The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sirah 1 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW (Sebelum Kerasulan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-02-22 21:27:38

Sirah 1 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

Sirah 1 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW (Sebelum Kerasulan)

SIRAH 1b: PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

1- SEBELUM KERASULAN

a. Selepas kelahiran
 Baginda dipelihara oleh Halimatus Saadiah di perkampungan Bani
Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif.

b. 2 hingga 4 Tahun
 Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril a.s

c. 4 hingga 6 Tahun
 Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama ibu baginda. Ketika
berumur 6 tahun baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di
Madinah. Ibu baginda meninggal di Abwa’ dalam perjalanan ke
Mekah.

d. 6 hingga 8 Tahun
 Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda Abdul
Mutalib hingga datuk baginda meninggal dunia. Selepas itu Nabi
Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa saudara baginda Abu
Talib.

e. 12 Tahun
 Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam. Di
pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada Bukhaira
ar-Rahib ketika di bandar Busra`, sempadan Syam supaya
membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana
bimbang dibunuh oleh Yahudi.

f. 20 Tahun
 Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda
menyaksikan Hilfu al-Fudhuli iaitu perjanjian untuk membela
orang yang teraniaya dalam perniagaan.
 Baginda menggembala kambing bersama-sama saudara susuan
di perkampungan Bani Sa’ad kemudian ke Mekah.

IKTIBAR

Nabi Muhammad SAW di didik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang
mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul yang agung.

25 Tahun ( Berdagang Ke Syam )
 Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota Makkah al-

Mukarramah.
 Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah r.a, seorang wanita Quraisy

yang sangat berharta dan berhati mulia. Rasulullah SAW membawa barang
dagangan Saidatina Khadijah ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang
pekerja lelaki Saidatina Khadijah r.a.
 Semasa di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh
jujur dan amanah.
 Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan
berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBAR

Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi
Muhammad SAW:

Menunaikan amanah, mendapat kepercayaan masyarakat, mempunyai
kerjaya dan menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana.

25 Tahun ( Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA )

 Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam,
Saidatina Khadijah RA mengambil keputusan untuk berkahwin dengan
Nabi Muhammad SAW.

 Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan
kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah
cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.

 Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya,
Nafisah Binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada
Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW menerima hasrat mulia
tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RA melalui bapa
saudaranya ‘Amru Bin Asad.

 Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad SAW
dikurniai enam orang anak

IKTIBAR

Antara akhlak mulia Nabi Muhamad SAW yang menarik perhatian
Saidatina Khadijah RA termasuklah :

Jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan batas pergaulan

35 Tahun ( Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad )
 Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar

sehingga meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab bersepakat untuk
membaik pulih Kaabah.
 Nabi Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila
tiba masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah,
berlaku perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku
pertumpahan darah.
 Akhirnya Abu Umayyah Al-Mahzumi seorang yang dihormati dalam
kalangan kabilah Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara.
Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu
Bani Syaibah ketika itu.
 Dengan takdir Allah SWT orang pertama yang memasukinya ialah Nabi
Muhammad SAW. Semua yang melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke
masjid berkata: “Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi amanah)”.
 Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda
kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya.
 Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang hujung rida’ tersebut dan
membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah.
 Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal.
 Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhamad SAW :

 Bersifat tawaduk
 Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
 Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
 Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
 Mendamaikan kehidupan masyarakat

2. SELEPAS KERASULAN
40 Tahun ( Menerima Wahyu Pertama )

 Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40
tahun.

 Ketika itu baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadat dan
memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.

 Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat
Jibril AS. Jibril AS memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan
menyuruh baginda membaca. Setiap kali Jibril AS menyuruh baginda
membaca, baginda menjawab : “ saya tidak tahu membaca”.

 Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu
Surah al- A’laq, ayat 1 hingga 5.

 Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada
masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhamad SAW :
 Tidak suka dengan kesesatan masyarakat.
 Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk.
 Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah.
 Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah.

51 Tahun: Israk dan Mikraj

 Saidatina Khadijah RA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi

Muhammad SAW.
 Bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun

beliau tidak memeluk Islam.
 Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad SAW

berdukacita .

 Kedukaan baginda terubat apabila dibawa mengembara menyaksikan

tanda- tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

a. Nabi Muhammad SAW dibawa pada waktu malam dari Masjidil Haram
di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.

b. Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran
yang akan berlaku kepada umat baginda

c. Baginda menjadi imam solat kepada para Nabi di Masjidil Aqsa.
d. Baginda dibawa Mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke

Sidratul Muntaha.
e. Baginda menghadap Allah SWT dan menerima kefarduan solat lima

waktu
f. Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan menceritakan

pengalaman baginda kepada penduduk Mekah.

IKTIBAR

Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhamad SAW :
 Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad.
 Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul
sebelum baginda.
 Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai
ibadat yang paling utama dalam Islam
 Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran.

53 Tahun: Hijrah Ke Madinah dan Pembentukan Negara Islam
 Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW
dengan pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa
dan dibunuh.
 Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk
berhijrah bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah (Yathrib).
Peristiwa ini berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda.
 Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut mengharungi
pelbagai halangan untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan
Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra.
 Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke
Madinah dengan selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan
membina masjid yang pertama di sana.
 Di Madinah Nabi Muhammad SAW membina pertahanan yang
berteraskan wahyu. Baginda membina masjid Nabawi,
mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, dan menggubal Piagam
Madinah sebagai asas pembentukan negara.
 Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW
menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan
Madinah.
 Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar
mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat
juang yang hebat.
 Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammmad SAW
termasuklah peperangan Badar, Uhud, Khaibar, Pembukaan Mekah dan
Hunain

IKTIBAR

Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan
Nabi Muhamad SAW :

 Nabi Muhamad SAW sanggup berkorban demi menegakan agama
Allah SWT.

 Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh
amanah.

 Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu.
 Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik.

3. Peperangan Pada Zaman Nabi Muhammad SAW
 Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi
Muhammad SAW (28 peperangan).
 Sariyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi
Muhammad SAW dan baginda melantik seorang ketua (Amir) untuk
memimpin peperangan (54 peperangan).
 Jumlah semua peperangan ialah 82

4. Jasa Nabi Muhammad SAW Tiada Tolok Banding

 Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara.
 Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat

kemasyarakatan disamping tempat ibadat.
 Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian

Islam.
 Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh

tamadun yang gemilang sehingga dikenali sebagai “ al-Madinatul
Munawwarah” yang bererti kota bercahaya.

5. Cara Mencintai Nabi Muhammad SAW
 Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan
menjauhi larangan baginda.
 Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW.
 Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad
SAW dengan berselawat keatas baginda.
 Mencintai Ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda)
dan para sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi
Muhammad SAW).

6. Kewafatan Rasulullah SAW ( 63 Tahun )
 Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha
hari Isnin 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Aisyah ra
Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui Penciptanya.
 Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini
mengemparkan penduduk Madinah.
 Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia dimakamkan di rumah

Saidatina Aisyah ra.

7. Pengajaran dan Iktibar Sirah Nabi Muhammad SAW
 Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin
manusia ke jalan yang benar.
 Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi
ketinggian agama Islam.
 Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang
menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini.
 Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW
yang tidak ada tolok banding.


Click to View FlipBook Version