The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elina tukiman, 2019-12-27 03:00:28

WAJAH 2020

BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH

Keywords: SMKTPG 2020

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH

MAC 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Murid Kokurikulum Tingkatan
Enam

1 AHAD Mesy ALP 2 UB1-T5 Pelancaran Bulan Minggu BI Yasin
2 ISNIN 3K Mingguan
MUET
3 SELASA Mesy P&T 1M1S (A) Lisan
Sesi 1
10 4 RABU PBB Dialog
5 KHAMIS Prestasi
6 JUMAAT Dialog Kursus asas PRS Mesy T6
7 SABTU PdP Majalah 1 MUET
8 AHAD Sambutan HLahir Lisan
Semakan Kursus Asrama Sesi 1
PBD
Tazkirah
Mesy Kuri Mingguan

9 ISNIN 2(2020) Dialog Asrama 2 Yasin
Mingguan
10 SELASA UB1 MUET
11 Lisan
Minggu Psikometrik T4 1M1S (B) Sesi 1
11 RABU Mesy (ITP) MUET
Panitia 2 Kelab/ Lisan
12 KHAMIS Dialog Ptg Persatuan Sesi 1
Mesy GC MUET
(2) Lisan
Sesi 1
13 JUMAAT Semakan aset MUET
Lisan
14 SABTU CUTI Sesi 1
PERTENGAHAN
Tazkirah
15 AHAD P1 Mingguan

16 ISNIN Balik Kampung

P a g e | 100

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

17 SELASA Dialog Disiplin 2 Minggu Yasin
18 RABU STEM Mingguan
19 KHAMIS MSSD-Ppong
20 JUMAAT
21 SABTU MSSD-PPong
22 AHAD 1M1S (A)
23 ISNIN
24 SELASA Mesy P&T Perhimpunan
12 25 RABU KK 3
Mesy KK 2
PBB

26 KHAMIS Dialog Prestasi Hari Kantin Karnival KK
27 JUMAAT Cuti Peristiwa 3
Sahsiah Diri Kursus
28 SABTU Fire Drill Kepimpinan MUET
KK Bertulis
29 AHAD Sesi 1

30 ISNIN Mesy Yasin
13 PIMA Mingguan

31 SELASA 1M1S (B)

P a g e | 101

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH

APRIL 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan Enam
Murid

1 RABU Mesy PBS Bulan Bakat Kelab/
(2) Kursus PRS Persatuan
Bongsu
13 2 KHAMIS
Mesy JK HEM
2

3 JUMAAT Semakan Antarabangsaan
4 SABTU PBD 2020
Bangkok,
Balik Thailand
kampung

5 AHAD Dialog PdP Dialog 1M1S (A) Yasin Mingguan
6 ISNIN Asrama 3
7 SELASA Mesy P&T Minda Sihat MSSD- Dialog Prestasi
14 8 RABU T1 Kabaddi T6
9 KHAMIS Minda Sihat PBB
T3 Tazkirah
10 JUMAAT MSSD- Mingguan
Minda Sihat Kabaddi
T4 PBB

Mesy Dsp 2 & MSSD-
BnK 2 Kabaddi
Lawatan PBB
Penjara
11 SABTU LP luar
kawasan Balik
kampung

12 AHAD

13 ISNIN Dialog Yasin Mingguan
Penender K3
MSSD-
14 SELASA Mesy Asrama BBaling
2 1M1S (B)
15 Mesy Aset MSSD-
15 RABU Motivasi SPM Bbaling
Perhimpunan
16 KHAMIS Mesy Kew KK
1(2020) Kelab/
Persatuan

MSSD-
Bbaling

P a g e | 102

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

17 JUMAAT Bacaan Yasin Tazkirah
Mingguan
Balik
18 SABTU kampung

19 AHAD

20 ISNIN Dialog Yasin Mingguan
Disiplin 3
21 SELASA Mesy P&T Semarak Kasih
Mesy SPBT 2 1M1S (A) Iftar Ramadan

16 22 RABU PBB
Dialog KK
23 KHAMIS Persediaan
Ramadan

24 JUMAAT

25 SABTU Balik
kampung

26 AHAD

27 ISNIN Yasin Mingguan

28 SELASA Pemantapan
17 Sahsiah

29 RABU

30 KHAMIS Dialog Mesy
Prestasi Koperasi 2

P a g e | 103

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH

MEI 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

17 1 JUMAAT CUTI HARI
PEKERJA

2 SABTU Balik
kampung

3 AHAD

4 ISNIN PPT mula Dialog Asrama Yasin
5 SELASA Mesy P&T 4 Mingguan
1M1S (B)
Psikometrik Dialog
T3(IMK) Prestasi T6
STPM S2
18 6 RABU Orientasi T6B Kelab/
Persatuan Solat Hajat
Ceramah STPM S2
7 KHAMIS CUTI HARI NQuran Iftar
WESAK Jamaie STPM S2
STPM S2
8 JUMAAT Semakan STPM S2
PBD

9 SABTU Balik Kampung

HARI
10 AHAD NUZUL AL-

QURAN

11 ISNIN

12 SELASA Saringan 1M1S (A)
Minda Sihat T6

19 13 RABU PBB

14 KHAMIS Dialog Mesy
Prestasi Majalah 2

15 JUMAAT Hari Kecemerlangan Akademik dan
Kokurikulum Fasa 1

16 SABTU Balik Kampung

17 AHAD Dialog Disiplin Yasin
20 18 ISNIN 4 Mingguan

P a g e | 104

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

19 SELASA Mesy P&T Mesy SUMUR 2 1M1S (B)
Program
20 RABU Pemantapan Kelab/
Sahsiah Persatuan
Khatam Quran
Sumbangan
Raya

21 KHAMIS CUTI HARI
RAYA

22 JUMAAT CUTI HARI
RAYA

23 SABTU CUTI
PENGGAL 1

24 AHAD HARI RAYA
PUASA

25 ISNIN HARI RAYA
PUASA

26 SELASA

27 RABU

28 KHAMIS

29 JUMAAT

30 SABTU

31 AHAD

P a g e | 105

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH

JUN 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

1 ISNIN

2 SELASA

3 RABU

4 KHAMIS

5 JUMAAT

6 SABTU Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agong

7 AHAD Dialog Asrama MSSD- Yasin
8 ISNIN 5 STakraw Mingguan
9 SELASA Mesy P&T 1M1S (A)
21 10 RABU Taklimat MSSD- MUET Lisan
11 KHAMIS Mesy AKP Matrikulasi STakraw Sesi 2
12 JUMAAT PBB
13 SABTU Dialog
14 AHAD MSSD- Prestasi T6
15 ISNIN STakraw
16 SELASA MUET Sesi 2
22
17 RABU Semakan PBD MSSD- Tazkirah
STakraw Mingguan
Gotong
royong Sukan Asrama
asrama Per Kawad
Kaki

Mesy Kuri Taklimat Kolej MSSD-Boling MUET Lisan
3(2020) Vokasional 1M1S (B) Sesi 2
Minggu Mesy
Panitia 2 MSSD-Boling MUET Lisan
Perhimpunan Sesi 2
Mesy PIMA KK 6
Kelab/ MUET Lisan
Persatuan Sesi 2

P a g e | 106

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

18 KHAMIS Mesy KK 3
19 JUMAAT
20 SABTU Hari Terbuka Tazkirah
21 AHAD Mingguan
Balik
kampung Muet Bertulis
Sesi 2

22 ISNIN Mesy PSS Dialog Disiplin Yasin
23 SELASA Mesy P&T 2(2020) 5 Mingguan
Mesy GC (3)
Motivasi murid 1M1S (A)
Dialog PdP SUKSES
Mesy GC (3) MSSD-BK'jang
23 24 RABU Dialog KK
PBB

25 KHAMIS Dialog MSSD-BK'jang
Prestasi

26 JUMAAT MSSD-BK'jang Tazkirah
Kem Perdana Mingguan

27 SABTU Sambutan Kem Perdana
HLahir asrama

28 AHAD Kem Perdana

29 ISNIN MSSD-Kriket Yasin
24 Mingguan
MSSD-
30 SELASA Pemantaapan Kriket1M1S
Sahsiah (B)

P a g e | 107

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH

JULAI 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

1 RABU Mesy PBS MSSD-Kriket
(3) MSSD-Tenis
Kelab/
Persatuan

24 Mesy HEM 3 MSSD-Kriket
2 KHAMIS MSSD-Tenis
Kelab/
3 JUMAAT Persatuan
4 SABTU
5 AHAD Semakan MSSD-Tenis Tazkirah
6 ISNIN PBD Mingguan

7 SELASA Mesy P&T Balik
25 kampung

8 RABU Dialog Yasin
9 KHAMIS Asrama 6 Mingguan
10 JUMAAT
11 SABTU Psikometrik 1M1S (A)- Dialog
12 AHAD T3 (IKP) Karnival Prestasi T6
13 ISNIN Sukan
26 Tazkirah
14 SELASA PBB Mingguan

Dialog PdP Motivasi T5 Yasin
Mingguan
Program
Kemahiran 1M1S (B)-
Asrama Karnival
Qiamulail Sukan
Asrama

