The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu Tatabahasa
Kata Kerja & Penjodoh Bilangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jhia Emran, 2020-10-18 02:10:44

BM siri 1

Bahasa Melayu Tatabahasa
Kata Kerja & Penjodoh Bilangan

Kata Nama & PeNjodoh bilaNgaN

Disediakan oleh :

Fauziah binti Hj Emran
Guru Bahasa Melayu
SK Jambatan Putih, Tawau.

@cikguGee

PENGENALAN

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan operasi pelbagai sektor
terjejas dan diarah tutup, termasuk sekolah serta institusi pengajian tinggi
(IPT). Musibah yang melanda negara sedikit sebanyak memberi impak terhadap
penggunaan sistem pembelajaran dalam talian di sekolah. Penularan COVID 19
yang melanda seluruh dunia sejak bulan Mac 2020 menyebabkan penggunaan
pembelajaran dalam talian telah dilaksanakan bagi menggantikan pembelajaran
dalam bilik darjah.

Pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan pembelajaran di rumah) merupakan
inisiatif bagi memastikan keselamatan anak-anak selain sentiasa belajar bagi
mengelakkan keciciran ilmu. Oleh yang demikian Modul Tatabahasa ini dihasilkan
bagi memastikan murid dapat belajar di rumah. Guru hanya membantu murid
dan berfungsi sebagai pemudah cara. Ibu bapa perlu rajin dan bijak menyediakan
proses pembelajaran untuk anak di rumah. Ironiknya, proses PdPR ini telah
mengubah peranan ibu bapa di rumah, Murid ini pasti tidak mampu melakukan
tugasan dalam talian dengan kendiri. Ibu bapa perlu membantu dan memantau
aktiviti anak. Maka ini akan menjadi cabaran baharu kepada ibu bapa untuk
mewujudkan suasana pembelajaran di rumah.

Modul Bahasa Melayu Bersiri mengikut topik ini dihasilkan oleh guru-guru SK
Jambatan Putih khas untuk murid Tahap 2. Dalam modul ini disediakan nota
tatabahasa serta latihan. Setiap modul yang dihasilkan, murid diberi tempoh
seminggu untuk dilaksanakan dan dihantar pada guru. Dengan cara ini guru-guru
dapat membuat pentaksiran dan seterusnya dijadikan evidens dalam pengisian
tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Akhir sekali, guru-guru amat mengharapkan modul yang dihasilkan ini dapat
memberikan manfaat kepada pelajar.

Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF :

Pada akhir pembelajaran, murid mahir menggunakan kata nama dan
penjodoh bilangan dalam ayat dengan tepat dan betul.

STANDARD KANDUNGAN :
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
STANDARD PEMBELAJARAN :
5.1.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama am dan penjodoh
bilangan mengikut konteks dengan betul.
5.1.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama khas mengikut konteks
dengan betul.
5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata ganti nama mengikut
konteks dengan betul.

NOTA

1. KATA NAMA AM

 Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang,
benda, dan tempat secara am atau umum.

Kata Nama Contoh Ayat contoh
Am

benda 1 Mak Cik Ramlah membeli sebotol
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kicap.
kotak, komik, biskut, roti, gelas, 2 Roti kaya sedap rasanya.
pinggan, piring, tempayan, botol, 3 Ayah membeli sebuah komputerriba.
sangkar, selipar, kalendar

1 Gajah itu sangat kuat.
monyet, bangau, siamang, landak, 2
Pak Jamil membeli dua
ular, serigala, singa, cacing, siput, ekor kambing
haiwan jengking, kijang, seladang, pelanduk, jantan.

tenuk 3 Cacing hidup di dalam tanah.

1 Wanita itu jiran saya.

manusia penghulu, pekebun, wanita, pelajar, 2 Adiknya bekerja sebagai seorang
jurubina, pensyarah, emak, adik, jurutera.
tukang masak, penyelia, juruwang, 3 Pensyarah itu bapa saudara Ariffin.

wartawan, pengarah,

seniman, pengetua

bank, klinik, perpustakaan, 1 Mereka sering berkelah

asrama,hospital, plaza tol, pawagam, di pantai itu.
kafe taman bunga, pasar malam,
tempat pam minyak, pejabat, bengkel, 2 Orang ramai berkumpul di balai
restoran, universiti, maktab rayaitu.

