The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyafiqah180397, 2023-07-30 21:01:46

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3 2023

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3

MINIT MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEMALATONG, SIMUNJAN MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK SEMALATONG 3/2023-2024 Tarikh : 17 Julai 2023/Isnin Masa : 1430-1730 petang Tempat : Makmal Komputer Kehadiran: 1. En. Loran anak Setin (Guru Besar) 2. Pn Ng Kim Lan (YDP) 3. Cik Nur Syafiqah binti Mohd Amirullah (SU) 4. Pn. Julia anak Piyon (BENDAHARI) 5. Pn Sonny anak John (NAIB SU) 6. Pn Rosaline anak Bada 7. Pn Mary anak Achai 8. En Jais 9. Pn Erine anak Simen 10. Pn Jacqline anak Reggie 11. Pn Wendy anak Bita 12. En Malaysia anak Gunna 13. En Ullyses anak Karim 14. Pn Couldiya Estafan anak Ramles 15. Pn Moreen anak Lungkam 16. Pn Mahani anak Duncan 17. En Bowie anak Utong 18. Pn Camilla anak Dullah 19. Pn Tracy anak Lansem 20. Pn Kelabuk 21. En Jojo nak Kutek 22. Pn Agnessia Rinda bt Ali Baba 23. En Luta 24. En Bokhari 25. En Senin 26. Pn Wita (Kpg Spaoh) 27. Pn Ranny (Kpg Spaoh)


28. Pn Suzianna Ireen (Kpg Simbau Rumbau) 29. En. Mohammad Tarmimie bin Mazlan 30. Cik Nur Aina Sofiya binti Sabari 31. Pn. Asfariza binti Jaleh Agenda: 1. Kata-kata aluan GB 2. Kata-kata aluan YDP PIBG 3. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat lepas 4. Isu – isu berbangkit dari minit mesyuarat lepas 5. Perancangan aktiviti AJK PIBG pada Hari Karnival Sukan ZUS 6. Pelaporan dan pembentangan 7. Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum dan Sukan 8. Sukan Tahunan dan PIBG 9. Hal-hal lain 1.0 Kata - kata aluan Guru Besar 1.1 Guru besar, En Loran ak Setin mengalukan kehadiran semua AJKPIBG dan juga para guru yang hadir. 1.2 Guru besar memaklumkan rasa puas hati atas kerjasama para AJK atas usaha menjayakan Majlis Ngiling Bidai yang diadakan pada 22 Jun 2023 lepas. 1.3 Guru besar memaklumkan beberapa perkara yang akan dibentangkan pada mesyuarat pada kali ini iaitu laporan kewangan, kemenjadian murid dalam kokurikulum dan sukan di peringkat Daerah, Bahagian, Negeri, dan Kebangsaan, Sukan Tahunan Sekolah dan PIBG 2023 serta Program Gotong-Royong Perdana. 2.0 Kata – kata aluan YDP PIBG 2.1 YDP PIBG menyatakan rasa puas hati atas kerjasama semua AJK PIBG yang bertungkus – lumus dalam menjayakan Majlis Ngiling Bidai Tahun 2023 dan mengucapkan tahniah atas kehadiran yang sangat memuaskan dalam mesyuarat pada hari ini. 3.0 Cik Nur Syafiqah binti Mohd Amirullah membentangkan minit mesyuarat yang lepas.