Mesyuarat
Disiplin 3

Motivasi T6

P a g e | 108

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

15 RABU Mesy Aset Kelab/
Persatuan
Perhimpunan
KK 6

16 KHAMIS Mesy Kew
2(2020)

17 JUMAAT Bacaan Tazkirah
Yasin Mingguan

18 SABTU Balik
19 AHAD kampung

20 ISNIN Dialog Yasin
Disiplin 6 Mingguan

21 SELASA Mesy P&T Program 1M1S (A)
Pemantapan
27 22 RABU Sahsiah Dialog KK
PBB
Mesy
Asrama 3

23 KHAMIS Dialog
Prestasi

24 JUMAAT Solat Hajat Tazkirah
& Ikhtiar Mingguan
Rohani T3

25 SABTU CUTI PERTENGAHAN
PENGGAL

26 AHAD

27 ISNIN Yasin
Mingguan

28 SELASA

29 RABU

30 KHAMIS

31 JUMAAT CUTI HARI RAYA KORBAN

P a g e | 109

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH

OGOS 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

1 SABTU Balik
2 AHAD Kampung
3 ISNIN
4 SELASA Mesy P&T SPMC mula Dialog Yasin
28 5 RABU Asrama 7 Mingguan
6 KHAMIS Semakan
7 JUMAAT PBD Mesy SPBT 1M1S (B)
8 SABTU 3
Kelab/ Dialog
Mesy JK Persatuan Prestasi T6
Kebajikan 3
Mesy
Mesy Koperasi 3
3K,Kantin 3
Pelancaran
Bulan Tazkirah
Kemerdekaan Mingguan

9 AHAD Yasin
10 ISNIN Mingguan

11 SELASA Mesy 1M1S (A)
29 SUMUR 3
Taklimat
12 RABU ILKA
13 KHAMIS
14 JUMAAT Mesy PIMA PBB
15 SABTU
16 AHAD Dialog PdP Mesy Majalah
3

Tazkirah
Mingguan

Balik
kampung

17 ISNIN PT3-Ujian Dialog Yasin
30 Bertutur Disiplin 7 Mingguan
BM(17-28/8)
Minggu
18 SELASA Mesy P&T PPDa 1M1S (B)

P a g e | 110

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

(17-21 hb)

19 RABU Dialog K3 Kelab/
Persatuan

20 KHAMIS CUTI AWAL
MUHARAM

21 JUMAAT Pemantapan Tazkirah
Sahsiah Mingguan

22 SABTU Sambutan
Maal Hijrah
Asrama

23 AHAD Dialog KK Yasin
24 ISNIN Mesy Data 3 1M1S (A) Mingguan
25 SELASA

31 26 RABU PBB

27 KHAMIS Dialog
Prestasi

28 JUMAAT Sambutan
Hari
Kebangsaan

29 SABTU Balik
30 AHAD Kampung

32 31 ISNIN CUTI HARI KEBANGSAAN

P a g e | 111

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH
SEPTEMBER 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

1 SELASA Mesy P&T PT3-Ujian Bulan 1M1S (B)
Bertutur BI Motivasi
(1-11/9) Kelab/
Persatuan
2 RABU Dialog
32 Prestasi T6

3 KHAMIS

4 JUMAAT Semakan Bacaan Yasin Tazkirah
5 SABTU PBD Mingguan
Balik
kampung

6 AHAD

7 ISNIN Dialog Yasin
Asrama 8 Mingguan

8 SELASA 1M1S (A)

33 9 RABU PBB

10 KHAMIS Dialog PdP Ziarah KK Tazkirah
11 JUMAAT Ziarah KK Mingguan
12 SABTU Balik
13 AHAD kampung
14 ISNIN Dialog Ptg
Ziarah KK
15 SELASA Mesy P&T
34 Yasin
Mingguan
16 RABU Cuti Hari Malaysia
1M1S (B),
Majlis
Penutupan
Bulan
Kemerdekaan

17 KHAMIS Dialog KK

P a g e | 112

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

18 JUMAAT Tazkirah
19 SABTU Mingguan
20 AHAD
Solat Hajat
asrama

21 ISNIN PT3-Ujian Dialog MUET Lisan
Mendengar Disiplin 8 Sesi 3
22 SELASA BM 1M1S (A)
PT3-Ujian Mesy BnK 3 PBB MUET Lisan
Mendengar Sesi 3
BI
MUET Lisan
35 23 RABU Sesi 3

24 KHAMIS Dialog
Prestasi

25 JUMAAT Hari Kecemerlangan Fasa 2 Tazkirah
Mingguan
Gotong
26 SABTU Royong
asrama

27 AHAD

28 ISNIN PT3-Ujian Pemantapan 1M1S (B) MUET Lisan
36 29 SELASA Mesy P&T Bertulis Sahsiah Sesi 3
Pasca Nilai Kelab/
30 RABU SPMC Persatuan MUET Lisan
Sesi 3
PT3-Ujian
Bertulis MUET Lisan
Sesi 3
PT3-Ujian
Bertulis
Mesy GC (4)

P a g e | 113

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH
OKTOBER 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

1 KHAMIS PT3-Ujian Mesy HEM 4 Pengumpulan
36 Bertulis markah
PAJSK
2 JUMAAT
PT3-Ujian Tazkirah
3 SABTU Mingguan
Bertulis Solat Hajat T5

Semakan PBD

Balik
kampung

4 AHAD

MPAK-Ujian PT3-Ujian

5 ISNIN Bertulis SPM- Bertulis Dialog Yasin
asrama 9 Mingguan
Fasa 1 (5- Minggu EPS

14/10) SPM

PT3-Ujian

6 SELASA Bertulis Mesy 1M1S (A)
PBB
PSS 3(2020)

37 Mesy AJK
7 RABU LDP 3

8 KHAMIS Dialog PdP

9 JUMAAT Mohon Restu Tazkirah
T5 Mingguan

10 SABTU Hi Tea Asrama Sukan Negara

11 AHAD

12 ISNIN Pemulangan Dialog KK Yasin
Buku T3 Mingguan

13 SELASA Mesy P&T

38 14 RABU Dialog
Prestasi T6

15 KHAMIS Dialog
Prestasi

16 JUMAAT Tazkirah
Mingguan

17 SABTU Balik
Kampung

18 AHAD

P a g e | 114

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

19 ISNIN Mesy Kuri Dialog Disiplin Yasin
4(2020) 9 Mingguan

20 SELASA Minggu Mesy Tazkirah
Panitia 4 Mingguan

39 21 RABU Mesy Aset Majlis
Apresiasi T5
22 KHAMIS Mesy Kew Mesy KK 4
3(2020) Pemulangan
Buku
Peralihan & T1

23 JUMAAT

24 SABTU Program
DWEN

25 AHAD

26 ISNIN Pemulangan Yasin
27 SELASA Mesy P&T Buku T2 ,T5 Mingguan
40 28 RABU
29 KHAMIS CUTI MAULIDUR RASUL Pemulangan Mesy Majalah
Buku T4 4

Pinjam
semula Buku
Teks T5
/Taklimat UPU
online

30 JUMAAT Balik Due Solat Hajat S1
31 SABTU kampung datePAJSK & S3
(Ting 3)
MUET
Bertulis Sesi
3

P a g e | 115

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH
NOVEMBER 2020

M Tarikh Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam

1 AHAD

2 ISNIN Mesy PBS (4) SPM-Fasa 2 Ambil Buku
(2-19/11) T5 (murid T4)

3 SELASA Mesy P&T Ambil Buku STPM S3
T2 STPM S3
41 4 RABU STPM S3
Ambil Buku
T3 STPM US1

5 KHAMIS Mesy AKP

6 JUMAAT

7 SABTU

8 AHAD

9 ISNIN Pelaporan
Psikometrik
T1- T5 (9-20
Nov)

10 SELASA
42

11 RABU

12 KHAMIS Mesy Guru
2(2020)

13 JUMAAT CUTI
DEEPAVALI

14 SABTU HARI
DEEPAVALI

15 AHAD

16 ISNIN CUTI
DEEPAVALI

43 17 SELASA

18 RABU

P a g e | 116

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 << STPM US1

19 KHAMIS STPM US1
20 JUMAAT STPM US1
21 SABTU CUTI AKHIR TAHUN STPM US2
22 AHAD STPM US2
23 ISNIN Dialog K3
24 SELASA Due date STPM US2
25 RABU markah
26 KHAMIS PAJSK (Ting
27 JUMAAT 1,2,4,5,6)
28 SABTU
29 AHAD

30 ISNIN

P a g e | 117

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

TAKWIM SEKOLAH
DISEMBER 2020

TarikhM Hari Pentadbiran Kurikulum Hal - Ehwal Kokurikulum Tingkatan
Murid Enam
1 SELASA
2 RABU
3 KHAMIS
4 JUMAAT
5 SABTU
6 AHAD
7 ISNIN
8 SELASA
9 RABU
10 KHAMIS

11 JUMAAT Hari Keputeraan Sultan Selangor

12 SABTU

13 AHAD

14 ISNIN

15 SELASA

16 RABU

17 KHAMIS

18 JUMAAT

19 SABTU

20 AHAD

21 ISNIN

22 SELASA

23 RABU

24 KHAMIS

25 JUMAAT HARI
KRISMAS

26 SABTU

27 AHAD

28 ISNIN

29 SELASA

30 RABU

31 KHAMIS

P a g e | 118

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah ’tugas utama’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Ketetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah
sebagai sekolah harian biasa.Ketetapan yang dibuat menjadi garis panduan kepada
pentadbiran dan pengurusan akademik sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF

Ketetapan ini disediakan bertujuan :
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri

Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.0 KETETAPAN

3.1 Ketetapan Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus
perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.

