The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Adab 2 Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2022-07-31 20:11:00

ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

Adab 2 Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah

Keywords: Istiqamah,Shukri Adinan,ISTIQAMAH,ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

ADAB 2: ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

1- Maksud Istiqamah
➢ Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan
menjauhi larangannya.

2- Dalil Naqli Sifat Istiqamah

a. Allah Berfirman:

‫فَٱ ۡس َت ِق ۡم َك َمٓا أُ ِم ۡر ََت‬

Maksud: Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh
diatas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu.

(Surah Hud:112)

b. Aisyah Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Maksud: Apakah amalan yang paling disukai Allah SWT? Lalu baginda
berkata: Amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit.

(Muttafaqun Alaih)

3- Maksud “‫”فَٱ ۡس َت ِق َۡم‬
Ialah keteguhan memelihara iman dalam melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan larangannya.

4- Cara memiliki Sifat Istiqamah

➢ Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan
sifat mahmudah

➢ Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan
segala suruhan dan meninggalkan laranganNya secara berterusan

➢ Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang
istiqamah melakukan kebaikan

➢ Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan
➢ Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam

kehidupan
➢ Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan

5- Contoh Sifat Istiqamah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW

a- Istiqamah dalam Ibadah:

➢ Rasulullah SAW sentiasa beribadah kepada Allah
➢ Rasulullah SAW tidak jemu memohon keampunan daripada Allah

walaupun baginda seorang yang maksum
➢ Rasulullah SAW sentiasa beristighfar sebanyak 70 kali setiap hari

( Riwayat Bukhari )

b- Istiqamah dalam berdakwah:

➢ Rasulullah SAW sentiasa berdakwah menyebarkan agama Islam
➢ Rasulullah SAW meneruskan dakwah walaupun menghadapi pelbagai

kesusahan dan ancaman.
➢ Rasulullah SAW sentiasa bertegas untuk tidak akan meninggalkan

usaha dakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia.
( Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin )

6- Antara Benteng Iman ada lima perkara: (Wasiat Imam Syafi)

➢ Keyakinan
➢ Keikhlasan
➢ Melazimi Ibadah Sunat
➢ Istiqamah dalam beramal
➢ Berdisiplin dalam Ibadah

7- Hikmah Mengamalkan Sifat Istiqamah Dalam Kehidupan

➢ Mezahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan
secara berterusan

➢ Membantu insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran
➢ Memperkukuhkan jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk

berjaya
➢ Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi

mempertahankan Islam
➢ Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan

negara
➢ Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga

kepentingan bersama.


Click to View FlipBook Version