Cerita
Puteri Salju
Buku kreatif oleh Nurin Atiqah
Temui Watak-Watak
Puteri Salju Sang Kerdil
Sang Tupai Ahli Sihir
01
Permulaan
Pada suatu hari, Puteri Salju telah sesat ketika masuk
ke dalam hutan. Semasa Sang Puteri sesat, dia telah
berjumpa dengan Sang Tupai dan Sang Arnab.
Sang Tupai merupakan
kawan baik kepada
Sang Kerdil.
Sang Kerdil
mempunyai seorang
kembar yang serupa
dengannya.
Sang Kerdil dan kembarnya pergi bersiar-siar dan
bermain bersama Sang Beruang di hutan.
02
Pertengahan
Ketika Puteri Salju sesat di hutan, dia telah berjumpa
sebuah rumah kecil yang sangat cantik dan unik.
Sang Puteri telah masuk ke dalam rumah tersebut
dan menerokainya.
Setelah selesai meneroka, Sang Puteri telah tertidur
di atas sebuah katil yang terdapat di dalam rumah
tersebut kerana terlalu penat.
Puteri Salju kemudian tersedar daripada tidur kerana
mendengar bunyi seperti ada orang memasuki rumah
tersebut. Sang Puteri meyedari bahawa rumah
tersebut adalah merupakan rumah kepada dua orang
kerdil.
Sang Puteri telah menceritakan bagaimana dia boleh
berada dan tidur di dalam rumah tersebut. Mereka
juga telah berbual-bual sambil bercerita tentang diri
masing-masing.
03
Pengakhiran
Beberapa hari kemudian, seorang Ahli Sihir telah
datang ke rumah Sang Kerdil. Dia memberitahu
bahawa dia ingin berjumpa dengan Sang Puteri.
Sang Puteri kelihatan ketakutan apabila berjumpa
dengan Ahli Sihir kerana dia tahu Ahli Sihir tersebut
mempunyai niat yang jahat terhadapnya. Oleh itu, dia
enggan berjumpa dengan Ahli Sihir.
Akan tetapi, ahli sihir tetap berdegil dan ingin
memaksa Sang Puteri untuk memakan buah epal
pemberian olehnya. Sang Kerdil menghalang Ahli
Sihir tersebut tetapi tetap tidak berkesan.
Kerana Ahli Sihir tersebut enggan beredar daripada
situ, Sang Kerdil telah memanggil Sang Beruang
untuk mengusir Ahli Sihir tersebut.
Ketika Sang Beruang Datang, Ahli Sihir takut dan
terus beredar daripada rumah tersebut.
Akhirnya Sang Puteri telah berjumpa dengan
rakan-rakan Sang Tupai. Sang Puteri kelihatan
sangat bahagia dan teruja.
Tamat
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics
& images by Freepik