FEQAH 1 : KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH
1- Maksud Fardhu Ian dan Fardhu Kifayah
Fardhu Ain
Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT keatas setiap orang
Islam yang Mukallaf.
Sekiranya tuntutan ini tidak dilaksanakan, maka individu tersebut akan
berdosa.
Contoh:
Menutup Aurat
Solat Fardhu 5 waktu
Berpuasa dibulan ramadhan.
Fardhu Kifayah
Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah keatas masyarakat Islam
secara koliktif.
Sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ini,
maka gugurlah kewajipantersebut ke atas orang Islam yang lain.
Contoh
Menguruskan jenazah
Usahawan Muslim
Solat berjemaah.
2- Kesan penghayatan fardhu ain dan fardhu kifayah
a. Kesan pada Diri:
Membentuk keperibadian muslim yang sejati
Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan
Membentuk keseimbangan rohani dan jasmani serta keseimbangan
emosi dan interlek.
b. Kesan Pada Masyarakat
Membentuk masyarakat yang bertanggungjawab
Membina masyarakat yang berdisiplin serta mematuhi undang-undang
Mewujudkan masyarakat saling bantu membantu antara satu sama lain
Keperluan hidup masyarakat Islam dapat dipenuhi.
c. Kesan Pada Negara
Negara aman dan bebas daripada kejadian jenayah.
Pentadbiran negara berjalan lancar kerana diurus dengan telus
Ekonomi negara berkembang dengan pesat kerana bebas daripada
rasuah
Pembangunan negara dapat dilaksanakan secara terancang dan
bersepadu.
3- Contoh Hubungkait Antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Setiap orang Islam wajib Untuk memenuhi keperluan pakaian
menunaikan solat. Di antara syarat yang menutup aurat, perlu ada
orang Islam yang boleh
sah solat termasuklah menutup
aurat. membekalkan keperluan tersebut.
Fardu Ain Fardu Kifayah
Contohnya: kemahiran dalam pembuatan
benang, kemahiran dalam mencipta mesin
jahit dan kemahiran menjahit bagi mencipta
pakaian yang menutup aurat.