IBADAH 1 :KONSEP IBADAH DAN JENIS HUKUM
1. Maksud Ibadah
Bahasa: Tunduk dan patuh kepada Allah SWT
Istilah: Semua perkataan dan perbuatan zahir dan batin yang disukai dan
diredai Allah SWT.
2. Keperluan Beribadah
Ibadah merupakan pengabdian diri hamba secara berterusan kepada
penciptanya.
Al-Quran menjelaskan bahawa tujuan utama manusia diciptakan oleh Allah
SWT adalah untuk beribadah kepadanya.
Ibadah jika dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana mencari keredaan
Allah SWT akan diberi ganjaran pahala.
3. Jenis Ibadah ada DUA iaitu:
Ibadah Umum
Maksud: Ibadah yang meliputi segala aspek kehidupan sama ada yang
berkaitan dengan hubungan manusia sesama manusia atau dengan
makhluk lain dan tidak bertentangan dengan syariat Islam
Contoh: Makan, Minum, Berniaga dan Bekerja
Ibadah Khusus
Maksud: Ibadah yang ditetapkan oleh syariat Islam dari segi cara,
rukun dan syaratnya serta tidak boleh di ubah.
Contoh: Solat, Puasa, zakat dan haji
4. Jenis-Jenis Hukum ada LIMA iaitu:
WAJIB
Mendapat pahala jika dilakukan dan berdosa jika ditinggalkan
Contoh: Solat Fardu, Zakat, Puasa di Bulan Ramadan
HARAM
Mendapat pahala jika ditinggalkan dan berdosa jika dilakukan
Contoh: Berzina, minum arak, membuka Aurat, Merokok
MAKRUH
Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan
Contoh: Bercakap ketika berwuduk, makan buah durian
kemudian solat berjemaah.
SUNAT
Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan
Contoh: Bersedekah, solat sunat, membantu orang lain.
HARUS
Tidak berdosa jika dilakukan atau ditinggalkan
Contoh: Makan nasi ayam, Mandi, Bersukan.