat memasukkan maklumat dengan
lancar.
Tugas sebagai ajk pendaftaran adalah kami bertanggungajwab untuk menyediakan segala keperluan
pendaftaran, selain itu kami juga hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pertandingan
kepada setiausaha dan akhir sekali kami hendaklah memastikan urusan pendaftaran berjalan
dengan lancar. Tarikh sepanjang pendaftaran ialah selama 6 hari iaitu 31 August 2021 sehingga 5
september 2021. Pada awal pendaftaran, tiada sebarang masalah yang kami perlu hadapi. Saya dan
Fatini telah berbincang dengan AJK tertinggi iaitu sebaik sahaja pelajar telah membayar yuran
pendaftaran dan google form, mereka akan diberi link group Telegram yang akan kami kemas kini.
Ada beberapa pelajar yang masuk link telegram sebelum membayar yuran pendaftaran dan kami
terpaksa periksa senarai nama di google form dan dapat mengesan pelajar yang belum membayar
yuran. Kami memberi peluang untuk mereka membayar yuran pada masa yang tertentu dan mereka
memberi kerjasama yang baik terhadap kami.
Kami telah menyasar sebanyak 100 peserta berlainan Kolej Matrikulasi dan hanya 98 orang yang
menyertai pertandingan. Walaupun tidak cukup 2 orang tetapi 98 peserta adalah bilangan sangat
baik. Sepanjang pertandingan ini berlangsung mereka juga telah memberikan kerjasama yang sangat
baik terhadap semua AJK terlibat.
Secara keseluruhannya, tugas tugas AJK pendaftaran telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah yang serius.
LAPORAN AJK KEHAKIMAN
Pertandingan fotografi “Nature in Pandemic” yang bertemakan alam semula jadi telah
dijadikan sebagai projek akhir bagi kelas S1K7T3. Bahagian kehakiman diwujudkan dalam
projek akhir ini adalah untuk memeriksa dan menilai hasil karya peserta. Pada 14 Ogos
2021, mesyuarat telah diadakan melalui Google Meet untuk membincangkan kriteria-
kriteria yang perlu dinilai dalam karya peserta. Kriteria- kriteria yang perlu dinilai ialah
komposisi, sudut, pencahayaan, editing, slogan, dan majority. Setelah mengadakan
perbincangan, penilaian markah majority bagi karya peserta diturunkan daripada 1000 likes
kepada 200 likes. Pada Ogos 16, tugas bidang kehakiman dikemukan dalam mesyuarat di
Google Meet kepada Encik Ikmalhisam Bin Daroji dan mendapat persetujuan beliau.
Pemilihan ahli ajk kehakiman juga dibuat pada hari yang sama. Pada 22 Ogos, mesyuarat
antara ahli kumpulan projek akhir diadakan melalui Google Meet untuk perbincangan lebih
lanjut tentang syarat-syarat yang perlu ada pada karya peserta. Mesyuarat dilanjutkan
antara ahli kehakiman melalui Whatsapp untuk pembahagian tugas kehakiman.
Proses kehakiman dijalankan bermula 10 September 2021 sehingga 18 September 2021
menggunakan media Excel. Peserta akan menghantar hasil karya mereka melalui Google
Form sehingga 11.59 malam pada 9 September. Hasil karya dan maklumat mereka akan
masuk ke Excel secara auto. Dengan ini, tugas kehakiman akan menjadi lebih mudah dan
teratur serta dapat mengelakkan risiko untuk tersalah pemberian markah terhadap peserta
dapat dikurangkan. Pada 12 September, setelah semua kriteria selain majority telah dinilai,
hasil karya peserta yang mendapat markah 60 dan ke atas dimuat naik di Instagram. Seramai
60 orang yang terpilih untuk dimuatnaikkan karya mereka di laman 173project di Instagram
tersebut oleh AJK Multimedia, Aina Sofiya. Tarikh akhir untuk mendapatkan likes di Instagram
adalah sehingga 18 September
pada pukul 11.59 malam.
Pengiraan markah majority bagi karya peserta perlu dilakukan lebih awal kerana ingin
mengelakkan kekangan masa dan pemilihan pemenang. Peserta-peserta yang mempunyai
markah sama telah diundi antara ahli projek akhir untuk menentukan pemenang bagi hadiah
saguhati. Pemenang pertandingan fotografi “Nature in Pandemic” diumumkan pada 19
September 2021, pukul 7.12 pagi.
