KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR BERDASARKAN QAWAID FIQH MPU23052: SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM SESI: II 2022/2023
KELAS: DET 5B Nama ahli kumpulan: 1. FAKHRUL MUKMININ BIN MUSA 15DET20F2005 2. MUHAMMAD FARIS AIMAN BIN MOHD NIZAM 15DET20F2071 3. MUHAMMAD SYAFIQ IMAN BIN BAHARUDDIN 15DET20F2009
ISI KANDUNGAN BILANGAN PERKARA 1 PENGENALAN 2 KEBAIKKAN TEKNOLOGI NUKLEAR 3 KEBURUKKAN TEKNOLOGI NUKLEAR 4 CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR 5 KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN 6 KESIMPULAN 7 SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN Tenaga yang "mengikat" nukleus kepada atom dikenali sebagai tenaga nuklear, juga dirujuk sebagai tenaga atom. Tenaga ini boleh dibebaskan oleh proses nuklear seperti pelakuran atau pembelahan nuklear serta pereputan radioaktif. Henri Becquerel, seorang ahli fizik Perancis, membuat penemuan awal tenaga nuklear pada tahun 1896 apabila dia melihat bahawa plat fotografi yang dikekalkan dalam gelap berhampiran uranium menjadi hitam, sama seperti plat Xray, yang hanya dibuat pada tahun 1895. Tiga proses eksotermik pereputan radioaktif, pembelahan nuklear, dan pelakuran nuklear membebaskan tenaga nuklear. Pereputan radioaktif melibatkan proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput dan membebaskan zarah, sinaran elektromagnet (sinar gamma), neutrino, atau ketiga-tiganya sekaligus. Pelaburan nuklear melibatkan penyambungan dua nukleus atom untuk mencipta nukleus yang lebih berat.
KEBAIKKAN TEKNOLOGI NUKLEAR i) Antara kebaikan teknologi nuklear yang dapat dilihat ialah pengunaan dalam bidang pertanian. Dengan pengunaan bahan radiasi seperti sinaran gamma ia mampu meningkatkan produktiviti dan membantu meningkatkan kecekapan dalam penghasilan pertanian. Selain itu ia juga membantu dalam pemandulan serangga perosak dan pengukuran nilai pH tanah. Dengan kaedah radiasi nuklear ini ia mampu menghalang dari serangga perosak yang menganggu penghasilan aktiviti pertanian dan menghasilkan variasi tanaman yang unggul misalnya padi yang lebih resistan terhadap cuaca persekitaran . ii) Sumbangan terbesar teknologi nuklear adalah dalam sektor perubatan . Teknologi nuklear ini jelas dapat membantu manusia dalam sektor perubatan yang dapat menyelamatkan manusia . Radioisotop digunakan dalam radioterapi dan sinaran X (Xray). Sinaran gamma terhasil daripada kobalt-60 yang berperanan untuk membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit. Dengan adanya teknologi seperti ini, nyawa orang ramai dapat diselamatkan daripada penyakit-penyakit kanser yang boleh membunuh. iii) Teknologi nuklear juga memberi sumbangan dalam bidang arkeologi bagi mengenal pasti usia bahan purba seperti fosil tumbuhan dan binatang. Kaedah ini juga dikenali sebagai pentarikhan karbon-14 kerana usia bahan purba ini boleh ditentukan dengan mengukur karbon-14 yang tertinggal di dalam fosil. iv) Akhir sekali, teknologi ini juga banyak menyumbang dalam bidang pertahanan. Sejak awal lagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengunakan teknologi nuklear untuk memperluaskan aset-aset pertahanan mereka . Antaranya kewujudan kapal selam berkuasa nuklear yang dibina pada tahun 1950an . Kewujudan kapal selam berkuasa nuklear ini mampu melaksanakan pelbagai misi pertahanan dan misi menyelamat.
