The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sirah Unit 1 Perjanjian Hudaibiyyah Tingkatan 3 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-02-28 20:52:05

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

Sirah Unit 1 Perjanjian Hudaibiyyah Tingkatan 3 KSSM

SIRAH 1 : PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
Kronologi Perjanjian Hudaibiyyah

MULA
1. Rasulullah SAW bermimpi bahawa Baginda memasuki Masjidil Haram,
mengambil kunci Kaabah serta melaksanakan umrah bersama-sama dengan para
sahabat. Para sahabat berasa gembira dan menyambut baik

2. Pada hari Isnin, awal bulan Zulkaedah tahun ke-6 hijrah, Rasulullah SAW bertolak
ke Mekah bersama dengan 1400 orang sahabat dengan pedang yang bersarung.

3. Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti di Zulhulaifah untuk berniat umrah.
Mereka turut membawa binatang korban bagi menzahirkan niat mereka untuk
melaksanakan umrah.

4. Kedatangan rombongan Rasulullah SAW diketahui oleh Musyrikin Mekah. Mereka
tidak membenarkan rombongan ini memasuki Mekah.

5. Khalid Bin Al-Walid bersama dengan tenteranya berjumlah 200 orang cuba untuk
menghalang Rasulullah SAW daripada memasuki Mekah di Kura' alGhamim.
Namun, Rasulullah SAW melalui jalan lain untuk mengelakkan pertembungan
dengan tentera Khalid.

6. Rasulullah SAW berhenti di Hudaibiyyah. Baginda dikunjungi oleh Budail Bin
Warqa'. Beliau menjadi perantara Rasulullah SAW dengan Musyrikin Quraisy.

7. Musyrikin Quraisy mengutuskan AlHulais Bin 'Alqomah diikuti 'Urwah Bin
Mas'ud Menemui Rasulullah SAW bagi memastikan niat sebenar rombongan itu.
Kedua-duanya berjaya diyakinkan bahawa kedatangan Rasulullah SAW dan para
sahabat untuk menunaikan umrah.

8. Rasulullah SAW mengutus Uthman Bin Affan RA menemui Musyrikin Mekah
untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka. Uthman Bin Affan ditahan
beberapa ketika sehingga tersebar berita kematiaannya.

9. Rasulullah SAW dan para sahabat membuat bai'ah untuk setia bersama dengan
Rasulullah SAW dan tidak meninggalkan Baginda. Bai'ah ini dikenali sebagai
Bai'atur Ridhwan.

10. Musyrikin Mekah mengetahui tentang Bai'atur Ridhwan. Lantas mereka
menghantar Suhail Bin Amru untuk membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW.
lalu, termeterailah Perjanjian Hudaibiyyah.

TAMAT

2. ISI KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYYAH:

a. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak boleh memasuki Mekah pada
tahun ini, iaitu tahun ke-6 hijrah. Mereka dibenarkan masuk ke Mekah
pada tahun hadapan, iaitu tahun ke-7 hijrah dan dibenarkan berada di
Mekah selama 3 hari sahaja. Mereka tidak boleh membawa senjata
kecuali pedang bersarung. Orang Quraisy tidak boleh mengganggu
mereka.

b. Tiada peperangan antara kedua-dua belah pihak selama 10 tahun.
c. Mana - mana kabilah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah SAW

turut tertakluk dengan Perjanjian Hudaibiyyah. Mana – mana kabilah
yang mengikat perjanjian dengan Musyrikin Mekah, mereka juga terikat
dengan Perjanjian Hudaibiyyah.
d. Orang Mekah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan ke Mekah.
Sebaliknya, sesiapa yang lari daripada Madinah ke Mekah tidak perlu
dikembalikan.

3. HIKMAH PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
a. Perkembangan Dakwah Islam.

 Musyrikin Mekah tidak lagi mengganggu usaha dakwah Rasulullah SAW.
 Ramai orang arab memeluk Islam secara terang-terangan seperti ‘Amru

Bin al-‘As, Khalid Bin al-Walid dan Uthman Bin Talhah.
 Rasulullah SAW membuka ruang dakwah Islam dengan menghantar

surat kepada kerajaan lain di Semenanjung Tanah Arab seperti Bahrain
dan Oman serta kerajaan di luar Semenanjung Tanah Arab seperti Rom
dan Parsi.

b. Perkembangan Politik Islam

 Musyrikin Mekah secara langsung mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
serta Rasulullah SAW sebagai pemimpinnya.

 Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah di sekitar
Madinah, antaranya termasuklah Bani Khuza¡¯ah.

 Rasulullah SAW mula menghantar surat kepada pemimpin dalam dan
luar Semenanjung Tanah Arab dan mendapat jawapan daripada mereka.
Hal ini menunjukkan pengiktirafan pemimpin lain terhadap kerajaan
Islam Madinah.

 Selepas Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW menumpukan
perhatian kepada Yahudi di Khaibar kerana Musyrikin Mekah bukan lagi
menjadi ancaman besar kepada kerajaan Islam Madinah.

c. Perkembangan Ketenteraan Islam

 Kekuatan ketenteraan Islam bertambah daripada 3 000 orang kepada
10000 orang hanya dalam tempoh 2 tahun selepas Perjanjian
Hudaibiyyah.

 Mewujudkan suasana aman antara kerajaan Islam di Madinah dan
Musyrikin Mekah.


Click to View FlipBook Version