SIRAH 2 : PEMBUKAAN KOTA MEKAH
1.0 Peristiwa Pencetus Pembukaan Mekah
Qabilah Bani Bakr dan Khuzaah bermusuhan sejak zaman Jahiliyyah
lagi
Bani Bakr mengikat janji dengan Musyrikin Mekah, Bani Khuzaah
mengikat janji dengan Rasulullah SAW
Bani Bakr telah melanggar perjanjian gencatan senjata selama 10
tahun dalam perjanjian Hudaibiyah
Bani Khuzaah diserang di Al-Watir pada tahun ke 8 Hijrah bulan
Syaaban pada waktu malam diketuai oleh Naufal bin Muawiyah dan
menyebabkan beberapa orang terbunuh
Bani Bakr telah mendapat bantuan Musyrikin Mekah dan berita ini
dikhabarkan kepada Rasulullah SAW di Madinah.
Dengan pelanggaran perjanjian Hudaibiyyah, maka Rasulullah SAW
merancang strategi untuk membuka kota Mekah.
2.0 Kronologi Pembukaan Mekah
10 Ramadhan tahun ke 10 Hijrah Rasul bergerak ke Mekah
bersamaan 10000 tentera
Abu Rahm al-Ghifari dilantik sebagai ketua sementara di Madinah
Pasukan tentera Islam berhenti di Mar Al- Zahran dan menyalakan
10000 ungun api
Abu Sufian meninjau pasukan Islam dan terserempak dengan Al
Abbas lalu
Beliau di bawa bertemu Rasulullah SAW dan akhirnya memeluk Islam
Rasulullah SAW memberi jaminan orang yang berlindung di rumah
Abu Sufian akan selamat
17 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah Rasulullah SAW meneruskan
perjalanan ke Mekah
Abu Sufian mengumumkan agar orang Mekah berlindung di
rumahnya/rumah sendiri/ Masjidil Haram
Apabila sampai di Zu Tuwa Rasulullah SAW bahagikan tentera
kepada 4 di bawah 4 panglima
Rasulullah SAW
Khalid al-Walid
Zubair al-Awwam
Zbu Ubaidah al-Jarahn
Setiap pasukan memasuki Mekah mengikut jalan yang berbeza
Tiada sebarang tentangan yang diterima oleh tentera Islam
Hanya pasukan Khalid al-Walid dihalang oleh Sekumpulan musyrikin
Mekah
Dua sahabat gugur syahid dan 12 musyrikin Mekah terbunuh
Mekah berjaya di buka pada tahun ke 8 Hijrah (630 Masihi)
3.0 Faktor Kejayaan Pembukaan Kota Mekah
Mimpi Rasulullah SAW sebelum perjanjian Hudaibiyyah menjadi
tanda pembukaan kota Mekah semakin hampir
Strategi Rasulullah SAW
Perjanjian pembukaan Mekah secara rahsia
Menyalakan 10000 ungun api untuk menakutkan musuh
Membahagikan pasukan tentera kepada 4 pasukan dan
masuk ke Mekah dari arah berbeza.
Musyrikin Mekah bertambah lemah
Banyak pemimpin Quraisy memeluk Islam seperti Khalid al-
Walid dan Abu Sufian
Sebahagian pembesar Quraisy telah mati seperti Abu Jahal
Tidak semua musyrikin Mekah menentang tentera Islam
Semangat Jihad tentera Islam yang tinggi
Kesatuan di bawah panji Islam walau berbeza suku kaum
dan kabilah
Mematuhi arahan Rasulullah SAW tanpa bantahan.
4.0 Langkah Selepas Pembukaan Kota Mekah Menegakkan Syiar Islam
Menunaikan tawaf dan mengucup hajarul Aswad serta memusnahkan
360 berhala di sekeliling Kaabah
Mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas Kaabah
Menghantar beberapa pasukan ke sekitar Mekah untuk
menghapuskan berhala antaranya ialah:
Uzza di Nakhlah,
berhala Suwa’ di Rehat,
berhala Manah di Al Musyallal
5.0 Langkah Yang Diambil Oleh Rasulullah Saw Selepas Pembukaan Mekah
Amar Makruf Nahi Mungkar
Menyeru musyrikin Mekah untuk memeluk Islam
Berbai’ah dengan penduduk Mekah di Sofa agar tidak
melakukan syirik dan maksiat
Menguruskan Pentadbiran Mekah
Mengekalkan pengurusan kunci Kaabah kepada Uthman bin
Talhah
Memerintahkan Abu Usaid Al-Khuza’I untuk memperbaiki
beberapa bahagian Masjidil Haram
Memaafkan kesalahan Penduduk Mekah
Mengisytiharkan kemaafan kepada musyrikin Mekah yang
pernah mengingkari baginda
6.0 Iktibar Daripada Pembukaan Mekah
Kita Hendaklah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berdasarkan
syariat Islam supaya agama Islam dihormati
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain kerana semua
manusia berhak mendapat kemaafan.
Kita hendaklah melakukan sesuatu tugasan secara terancang untuk
menjamin kejayaan tugas tersebut.