The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marissasyaaa, 2025-03-02 21:00:55

Tema 8:Kepentingan seni dan budaya

Your paragraph text (1)

DISEDIAKAN OLEH:NUR AINA MARISSA BINTI MOHD NIZAM KEPENTINGAN SENI DAN BUDAYA TEMA 8


Seni dan budaya memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesuatu bangsa. Seni dan budaya juga memengaruhi perkembangan sosial dan ekonomi sesebuah negara.Sejak dulu lagi, masyarakat suda mula memperkembangkan seni dan budaya mereka tersendiri seperti muzik dan tradisi.Kini,seni dan budaya semakin berleluasa di setiap negeri mahupun negara.


ISI 1 Kepentingan seni dan budaya yang pertama ialah , membentuk identiti dan jati diri.Hal ini dikatakan demikian kerana,seni dan budaya mencerminkan warisan sesebuah masyrakat yang diwarisi secara turun-temurun.Contohnya, tarian tradisional seperti zapin di Malaysia atau batik di Indonesia yang melambangkan keunikan bangsa.Apabila generasi muda mengenali dan mengetahui seni dan budaya mereka , mereka akan lebih berbangga dengan asalusul mereka tersendiri. Peribahasa ada mengatakan, ”Biar mati anak,jangan mati adat”.


isi 2 Kepentingan seni dan budaya yang kedua ialah meningkatkan ekonomi dan pelancongan. Hal ini berlaku kerana , industri seni dan budaya banyak menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara .Seni kraf,muzik tradisional dan pertunjukan kebudayaan menarik pelancong asing sekaligus menjana pendapatan kepada penggiat seni dan peniaga tempatan.Contohnya,pelancong asing yang berkunjung ke Melaka sering tertarik dengan seni bina bersejarah dan seni kraf tempatan.Sebagai akibatnya,ia akan memberi manfaat kepada ekonomi setempat.Bak kata peribahasa, ”Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah”.


isi 3 Kepentingan seni dan budaya yang terakhir ialah,mengeratkan perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana,dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia , seni dan budaya menjadi medium bagi penyatuan masyarakat berbilang kaum . Oleh itu, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina dan Deepavali, di Malaysia menunjukkan bagaimana budaya dapat menyatukan rakyat melalui sambutan bersama . Aktiviti seni seperti persembahan teater dan Festival Kebudayaan juga menggalakkan interaksi dan persefahaman antara kaum . Menurut peribahasa, ”Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ”.


Sudah terang lagi bersuluh, banyak kepentingan yang dapat kita pelajari dan contohi daripada seni dan budaya. Dengan yang demikian, kita dapat menghargai,mengenal sejarah dan menghubungkan generasi kini dengan yang terdahulu .Tuntasnya,tanggungjawab kita adalah untuk terus memelihara dan mengembangkan seni serta budaya agar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih menyeluruh.


Click to View FlipBook Version