3 Kita digalakkan menyimpan wang
dibank.

Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

Contoh:
1 Encik Lee membeli sebuah kereta baharu.

Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan
pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:

1 Kereta baharu itu kepunyaan Encik Lee.
2 “Ayah saya pergi bekerja pada waktu pagi,” kata Zaipah.

2. KATA NAMA KHAS

 merujuk kepada sesuatu secara khas.
 menyebut benda, orang, binatang, tempat dan tumbuh-tumbuhan secara khas.
 huruf pertama mesti dieja dengan huruf besar.

Kata Nama Khas Contoh Ayat contoh

Encik Amin, Puan Zawiah, Encik Amin pengawai polis .

orang Pengarah Hospital Universiti Pengetua Sekolah Kebangsaan
Malaya, Rengasamy, Temasik Tuan Haji Bahari Awang.
Swei Lan bin

Sang Kura- kura sedang berlumba dengan

Si Comel, Si Belang, Sang Sang Arnab.

binatang Kura-kura, Sang Buaya, Sang

Kancil, Si Jalak, Raja Singa, Si Si Tompok sedang bermain-main dengan

Tompok seutas tali.

Kamus Dewan, Proton Wira, Pak We menunggang motosikal Honda.

benda Honda, Sony, Sanyo, Dettol, Datuk membeli televisyen
Luna, Casio, Camy,Aiwa, berjenama Panasonic.
Harian Metro, Panasonic

Kakaknya menetap di Pulau Pinang.

tempat Zoo Negara, India, Kuching, Maktab Perguruan Lembah Pantai johan
Kuala Lumpur, Pulang Pinang dalam pertandingan pidato peringkat

kebangsan.

Bunga Raya ialah bunga rasmi negara

Bunga Raya, Tongkat Ali, Malaysia.

tumbuh-tumbuhan Durian Belanda, Carambola,

Guajava, Emak saya suka minum air Kacip Fatimah.

3. KATA GANTI NAMA

 Kata ganti nama terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama, kata
ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Keterangan Ayat contoh
Nama

1. saya/ aku/ daku 1. Saya suka makan kek buah.

2. kami- sipenutur dan temannya apabila 2. Kami hendak ke perpustakaan.

bercakap dengan pihak kedua. 3. Kita mesti belajar bersungguh- sungguh.

1. diri 3. kita- sipenutur dan orang yang 4.” Laksanakan perintah beta dengan
pertama
mendengarnya. seger.” Titah Raja Melaka.
2. Diri
kedua 4. beta- raja / sultan- 5. “ Segala perintah tuanku

5. patik akan patik laksanakan.”Kata Hang Tuah.

6. hamba 6. “Izinkan hamba pergi dulu”. Kata Pak

Malau kepada Bendahara.

1. awak/ kamu 1. Siapa nama awak?

2. anda- digunakanuntuk diri orang ## Kamu hendak ke mana?

kedua yang tidak bersemuka sepeti 2. Anda dihendaki hadir temuduga terbuka

dalam iklan, dalam radio, televisyen. pada 2 Mei 2014.

3. Ya Allah kepada Engkau aku meminta

3. Engkau- bercakap dengan orang yang pertolongan.

rapat atau dengan Tuhan. 4. Dikau yang kusayangi….

5. “Ampun tuanku, sembah patik harap

4. Dikau- digunakan dalam puisi diampun”. Kata Tun Perak kepada Sultan

5. Tuanku-(Tunggal) – digunakan apabila Melaka.

bercakap dengan sultan. 6. “Mengapakah kalian ingin berjumpa

dengan saya”. Kata ketua kampung kepasa

6. kalian (ramai) anak buahnya.

1. Dia, ia(tunggal)- digunakan untuk 1. Dia orang kaya di kampung saya.

orang biasa pada umumnya. ## Jika dapat, ia sangat berbaloi.

2. Abangnya tinggal di Pulau Langkawi.

2. nya- ditulis serangkai dengan 3. Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri

perkataan sebelunya. yang kedua di Malaysia. Beliau seorang

3. diri pemimpin yang prihatin.
ketiga
3. Beliau- dugunakan untuk orang yang 4. Tuanku Mizan adalah sultan di Negeri

dihormati seperti pemimpin atau guru. Terengganu. Baginda adalah seorang raja

yang berjiwa rakyat.