Disahkan oleh: Puan Camilla anak Dullah Disokong oleh: Pn Wendy anak Bita 4.0 Isu - isu berbangkit dari minit mesyuarat lepas 3.1 Guru besar menyatakan rasa puas hati atas kerjasama AJK PIBG menjayakan Majlis Ngiling Bidai yang lepas. Guru besar menasihatkan AJK PIBG untuk menambahbaik persiapan daripada aspek pengurusan makanan. Guru besar mencadangkan supaya ibu bapa membawa makanan sendiri semasa mengadakan apa-apa majlis seperti Ngiling Bidai di masa yang akan datang untuk menjimatkan kos yang sedia ada. Dalam pemerhatian beliau semasa Majlis Ngiling Bidai yang lepas, terdapat hanya segelintir sahaja ibu bapa/penjaga yang membawa makanan ringan. 3.2 YDP Pn Ng Kim Lan memaklumkan isu membawa makanan sendiri semasa majlis adalah isu yang sensitif sebab melibatkan isu keagamaan untuk mengelakkan makanan bukan halal dibawa ke sekolah bagi menghormati pihak yang beragama Islam (Win-Win Situation). Oleh sebab itu beliau mencadangkan untuk membuat gotong-royong memasak dalam kalangan AJK PIBG. Selain itu, YDP PIBG memaklumkan berkenaan harga pua kumbu agak mahal dan YDP PIBG juga memaklumkan perbelanjaan barangan hiasan pentas adalah barangan yang kekal untuk kegunaan dan simpanan pihak sekolah. Sistem siaraya pada majlis yang lepas adalah disewa daripada pihak luar mengikut persetujuan semua dalam mesyuarat lepas. YDP PIBG memaklumkan untuk membincangkan semula berkenaan sumbangan dan jualan sayuran pada mesyuarat yang akan datang. 5.0 Pelaporan dan Pembentangan 5.1 Laporan Kewangan Pembentangan laporan kewangan daripada Bendahari PIBG, Cikgu Julia anak Piyon mengedarkan laporan kewangan tunai, perbelanjaan Majlis Ngiling Bidai dan laporan kewangan akaun tunai. Baki Akaun Bank : RM7 698.50 Baki Tunai : RM 808.40 Jumlah : RM8 506.90 5.2 YDP PIBG mengingatkan sekali lagi kepada semua agar membuat tuntutan (claim) duit PIBG selepas membuat perbelanjaan membeli apa-apa yang berkaitan dilakukan dalam tempoh satu minggu sahaja. 6.0 Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum dan Sukan


6.1.1 Guru besar memaklumkan bahawa pada bulan Julai, ramai guru yang akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum luar sekolah peringkat zon, bahagian dan negeri dan ini menyebabkan keberadaan guru di sekolah kurang dalam dua atau tiga orang sehari waktu sesi persekolahan pagi. Guru besar mengucapkan tahniah kepada murid – murid SK Semalatong yang berjaya terpilih mewakili Bahagian Samarahan dalam peringkat negeri dalam beberapa pertandingan iaitu Pertandingan Bola Sepak, Alex Tahun 6, Pertandingan Bola Baling, Adreena Nawie Tahun 6 dan Pertandingan Badminton, Frestica Tahun 6 serta Pertandingan Bola Tampar iaitu pasukan Bola Tampar ZUS terpilih mewakili Bahagian Samarahan ke peringkat Negeri. Seramai 9 orang murid sekolah kita terpilih mewakili pertandingan bola tampar ini. Berikutan itu, guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah memerlukan peruntukan kewangan daripada tabung PIBG untuk perbelanjaan penyertaan murid dalam pertandingan ini. 6.1.2 Guru besar memaklumkan beliau dan YDP PIBG telah berbincangan untuk memohon sumbangan berbentuk wang daripada YB dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Bagi pasukan bola tampar, semua jumlah peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM4000 lebih merangkumi semua aspek dari segi perjalanan, penginapan, makanan, minuman dan tempat tinggal. Sekiranya sumbangan duit yang terkumpul tidak mencukupi sasaran RM4000 lebih, guru besar memohon sedikit peruntukan dari tabung PIBG dan juga memohon derma daripada ibu bapa.Ustaz Tarmimie memaklumkan bahawa semua jumlah murid sekolah kita yang terpilih mewakili bola tampar ke peringkat negeri adalah seramai 9 orang sahaja. Maka, jumlah peruntukan kewangan yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak RM300 seorang murid kali 9 orang, jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM2700 dan jumlah ini sahaja yang perlu ditampung oleh pihak PIBG sekiranya duit sumbangan terkumpul tidak mencukupi bukannya sebanyak RM4000 lebih untuk satu pasukan penuh. Kita memfokuskan peruntukan kewangan untuk murid kita sahaja dan keperluan peruntukan bajet kewangan yang lain hendaklah diusahakan dari luar dengan memohon sumbangan YB dan sebagainya. Sekiranya bajet kewangan masih tidak mencukupi, barulah kita fikirkan adakah patut kita untuk menyertai atau membatalkan penyertaan pasukan bola tampar ini ke peringkat negeri ini. Berdasarkan cadangan daripada Cikgu Zai bin Main sebelum ini, beliau pernah menyatakan untuk membantu mengurangkan kos pengeluaran wang dari tabung PIBG, jumlah peruntukan setiap murid yang terpilih mewakili sekolah ke peringkat tinggi seperti peringkat negeri ini, beliau mencadangkan agar ibu bapa/penjaga membayar setengah dari jumlah yang diperlukan bagi seorang murid dan setengah lagi diberi oleh pihak PIBG. Contohnya, bagi pihak pasukan bola tampar ini memerlukan RM300 bagi seorang murid dalam penyertaan peringkat negeri, maka RM150 dibayar oleh ibu bapa/penjaga dan separuh lagi RM150 dibayar oleh pihak Tabung PIBG jika dipersetujui oleh semua pihak. Namun, pihak AJK PIBG menolak cadangan ini dan memohon agar membuat kutipan sumbangan (derma) daripada ibubapa/penjaga atau AJK PIBG sahaja. YDP PIBG menyatakan kita akan memberi sumbangan kewangan PIBG


