The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleeyazra23, 2024-05-26 01:21:20

UPAH BENAR

ebook EPPD1033

Keywords: makroekonomi

UPAH BENAR


Pada sesuatu petang yang cerah, Amir dan kawan-kawannya bermain di samping jalan yang sunyi. “Amir, ibu bapa awak kerja apa?” salah seorang rakan Amir, Azhar bertanya. “Ibu saya seorang petani dan ayah saya seorang petani” jawab Amir.


“Saya selalu tertanya-tanya, ” semua kegiatan terhenti apabila Amir berkata begitu. “Mengapa upah orang boleh berbeza-beza bahkan mengikut kawasan juga boleh berbeza” Soalan yang diajukan oleh Amir membuatkan mereka terdiam dan memikirkan jawapan.


Pada suatu hari, Amir pergi ke perpustakaan yang jarang dikunjungi orang. Tiba-tiba, Amir melihat sebuah buku yang kelihatan berdebu dan usang di rak yang tinggi. dia menarik buku itu. Amir tertarik dengan tajuk buku tersebut. Oleh kerana keadaan perpustakaan yang ramai dan bising, Amir memutuskan untuk terus ke kaunter untuk meminjamnya tanpa mengetahui isi kandungan buku tersebut.


Amir duduk di atas bangku dan ingin membaca buku tersebut.


“Bolehkah awak jelaskan apa itu upah benar?” tanya Amir. “Upah adalah bayaran yang diterima oleh seseorang kerana melakukan pekerjaan. Upah benar adalah jumlah upah yang disesuaikan dengan harga barang dan perkhidmatan. Ini bermakna, walaupun jumlah wang yang diterima tidak berubah, nilai sebenarnya boleh berubah bergantung kepada harga barang di pasaran. ”


Tiba-tiba, buku itu bercahaya dan terdengar suara yang keluar daripada buku tersebut. “Hai Amir!” Amir terkejut dan hampir menjatuhkan buku itu. “Siapa yang bercakap tadi? saya seorang sahaja disini” “Saya adalah buku Ekonomi Ajaib. Saya ada mendengar pertanyaan awak tentang upah. Mari saya jelaskan semuanya tentang ekonomi. ” jawab buku itu.


Amir merasa dirinya ditarik ke dalam masa lalu. Mereka tiba di Kampung Ekonomi pada zaman dahulu, dimana harga barang sangat murah. “Amir lihatlah sekeliling. Masa ini, harga barang sangat murah, ” kata Buku Ekonomi Ajaib. Amir sangat teruja kerana harga disini sangat murah berbanding zaman kini.


Buku Ekonomi Ajaib terang kembali dan membawa mereka kepada masa kini.


“Sekarang lihat harga barang sudah meningkat. ” kata Buku Ekonomi Ajaib lagi. Amir kelihatan sangat keliru. “Bagaimana peningkatan harga ini boleh berlaku?”


Buku Ekonomi Ajaib menerang dan mereka tiba di masa hadapan. “Disini harga barang meningkat bahkan lebih menggila lagi dari Amir sangkakan. ” Amir sangat terkejut dengan peningkatan harga yang berlaku di masa depan dibandingkan pada masa lalu. “Sangat jauh perbezaan” Amir menambah.


Buku Ekonomi Ajaib membawa kembali Amir ke masa kini. Di setiap tempat yang dilawati, Amir melihat bagaimana kehidupan orang berubah mengikut harga barang dan upah yang mereka terima. Buku Ekonomi Ajaib menjelaskan bahawa walaupun jumlah wang yang diterima adalah sama, nilai sebenarnya boleh berubah kerana inflasi atau deflasi. Dia dapat memahami dengan lebih baik tentang bagaimana upah dan harga barang saling berkaitan.


Amir berkongsi dengan rakan-rakannya apa yang dipelajarinya. “Kawan-kawan, saya belajar sesuatu yang penting berkaitan dengan persoalan saya kelmarin tentang upah. ” kata Amir dengan semangat. “Walaupun kita mendapat upah yang sama, harga barang yang berubah boleh membuatkan nilai upah kita berubah juga, ”


Amir memutuskan untuk membantu ibu bapa mereka dengan berjimat-cermat dan bijak berbelanja supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan harga barang di kampung mereka. “Kita boleh mula berjimat dengan menabung sebahagian daripada wang yang kita ada dan hanya membeli barang yang kita perlu sahaja, ” kata Amir.


Buku Ekonomi Ajaib mengucapkan selamat tinggal kepada Amir. “Terima kasih Buku Ekonomi Ajaib. Saya akan terus belajar dan membantu orang lain untuk memahami ekonomi juga, ” kata Amir dengan penuh tekad. Amir menutup buku Ekonomi Ajaib tersebut dan mengembalikannya di perpustakaan.


Click to View FlipBook Version