4. Baginda- digunakan untuk kerabat 5. Mereka sedang bermain bola sepak di

diraja. padang sekolah.

5. Mereka- (ramai) digunakan jika
bilangan orang lebih daripada seorang.

KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama ialah perkataan yang menggantikan kata nama am dan kata nama khas. Ia boleh
dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh
dibahagi lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

A. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu.
Contoh: itu, ini.

Ayat contoh kata ganti nama tunjuk:
1. Rumah yang kita duduki ini kepunyaan Sir Thomas.
2. Baju yang tergantung pada almari itu sungguh cantik.

B. Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk merujuk pada orang atau benda dalam bentuk
ayat tanya. Ia terdapat juga dalam bentuk gandaan.
Contoh: apa, siapa, mana, apa-apa, sesiapa/siapa-siapa, mana-mana.

Ayat contoh kata ganti nama diri tanya:
1. Apakah yang kamu buat di sana?
2. Yang mana satu kawan baharu kamu, Taufiq?
3. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam kawasan ini.

C. Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan nama seseorang individu atau
sesuatu pihak.
Contoh: beta, saya, aku, hamba, patik, kita, tuanku, kamu,
awak, engkau, saudari, anda, kalian, baginda, beliau,
dia, mereka, ia, -nya.

Ayat contoh kata ganti nama diri orang:
1. Saya berharap kamu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti.
2. Sultan Mansur Shah ialah raja yang prihatin. Baginda sentiasa mendengar masalah yang
dihadapi rakyat.
3. Kita mesti menang dalam perlawanan bola sepak malam ini.

*INGATAN UNTUK MURID

Semasa mengguna kata ganti nama diri supaya tidak membuat kesalahan, Kata ganti nama
diri beliau hanya digunakan untuk orang yang berpangkat dan dihormati. Satu lagi kesalahan
umum yang dibuat oleh pelajar ialah menggandakan kata ganti nama diri orang. Sila
ingat bahawa semua kata ganti nama diri orang tidak boleh digandakan.

Ayat contoh:

1. Beliau terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan catur. (SALAH)
Dia terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan catur. (BETUL)

2. Saya-saya belatih dengan bersungguh-sungguh untuk menang (SALAH)
Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menang. (BETUL)

3. Mereka-mereka berasa sedih atas kekalahan itu. (SALAH)
Mereka berasa sedih atas kekalahan itu. (BETUL)

Isi tempat kosong dengan Kata Nama yang paling sesuai. _ yang

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor _
pintar.

A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah _ .

A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3 Banyak makan _ _ bererti banyak pengalaman hidup.

A hati
B ubat
C gula
D garam

4_ _ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.

A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5_ _ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.

A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6_ _ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.

A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang _ _.

A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di .

A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air

9 Sebahagian tingkap rumah Nenek Mah telah reput.

A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam itu.

A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda

11 _ _ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.

A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar

12 _ _ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.

A Batu-batan C Bukit-bukau

B Tanah-tanih D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di ruang tamu.

A dalam
B bawah
C tengah
D atas

14 _ _ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.

A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di
_________ pokok rambutan.

A tepi

B atas

C bawah
D belakang

16 Cikgu Rozita merupakan bekas _ _ di Maktab Perguruan Perempuan
Melayu, Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

17 _ _ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.

A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk _ _ kepada Pak Cik Kassim.

A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan yang masuk ke dalam kebunnya.

A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan _ ____.

A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

21 Pada hari _ _ yang lalu, Farid dan abangnya

menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.

A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di itu untuk

mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh

Datoí Dr. Fadzillah Kamsah.

A kedai
B rumah
C Dewan
D Masjid

23 Kaum diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan

murah sewaktu berbelanja.

A gadis
B isteri
C betina
D wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya
menambahkan hasil tangkapan _ _.

A pesawah
B penoreh
C nelayan
D Petani

25 Kita sebagai _ _ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang
negara.

A Pelancong
B Pendatang
C Rakyat
D Murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah _ _ kerana mendapat

keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.

A motosikal
B basikal
C Kereta
D beca

27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata
Ulu Kenas sebagai pusat _____

A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan

28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi
sangat rapat
seperti isi dengan kuku.

A dia
B kita
C kami
D mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah __ _itu menyebabkan
kesessakanlalu lintas.