LAPORAN PROJEK AKHIR AJK HADIAH
NAMA AJK HADIAH:
SARA ADIBAH BINTI SHARUDIN
&
UMI ALEEYA ATILDA BINTI MOHD MAZLAN
Saya, Sara Adibah binti Sharudin selaku Ketua AJK hadiah telah melakukan perbincangan bersama
dengan anak buah saya, Umi Aleeya dan AJK bendahari iaitu Khalilah dan anak buahnya, Hanis
Nazirah untuk menentukan hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada para pemenang untuk
pertandingan fotografi ‘Nature in Pandemic’. Kami bersepakat memilih wang tunai sebagai hadiah
dan hadiah tersebut diserahkan melalui perbankan secara dalam talian dengan menggunakan
aplikasi Bank Islam. Kami menggunakan medium ‘Whatsapp’untuk membincangkan berkaitan
dengan kadar wang tunai yang patut dihadiahkan kepada para pemenang. Dengan berjumlahkan
RM351.00 sebagai peruntukan bagi hadiah, kami semua telah menetapkan nilai hadiah bagi setiap
pemenang iaitu Johan sebanyak RM100.00, Naib Johan sebanyak RM75.00, tempat ketiga sebanyak
RM50.00, tempat keempat sebanyak RM35.00 dan juga saguhati diberikan kepada 6 orang
pemenang iaitu sebanyak RM15.00 untuk setiap seorang. Kemudian, kami meminta pandangan
daripada AJK-AJK lain dan mendapatkan persetujuan daripada Encik Ikmalhisam Bin Daroji.
Pada 18 september 2021, bendahari iaitu Khalilah telah menyerahkan duit sebanyak RM351.00
secara perbankan online kepada saya. Kemudian saya berbincang bersama anak buah saya, Umi
Aleeya untuk membahagikan tugas dalam penyerahan duit kepada pemenang. Saya memberikan
kepada anak buah saya, Umi aleeya sebanyak RM90.00 agar dapat diserahkan kepada
pemenangpemenang saguhati manakala saya memegang RM 261.00 untuk diberikan kepada johan,
naib johan, tempat ketiga dan keempat.
Pada 19 september, setelah AJK kehakiman menyenaraikan senarai pemenang, saya telah
menghantar mesej di dalam group telegram photography untuk memberitahu kepada para
pemenang supaya menghantar mesej kepada saya dan umi aleeya secara peribadi untuk
memberikan maklumat bank supaya hadiah dapat diserahkan kepada mereka dengan selamat. Kami
mengambil tempoh dua hari untuk menyelesaikan tugasan dalam penyerahan hadiah atas faktor
kesukaran berhubung dengan para pemenang. Namun, pada 20 september, semua pemenang telah
berjaya menerima hadiah mereka dengan selamat.
LAPORAN AJK MULTIMEDIA
Pada 14 Ogos 2021, saya, Aina Sofiya Binti Ahmad Rafzi sebagai ketua AJK Multimedia dan penolong
saya, Nur Oktovyna Hafiza Binti Abdul Mahid telah membuat satu akaun Instagram bagi tujuan
mempromosikan lagi pertandingan projek akhir in dengan lebih meluas. Akaun Instagram ini juga
telah diwarwarkan ke seluruh platform social media lain seperti Whatsapp bagi mendapatkan
sambutan ramai. Akaun Instagram ini diberi nama “@173project”. Pada 31 Ogos 2021, projek akhir
ini telah mendapat kelulusan dari pihak atasan, maka AJK Multimedia telah memuat naik maklumat
penyertaan pertandingan fotografi di Instagram dan Telegram. Pada 11 September 2021, saya dan
Oktovyna telah memuat naik gambar peserta yang terpilih di Instagram rasmi projek akhir bagi
memberi markah tambahan. Sebanyak 60 peserta telah dipilih untuk dimuat naikkan gambar
mereka di Instagram.
LAPORAN PROJEK AKHIR AJK SIJIL
NAMA AJK PENDAFTARAN
1) NURULAIN AQILAH BINTI OMAR
2) NUR IRDINA BINTI MOHD NAZRIMAN
Pada 10 September 2021, saya Nurulain Aqilah binti Omar selaku Ahli Jawatankuasa sijil bersama
anak buah saya iaitu Nur Irdina binti Mohd Nazriman telah mengadakan suatu mesyuarat dengan
menggunakan platform whatsapp sebagai medium diskusi kami. Dalam perbincangan ini kami telah
membahagikan tugas antara kami agar pemberian sijil kepada para peserta berjalan dengan lancar.
