KEPELBAGAIAN BANGSA
DALAM ISLAM
PELAJARAN 6: AYAT KEFAHAMAN
MDohisdedSiahkuaknriOAldehin:an
BACA DENGAN BETUL, LANCAR, BERTAJWID DAN FASIH
Surah Al-Hujurat: 13
Sebab Turun Ayat Bilal Bin Rabah
Rasulullah SAW telah meminta Bilal Bin
Rabah untuk melaungkan azan semasa
pembukaan kota Mekah. Terdapat
sahabat yang memandang rendah
kepada Saidina Bilal. Jibril a.s telah
memberitahu Rasulullah SAW tentang
perbuatan tersebut. Lalu Rasulullah
SAW memanggil dan bertanya tentang
tindakan itu. Lalu turunlah ayat ini.
KANDUNGAN AYAT
Menjalinkan perpaduan dan perhubungan yang harmoni
Mengiktiraf kemuliaan dan harga diri manusia tanpa
mengira rupa paras dan etnik
Menjalin hubungan dengan orang bukan Islam selagi
mereka tidak memusuhi Islam.
Menggalakkan interaksi dan kerjasama yang akan saling
melengkapi antara satu sama lain.
Keutamaan Taqwa Sama Disisi Allah
Manusia semua sama disisi Allah SWT
Hati dan Amalan
Allah tidak melihat jantina atau bangsa tetapi Allah SWT
memandang hati dan amalan hambanya.
Menyakini Kekuasaan Allah
Menyakini kekuasaan Allah SWT melalui makhluk ciptaannya
sebagai asas keimanan kepada Allah SWT.
Hak Persamaan
Menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan
budaya kerana perkara itu merupakan sebahagian daripada
perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.
Pengajaran Ayat
Sebagai umat Islam
01 Kita Hendaklah
Saling bekerjasama untuk membina kehidupan yang harmoni
02 Kita Hendaklah
Menghormati kepalbagaian budaya supaya wujud persefahaman
dalam kalangan masyarakat.
03 Kita Hendaklah
Berusaha untuk membaiki akhlak supaya menjadi insan bertaqwa
Penilaian
01 Jelaskan sebab turun ayat 13 Surah Al-Hujurat
02 Terangkan mengapa kita dituntut untuk saling mengenali dalam kalangan pelbagai
bangsa dan kaum.
03 Bagaimanakah sifat taqwa boleh membentuk perpaduan
04 Terangkan dua pengajaran ayat
Kepalbagaian Bangsa memberikan peluang bagi
menimba interkasi yang harmoni
05 Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan diatas