A jejantas
B jambatan
C lapangan
D Bangunan

30 Haziq merupakan satu-satunya _ _ yang berjaya

melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

A dekan
B pelajar
C Profesor
D Pensyarah

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _
dengan suara yang lantang.

A juruulas
B juruacara
C jurucakap
D juruhebah

32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki _ _ yang rosak
itu.

A jambatan
B jejambat
C jejantas
D jejari

33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul
semalam.

A ribut
B hujan
C angin
D panas

34 Puan Rosnah dikejarkan ke kerana darah di kakinya tidak berhenti
mengalir.

A pasar
B pejabat
C hospital
D bengkel

35 _ _ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada

penumpang.

A seniwati B pramugari
C pramugara D peragawati

36 Mahasiswa dan mahasiswi di _ _ diingatkan supaya

menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah.

A universiti
B sekolah
C tadika
D kolej

37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan dalam mata
pelajaran Matematik.

A ibu
B adik
C Kakak
D Pelajar

38 _ _ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru

dipetik.

A Kuih
B Lauk

C Sayur
D Barang

39 _ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan

kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.

A Juruacara
B Jurucakap
C Juruhebah
D Jurumaklum

40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak _ _
apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.

A lompatan
B kemeriahan
C kesenangan
D kegembiraan

PENJODOH BILANGAN

1. Kata bilangan kadangkala disertai penjodoh bilangan.
2. Letak penjodoh bilangan ialah selepas kata bilangan.

Contohnya: Ayah membeli dua sikat pisang.

3. Ada masanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

Contohnya: i. Semua orang peserta sudah bersedia. (salah)

ii. Semua peserta sudah bersedia. (betul)

Penjodoh Kegunaan Contoh
Bilangan

angkatan Digunakan untuk manusia atau benda Kapal terbang, polis, askar,
Baris Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
Batang Digunakan untuk benda yang panjang Kayu, galah, sungai, lilin
Bentuk Digunakan untuk benda-benda kecil yang Cincin, subang, mata kail, permata
berkeluk
Berkas Digunakan untuk benda yang diikat Kayu, papan, kunci
bersama-sama
Bidang Digunakan untuk benda yang luas Tanah, kebun, lading
Biji Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda Batu, cawan, telur, guli, bola
yang kecil
Bilah Digunakan untuk benda yang tajam Pisau, sabit, gunting, kapak
Buah Digunakan untuk benda yang besar dan padu Peti sejuk, almari, radio, taman,
yang tidak menentu kereta, motorsikal, rumah
Buku Digunakan untuk benda yang berbongkah Sabun, roti, benang
Butir Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat Peluru, mutiara, telur, beras
Carik/Cebis Digunakan untuk benda yang dikoyakkan Kain, kertas
Cekak Digunakan untuk menghimpun benda Benih padi, tangkai padi
Cubit Digunakan untuk benda yang diambil sedikit Garam, gula, tepung
dengan jari
Cucuk Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi Sate, bebola ikan, daging,
buah-buahan
Das Digunakan untuk bunyi tembakan Pistol, senapang, merian
Deret Digunakan untuk benda yang disusun Rumah, kereta, bangunan
Ekor Digunakan untuk binatang Ikan, ayam, itik, ular
Gelung Digunakan untuk benda yang panjang dan rotan, dawai, kawat, tali, wayar
bergulung
Genggam Digunakan untuk benda yang digenggam Beras, padi, batu
Gugus Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci

Gerombolan berkelompok Samseng, penjahat
Gulung Digunakan untuk orang Filem, kertas, dawai, kunci
Digunakan untuk benda yang bergulung