KEBURUKAN TEKNOLOGI NUKLEAR i) Antaranya ialah pembuatan untuk kegunaan peperangan. contohnya, penciptaan bom atom yang memberi impak yang negatif kepada masusia sejagat. Hal ini demikian dapat dilihat dalam peperangan dunia ke dua yang melibatkan letupan bom di Hiroshima dan Nagasaki. Kesan daripada letipan tersebut jelas memberi kesan yang buruk kepada manusia dan kehidupan sekitarnya. Kini negara Jepun telah mengalami kerugian selepas letupan tersebut kerana sehingga kini kawasan tersebut masih mengalami saki baki radiasi. Tamsirnya, kesan radiasi akan menyebabkan kandungan fetus cacat dan memudaratkan manusia. ii) Keburukan yang berpotensi berlaku ialah apabila stesen janakuasa nuklear meletup yang memberi kesan kepada kehidupan sekeliling. Contohnya, pencemaran air, udara, dan tanah. Hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga turut terjejas yang memberi kesan seperti mutasi dan kecacatan yang kekal. Penyakit seperti kenser juga akan mungkin tersebar disebabkan kandungan bahan-bahan toksik yang boleh membunuh manusia mahupun haiwan. Kesan radiasi ini amat berbahaya disebabkan angin setempat membawa radiasi tersebar dengan cepat dan luas tidak kira air atau darat serta udara sekalipun. Sebarang kecuaian yang berlaku bakal menyebabkan pelbagai masalah paling teruk adalah kematian. Jadi, sekiranya teknologi nuklear digunakan ia mestilah dikekalkan oleh pakar-pakar yang berilmu.
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR i) Menghadkan penggunaan nuklear bagi mengurangkan peratusan sinaran radioaktif tersebar.Sinaran radioaktif yang terdedah pada manusia mungkin tidak menampakkan kesan pada masa sekarang,tetapi akan menyebabkan kesan yang dahsyat pada masa akan datang seperti mutasi dan katarak.Perkara ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap masyarakat lain .Oleh itu,pihak tertentu perlu mengambil berat terhadap masalah ini supaya masa depan rakyat dalam keadaan terjamin. ii) Agensi kerajaan perlulah menggariskan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sewaktu penggunaan bahan radioaktif dijalan di sektor perkilangan. Garis panduan keselamatan perlulah dipatuhi oleh semua pekerja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.Sekiranya semua pekerja mematuhi peraturan, mungkin peratusan untuk mendapat kecederaan adalah kurang. Kerajaan juga perlulah mewujudkan prosedur pancaran gamma dalam bidang pertanian oleh agensi yang bertanggungjawab untuk mengelakkan kandungan nutrien tumbuh-tumbuhan terjejas. iii) Memastikan supaya penggunaan teknologi nuklear tersebut dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Individu yang mengendalikan tenaga nuklear ini perlulah mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi kerana nuklear adalah bahan yang sangat berbahaya. Jika terdapat sebarang kebocoran radiasi, individu-individu tersebut perlulah bertanggungjawab dan tidak lepas tangan jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti berikut.
KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN i) Setiap Perkara Dinilai Bedasarkan Tujuan Dan Niat Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya. Setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah bergantung pada niatnya. Asal rujukan utama kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Saidina Umar alKhattab r.a yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud; ”Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis Riwayat Muslim) ii) Keyakinan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Syak Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku , maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu. Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baru yang dapat menghilangkannya. Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; “Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan.” (Hadis Riwayat Muslim)
KESIMPULAN Kesimpulannya, teknologi nuklear ini amat berguna kepada alam semesta. Setiap apa yang berlaku sekarang ini dapat dikenal pasti dengan adanya teknologi nuklear ini. Setiap apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan termasuk teknologi nuklear ini. Namun yang demikian, teknologi ini hendaklah di kendalikan dengan berhati-hati kerana kesan yang akan diterima adalah teramat buruk .Justeru , teknologi mestilah di kendalikan oleh ahli-ahli pakar yang berilmu kerana tanpa ilmu ini tidak akan dapat dibangunkan dan akhirnya keburukan pula akan diterima. Pandangan saya mengenai teknologi nuklear ini amat berguna kepada pembangunan negara Malaysia. Sekiranya teknologi nuklear ini diabaikan oleh negara,pastinya Malaysia akan ketinggalan dalam serba serbi perkara yang ada pada masa hadapan.
SUMBER RUJUKAN An-Nisaa'. (2017). Keburukan Penggunaan Teknologi Nuklear. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/211183399/Keburukan-Nuklear Wikipedia. (2017, Mei 7). Tenaga Nuklear. Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear Nordin, K. (n.d.). TENAGA NUKLEAR DARI PERSPEKTIF ISLAM. (DOC) TENAGA NUKLEAR DARI PERSPEKTIF ISLAM | Khaled Nordin - Academia.edu. https://www.academia.edu/12119181/TENAGA_NUKLEAR_DARI_PERSPEKTIF_ISLAM