TAJUK: ALLAH PENGAMPUN SEGALA DOSA
AL-QURAN : SURAH Al-A’RAF AYAT 23
( MINGGU 2: 28 JANUARI 2021 )
1- BACA DENGAN BETUL, LANCAR, BERTAJWID DAN FASIH
ﻗَﺎ َﻻ َرﺑﻨَﺎ َﻇﻠَ ۡﻤﻨَﺎٓ ﻧ ُﻔ َﺴﻨَﺎ1
Mereka berdoa merayu: “Wahai tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami”
َوان ﻟ ۡﻢ ﺗَ ۡﻐ ِﻔ ۡﺮ ﻟَﻨَﺎ َو َ ۡﺮ َ ۡﲪﻨَﺎ2
Dam jika engkau tidak mengampun dan merahmati kami
ﻟَﻨَ ُﻜﻮَﻦ ِﻣ َﻦ ﻟۡ َﺨ ٰ ِ ِﴪ َﻦ3
Pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi
1- Intisari Ayat
Melakukan dosa suatu kezaliman terhadap diri sendiri
Umat Islam wajib memohon keampunan daripada Allah SWT atas dosa yang
dilakukan
Allah SWT sentiasa menerima taubat hambanya yang menyesal atas dosa
yang dilakukan
Orang yang mendapat keampunan Allah SWT ialah orang yang beruntung
Antara sebab untuk mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT
termasuklah mengakui dosa yang dilakukan.
2- Maksud Zalim terdahadap diri Sendiri
Orang yang melakukan dosa, melanggar hukum syarak, melakukan
sesuatu perkara bukan pada tempatnya dan mendedahkan diri mereka
kepada kemurkaan dan azab Allah SWT.
3- Jenis-Jenis Zalim
Zalim Terhadap Allah SWT
Contohnya: menyekutukan Allah SWT
Zalim Terhadap Diri Sendiri
Contohnya: melakukan perbuatan syirik dan kufur
Zalim Terhadap Sesama Manusia
Contohnya: membuli kawan, mencaci dan mencerca mereka.
Zalim Terhadap Alam Sekitar
Contohnya: melakukan pencemaran terhadap alam sekitar
4- Kesan Melakukan Kezaliman
Berdosa dan dimurkai oleh Allah SWT
Dibenci oleh masyarakat
Kejahatan akan makin berleluasa
Negara akan mundur
Rakyat akan hidup tertindas
Bencana Alam akan terjadi
Mengancam kehidupan flora dan fauna
5- Maksud Keampunan Allah SWT
Penghapusan dosa daripada Allah SWT kepada hamba yang berdosa
dan memohon taubat kepadannya.
6- Langkah-Langkah Memohon Keampunan
Mengaku kesalahan
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
Berazam dan berjanji tidak mengulanginya lagi
Tidak berputus asa
Sentiasa meminta keampunan
7- Cara Mendapat Rahmat Allah SWT
Berlaku adil terhadap orang lain
Ikhlas bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah
dilakukan
Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna
Membelanjakan harta di jalan Allah SWT semasa senang ataupun
susah \Berkasih sayang sesama anggota keluarga dan masyarakat
8- Pengajaran Ayat
Kita Hendaklah mengaku kesalahan dan menyesali dosa yang telah
dilakukan supaya hidup dirahmati
Kita hendaklah berusaha untuk memohon keampunan dari Allah agar
menjadi orang beriman
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk meninggalkan segala dosa
agar hidup diredhai oleh Allah .