Gumpal Digunakan untuk gumpalan tanah, tembakau, kapas, kekabu,
asap, awan
Helai Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar Baju, seluar, kertas, sampul surat,
selimut
Hidang Digunakan untuk menjamu sesuatu Lauk, kuih, air
Ikat Digunakan untuk benda yang diikat Papan, kayu, sayur, tebu
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis Bawang, halia, tomato, timun, daging
Hiris/Iris Digunakan untuk benda yang bertangkai atau bunga
Jambangan berangkai-rangkai
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau Bunga, kunci
Jambak berangkai-rangkai
Digunakan untuk sebungkus barang nasi, garam, gula, ikan bilis, udang
Jemput kering
Digunakan untuk bahagian atas rumah Atap, bumbung
Kajang Digunakan untuk benda yang bertangkai Payong, cendawan
Kaki Digunakan untuk tempat menginap binatang Kambing, lembu, kerbau
Digunakan untuk kumpulan binatang Gajah, lembu, kambing, lebah
Kandang Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, Awam, kuda, pulau, bintang, burung
Kawan binatang dan pulau yang berkelompok
Kelompok Digunakan untuk benda yang dikepal dengan Nasi, pulut , tanah
tangan
Kepal Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih Biskut, roti, syiling, kad, gambar
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul asap, awan
Keping Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian Roti, papan
Kepul Digunakan untuk benda yang berketul atau padu Ais, daging, tulang, sabun
Kerat Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak Ubat, mancis, pensel, pen
Ketul Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan Melur, mawar, teratai, anggerik
Kotak Digunakan untuk benda yang berlapis Selapis kiuj, tujuh lapis langit
Kumtum Digunakan untuk senjat api Pistol, senapang, merian
Lapis Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang Kertas, benang, tali
Laras Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
Lembar Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok Baju, durian, rambutan, betik, cili
Lingkar Digunakan untuk bahan bacaan berjilid Surat khabar, majalah, buku, risalah
Longgok Digunakan untuk manusia Doctor, peguam, guru, murid
Naskhah Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan Mercun, coklat
Orang Digunakan untuk manusia atau benda yang Kasut, anting-anting, anak, stoking
Papan berpasangan
Pasang Digunakan untuk bahagian dalam buah Durian, cempedak

Pangsa

Pasukan Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam Plolis, tentera, askar, kadet, pandu
puteri

Pintu Digunakan untuk bangunan yang berderet Sepintu rumah, dua pintu kedai
Patah Digunakan untuk kata Perkataan, kata-kata
Pohon Digunakan untuk pokok Sepohon orkid
Potong Digunakan untuk benda yang sudah dipotong Daging, kek, kuih, roti
Pucuk Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis Sampul surat, pistol, senapang
serta halus
Puntung Digunakan untuk bahagian yang masih menyala Rokok, kayu api
Persalinan Digunakan untuk pakaian yang lengkap Sepersalinan pakaian
Rangkap Untuk puisi Syair, pantun, sajak
Digunakan untuk benda yang labuh dan bersirat Jala, jaring, pukat
Rawan Digunakan untuk pembahagian kawasan Serelung sawah, dua relung kebun
Relung Digunakan untuk benda yang beruas-ruas Tebu, buluh
Ruas Digunakan untuk tumbuhan yang rapat-rapat Rumput, padi, pandan, buluh
Rumpun Digunakan untuk buah pisang Pisang
sikat/sisir Digunakan untuk makanan yang disuap Sesuap nasi
Suap Digunakan untuk buah yang bertandan Pisang, kelapa, kelapa sawit
Tandan Digunakan untuk buah-buahan, bungaan dan Daun, langsat, kekwa, ros, padi
Tangkai daun yang bertankai
Digunakan untuk air air
Teguk Digunakan untuk benda yang bertimbun Setimbun pasir, dua timbun batu
Timbun Digunakan untuk benda yang bertingkat-tingkat kedai, bangunan, rumah
Tingkat Digunakan untuk cecair yang menitis Air, darah, dakwat
Digunakan untuk benda yang menitis Setitis embun, dua titis air mata,
Titik Digunakan untuk benda yang bertompok Setompok anjong, tigan tompok
Titis kucing
Tompok Digunakan untuk buah yang bertongkol Jagung
Digunakan untuk buah-buahan yang berpangsa Durian, cempedak, nangka
Tongkol Digunakan untuk benda yang panjang dan Rantai manik, kalung mutiara, pantun
Ulas berbentuk
Untai Digunakan untuk benda yang halus dan panjang Benang, dawai, rambut, rotan
Digunakan untuk benda yang panjang dan dapat Rantai, tali, paip, dawai
Urat digulung
Utas

Pilih Penjodoh Bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam
ayat- ayat berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
_ kawat berduri.

A utas
B gulung
C gelung

D bidang

2 _ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia

A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se benang.

A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 “Masukkan se _ garam ke dalam lauk itu,”kata Mak Cik

Salmah kepada Jamilah.

A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 _ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.

A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

A kelompok
B tompok
C Buah
D Biji

7 Se kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia

menghadap meja tulisnya.