3.4 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini
bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain,
laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun mengikut
Standard Piawaian Jabatan. Tindakan untuk melaksanakan mesyuarat
hendaklah dibuat oleh Penolong Kanan/Setiausaha Kurikulum (Mesyuarat JK
Kurikulum) dan Ketua Panitia bagi peringkat panitia. Prosedur mesyuarat
yang mesti dipatuhi:
1. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan notis
panggilan mesyuarat hendak dibuat secara rasmi kepada AJK seminggu
sebelum tarikh mesyuarat.
2. Minit mesyuarat mestilah disiapkan dan diedarkan kepada semua AJK 1
minggu selepas tarikh mesyuarat.
3. Setiap AJK perlu mengambil tindakan terhadap setiap perkara berbangkit
atau minit mesyuarat sebaik sahaja selesai mesyuarat atau menerima
minit. Satu maklumbalas awal berhubung tindakan terhadap perkara
berbangkit atau minit mesyuarat mesti dihantar kepada Setiausaha 2
minggu selepas menerima minit dan maklumbalas lengkap dikemukakan
semula 3 hari selepas menerima surat notis panggilan mesyuarat
berikutnya.
Setiausaha perlu menyediakan laporan maklumbalas setiap ahli/AJK
untuk dibentangkan dalam mesyuarat seterusnya.
4. Satu salinan minit mesyuarat dan laporan maklumbalas hendaklah
disimpan untuk fail induk JK masing-masing.

P a g e | 119

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

5. Masa mesyuarat dijalankan hendaklah pada waktu perantaraan 2 sesi,
iaitu bermula 12.30 tengahari – 2.00 petang atau dengan mengambilkira
agar PdPC murid tidak terganggu kerana ketiadaan guru.

4.2 Ketua Panitia dilantik mengikut kriteria: kekananan, DG dan opsyen.
4.3 Analisis ujian dan peperiksaan dalaman serta program penambahbaikan

dibincangkan.
4.4 Post Mortem dibuat untuk peperiksaan SPM, PT3, UB, PPT, Percubaan

dan PAT.

5.0 SISTEM FAIL

5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha dan dipantau oleh

GKMP & Penolong Kanan Pentadbiran.

5.2 Semua fail panitia diletakkan di ruang yang disediakan di bilik GKMP.
5.3 Jumlah fail – Satu fail surat menyurat yang berada di pejabat

dan folder berada di Bilik GKMP. Bilangan folder mengikut keperluan panitia.

6.0 PAKEJ MATA MURIDAN

6.1 Menengah Rendah - 11 mata pelajaran teras dan 1 pilihan mata pelajaran
6.2 Bahasa (Tamil, Cina atau Arab)
. Menengah Atas
6.2.1 Pakej Sains Tulen Agama (STEM)
a.
Mata Pelajaran teras tanpa Pendidikan Islam dan
Matematik Tambahan, Kimia, Biologi, Fizik, Bahasa Arab, Pendidikan
Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
6.2.1 Pakej Sains (STEM)
Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan
Matematik Tambahan, Kimia, Biologi/Grafik Komunikasi Teknikal,
Fizik/Pertanian/Sains Komputer/Sains Rumah Tangga.
6.2.2 Pakej Kemanusiaan
Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan
Pendidikan Seni Visual, Ekonomi Asas dan Geografi
6.2.3 Pakej Mata Pelajaran MPV (STEM)
Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
6.2.4 Pakej Mata Pelajaran Teknologi (STEM/Kemanusiaan)
Mata Pelajaran teras dan
(Prinsip Perakaunan, Sains Komputer, Matematik Tambahan),
(Pendidikan Seni Visual, Perdagangan, Sains Rumah
Tangga/Tasawur Islam)
(Pendidikan Seni Visual, Perniagaan)
Murid tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di
sekolah. Sekiranya murid mendesak hendak mengambil mata pelajaran yang
tidak ditawarkan di dalam pakej, satu kesanggupan bertulis daripada mana-
mana guru mata pelajaran berkenaan hendaklah dikemukakan kepada
Pengetua.

P a g e | 120

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

7.0 SUKATAN MURIDAN DAN RANCANGAN MURIDAN HARIAN

7.1 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.

7.2 Salinan panitia untuk setiap tingkatan disimpan dalam folder panitia.
7.3 Rancangan Pelajaran Harian sekurang-kurangnya mengandungi 5:

(i). Tajuk / Isi Pelajaran
(ii). Objektif (Ditulis secara eksplisit iaitu boleh diukur)
(iii). Aktiviti
(iv). Bahan Bantu Mengajar
(v). Refleksi/Pentaksiran/Penilaian
7.4 Rancangan harian mesti selaras dengan rancangan tahunan, (jika tidak,
ulasan atau catatan hendaklah dikemukakan).
7.5 Rancangan harian dan refleksi mesti dibuat berasingan bagi setiap kelas
7.6 Penulisan refleksi diukur berdasarkan bilangan murid mencapai objektif.
Nyatakan tindakan susulan yang akan dilaksanakan bagi murid yang tidak
mencapai objektif
7.7 Buku Rekod Persediaan Mengajar(dalam fail) dihantar setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan.( tertakluk kepada perubahan)
7.8 Semua guru mesti membawa Folder PdP Guru (Mingguan) setiap kali masuk
kelas.
7.9 Menghabiskan Sukatan :
(i). Tingkatan 3 – Sukatan dihabiskan pada bulan Julai.
(ii). Tingkatan 5 – Sukatan dihabiskan pada bulan Ogos.
(iii). Tingkatan 1,2 dan 4 dihabiskan pada bulan Oktober.
7.10 Sebelum memulakan PdP, guru mata pelajaran terutama mata pelajaran
seperti Sains, Sains Tulen, Reka Bentuk Teknologi/Asas Sains Komputer,
Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan lain-lain mata pelajaran yang
memerlukan pergerakan murid, dikehendaki mencatat kehadiran murid di
dalam Buku Kawalan Kelas. Hal ini bertujuan untuk mengesan kehadiran
murid dan pastikan bahawa murid benar-benar tidak hadir dengan menyemak
Buku Kedatangan Murid di pejabat. Buku senarai semak tersebut akan
dipantau oleh Pengetua/PK HEM & PK Petang secara berkala.
7.11 Pembelajaran Abad Ke 21(PAK21) – Kaedah pengajaran hendaklah kepada
‘student centered’ / berpusatkan murid dan menggunakan ABM/ICT yang
disediakan. Kualiti PdPC dipertingkatkan melalui pembudayaan Profesional
Learning Community (PLC) dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini
dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf
atau LDP.

8.0 JADUAL WAKTU

8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan dan
berdasarkan peruntukan masa ikut jam setahun yang ditetapkan oleh KSSM
dan KBSM (Tingkatan 5 sahaja).

8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.

8.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.

8.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah antara 21 hingga 30 waktu
seminggu.

P a g e | 121

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

9.0 GURU GANTI
9.1 Mana-mana guru yang CRK atau cuti sakit perlu memaklumkan kepada
GKMP atau Ketua Panitia penyedia guru ganti bagi sesi pagi dan PKPtg bagi
sesi petang.
9.2 Guru yang mengambil cuti yang dirancang awal atau ke klinik(temujanji)
dikehendaki ‘menjual’ waktu kepada guru-guru lain dengan membuat
tawaran.
9.3 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal
digalakkan ‘menjual’ waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.

9.4 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
9.5 Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain
9.6 Penyediaan guru ganti disediakan dan direkod oleh AJK Guru Relief.
9.7 Guru ganti perlu merekod aktiviti dalam Buku Rekod Mengajar dan slip guru

ganti disimpan dalam ruang yang disediakan.

10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

10.1 Waktu Pesekolahan

Hari Sesi Pagi Sesi Petang
1.00 t/hari – 6.30 ptg.
Isnin – Khamis 7.20 pg. – 12.50 t/hari
2.40 – 6.30 ptg.
Jumaat 7.20 pg. – 12.20 t/hari

11.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11.1 Ujian Bulanan - 1 kali setahun
11.2 Peperiksaan Penggal - 2 kali setahun – PPT, Percubaan/PAT
11.3 Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 1, 2 & 3

11.3.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
11.3.2. Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GP
11.4 Format Peperiksaan
11.4.1 Ujian topikal - mengikut kesesuaian Subjek.
11.4.2 Peperiksaan Penggal

11.4.2.1 Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam
11.4.2.2 Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan

awan
11.4.2.3 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar
11.5 Jadual Pengawasan
11.5.1 Ujian diadakan serentak selama 3 minggu bagi tingkatan 4 & 5

manakala kelas Tingkatan 1,2 dan 3 selama seminggu (mengikut
ketetapan di peringkat PPD/JPNS).
11.5.2 Jadual pengawasan mengikut jadual PdP atau yang disediakan..
11.5.3 Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.
11.5.4 Bilik dalam keadaan bersih, laci meja dikosongkan dan dihadapkan
ke depan dan kedudukan murid disusun mengikut susunan yang
disediakan oleh guru kelas.
11.5.5 Guru yang mengawas peperiksaan tidak dibenarkan melakukan
tugas-tugas lain seperti menanda kertas atau menulis buku rekod
mengajar.
11.5.6 Elakkan kejadian meniru, jika berlaku sila catat nama murid yang
terlibat pada sekeping kertas dan serahkan kepada guru mata
pelajaran.
11.5.7 Guru mata pelajaran dikehendaki meneliti skrip jawapan murid
yang meniru dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
kesalahan murid.