Selain itu, kami juga telah memberi kata sepakat untuk meletakkan butiran butiran peserta seperti
nama dan nombor matrik peserta pada sijil tersebut. Saya juga telah meminta Ahli Jawatankuasa
pendaftaran iaitu Siti Nursarah senarai pendaftaran peserta melalui platform whatsapp dan senarai
itu telah diberikan kepada saya melalui email. Maka, proses penyediaan sijil ini boleh diteruskan.
Tugas AJK sijil adalah menyediakan sijil para peserta yang telah mengikuti pertandingan
photography ini. Sijil yang disediakan untuk semua peserta adalah dalam bentuk e-certificate dan e-
certificate itu tidak memerlukan tandatangan sir Ikmalhisam yang merupakan penasihat projek akhir
ini. Untuk mendapat kepastian berkaitan tandatangan pada e-certificate tersebut, saya telah
memberitahu sir Ilkmalhisam pada 10 September 2021 melalui whatsapp. Sir Ilkmalhisam telah
menyatakan bahawa tandatangan pada e-certificate tersebut adalah tidak perlu malah cop kms
pada e-certificate itu telah memadai. Pada keesokan harinya, saya telah memberi sir Ilkmalhisam
dan Taufiq selaku ketua projek akhir ini contoh e-certificate yang telah saya sediakan untuk meminta
pandangan mereka terhadap e-certificate tersebut. Memandangkan sir Ikmalhisam dan Taufiq telah
berpuas hati dengan e-certificate tersebut, maka saya telah menyiapkan semua e-certificate peserta
dengan menggunakan format yang sama seperti e-certificate yang saya tunjukkan kepada sir
Ikmalhisam dan Taufiq.
Pada 19 September 2021, saya telah menghantar semua e-certificate peserta yang telah saya
siapkan kepada anak buah saya iaitu Nur Irdina melalui telegram dan e-certificate tersebut telah
dihantar kepada semua peserta yang menyertai pertandingan photography ini melalui email masing-
masing oleh Nur Irdina iaitu penolong Ahli Jawatankuasa sijil. Pada kemudian harinya, saya telah
menghantar mesej dalam group telegram pertandingan photography untuk memberitahu peserta
bahawa e-certificate mereka telah dihantar melalui email mereka dan saya telah memberi peluang
kepada peserta yang mempunyai masalah berkaitan e-certificate yang mereka terima untuk mesej
saya dan nyatakan masalah tersebut. Terdapat segelintir peserta menghadapi masalah berkaitan e-
certificate yang mereka terima dan saya telah membaiki semua kesalahan pada e-certificate
tersebut. E-certificate yang telah saya perbaki telah diberikan semula kepada peserta berkenaan.
Secara keseluruhannya, tugas tugas AJK sijil telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang
telah saya dan penolong AJK sijil berikan.
9.0 PENUTUP
Kami dari ahli kelas KP5 berharap projek akhir yang telah dirancang ini iaitu
Pertandingan fotografi, akan berjalan dengan lancar dan baik seterusnya dapat
mencapai objektif yang disasarkan. Justeru pihak kami ingin meminta jasa baik dari
pihak Kolej Matrikulasi Selangor supaya dapat meluluskan kertas kerja projek akhir
kokurikulum kami dengan jayanya. Pihak kami juga ingin meminta maaf sekiranya
ada kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang kertas kerja ini dipersembahkan
Sekian terima kasih..
PENGESAHAN Tarikh:
Disediakan oleh Tarikh :
Tarikh :
………………………………………..
(Nur Izzatul Aisya bt Zulkapli)
Setiausaha Projek Akhir
Disemak oleh,
………………………………….
(Ikmalhisam Bin Daroji)
Pensyarah Penasihat
Projek Akhir KP5
Disokong oleh,
................................................
(Ahmad Nazir Bin Abdullah)
Ketua Unit
Unit Kokurikulum
Catatan : .................................................................................................
.................................................................................................
* Diluluskan / Tidak diluluskan
.................................................. Tarikh :
( Saipudin Bin Hasnon)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengurusan Pelajar