The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hadis 1 Setiap Orang Adalah Pemimpin Tingkatan 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-03-08 23:24:23

Hadis 1 Setiap Orang Adalah Pemimpin

Hadis 1 Setiap Orang Adalah Pemimpin Tingkatan 5 KSSM

HADIS 1 : SETIAP ORANG IALAH PEMIMPIN

‫ َﺳ ِﻣ ْﻌ ُت َر ُﺳو َل ﱠ ِﷲ َﺻﻠﱠﻰ ﱠﷲ َﻋﻠَ ْﯾ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َم َﯾ ُﻘو ُل‬:‫َﻋ ْن َﻋ ْﺑ ِد ﱠ ِﷲ ْﺑ ِن ُﻋ َﻣ َر َﯾ ُﻘو ُل‬
‫ َواﻟ ﱠر ُﺟ ُل َرا ٍع ﻓِﻲ أَ ْھﻠِ ِﮫ‬،‫ ا ِﻹ َﻣﺎ ُم َرا ٍع َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬،‫ُﻛﻠﱡ ُﻛ ْم َرا ٍع َو ُﻛﻠﱡ ُﻛ ْم َﻣ ْﺳؤول َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬
‫ َوا ْﻟ َﺧﺎ ِد ُم َرا ٍع‬،‫ َوا ْﻟ َﻣ ْرأَةُ َرا ِﻋ َﯾ ٌﺔ ِﻓﻲ َﺑ ْﯾ ِت َز ْو ِﺟ َﮭﺎ َو َﻣ ْﺳؤوﻟَ ٌﺔ َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ َﮭﺎ‬،‫َو ُھ َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬

‫ َواﻟ ﱠر ُﺟ ُل َرا ٍع ِﻓﻲ َﻣﺎ ِل أَ ِﺑﯾ ِﮫ‬:‫ َو َﺣ ِﺳ ْﺑ ُت أَ ْن َﻗ ْد َﻗﺎ َل‬:‫ َﻗﺎ َل‬- ،‫ِﻓﻲ َﻣﺎ ِل َﺳ ﱢﯾ ِد ِه و َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬
‫ َو ُﻛﻠﱡ ُﻛ ْم َرا ٍع َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬-‫َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬

Maksud Hadis

‫ ُﻛﻠﱡ ُﻛ ْم َرا ٍع‬1

Setiap kamu ialah Pemimpin

‫ َو ُﻛﻠﱡ ُﻛ ْم َﻣ ْﺳؤول َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬2

Dan Setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya

‫ ا ِﻹ َﻣﺎ ُم َرا ٍع َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬3

Imam ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

‫ َواﻟ ﱠر ُﺟ ُل َرا ٍع ِﻓﻲ أَ ْھﻠِ ِﮫ َو ُھ َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬4

Dan lelaki itu ialah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

‫ َوا ْﻟ َﻣ ْرأَ ُة َرا ِﻋ َﯾ ٌﺔ ِﻓﻲ َﺑ ْﯾ ِت َز ْو ِﺟ َﮭﺎ َو َﻣ ْﺳؤوﻟَ ٌﺔ َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ َﮭﺎ‬5

Dan perempuan itu ialah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab atas

kepimpinannya

‫ َوا ْﻟ َﺧﺎ ِد ُم َرا ٍع ِﻓﻲ َﻣﺎ ِل َﺳ ﱢﯾ ِد ِه و َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬6

Dan pekerja itu ialah pemimpin bagi harta majikannya dan bertanggungjawab atas

kepimpinannya

:‫ َو َﺣ ِﺳ ْﺑ ُت أَ ْن َﻗ ْد َﻗﺎ َل‬:‫ َﻗﺎ َل‬7

Dia berkata: Aku menyangka bahawa sesungguhnya baginda juga bersabda

‫ َواﻟ ﱠر ُﺟ ُل َرا ٍع ِﻓﻲ َﻣﺎ ِل أَ ِﺑﯾ ِﮫ َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬8

Dan lelaki itu ialah pemimpin bagi harta benda ayahnya dan bertanggungjawab atas

kepimpinannya

‫ َو ُﻛﻠﱡ ُﻛ ْم َرا ٍع َو َﻣ ْﺳؤو ٌل َﻋ ْن َر ِﻋ ﱠﯾ ِﺗ ِﮫ‬9

Dan kamu semua ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU

1- Tanggungjawab Pemimpin
 Berlaku adil dan menghapuskan kezaliman
 Menegakkan syariat Islam
 Menyusun sistem pentadbiran yang cekap dan amanah
 Menyediakan infrastruktur yang lengkap
 Bersikap tolenransi terhadap orang bawahan

2- Tanggungjawab Suami
 Memberikan nafkah kepada anggota keluarga
 Memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anak
 Memberikan perlindungan dan menjaga keselamatan anggota keluarga
 Melayan dan bergaul dengan isteri dan anak-anak

3- Tanggungjawab Isteri
 Mentaati suami dan menunaikan haknya
 Menjaga maruah diri, suami dan keluarga
 Memelihara dan mendidik anak-anak
 Menguruskan rumahtangga

4- Tanggungjawab Pekerja

 Mengikut arahan ketua
 Bekerja dengan penuh intergriti
 Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan
 Melaksanakan tugas dengan sempurna

5- Tanggungjawab Anak
 Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau setelah
meninggal dunia
 Sentiasa mendoakan mereka
 Sentiasa membantu mereka dengan sebaik-baiknya
 Sentiasa berbuat baik dengan ibubapa dan menyambung silaturahim dengan
rakan-rakan mereka.

6- Nasihat Luqman al-Hakim Kepada Anaknya Dalam Surah Lukman ayat 12-19
 Mengesakan Allah SWT
 Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa
 Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan menghargai kedua-dua ibu bapa
 Setiap perbuatan (baik atau jahat) akan diberi balasan oleh Allah SWT
 Dirikan solat
 Laksanakan amar makruf dan nahi mungkar
 Bersabar atas segala maksiat
 Menjauhi sikap sombong
 Elokkan percakapan .

7- Pengajaran ayat di atas

 Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaan supaya rezeki
diberkati

 Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek
kepimpinan kerana baginda ialah contoh ikutan terbaik.

 Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup atau setelah
meninggal dunia kerana jasa mereka tidak terbalas.


Click to View FlipBook Version