P a g e | 122

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

11.6 Rekod Markah
11.6.1 Markah Peperiksaan dimasukkan oleh guru mata pelajaran secara
atas talian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS).
11.6.2 Tarikh akhir “key-in” akan ditetapkan oleh setiausaha SAPS mengikut
arahan PPD/Jabatan/Kementerian yang mana lebih awal.
11.6.3 Cetakan slip keputusan akan diuruskan oleh Guru Tingkatan. Slip
keputusan akan diserahkan kepada Penyelaras Tingkatan untuk
diserahkan kepada Pengetua/PKanan/PK Petang untuk
ditandatangani.

11.7 Syarat Lulus
11.7.1 Tingkatan 1,2,dan 3 lulus semua mata pelajaran dengan minimum
gred E
11.7.2 Tingkatan 4 dan 5 lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
11.7.3 Untuk subjek yang mengandungi lebih dari satu komponan kertas, jika
murid tidak hadir mana-mana satu dari kertas tersebut markah akan
diberi sebagai TH.
11.7.4 Murid yang tidak hadir kerana sakit atau mewakili sekolah dalam
acara rasmi sahaja dibenarkan menduduki semula mana-mana ujian
bulanan atau peperiksaan dalaman sekolah. Murid sakit mesti ada
surat sakit dari doktor atau surat permohonan dari ibu bapa.

11.8 Soalan /Jadual Spesifikasi Ujian
11.8.1 Semua penyedia soalan ujian bulanan / peperiksaan penggal diminta
menyediakan JSU Mengikut tahap kesukaran pada nisbah aras
rendah,sederhana,tinggi ,5:3:2.
11.8.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada
ujian berikutnya.
11.8.3 Bagi soalan objektif, adalah digalakkan untuk guru mata pelajaran
membuat analisis item bagi setiap kali selepas ujian / peperiksaan
bagi mengenalpasti tajuk-tajuk yang menjadi kesukaran kepada
murid.
11.8.4 Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan
Mata Pelajaran atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak.
11.8.5 Soalan hendaklah menggunakan FONT ARIAL SIZE 10 dan bilangan
muka surat genap.
11.8.6 Soalan yang difotostat terus dari buku rujukan adalah tidak
dibenarkan.
11.8.7 Jika soalan setara disediakan di peringkat Lembaga Peperiksaan
Malaysia maka proses pembungkusan akan dibuat oleh guru yang
dilantik oleh Pengetua di Bilik Kebal Unit Peperiksaan.

11.9 Post Mortem Untuk Peperiksaan
11.9.1 Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali
keputusan peperiksaan dalaman (UB, PPT, PAT, Percubaan PT3 dan
Percubaan SPM) dan Peperiksaan PT3 dan SPM dikeluarkan.
11.9.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
11.9.3 Setiap guru ada fail/rekod “headcount” murid cemerlang dan murid
kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya
11.9.4 Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada
HEM dan Kaunseling bagi tindakan susulan.

11.10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
11.10.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS sama
ada di Peringkat Menengah Rendah atau Atas mengikut tempoh
yang ditetapkan.

P a g e | 123

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

11.10.2 Jadual Kerja PBS sepanjang tahun hendaklah disediakan, dipatuhi
dan salinannya disimpan di dalam fail pentaksir.

11.10.3 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa
bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid
berkenaan. Pastikan salinan dibuat bagi tujuan simpanan dan
rujukan pada bila-bila masa.

11.10.4 Instrumen PBS hendaklah disimpan sebaiknya sesuai sebagai
dokumen SULIT.

11.10.5 Panitia bertanggungjawab menyediakan Catatan Perkembangan
Pembelajaran Murid untuk guru-guru mata pelajaran mencatat
pentaksiran bilik darjah sebelum mengisi Templat Pelaporan
Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran yang disediakan oleh
pihak BPK, KPM.

11.10.6 Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, PBD akan disemak
oleh Penyemak Rancangan Pelajaran Harian pada minggu
pertama setiap bulan.

11.11 Kegagalan Murid Menghadiri Peperiksaan
11.11.1 Tidak boleh mengambil peperiksaan kecuali murid yang mewakili
sekolah dalam pertandingan. Murid yang tidak hadir kerana sakit
atau mewakili sekolah dalam acara rasmi sahaja dibenarkan
menduduki semula mana-mana ujian bulanan atau peperiksaan
dalaman sekolah. Murid sakit mesti ada surat sakit dari doktor atau
surat permohonan dari ibu bapa.
11.11.2 Guru mata pelajaran adalah bertanggung jawab menentukan
tarikh,masa dan tempat bagi peperiksaan ulangan tersebut.

12.0 PEMANTAUAN/PENCERAPAN
12.1 Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan
dicerap sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun secara rasmi.
12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan
/ Guru-guru Kanan Mata Pelajaran/ Guru. Jadual Induk Pencerapan
akan dikeluarkan setiap tahun
12.1.3 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa
pencerapan.
12.1.4 Pencerap boleh mencerap pada bila-bila masa tanpa makluman
awal kepada guru yang hendak dicerap.
12.1.5 Pencerapan adalah menggunakan Instrumen Pencerapan
SKPMg2 -Standard 4.
12.1.6 Analisis pencerapan hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat
guru atau mesyuarat Kurikulum untuk makluman guru untuk
penambahbaikan
12.2 Pengurusan Panitia
12.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan
Guru Kanan Mata Pelajaran berkenaan.
12.2.2 Penolong Kanan dengan bantuan Guru Kanan Mata Pelajaran
akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
12.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di bilik
GKMP sekolah.
12.2.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan
Taktikal, dan Pelan Operasi panitia masing-masing berasaskan
Perancangan Strategik Sekolah.
12.2.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan
TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan
headcount murid.

P a g e | 124

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

12.2.6 Guru-guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi
peraturan kewangan. Bajet tahunan perlu disediakan dan
dibincangkan dalam mesyuarat pertama panitia setiap tahun.

12.3 Peperiksaan dan Penilaian
12.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu
Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan
ujian.
12.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk
seperti dalam senarai tugas tahunan.

12.4 Bilik-bilik Khas
12.4.1 Semua bilik khas (seperti yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan
Sekolah) mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah
12.4.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa
mesti diwujudkan.
12.4.4 Adalah diingatkan Bilik-bilik Khas bukanlah hak bagi penggunaan
individu secara total. Jadual Penggunaan bilik-bilik bagi tujuan PdP
mesti disediakan dan dipamerkan.
12.4.5 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap
masa.

12.5 Penyediaan dan Pemeriksaan Buku Latihan Murid
12.5.1 Keperluan buku latihan dan jumlah buku latihan ditetapkan dalam
mesyuarat panitia
12.5.2 Bilangan dan jenis latihan ditentukan dalam mesyuarat panitia.
12.5.3 Buku latihan mesti diperiksa sekurang-kurangnya seminggu sekali.
12.5.4 Buku nota dan buku latihan hendaklah diasingkan bagi setiap mata
pelajaran atau mengikut kesesuaian mata pelajaran. Lembaran kerja
yang diberikan sewaktu PdP atau tugasan kerja rumah hendaklah
disimpan samada ditampal di dalam buku latihan atau disimpan di
dalam fail bagi tujuan semaka
12.5.5 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif
12.5.6 Semua guru akan menyerahkan semua buku murid /fail dari setiap
kelas yang diajar untuk semakan Guru Kanan Mata Pelajaran/
Penolong Kanan/Pengetua beserta borang penyemakan buku murid
dan buku senarai semak.
12.5.7 Penandaan buku latihan murid hendaklah mengikut format penandaan
peperiksaan sebenar, bertarikh, bertandatangan dan ada penegasan
atau ulasan positif.
12.5.8 Pembetulan wajib ditunjukkan dan murid mesti membuat pembetulan.
12.5.9 Analisis penghantaran hendaklah disediakan oleh setiausaha
kurikulum dan dibincangkan dalam mesyuarat guru atau mesyuarat
kurikulum untuk tujuan penambahbaikan.

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

13.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan
13.2 pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan Mata
13.3 Pelajaran
Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
Mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
Hanya 5 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian
ABM bagi kegunaan awal tahun

P a g e | 125

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

13.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa
yang ada.

14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah

diliputi semua pengajarannya dalam kelas
14.3 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.4 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdP bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Program NILAM.
14.5 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
14.6 Waktu ketiadaan guru-guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk

mencari maklumat atau menonton video pembelajaran yang telah dirakam
oleh guru PSS.
14.7 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru
Bahasa dan AJK yang dilantik.
14.8 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru
Bahasa/Guru NILAM.
14.9 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
14.10 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan

keperluan panitia.
15.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik

yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua

Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program

akademik panitia berkenaan.
15.5 Penglibatan Unit HEM, Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi

penyelarasan Program Akademik.