A patah
B potong
C cebis
D Untai

8 Ayah membeli dua _ _ durian di pasar.

A biji kain sebagai pembalut luka pada
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se
jarinya.

A cebis
B bentuk
C lembar
D Cucuk

10 Polis melepaskan lima tembakan ke arah perompak itu.

A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belasringgit se .

A Papan
B Keping
C Naskhah
D Rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se _ pantun.

A baris
B patah
C rangkap
D buah

13 Ayah membeli dua petai di gerai itu.

A gelung
B papan
C Mata
D Biji

14 Beberapa rokok bertaburan di lantai.

A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap
adiknya mendapat .

A sebiji
B seruas
C sehiris
D Seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa rumah sewa di
Kampung Sungai Kota.

A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai kunci sewaktu dalam
perjalanan ke perhentian bas.

A seutas

B sebilah
C sejambak

D serumpun

18 Beberapa _ _ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk

mencantikkannya.

A ulas
B butir
C keping
D Potong

19 Ayah memasukkan filem ke dalam kameranya.

A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli surat khabar mingguan di kedai Ali.

A sekeping
B selembar
C senakhah
D sehelai

21 Tolong belikan saya se pisang dan se rambutan
camca di
di gerai buah-buahan itu,î pesan ibu kepada ayah.

A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat....longgok

22 Letakkan lima mangkuk dan beberapa

atas meja itu,î kata Chef Wan kepada pembantunya.

A biji.... batang
B buah....batang
C bekas....bilah
D butir....bilah

23 Maimun menggubah dua bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se almari.

A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa tali untuk
mencari rotan.

A sebentuk … selembar
B sebatang … segelung
C selaras … segulung
D sebilah … seutas

25 Naemah mengambil _ _ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26 Ayah membelikan adik _ langsat dan rambutan.

A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya bunga dan pena.

A sekuntum..... sebilah
B sejambangan.... seberkas
C setangkai..... sepucuk
D sejambak..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa ___ tembakan dengan
menggunakan lima _____rifel M16.

A butir...... pucuk
B das...... laras
C biji...... batang
D laras......das

29 Kakak membeli kain songket dan tikar di
Kedai Payang.

A sehelai..... segulung
B secarik..... segelung
C secebis..... sehamparan
D sehelai..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa_ _ batu lalu membaling ke arah burung ciak itu.

A genggam.....segerombolan
B batang..... sekumpulan
C ketul...... sekawan
D kepal......seekor

31 _ senapang dan beberapa peluru telah dijumpai di
tepi bangunan itu. sayur sawi ini?

A Sebatang..... biji
B Sedas......buah
C Selaras..... butir
D Sekaki..... butir

32 Berapa harga ikan dan

A sebakul..... seberkas
B selonggok.....seikat
C seberkas..... seikat
D sekawan......segulung

33 _ senapang dan beberapa peluru telah dijumpai di
tepi bangunan itu.

A Sebatang..... biji
B Sedas......buah
C Selaras..... butir
D Sekaki..... butir

34 Berapa harga ikan dan sayur sawi ini?

A sebakul..... seberkas
B selonggok.....seikat
C seberkas..... seikat
D sekawan......segulung

35 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan asam gelugur dan beberapa
bawang merah.

A sepotong ... biji
B sehiris... ulas
C seketul ... biji
D sekeping ... biji

36 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya
dengan beberapa _____rambutan serta beberapa _______kelapa.

A ulas ... sikat
B biji ... tandan
C ikat ... tandan
D ikat ... sisi

37 Beberapa jalan raya dan dua _ kedai

ditenggelami air akibat hujan lebat.

A jalur... pintu

B kaki... baris

C batang ... deret

D baris... buah

38 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah

pulut

dan memakan sirih.

A seketul ... s e k e p i n g

B segenggam ... sehelai

C sepotong ... selembar
D sekepal ... sekapur

39 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
_______ penggali dan beberapa dawai.

A sebatang ... gelung

B sebuah ... gelung
C sekerat ... lembar
D sebilah ... utas

40 Emak menanam beberapa sayur dan tiga _ serai

di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.

A baris ... pucuk

B deret ... kelompok
C batas ... rumpun
D ikat ... jamba

@cikguGee2020skjpt


Click to View FlipBook Version