separuh daripada yang diperlukan sahaja, separuh lagi hendaklah diusahakan dari luar dengan membuat kutipan sumbangan. 6.1.3 Guru besar memaklumkan pihak ZUS telah berbincang dan bersetuju untuk mengumpul sumbangan ikhlas daripada semua guru dan staf setiap sekolah ZUS untuk membantu kos perbelanjaan kewangan pasukan Bola Tampar dan Sepak Takraw yang akan mewakili Bahagian Samarahan peringkat Negeri di Sibu dan Mukah. 6.1.4 YDP PIBG menyatakan rasa amat berbesar hati untuk memberi sumbangan peruntukan kewangan tabung PIBG kerana pencapaian murid-murid sekolah ini yang terpilih mewakili sekolah ke peringkat bahagian dan negeri. Makluman/Tindakan: Semua AJK PIBG 7.0 Sukan Tahunan dan PIBG 2023 7.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa sukan akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu kali pertama sukan tahunan sekolah dan kali kedua sukan PIBG. Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 9 sehingga 11 Ogos 2023 dan sukan PIBG pula akan diadakan pada hujung bulan 9 dalam 22 sehingga 24 September 2023. Tujuan sukan tahunan sekolah dan PIBG diasingkan dan dibuat dua kali pada tarikh dan hari yang berbeza adalah kerana untuk memberi laluan kepada guru-guru membuat persiapan sukan tahunan sekolah dan sukan luar dan mengurangkan sedikit beban tugas kepada guru jika dibuat serentak. Beberapa orang AJK PIBG mempersoalkan kenapa sukan tahunan sekolah dan PIBG diasingkan tarikh dan tidak dibuat berterusan, Ustaz Tarmimie bin Mazlan menjelaskan tentatif setiap minggu keberadaan dan kesibukan guru dalam beberapa perancangan iaitu beberapa guru akan keluar menghantar murid dalam penyertaan peringkat negeri, persiapan sukan tahunan sekolah, jemputan dan prasekolah, pemilihan olahraga MSSR, minggu ujian sumatif dan penyertaan olahraga MSSR. Ini menjelaskan kesibukan yang amat ketara dalam kalangan guru dan memohon agar semua pihak AJK PIBG memahami akan kesibukan dan kepenatan yang akan dialami guru jika masih berkeras untuk menggabungkan sukan PIBG sekolah pada minggu yang sama. 7.2 Guru besar memaklumkan sekolah kita akan menjemput YB Roziah semasa sukan jemputan sekolah untuk merasmikan sukan tahunan sekolah kita. Untuk makluman semua pihak, perancangan dan persiapan sukan tahunan sekolah tidak melibatkan semua AJK PIBG namun memerlukan beberapa orang dalam kalangan AJK PIBG untuk membantu guru semasa persiapan dan hari sukan tersebut. 7.3 Guru besar mencadangkan untuk membuat persiapan rapi menyambut ketibaan para YB. Sebolehnya para AJK PIBG yang terlibat dalam menyambut YB datang lebih awal untuk membuat persiapan menyambut ketibaan YB. Guru besar memaklumkan semasa