16.0. LADAP & PERKEMBANGAN STAF

16.1. Kursus Dalaman
16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat

ringkas kepada Pengetua apabila pulang berkursus menggunakan
format minit curai.
16.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan dan budi bicara Pengetua apabila dirasakan perlu atau
atas arahan penganjur kursus.
16.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain.
16.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultansi
16.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus
dalam LNPT/MATRIK KOMPENTENSI guru.
16.2.2 Lawatan Penandarasan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam
kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian
pintar/bestari
16.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia.
16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
16.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain
16.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia

P a g e | 126

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

17.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP DAN PEPERIKSAAN

17.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan
menggunakan Font 10 Arial, set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom
17.2 pada 0.5.
17.3 Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
17.4 100 helai ke atas direzo - tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya.
Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.

18.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN

18.1 Mengikut Sasaran yang ditetapkan seperti dalam KPI tahun semasa
18.2 SPM – Seperti yang ditetapkan dalam KPI tahun semasa.
18.3 PT3 – Minimum E bagi semua subjek.
18.4 Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap subjek.

19.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

19.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
19.2 peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan, mahupun antarabangsa.
Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah
memartabatkan nama sekolah.

20.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN KETETAPAN KURIKULUM

20.1 Penentuan ketetapan ini tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
20.2 perubahan dalam pendidikan negara.
Perubahan boleh dilakukan dari sesemasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

Diwartakan pada;
2 Januari 2020

P a g e | 127

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

KETETAPAN HAL EHWAL MURID
SMK TELOK PANGLIMA GARANG

1.0 LATAR BELAKANG

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah satu unit yang berhubung terus dengan hal –
hal yang ada kaitan dengan murid , ibu bapa dan masyarakat. Unit ini adalah satu
unit organisasi sokongan yang amat penting serta menjadi pendokong kepada
kemenjadian murid dalam membangun modal insan yang seimbang dari segi
jasmani , emosi, rohani intelek dan sosial sebagaimana yang tercerna dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Ketetapan yang dibuat adalah menjadi garis panduan
kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah mengurus sumber manusia dan aset
dengan cekap dan berkesan bagi melahirkan generasi yang beragama ,berwibawa
,sahsiah terpuji ,dan berketrampilan yang cemerlang , gemilang dan terbilang walau
dimana saja berada selaras dengan hala tuju sekolah.

2.0 OBJEKTIF

Ketetapan ini disediakan bertujuan :
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan Hal Ehwal Murid diperingkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor.

3.0 DASAR DAN KETETAPAN HAL EHWAL MURID

3.1 Semua guru dan murid hendaklah mematuhi ketetapan dan arahan sekolah.

3.2 Ketetapan Hal Ehwal Murid Sekolah sepanjang masa mestilah selari dan

mematuhi dasar Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan

Pejabat Pendidikan Daerah.

3.3 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan

Program dan aktiviti dibawah unit unit Hal Ehwal Murid.

3.4. Pelaksanaan , Pematuhan Peraturan dan Pembentukan Disiplin dan Sahsiah

murid SMK Telok Panglima Garang adalah tanggungjawab semua Guru
kerana “Semua Guru adalah Guru Disiplin’( SPI :Bilangan 10/2001)

3.5 Semua guru bertanggungjawab menjaga aspek keselamatan, kesihatan ,

kebajikan , keselesaan dan kesejahteraan murid bagi meningkatkan tahap

kecemerlangan kemenjadian murid.

3.7 Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang memberi peluang

sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya dalam konteks

pemantapan sahsiah semua murid tanpa membezakan bangsa dan agama

demi kecemerlangan kemenjadian murid dan sekolah.

3.8 Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang akan memberi

perkhidmatan,bimbingan dan kebajikan sama rata serta mengambil tindakan

sewajarnya ke atas semua permasalahan murid tanpa membezakan jantina,

bangsa dan agama.

3.9 Data murid (maklumat /enrolmen /salah laku / bantuan) perlu TEPAT, SAHIH

dan KEMASKINI. Rujukan data adalah dari Sistem Pengurusan Sekolah

(APDM) dan Sistem Sahsiah Diri Murid( SSDM )

3.10 Semua data /pelaporan dihantar kepada pengurusan sekolah /PPD sebelum

5 haribulan setiap bulan.

3.11 S.O.P 1:3:7 dalam menguruskan pelaporan isu / berita / salah laku murid

dipatuhi.

3.12 Garis Panduan Lawatan atau membawa murid keluar daripada kawasan

P a g e | 128

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

sekolah adalah terikat dengan SPI Bil,9/2002 dan SPI Bil.8/2009.

4.0 MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Hal ehwal Murid akan bermesyuarat 4 kali setahun mengikut
Standard Piawaian Jabatan. Tindakan untuk melaksanakan mesyuarat
hendaklah dibuat oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid /Setiausaha Hal
Ehwal Murid (Mesyuarat JK Hal Ehwal Murid dan Mesyuarat unit unit Hal
ehwal Murid) Prosedur mesyuarat yang mesti dipatuhi:
1. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan notis
panggilan mesyuarat hendak dibuat secara rasmi kepada AJK seminggu
sebelum tarikh mesyuarat.
6. Minit mesyuarat mestilah disiapkan dan diedarkan kepada semua AJK 1
minggu selepas tarikh mesyuarat.
7. Setiap AJK perlu mengambil tindakan terhadap setiap perkara berbangkit
atau minit mesyuarat sebaik sahaja selesai mesyuarat atau menerima
minit. Satu maklumbalas awal berhubung tindakan terhadap perkara
berbangkit atau minit mesyuarat mesti dihantar kepada Setiausaha 2
minggu selepas menerima minit dan maklumbalas lengkap dikemukakan
semula 3 hari selepas menerima surat notis panggilan mesyuarat
berikutnya.
Setiausaha perlu menyediakan laporan maklumbalas setiap ahli/AJK
untuk dibentangkan dalam mesyuarat seterusnya.
8. Satu salinan minit mesyuarat dan laporan maklumbalas hendaklah
disimpan untuk fail induk JK masing-masing.
9. Masa mesyuarat dijalankan hendaklah pada waktu perantaraan 2 sesi,
iaitu bermula 12.30 tengahari – 2.00 petang atau dengan mengambilkira
agar PdPC murid tidak terganggu kerana ketiadaan guru.

5.0 SISTEM FAIL

5.1 Fail Jawatankuasa Hal Ehwal Murid diurus oleh Setiausaha atau penyelaras
dan dipantau oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5.2 Semua fail dan folder Unit Unit Hem diletakkan di ruang yang disediakan di
pejabat kecuali folder unit SPBT disimpan di bilik BOSS , folder unit
Bimbingan dan Kaunseling di simpan di bilik Bimbingan dan Kaunseling.
.

6.0 PENDAFTARAN MURID

6.1 Penempatan kelas murid baru atau bersekolah semula dilakukan pleh
penyelaras tingkatan. Bagi murid yang bersekolah semula ianya hendaklah
dirujuk kepada PK Hem/ PK Petang Untuk akujanji dan menjalani sesi
kaunseling

6.2 Pastikan murid membawa dokumen diri yang lengkap sebelum didaftarkan.
6.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru dalam Sistem

APDM Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemas kini data APDM dan
disemak oleh Guru Data.
6.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima
sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada PK HEM.
6.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid
berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim,
murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM / PK Petang
untuk tindakan lanjut.

P a g e | 129

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

7.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
7.1 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat /butiran perpindahan dalam
Murid dalam buku yang disediakan.
7.2 Bagi pertukaran keluar, guru tingkatan perlu memastikan semua buku
teks dibawa sekali beserta senarai terimaan buku
7.4 Semua dokumen yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada
murid untuk rujukan pihak sekolah baru.
7.5 Sijil Berhenti Sekolah diberikan kepada murid yang mohon berhenti sekolah
dan tamat tingkatan 5 atau tingkatan 6A.
7.6 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah dengan bantuan unit
Bimbingan dan Kaunseling , guru tingkatan atau guru penolong serta PIBG
perlu mengenalpasti murid cicir dan berisiko cicir untuk mengenalpasti punca
dan mengembalikan mereka bersekolah semula.

8.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

8.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
-Ketua Kelas
-Penolong Ketua Kelas
-AJK Kebersihan
-AJK Keceriaan dan lain lain AJK yang difikirkan perlu.

8.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
a) Jadual Waktu -ditampal pada papan kenyataan Kelas
b) Jadual Tugas Kebersihan -ditampal pada papan kenyataan kelas.
c) Pelan kedudukan kelas -ditampal di atas meja Guru
d) Inventori Kelas -ditampal pada pintu
e) Moto kelas -ditampal pada papan kenyataan kelas

. f) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata Pelajaran,
Artikel berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan
kenyataan kelas.

g) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam,
penyeduk sampah, tong sampah, baldi , pengelap tingkap dan
sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang
sesuai.

h) Pelan laluan kecemasan semasa kebakaran hendaklah dipamerkan.
i) Sudut Bahan Bacaan/ Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah

disediakan di tempat yang bersesuaian
8.3 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan

semua kerusi dan meja mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah
diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam storperalatansekolah.

