ADAB 1 : TAWADUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA
1- Maksud Tawaduk
Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
2- Dalil Naqli Sifat Tawaduk
a. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وﻣﺎ ﺗﻮاﺿﻊ ا ﺪ رﻓﻌﻪ ﷲ
Maksud: Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT
melainkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya.
( Riwayat Muslim )
b. Ibad bin Hamar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ان ﷲ ٔو ٕاﱃ ٔن ﺗﻮاﺿﻌﻮا ﺣﱴ ﻻ ﯾﻔﺨﺮ ٔ ﺪ ﲆ ٔ ﺪ وﻻ ﯾﺒﻐﻲ ٔ ﺪ ﲆ ٔ ﺪ
Maksud:Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepada-ku agar
bersifat tawaduk. Janganlah seseorang antara kamu bersikap sombong dan
berbuat zalim kepada yang lain.
( Riwayat Muslim )
4- Contoh Sifat Tawaduk yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
a- Tawaduk Dalam Pergaulan:
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bergaul terutama
dengan kanak-kanak
Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong
dengan kedudukannya.
Sebaliknya baginda menghormati dan menyanyangi kanak-kanak
Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih
terhadap mereka.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu
menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan salam ketika
bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang
( Riwayat Bukhari )
b- Tawaduk dalam kehidupan Rumah Tangga
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bersama-sama
dengan keluarga .
Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga dan
menguruskan rumah tangga.
Urwah bin Zubair r.a berkata, seseorang bertanya kepada Saidatina
Aisyah r.a: “ Adakah Rasulullah SAW berkerja di dalam rumah baginda?
Lalu saidatina menjawab, “ Rasulullah SAW menampal selipar,
menjahit pakaian dan melaksanakan tanggungjawab dalam rumah
tangga sepertimana yang dilakukan oleh orang lain.
( Riwayat Ahmad )
c- Tawaduk Ketika Makan dan Minum
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika makan dan minum
Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk
baginda.
Jika baginda menyukai makanan tersebut, baginda akan memakannya.
Apabila baginda tidak menyukainnya, baginda meninggalkannya.
Baginda tidak menzahirkan perasaannya sebaliknya hanya berdiam.
( Riwayat Muslim )
Spektrum Ilmu
Firman Allah:
Sesungguhnya orang yang boros itu ialah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula ialah
makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.
( Surah al-Isra’: Ayat 27 )
Hikmah Tawaduk
Membentuk insan yang bertaqwa kerana sentiasa mengamalkan sifat
mahmudah
Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap sombong.
Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling menghormati antara
satu sama lain.
Mendapat kedudukan yang mulia disisi allah kerana sentiasa bersyukur
Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan Islam.
Kesan Abaikan Tawaduk
Membentuk insan yang sombong dan mementingkan diri sendiri
Dibenci oleh masyarakat
Kehidupan tidak aman dan jiwa tidak akan tenang
Dimurkai oleh Allah SWT