The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajaran 29 Adab 3 T1 Ilmu Cahaya Kehidupan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-05-17 19:55:51

Adab 3 Ilmu Cahaya Kehidupan

Pelajaran 29 Adab 3 T1 Ilmu Cahaya Kehidupan

AKHLAK 3 : PELAJARAN 29
ILMU CAHAYA KEHIDUPAN

Soalan 1 : Nyatakan Matlamat utama manusia dalam kehidupan
Jawapan : Matlamat utama manusia dalam kehidupan ialah

Keimanan kepada Allah di samping melakukan amalan-amalan soleh dengan
berdasarkan kepada ilmu yang benar.

Soalan 2 : Apakah hukum melakukan sesuatu ibadah tanpa ilmu
Jawapan : Hukum melakukan sesuatu ibadah tanpa ilmu adalah DILARANG dalam Islam

malah amal ibadah tidak diterima oleh Allah.

Soalan 3 : Apakah hukum menuntut Ilmu
Jawapan : Hukum menuntut ilmu adalah Wajib bagi setiap orang Islam

Soalan 4 : Jelaskan Dalil kewajipan menuntut Ilmu
Jawapan : Dalil kewajipan menuntut ilmu ialah

Dari Anas bin Malik, berkata, Rasulullah SAW bersabda “ Menuntut Ilmu
Wajib kepada setiap orang Islam “

Soalan 5 : Jelaskan dua ilmu yang wajib dipelajari
Jawapan : Dua ilmu yang wajib dipelajari ialah

 Ilmu Fardu Ain
 Ilmu Fardu Kifayah

Soalan 6 : Nyatakan tiga contoh ilmu fardu ain
Jawapan : Tiga contoh ilmu fardu ain ialah:

 Tauhid
 Feqah
 Akhlak

Soalan 7 : Nyatakan tiga contoh ilmu fardu kifayah
Jawapan : Tiga contoh ilmu fardu kifayah ialah

 Sains
 Ekonomi
 Kedoktoran

Soalan 8 : Jelaskan tiga adab menuntut Ilmu
Jawapan : Tiga adab menuntut ilmu ialah:

 Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah
 Memuliakan dan menghormati guru
 Menjauhi maksiat dan kemungkaran
 Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
 Beramal dengan ilmu yang dipelajari
 Tidak malu bertanya
 Rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah
 Memohon doa dan keredaan daripada ibu bapa.

Soalan 9 : Jelaskan tiga cara untuk mendapat Ilmu
Jawapan : Tiga cara untuk mendapat ilmu ialah

 Al-Zuka’ ( Cerdas )
 Al-Hirs ( Keinginan yang tinggi )
 Al-Ijtihad (Bersungguh-sungguh )
 Al-Bulghah ( Kewangan Yang Cukup )
 Suhbatul Ustaz ( Berdamping dengan guru )
 Tulu Zaman ( Tempoh Yang Panjang )

Soalan 10 : Jelaskan dua kepentingan beradab ketika menuntut ilmu
Jawapan : dua kepentingan beradab ketika menuntut ilmu ialah:

 Akan mendapat ganjaran kebaikan
 Mendapat banyak manfaat
 Mendapat ganjaran pahala
 Ilmu diberkati oleh Allah
 Berjaya dalam kehidupan
 Mudah melakukan kebaikan dan ketaatan
 Hidup menjadi tenang
 Masyarakat memandang tinggi terhadap kita.

Soalan 11 : Jelaskan dua akibat tidak beradab ketika menuntut Ilmu
Jawapan : Dua akibat tidak beradab ketika menuntut ilmu ialah

 Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
 Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah
 Ilmu yang dipelajari tidak membawa kebaikan kepada diri
 Mudah terpengaruh dengan unsur2 negatif
 Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah SWT
 Dipandang hina oleh guru dan rakan

Soalan 12 : Jelaskan dua kelebihan orang yang berilmu
Jawapan : Dua kelebihan orang yang berilmu ialah:

 Allah mengangkat darjat mereka
 Menjadi pewaris nabi dan pemimpin ke jalan kebenaran
 Menjadi contoh teladan dalam masyarakat
 Mudah mendapat syurga Allah
Soalan 13 : Senaraikan tiga tokoh ilmuwan Islam yang terkenal
Jawapan : tiga tokoh ilmuwan Islam yang terkenal ialah:
 Imam Abu Hanifah ( Feqah )
 Imam Malik ( Feqah )
 Imam Syafie ( Feqah )
 Imam Ahmad ( Feqah )
 Ibnu Sina ( Perubatan )
 Al-Khawarizmi ( Matematik )
 Al-Farabi ( Falsafah )
 Jabir Ibnu Hayyan ( Kimia )


Click to View FlipBook Version