8.4 Kebersihan kelas
:a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan keas dibersihkan setiap
hari persekolahan.
b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam
kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar.
c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci
meja murid dan tong sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi
dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.
e) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan
sebelum meninggalkan kelas.
f) Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup.

P a g e | 130

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

8.5 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah
menjaditanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika
hilang atau rosak.

8.6 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan
baik dan selamat digunakan.
b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik (ICT) yang rosak kepada
pengetua.
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalan
kan tugas.

9.0 PENGURUSAN DATA MURID

9 1 Maklumat murid
a) Semua butiran murid dalam APDM hendaklah dilengkapkan dan
dalam bulan pertama persekolahan (Januari) dan sentiasa dikemaskini
sepanjang tahun oleh guru tingkatan /guru penolong.

9.2 Ekehadiran
a) Menandakan ekehadiran atas talian pada setiap hari persekolahan
sebelum 10.00 pagi ( sesi pagi) dan sebelum jam 3.00 petang (sesi petang)
Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid
ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir.
Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba
dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan
b) Hard copy pelaporan bulanan ekehadiran/ enrolmen murid hendaklah
dihantar kepada PKHEM sebelum 5 haribulan setiap bulan

9.3 Murid “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
a) Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing
sebanyakRM240.00 bagi sekolah Menengah setiap tahun wajib dibayar di
Unit Akaun Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu sebelum didaftar
sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK Hem
untuk rekod simpanan.

10..0 PENGURUSAN PERHIMPUNAN

10.1 Semua murid menghadiri perhimpunan setiap pagi pada jan 7.20 pagi.
10.2 Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru
10.3 bertugas dan pengawas sekolah.
Perhimpunan rasmi diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu
(Jumaat ). Masa perhimpunan 30 minit dan dimasukkan dalam jadual
induk dan kelas
Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau
sakit.

11.0 PENGURUSAN DISIPLIN

11.1 Ponteng Sekolah
a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir
sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau
surat sakit pada keesokan harinya.
b) Guru Kelas hendaklah menandakan “tidak hadir dalam ekehadiran
dan tandakan sebabnya. (sila rujuk)
c) Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti
berikut:

P a g e | 131

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

d) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan dan
hantaran surat kepada ibubapa/penjaga dalam Fail Ponteng Sekolah.
Guru Kelas merekodkan data kehadiran murid dalam Sistem
APDM.
.
Penghantaran Surat-surat Amaran Murid Ponteng Sekolah

Tajuk Surat : ( Pemberitahuan KetidakhadiranMurid Ke sekolah- Amaran
Pertama/ Kedua/ Ketiga/ Buang Sekolah )

TINDAKAN GURU TINGKATAN

Jenis Surat Ponteng Berturut Ponteng Tidak Berturut

Amaran pada Hari ke-3 pada Hari ke-10
Pertama
Amaran 7 hari selepas 10 hari lagi selepas
Kedua Amaran Pertama Amaran Pertama
( hari ke-10 ) ( hari ke-20 )
Amaran 7 hari selepas 20 hari lagi selepas
Terakhir Amaran Kedua Amaran Kedua
( hari ke-17 ) ( hari ke-40 )
Buang Sekolah 14 hari selepas 20 hari lagi selepas
Amaran Terakhir Amaran Terakhir
Jumlah Hari ( hari ke-31 ) ( hari ke-60 )
Tidak Hadir 31 Hari 60 hari bukan berturut-turut

e) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani
oleh Pengetua.

Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga,
Salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Ponteng Sekolah
Salinan 3 untuk dimasukkan kedalam fail Guru Bimbingan & aunseling

f) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah
dibuat,peraturan berikut hendaklah dipatuhi:

-Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan
daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.

-Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan
daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM
terlebih dahulu.

-Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-
sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua.

11.2 Pas Keluar

a) Semua guru hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar
daripada GPK HEM/PK Petang pada awal tahun.

P a g e | 132

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

b) Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru
dan sebagainya mesti mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran
serta memakai pas berkenaan serta menulis nama dalam buku kebenaran
keluar kelas.

c) Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang murid lelak
atau dua orang murid perempuan untuk keluar dalam satu masa.

d) Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas
untuk mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang
berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.**

Jika murid ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia
dikehendaki mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan /
Guru bertugas dengan mengisi makluman dalam Buku Rekod murid keluar
sekolah di pejabat dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk
mengambil mereka.**Jika guru mendapati ada murid yang keluar tanpa
kebenaran, sila memberi amaran atau laporkan kepada pengetua /
Penolong Kanan / PK Petang /ketua guru disiplin dengan segera.

11.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru

a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN(SPI Bilangan 10/2001).
Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan
sekolah setiap masa.

b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati
seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.

c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid
yang berat kepada Ketua Guru Disiplin PK Petang / PK HEM/ Pengetua

d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah
ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahanmurid. Ini bertujuan
supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerimahukuman dengan
rela hati.

e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru
yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.

f) Semua guru perlu menjadi role model –contoh teladan yang baik
kepadamurid-murid.

g) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai
satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali
mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang)

h) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang
sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang
lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.

11.4 Dasar Umum Disiplin

a) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan perlu
difahami dan dipatuhi.

P a g e | 133

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

b) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diber
ipenjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-
tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.

c) Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin
sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari sesemasa ke semasa.

11.5 Pemeriksaan Mengejut

a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke
atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas
arahanpihak pentadbir

b) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan
direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang
Rampasan yang disimpan di bilik Pengetua.

c) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh
dituntut semula oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan
Pengetua

d) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab
murid-murid.

12.0 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

12.1 Rekod Kesihatan Murid

a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku
Rekod Kesihatan.

b) Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam Buku
Rekod Kesihatan.

c) Guru Kelas mestilah memastikan borang kesihatan diedarkan kepada ibu
bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan
pemeriksaan terhadap anak / anak jagaannya.d) Buku Rekod Kesihatan ini
selalunya diperolehi sewaktu murid berada disekolah rendah lagi. Ia akan
dibawa dan diteruskan penggunaannyasehinggalah ke sekolah menengah.

e) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau
kehilangan borang /buku tersebut, murid boleh mendapatkanya daripada guru
kesihatan yang dilantik melalui guru tingkatan

f) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku
ini diperlukan apabila pemeriksaan fizikal ataupun semasa suntikan oleh
pegawai kesihatan.

g) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar
sekolah.

12.2 Kad Pergigian Murid

a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap
tahun.

P a g e | 134

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa
/penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan
pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian
Sekolah yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu
tempoh yang ditetapkan.
12.3 Surat Rawatan Murid
a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh pengetua/ mana-
mana Penolong Kanan.
c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat
rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
12.4 Murid Sakit
a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelas yang
sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata
pelajaran / Guru Kelas /guru bertugas boleh menghubungi ibu bapa /
penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
c) Guru mata pelajaran /guru Kelas/ guru bertugas tidak boleh membenarkan
murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran
dengan sekolah.
d)Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan
atau kecederaan, Guru Kelas/ guru bertugas mestilah menghubungi ibu
bapa /penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau
hospital terdekat samaada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan
sekolah atau menghubungi ambulans.
e) Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang
dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas Harian.
f) Urusan murid asrama yamg sakit sewaktu sesi persekolahan adalah
tanggungjawab guru bertugas.

12.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid
menjagakebersihan diri, kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dankawasan
sekolah.
b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid
kelasnyasupaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

P a g e | 135

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas
mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi
memudah dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab
memastikankelas dibersihkan setiap hari iaitusebelum pukul 7 pagi waktu
persekolahan.

e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab
memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran
dan Pengajaran.

f) Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi danmeja masing-masing
dengan kemas sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.

g) Guru mata pelajaran untuk waktu terakhir hendaklah memeriksa kelas
selepas tamat persekolahan untuk memastikan arahan kebersihan dipatuhi.

13.0 KESELAMATAN SEKOLAH

13.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan,
Kesihatan,Keselamatan ).

13.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka

berada di kawasan sekolah dan sesi persekolahan.

13.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran
perlindungankemalangan(Skim TakafulMurid Malaysia).

13.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu
mendapatkebenaran daripada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan,ibubapa /
penjagamurid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu
diiringioleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.
Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10
orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru
perempuan.

13.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan
oleh semua pihak terutama sebelum,semasa dan selepas sesuatu program
/aktiviti dilaksanakan.

13.6 Latihan Kecemasan Kebakaran

a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill)
dijalankan 1kali setahun.

b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan
berfungsi.

c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas /
bilik khas mengikut Pelan Kecemasan dengan segera, tetapi secara
teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU
hendaklah dibantu keluar oleh guru.

P a g e | 136

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

d) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan
elektrikyang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.

e) Guru kelas mestilah mengira bilangan murid dengan segera. Mana-
mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan
serta-merta.

13.7 Polisi Keselamatan Sekolah

a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek
keselamatan sekolah iaitu :-

i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah

ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual.

iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.

b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini
dipatuhidan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang
selamat kepada semua warga sekolah.

13.8 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat pelawat diletakkan ditempat yang
telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.

b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu
kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.