Majlis Ngiling Bidai yang lepas, para tetamu datang lebih awal dan menyebabkan situasi menjadi lebih kalut. Guru besar memohon kerjasama dan memberi nasihat kepada pihak AJK PIBG yang terlibat dalam AJK Parking agar ambil perhatian atas perkara tersebut untuk persediaan majlis akan datang. Guru besar mencadangkan untuk meneruskan jualan tiket pada hari sukan yang akan datang. Pembetulan daripada Cikgu Syafiqah, jualan barang dapat kupon bertuah seperti yang telah dibuat dalam Majlis Ngiling Bidai yang lepas. 6.4 Hasil perbincangan semua, pihak AJK PIBG menetapkan pertandingan bola tampar, bola sepak dan sepak takraw dalam sukan PIBG dengan menetapkan harga penyertaan bagi setiap sukan tersebut. Berikut adalah hasil perbincangan semua pihak untuk Sukan PIBG termasuklah konsert sebelah malam. • Hadiah yang akan disediakan adalah berbentuk piala dan jersi (baju) bagi setiap pertandingan • Yuran penyertaan bagi setiap pertandingan ialah bagi sepak takraw ialah sebanyak RM100 bagi 4 orang pemain (referee merangkumi AJK PIBG + Guru), bola tampar ialah sebanyak RM180 bagi 9 orang pemain dan bola sepak sebanyak RM300 sebanyak 22 buah pasukan. • Bayaran bagi Referee ialah sebanyak RM120 X 3 orang, jumlah keseluruhan RM360 untuk bayaran satu game (NYDP urus). 11 game x RM120 – RM1320, seorang anggaran akan dapat RM440. (NYDP Urus) • Konsert: Penyanyi yang dijemput ialah Ramles Walter, poster dan banner diurus oleh Pn Camilla anak Dullah. • Cukai Kedai pula ialah cukai tanggung RM50, cukai pondok RM100 dan sewa kedai RM50 (cukai ini untuk sukan tahunan sekolah) • Yuran masuk : Yuran motosikal dan kereta serta yuran per kepala akan dibincangkan kemudian. • Persembahan (Karaoke orang tua) 8.0 Hal-hal lain 8.1 YDP PIBG memaklumkan semula berkaitan tempahan baju AJK PIBG jenis jersi berkolar dan kelas Tarian Ngajat bagi murid – murid sekolah. Latihan kelas Ngajat diajar oleh guru tarian luar dibayar oleh pihak PIBG (akan dibincangkan kemudian). 8.2 Guru besar memaklumkan pada hari Sabtu 9 September 2023 akan diadakan gotongroyong perdana sekolah mengikut saranan KPM dan memfokuskan keceriaan kawasan tandas. Surat gotong-royong akan diedarkan kemudian. Kutipan derma bagi pasukan bola tampar dalam kalangan AJK PIBG pula hendaklah diserahkan kepada bendahari PIBG selewat-lewatnya pada hari Jumaat 21/7/2023 ini. Cadangan mesyuarat perdana dipersetujui guru besar, YDP PIBG dan semua AJK PIBG yang hadir adalah pada 20 Julai 2023 Khamis yang akan datang. Setiausaha PIBG akan edarkan surat kepada semua ibu bapa/penjaga. Tindakan/Makluman: Semua ahli mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 05:40 petang. Dicadangkan oleh En Gerunggang anak Sili dan disokong oleh Pn Selisa anak Lambie. Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, ________________________________ __________________________ (Cik Nur Syafiqah binti Mohd Amirullah) (Pn Ng Kim Lan) Setiausaha PIBG, YDP PIBG, SK Semalatong, Simunjan. SK Semalatong, Simunjan


Click to View FlipBook Version