KERTAS KERJA AWAL MUHARRAM
1444H/ 2022M
ANJURAN
SURAU AN-NUR DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1.0 PENDAHULUAN
Sempena kedatangan 1 Muharram 1444H, Panitia Pendidikan Islam akan
menganjurkan Majlis Sambutan Awal Muharram peringkat sekolah. Majlis ini
diadakan untuk mneraikan peristiwa penting di dalam kalendar Islam iaitu
bulan pertama dan penuh sejarah dalam sejarah umat Islam.
Adalah diharapkan dengan terlaksanannya majlis yang seumpama ini
akan dapat membentuk sikap murid yang positif dalam menghayati
perjuangan dan sejarah hidup umat Islam terdahulu khususnya para pejuang
yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ini kerana salah satu punca
keruntahn akhlak dalam kalangan remaja pada masa sekarang ialah keran
tidak menghayati ajaran Islam dengan sepnuhnya sebahaimana yang telah
disampaikan oleh Junjungan Besar serta tidak mengambil beray tentang
sejarah perjuangan umat Islam terdahulu.
Umat Islam khususnya generasi muda lebih cenderung dengan cara
hidup barat dan bertentangan dengan Islam seperti hendonisme yang
akhirnya akan meletakkan umat Islam dalam lemah jiwa dan mudah untuk
dipengaruhi. Inilah punca utama mengapa umat Islam diseluruh dunia
diserang dengan serangan pemikiran dan peperangan.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah bagaimana bermulanya
sejarah pembentukan kalendar Islam dan pengiraan tentang hari-hari di
dalamnya serta perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat baginda dan
seluruh pejuang Islam dari zaman ke zaman dalam usaha menegakkan Islam
di bimi Allah ini.
Dengan menghayati sejarah hidup dan perjuangan mereka, adalah
diharapkan umat Islam akan lebih prihatin dan mengambil berat atas apa
yang sedang berlaku terhadap umat Islam seluruh dunia serta beriltizam
untuk memajukan diri dan seluruh umat Islam.
3.0 RASIONAL
Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa penetapan kalendar dalam
Islam supaya warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran
daripada peristiwa tersebut dan sentiasa berwaspada dalam kehidupan
seharian.
4.0 OBJEKTIF
i- Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah dan budaya umat
Islam di seluruh dunia.
ii- Memberi iktibar dan pengajaran daripada hijrah Rasulullah SAW
iii- Memupuk perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati
Rasulullah SAW sepanjang masa.
iv- Mengubah sikap murid dalam membentuk murid supaya berpegang
teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.
5.0 SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 SMK Santubong.
6.0 JANGKA MASA
Tarikh : 12 Ogos 2022
Hari : Jumaat
Masa : 07.10 Pagi – 10.10 Pagi
Tempat : Dewan Sri Santubong
7.0 KAEDAH/ METODOLOGI
a) Tazkirah
b) Video
8.0 TENTATIF PROGRAM
07.00 pagi : Pergerakkan pelajar ke dewan
07.10 pagi : Bacaan Yassin/ Bacaan Ayat Hafazan
: Tazkirah
: Tayangan Video “Hijrah”
: Kuiz
: Nasyid
- Tala’a Badrul Alaina
- Bulan-bulan Islam
- Ya Rasulullah SAW
: Penyampaian Hadiah
: Bersurai
9.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan daripada PBPP Pendidikan Islam
10. PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Harga Perunit Anggaran Harga
RM 200.00
1 Hadiah 20 RM 10.00 RM 20.00
RM 220.00
2 Sijil Penyertaan 20 RM 1.00
JUMLAH KESELURUHAN
11. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA
Penasihat : Othman Ibrahim
Pengerusi : Mohammad Azizan Madihi
Naib Pengerusi 1 : Norlila Binti Jamil
Naib Pengerusi 2 : Kamariah binti Julani
Penyelaras : Nur Sabrina Binti Muhammad Nasir
Setiausaha : Mohd Shukri bin Adinan
Bendahari : Alhah binti Alek
Pengacara Majlis : Muhammad Zulhanif Bin Zakaria
Pendaftaran : Hudzaieton binti Hamden
Cenderahati : Zaafaraniah Binti Yusof
Jurufoto : Mohd Shukri Bin Adinan
Teknikal : Mohd Shukri Bin Adinan
12.0 PENUTUP
Harapan daripada JK pelaksana kepada semua yang terlibat terutama
murid-murid agar didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam
sirah Nabawiah supaya mudah-mudahan mereka dapat menambahkan
lagi ilmu, keimanan dan ketakwaan dalam diri.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
______________________ ________________________ _____________________
( Mohd Shukri Adinan ) ( Mohammad Azizan) (Othman Bin Ibrahim)
Setiausaha Pengerusi Pengetua
Program Awal Muharram Program Awal Muharram SMK Santubong