13.9 Kawalan Keselamatan

a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya
mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar
sekolah.

b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan pembukaan mengikut
jadual yang telah ditetapkan pihak sekolah.

Pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti
menandatangani BukuRekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat
terlebih dahulu dari pengawal keselamatan yang bertugas.

c) Guru bertugas berada di pintu pagar bagi mengawal pergerakan murid
sewaktu murid datang dan balik sekolah.

14.0 KEBAJIKAN MURID

14.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data
APDM yang sentiasa dikemaskini.

14.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
a) Memastikan semua murid mendapatkan 1 set buku teks yang mencukupi
selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks
c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid
dibalut kemas dan bercap SPBT sekolah.

P a g e | 137

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

d) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada

akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai

murid yang tidak memulangkannya.
e) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

14.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan
kepada empat fokus utama iaitu:
 Pembangunan sahsiah diri murid
 Peningkatan disiplin diri murid
 Pendidikan kerjaya murid
 Psikososial dan kesejahteraan mental murid
b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya,
demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit
dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi b bimbingan dan
saranan sama ada secara individu atau kelompok.

d) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling
kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan
ketiga. Laporan sesi kaunseling perlu disediakan.
e) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang
murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yangmenghadapi
masalah disiplin.
f) GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan pelaksanaan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta pelaksanaan Ujian Aptitud Am.
14.4 Kebajikan Murid
a) Kelayakan murid untuk menerima bantuan adalah berdasarkan maklumat
sedia ada dalam APDM.
b)Semua murid warga negara dilindungi oleh Skim takaful Murid
Malaysia. Ianya bertujuan menyediakan perlindungan dalam bentuk
manfaat kewangan kepada murid dan keluarga mereka bagi meringankan
beban kewangan yang akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku
apa-apa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri murid
berkenaan

15.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN KETETAPAN HAL EHWAL MURID

15.1 Penentuan ketetapan ini tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
15.2 perubahan dalam pendidikan negara.
Perubahan boleh dilakukan dari sesemasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat Hal Ehwal Murid

Diwartakan pada;
2 Januari 2020

P a g e | 138

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

KETETAPAN KOKURIKULUM
SMK TELOK PANGLIMA GARANG

DASAR UTAMA KOKURIKULUM

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM
KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
{Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97)}

KEDUA :
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH
WAJIB.
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang murid.
Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu
gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan
atau permainan.”
{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
PENYERTAAN SEMUA GURU SEBAGAI PENJAWAT ATAU PENGKHIDMAT AWAM
DALAM MENGURUS, MENYELIA DAN MENGELOLA KEGIATAN KOKURIKULUM DI
SEKOLAH ADALAH WAJIB.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja kokurikulum di sekolah”
(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“KEGIATAN KOKURIKULUM” YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH HENDAKLAH
MERUPAKAN APA-APA KEGIATAN YANG DIRANCANG
Lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang
memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dimuridi di dalam bilik darjah.
” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

P a g e | 139

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif.

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu
membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

KELIMA:
PENYERTAAN BERAMAI-RAMAI
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid.
{Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000}.

DASAR SOKONGAN KOKURIKULUM

1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja
amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah;
gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan
sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”.
{Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan
anggota masyarakat setempat.
{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP.
8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan
Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar
tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti
perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari sesemasa ke semasa oleh
agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.”
{Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998}.

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga
menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan
tersebut.”
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

P a g e | 140

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin
menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan
potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid
atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing
dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada
kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang
mempunyai sifat disiplin yang baik.”

{Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/198}.

DASAR SUKAN NEGARA

Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya
sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara
menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Dasar ini diwujudkan selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di
kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi
iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Konsep Dasar 1 Murid 1
Sukan menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat :

i. memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif.

ii. membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

iii. memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.

KETETAPAN UNIT KOKURIKULUM SMK TELOK PANGLIMA GARANG

Persatuan/Kelab , Sukan/Permainan dan Pasukan Unit Beruniform
ditubuhkan berdasarkan kepada Mata Pelajaran, penyertaan peringkat MSSD
dan kepakaran guru atau pemilihan oleh pihak luar.

1. MESYUARAT :

Setiap unit mesti mengendalikan sekurang-kurangnya 3 kali mesyuarat setahun
termasuk mesyuarat agong dan minit mesyuarat tersebut perlu disimpan dalam fail
unit sebagai rujukan setelah disahkan oleh penyelaras.

2. MASA PERJUMPAAN :

2.1 Setiap hari Rabu pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan pukul 1.00
hingga 4.00 petang, seperti yang ditetapkan di luar jadual waktu
persekolahan. Tambahan waktu perjumpaan tertakluk kepada keperluan unit,
kelab atau persatuan masing-masing dengan mematuhi peraturan am
sekolah dan dimaklumkan kepada penyelaras.

P a g e | 141

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

2.2 Aktiviti sukan dan permainan 1M1S akan diadakan setiap hari Selasa pada
pukul 7.30 hingga 10.30 pagi dan 3.00 hingga 6.00 petang.

2.3 Murid boleh memilih Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta
Pasukan Badan Beruniform yang ditetapkan oleh penyelaras ketiga-tiga unit.
Keahlian murid dalam ketiga-tiga unit mesti dilaporkan dan dicatat oleh guru
penasihat dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum yang diedarkan setiap
tahun.

2.4 Ahli rumah sukan akan diagihkan mengikut BMS dan akan dilakukan oleh SU
Sukan dan Penolong SU Sukan serta guru kelas.

3. PAKAIAN :

Sesuai dan sopan mengikut aktiviti. Guru bertanggungjawab memastikan murid
berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pakaian Badan Beruniform
atau Half-U perlu dipakai ketika perjumpaan PBB, T-shirt kokurikulum perlu dipakai
ketika perjumpaan Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.

4. FAIL UNIT :

Guru Penasihat mestilah menyediakan Rancangan Aktiviti Tahunan yang akan
digunakan sebagai panduan dalam perjumpaan mingguan. Laporan aktiviti dan
kehadiran ahli perlulah direkodkan di dalam fail. Fail disimpan oleh Ketua guru
penasihat dan perlu dikemaskini dari sesemasa ke semasa serta boleh diserahkan
dengan lengkap apabila diminta oleh pemantau atau pelawat dari Unit Pembangunan
Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, PPD atau Bahagian Sukan Kokurikulum
dan Kesenian JPN/KPM. Fail perlu dikembalikan di bilik Penolong Kanan
Kokurikulum bersama surat penyerahan kembali kuasa/tugas pada akhir tahun
semasa.

5. KAD DAN MARKAH PAJSK :

5.1 Guru Penasihat mestilah memastikan semua butiran murid di dalam kad
PAJSK diisi dengan lengkap dan betul. Kad PAJSK setiap ahli perlu disimpan
oleh guru penasihat dan segala penglibatan, pencapaian serta jawatan murid
perlu direkodkan.

5.2 Kemasukan data murid di dalam sistem PAJSK perlu dilakukan oleh Guru
Tingkatan.

5.3 Penilaian dan pemarkahan akan dibuat oleh guru penasihat dan guru
tingkatan akan mengisi markah Extra Kurikulum dan markah PAJSK atas
talian. Laporan akhir perlu dihantar kepada Pengetua oleh SU Kokurikulum.

5.4 Murid Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas akan menerima sijil kokurikulum (PAJSK)
pada akhir tahun pengajian. Sijil kokurikulum (PAJSK) untuk murid Tingkatan
1, 2 dan 4 akan disimpan dalam fail peribadi.

5.5 Guru Penasihat dan Guru tingkatan wajib mematuhi jajaran masa yang
ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah.

P a g e | 142

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

6. PAPAN KENYATAAN UNIT :

Guru Penasihat mestilah membimbing AJK unit masing-masing agar mengemas kini
dan menceriakan papan kenyataan selewat-lewatnya pada akhir bulan Mac. Papan
Kenyataan perlu selalu dipantau dan sebarang kerosakan hendaklah dibaiki dengan
segera.

7. KEHADIRAN GURU :

Semua guru wajib hadir. Guru perlu mendapatkan kebenaran Pengetua dan
menyerahkan bahan sokongan ketidakhadiran untuk simpanan dan rujukan PK
Kokurikulum. Rekod kehadiran guru perlu dicatatkan dan direkod dalam laporan
perjumpaan oleh Penyelaras.

8. KEHADIRAN MURID :

Semua murid wajib hadir aktiviti kokurikulum kecuali diberi nasihat oleh doktor atas
sebab-sebab kesihatan. Kehadiran murid dalam setiap aktiviti perlu dicatat dan
direkod sebagai penglibatan.

9. MEMBAWA MURID AKTIVITI DAN PERTANDINGAN LUAR :

Guru Penasihat mestilah mematuhi peraturan dan ‘Standrad Operation Procedure’
yang telah ditetapkan serta mengisi Borang Kebenaran Penggunaan Kenderaan
Sendiri (jika berkaitan). Bayaran untuk makan dan tambang perlulah mengikut
pekeliling yang ditetapkan berdasarkan peruntukan yang diturunkan ke peringkat
sekolah.

10. PERATURAN PENGHANTARAN BUKU LAPORAN DAN PERJALANAN KELAB
DAN PERSATUAN, PBB SERTA SUKAN DAN PERMAINAN

SETIAP UNIT MESTI MEMATUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT:
10.1 Buku laporan mestilah dilengkapkan dengan sistematik pada setiap kali

selepas aktiviti dan dihantar pada hari JUMAAT kepada Penyelaras.
10.2 Setiausaha unit masing-masing perlu melengkapkan segala butiran dan

maklumat aktiviti dan menyerahkan buku laporan kepada guru penasihat
untuk ditandatangani sebelum ianya dihantar kepada PK Kokurikulum atau
Pengetua untuk disemak pada setiap minggu.
10.3 Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK yang dilantik adalah yang
amanah, bertanggungjawab dan cekap menjalankan tugas serta
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. AJK tertinggi yang tidak
menjalankan tugas dengan efisien boleh dipecat dan digantikan oleh ahli lain
dengan persetujuan guru penasihat.
10.4 Sebarang pembatalan aktiviti tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya
dan perlu dirujuk dahulu kepada penyelaras.
10.5 Sijil penghargaan akan diberikan kepada AJK tertinggi mengikut prestasi dan
komitmen pada akhir tahun.

Diwartakan pada;
2 Januari 2020

P a g e | 143

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

DASAR PENGURUSAN TINGKATAN ENAM

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TELOK PANGLIMA GARANG

1.0 MATLAMAT
Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah
ini. Dasar ini merupakan garis panduan kepada perjalanan pengurusan
Tingkatan 6 sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan Tingkatan 6.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan Tingkatan 6 Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor.

3.0 DASAR AM
3.1 Dasar Pengurusan Tingkatan 6 sekolah sepanjang masa mestilah
selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai kurikulum
dan kokurikulum Tingkatan 6.
3.4 Setiap guru Tingkatan 6 mesti terlibat dalam kegiatan kokurikulum
murid Tingkatan 6 sebagai guru penasihat.
3.5 Setiap murid wajib melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
3.6 Setiap AJK Unit Mata Pelajaran bertanggungjawab melaksanakan
tugas kurikulum, selain merangka program kecemerlangan dan
melaksanakan program bagi menyokong kejayaan dasar kurikulum
sekolah serta meningkatkan pencapaian akademik.

4.0 DASAR KHAS
4.1 MESYUARAT
4.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan 6 akan bermesyuarat
minimum 4 kali setahun.
4.1.2 Agenda mesyuarat mengikut Garis Panduan Pengurusan
Tingkatan 6.
4.1.3 Mesyuarat unit-unit akademik akan diadakan minimum 4 kali
setahun. Minit mesyuarat perlu diemelkan kepada Pengetua, PK
T6 dan sesalinan dalam fail unit.
4.1.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan 3 hari sebelum tarikh
mesyuarat oleh setiausaha kurikulum Tingkatan 6.
4.1.5 Mesyuarat akan dipengerusikan oleh pengetua atau pengetua
mewakilkan Penolong Kanan Tingkatan 6 jika tidak hadir.
4.1.6 Semua guru Tingkatan 6 wajib menghadiri mesyuarat
pengurusan Tingkatan 6.

P a g e | 144

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

4.2 SISTEM FAIL
4.1.7 Fail Meja dan Fail Pengurusan Tingkatan 6 diuruskan oleh PK

Tingkatan 6.
4.1.8 Semua fail Unit Akademik Tingkatan 6 dan kokurikulum perlu

sentiasa kemas kini dan diletakkan di bilik PK Tingkatan 6.
4.1.9 Semakan fail dibuat dua kali setahun oleh pihak pengurusan

4.2 FOLIO
4.2.1 Semua guru Tingkatan 6 yang dilantik atau belum dilantik perlu
mempunyai 4 folio iaitu:
4.2.1.1 Folio Pengajaran dan Pembelajaran
4.2.1.2 Folio Penilaian dan Pentaksiran
4.2.1.3 Folio Penyelidikan
4.2.1.4 Folio Kokurikulum
4.2.2 Kandungan folio harus dikendalikan dan diurus dengan lengkap
serta memastikan komponen setiap folio lengkap dan kemas
kini.

4.3 JADUAL WAKTU
4.3.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta
Pendidikan dan Pekeliling.
4.3.2 Jadual waktu Tingkatan 6 ialah sebanyak 46 waktu seminggu, 8
waktu setiap mata pelajaran dan 4 waktu setiap kertas.
4.3.3 4 waktu untuk sukan/permainan atau kokurikulum, 1 waktu
untuk R&D dan 1 waktu untuk kolokium.
4.3.4 Bilangan waktu mengajar akademik ialah minimum 16 waktu
dan 24 waktu maksimum bagi guru akademik Tingkatan 6, 16
waktu bagi Penyelaras/Guru Kokurikulum dan 8 waktu bagi
Penolong Kanan Tingkatan 6.
4.3.5 Dasar pengagihan mata pelajaran berdasarkan opsyen,
kepakaran guru dan kepentingan sekolah.
4.3.6 Waktu PdPC bermula pada pukul 7:30 pagi dan berakhir pada
pukul 1:10 petang hari Isnin hingga Rabu. Sementara pada hari
Khamis bermula pada pukul 7:30 pagi hingga pukul 2:30 petang.
Pada hari Jumaat pula kelas bermula pada jam 7:30 pagi dan
berakhir pada 12:20 tengah hari.
4.3.7 Waktu berubah mengikut akta/pekeliling ikhtisas semasa.
4.3.8 Bilangan waktu mengajar bagi semua mata pelajaran termasuk
MUET ialah lapan waktu (40 minit setiap waktu)
4.3.9 Jumlah waktu keseluruhan pengajaran bagi setiap waktu mata
pelajaran Tingkatan 6 tidak boleh kurang 320 minit.

P a g e | 145

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

4.4 PAKEJ MATA MURIDAN, SUKATAN MURIDAN DAN RANCANGAN
MURIDAN HARIAN

4.4.1 Setiap pakej yang diambil, murid wajib menghadiri kelas mata
pelajaran berkenaan. Pengambilan mata pelajaran di luar pakej
menjadi tanggungjawab murid.

4.4.2 Sukatan pelajaran yang terkini yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan
disimpan oleh Ketua Unit Mata Pelajaran serta semua guru.

4.4.3 Salinan sukatan dan rancangan perlu disimpan dalam fail unit.
4.4.4 semua guru Tingkatan 6 yang telah dilantik oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia menggunakan folio sebagai ganti buku
rekod mengajar dan hendaklah menghantar folio pengajaran
setiap hari Jumaat minggu berkenaan.
Pakej 1: Pengajian Am + Biologi + Kimia + Math. T + MUET
Pakej 2: Pengajian Am + Ekonomi + Pengajian Perniagaan +
Geografi + MUET
Pakej 3: Pengajian Am + Pengajian Perniagaan + Sejarah +
Bahasa Melayu + MUET
Pakej 4: Pengajian Am + Geografi + Bahasa Melayu + Seni
Visual + MUET
4.4.5 Semua guru Tingkatan 6 mesti membawa folio persediaan
mengajar (kertas persediaan mengajar harian) setiap kali masuk
kelas.
4.4.6 Semua guru Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 6 Bawah perlu
menghabiskan sukatan pelajaran pada bulan September.

4.5 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
4.5.1 Peperiksaan Dalaman:
4.5.1.1 Peperiksaan Selaras JPNS (jika berkenaan)
4.5.1.2 Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan Percubaan bagi
setiap semester iaitu Semester 1, 2 dan 3.
4.5.2 Peperiksaan STPM dan MUET:
4.5.2.1 Memastikan semua murid didaftar untuk menduduki
peperiksaan.
4.5.2.2 Memastikan semua murid diberi taklimat peraturan
peperiksaan termasuk peperiksaan ulangan.
4.5.3 Format Peperiksan:
4.5.3.1 Peperiksaan Semester mengikut format peperiksaan
Majlis Peperiksaan Malaysia.
4.5.3.2 Semua pengendalian peperiksaan mengikut Standard
Peperiksaan Sebenar.
4.5.3.3 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
4.5.3.4 Pembina soalan harus berpandu kepada Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU).

P a g e | 146

>> BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2020 <<

4.5.4 REKOD MARKAH
4.5.4.1 Markah peperiksaan akan diproses oleh guru mata
pelajaran dan diserah kepada guru kelas.
4.5.4.2 Slip keputusan akan ditandatangani oleh Pengetua
dan Penolong Kanan Tingkatan 6 sebelum diserah
kepada murid untuk ditandatangani oleh ibu bapa.
4.5.4.3 Setiausaha peperiksaan/kurikulum perlu menghantar
laporan analisis kepada Pengetua dan Penolong
Kanan Tingkatan melalui email.

4.5.5 PEMANTAUAN
4.5.5.1 Pengajaran dan Pemudahcaraan guru/murid akan
dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun
secara rasmi.
4.5.5.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua/Penolong
Kanan T6/guru yang dilantik oleh pengetua mengikut
jadual pencerapan.
4.5.5.3 Ketua Unit digalakkan mencerap guru-guru di bawah
unit masing-masing.

5.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
5.1 Ketua Unit terlibat sepenuhnya dalam menyediakan kertas kerja Program
Peningkatan Pencapaian Akademik.
Diwartakan pada:
2 Januari 2020

P a g e | 147


Click to View FlipBook Version